Thursday, December 29, 2011

merajuk

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

alhamdulillah. syukur Allah.
masih diberi nikmat nafas dalam tarbiyah
walaupun kadang2 rasa teruk sangat!!!

pasal program terbaru SALAM.
alhamdulillah
banyak yang dah gerak
dah nampak perancangan terutama untuk digerakkan oleh cawangan saya. DHL
alhamdulillah
tapi. masih banyak kekurang fahaman oleh cawangan

dan kerja2 yang menanti untuk disiapkan.
sampai satu tahap. rasa terlalu banyak kerja yang perlu dibuat!
dan.
sekarang
merajuk dengan diorang berdua!
dengan encik bos dan dengan puan teammate
merajuk!
rasa kecik hati.
terasa.

tapi kalau merajuk,kecik hati, terasa,
sendiri je tahu la..sendiri layan..
malas kot diorang nak layan.
huhu

saya cuba faham keadaan diorang.
tapi kenapa macam diorang tak cuba faham keadaan saya.(ni dzon kot)
masing2 sibuk
urusan kerjaya dan keluarga
saya pun ada juga kerja.

ok dib.
kena be rasional kot
cakap kat diorang.

entahlah.
tak sampai hati nak cakap
sebab saya tahu diorang masing2 pun banyak hal.
(tapi saya pun banyak hal juga kot)
saya nak cakap banyak pasal salam ni
tak tahu nak curhat kat sapa
sebab diorang je kot yang faham.
dan bila sampai waktu nak cakap.
entah. dah lupa nak cakap n nak bincang apa.
kena cakap on de dot

entahlah.
dib tak baik tak baik.
nanti kalau awak pula yang nak kawen n baru kawen baru sendri rasa kot..
bila sendiri ada suami n mak mertua baru rasa kot
bila sendiri ada bisnes nak kena urus..eh tak kot....saya tak pernah plan nak bisnes

ok..
tenang je..

tapi nak teruskan merajuk.
sampai meeting nanti.
ok. serius diba ni mengada-ngada.
tak nak kawan!

ok sapa nak pujuk saya.
T__T
sedih kot.

p/s ni pertama kali merajuk dengan diorang.

Thursday, December 22, 2011

dia dah nikah

'ada 3 orang yang wajib datang nikah kita termasuk dib'
'siapa2 orang lagi?'
'rasa2 sapa?mestilah dib tahu'

akhirnya..tidak dapat menghadirkan diri ke majlis pernikahan.
tapi berkejar ke kuala kangsar untuk menghadirkan diri ke majlis walimatul urus akhwat yang sangat aku sayang ni. 
walaupun pada masa yang sama menjadi timbalan pengarah program kem lepasan spm. 
alhamdulillah.tak buat kerja gila pergi juga jumaat tu.
sebab jumaat yang kelam kabut untuk program tu. alhamdulillah. sabtu selamat pergi dan pulang.

satu je rasa sepanjang berada di walimah itu.
sangat sayu. 
saya bersyukur kerana dia dah menyempurnakan separuh agama. alhamdulillah
tapi saya terasa sangat-sangat kehilangan 
(sekarang ni mata berkaca-kaca) 
sangat sangat.
selalu saya suka tengok pengantin. tengok lama2sebab cantik.
tapi pengantin yang inisaya tak sanggup tengok lama-lama.
takut cair pula air mata ni depan mereka. 
terasa tak sanggup melepaskan dia pergi menjadi milik orang lain.
orang asing!

semasa mahu pulang.
bergambar sebentar.
saya berdiri sebelah dia.
dan saya orang pertama salam dia lepas ambik gambar tu
saya peluk dia, dia peluk saya.
tapi saya tak mampu nak cakap apa-apa. 
even barakallahuakum
not even one words.
tapi dia cakap.
'doakan..'(ada lagi tak ingat) 
saya pandang dia senyum je dan dengan cepat saya terus keluar.
saya risau. kalau saya bercakap, bukan suara yang keluar,
tapi airmata.
lagi lama saya menatap dia, lagi sayu rasa hati.dan dia akan tahu saya sedih. 
nasib baik saya tak nangis.
dan saya mampu menahan air mata daripada keluar sepanjang panjang panjang.
sampailah hari ini.

deep in my heart.
saya sayang dia sangat!
dia murabbiyah saya. lama.
roomate sejak matrik.
dalam dunia ni ada 2 orang yang saya boleh cakap dengan baik.
dia dan roomate.
entahlah..

saya sayang dia.
saya tak tahu kenapa saya sayang dia sangat
sangat.
dulu masa habis upsi,
saya sedih sebab risau tak boleh jumpa dia.
tapi alhamdulillah.
lepas 2 tahun meninggalkan upsi saya masih jumpa dia dalam meeting-meeting kami
dan selalu sembang dengan dia dan selalu jaulah dengan dia
masih boleh curhat, gelak-gelak

tapi.
bila dia diikat dengan sebuah ikatan pernikahan
dia dah menjadi milik orang lain.
terasa sangat dia hilang.
terasa sangat kehilangan dia.
kehilangan untuk selamanya

no more jaulah-jaulah
no more sembang-sembang
no more jalan2naik kereta
no more makan-makan kat d limau nipis.
no more makan ayamas kat masjid.

entahlah
saya masih belum mampu menerima
ya Rabbi.
kuatkan hati aku
menerima perpisahan ini.
sedih terasa.
sebab terasa dia lain. 


cakap dengan hirzi
'kita sedih sangat'
hirzi kata 
'kenapa sedih. kita gembira. n excited je'

esoknya dapat sau meseg
'kita pun sedih juga. baru terasa' hirzi

tanya ima
'ima ok ke?'
'ok je.
'terasa lain tak'
dia angguk dengan macamtakda perasaan tapi pandangan yang bermakna. dan saya tahu. dia juga rasa sayu.
'rasa lain. kita tinggal bertiga je weh' ima sambung

so 
kesimpulan untuk saya, hirzi n ima..
ini hakikat yang kita perlu terima.
dia dah nikah.
tinggal kita bertiga

jadi.
jomlah kita kawen juga..
nanti taklah sedih sangat kan..
kan?

ana dedicate lagu irfan makki ' mabrouk'buat
ukhti solihah n akh munaim. 
barakalahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair

p/s : taknak letak gambar mereka. tengok pun belum boleh. sebab nanti saya nangis.

Tuesday, December 20, 2011

Kem Lepasan SPM Bangi Dis 2011



sebenarnay terlalu lalu banyak yang nak tulis pasal program di atas.
program yang amat best alhamdulillah
menyamai program step n iic dulu bestnya.
tapi masa terlalu mencemburui. tak sempat.
tengah pulun nak marking paper.
dah tak boleh banyak main dan berpoya-poya!
risau.

dan terlalu banyak benda perlu diurus dengan SALAM
juga briged 
juga krim dhl
juga dan juga dan juga...
permudahkan urusan kami Rabbi

sedikit gambar

kerja saya

kami

nice! (ada orang senyum terlebih. yang tudung ungu tu.haha =p)

promo SALAM. ada karisma tak? huhu

......  speechless

Sunday, December 11, 2011

qudwah 1

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah, selawat dansalamke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

alhamdulillah..masih bernafas dalam udara tarbiyah..
beberapa hari ini mendapat beribu-ribu pengalaman hidup
daripada pemerhatian mahupun yang diperhatikan sendiri

bila berjumpa manusia-manusia
kadang-kadang malu sendiri
dan selalunya akan melihat ke dalam diri

sejak di sini
berjumpa terlalu ramai orang yang mengagumkan saya
berjumpa dengan akhwat yang lembuttt sangat sangat
cara cakap, bergerak, berpakaian,tidak mudah marah dan sentiasa cool dan sentiasa tersenyum.
dan mereka adalah seorang ibu yang sangat sangat sangat lembut dans angat bersabar dengan anak-anak
dan dengan kerenah anak-anak.
bukan seorang bukan 2 orang.
hampir semua orang!!
hampir semua akhowat yang saya jumpa begitu.
hebatnya dalam dakwah
lembut dalam berbicara dan berperibadi
begitu lembut dengan anak-anak yang pelbagai kerenah
dan sangat jarang berjumpa dengan akhowat yang suri rumah
kebanyakan akhowat adalah akhowat yang bekerjaya.
kadang-kadang bila jumpa.
mereka adalah
doktor, pensyarah bertitle dr,
kebanyakan pemegang master dan PhD - dengan usia yang sangat muda,
ustazah lepasan timur tengah, jurutera, cikgu pun ada gak- macam saya.
mereka sangat berjaya
dan mereka sangat lembut ok..
dan muka mereka pun lembut dan comel..sweet..
entahlah..saya pun tak berapa nak faham macamana mereka boleh jadi lembut macam tu..
dan saya bercita-cita nak jadi lembut macam gitu gak.
lembut bukan setakat lembut, tapi menjadi sangat penyabar...
hoho..bukanlah mudah...

kenapa tulis ni..
ahad lepas lunch bersama-sama seorang akhwat dan anak-anaknya
dan saya terasa kecik cakap dengan dia..
lecturer uniten, (dia kata dia cikgu..huh..[padahal Dr kot..PhD holder]
lembut, sopan, comel, cakap pun lembut je dengan anak-anak pun lembut sangat..
saya yang jadi malu.

Sunday, December 4, 2011

sabar

ya Allah. berikan aku kesabaran yang banyak.
terkadang terasa nak give up denganmasa yang terlalu banyak di luangkan di situ.
tapi..
bak kata sorang akhwat ni
'semua ni untuk dakwah,jangan rasa buang masa'
moga setiap detik adalah untuk dakwah dan bukannya di nilai sebagai buang masa..
redhai setiap gerak langkah dan masakuRabbi..T___T
aku mohon padaMU

berikan aku kemudahan, ilham dan kesabaran. ameen

Wednesday, November 23, 2011

dot wordpress. dot com

bismillahirrahmanirrahim

akhirnya saya tahu saya yang kena buat!
satu : dot wordpress untukprogram KLS
yang saat ini tengah pening kepala dan naik tensen sebab banyak sangat benda tak tahu!
klik sana klik sini.tak jadi. tak comei. tak muncul. yang kita nak tak ada..
haihhh....berikan aku kesabaran Rabbi

dua: dot com untuk SALAM.
belum start.
tapi pernah buat dan saya tahu ketensenannya.
moga Allah beri saya ketabahan dan tidak membuang masa yang banyak begitu sahaja.
ameen

mungkin satu benda yang memberatkan adalah saya mementingkan kesempurnaan dan saya nak yang tu so saya nak buat. hurm hurm.moga Allah berikan saya kesimpelan pemikiran untukbenda2 macam ni, dan kecepat pickup -an. ameen

cuti yang menjelang

bismillahirrahmanirrahim.

hari yang ditunggu-tunggu oleh cikgu di seluruh Malaysia adalah ..
SCHOOL HOLIDAY.
dan akhirnya inilah masanya. saya cuti 40 hari ++..ohh..alhamdulillah sungguh bahagia.
walaupun disaat2 awal percutian ini sudah terasa kebosanannya.
tapi sebenarnya dah ada banyak sangat kerja!
dan bersama mujahid (?) baru saya ini, lagilah bersemangat nak buat kerja.
dan ada yang sangat membahagiakan.


apple says ada sticky notes yang says bole letak semua to do list saya(tapi kalau letak semua macam dah tak muat tau)..alhamdulillah bahagia bahagia. (mungkin di samping wallpaper yang sangat hijau itu) 

n ada satu lagi yang best!
iCal ! ataupun dalam bahasa panjangnya calendar. 
best best! benda ni macam planner la. cumanya dalam apple ni boleh tengok dengan hanya satu click.
alhamdulillah. 

dan alhamdulillah dengan kehadiran apple ni,saya dapat melangsaikan tugasan saya dengan baik dan cepat. walaupun cumanya macam tak berapa reti nak guna either word or excel dalam ni lagi. tapi saya akan berusaha. alhamdulilah. setakat ni saya tak menyesal la beli benda alah ni. terasa bahagia. 

walaupun dari satu sisi saya tahu ini ujian buat saya. membuatkan saya sangat nak mengadap laptop sahaja.
saya mohon pada Allah, moga pinjaman sementara ini tidak menjadikan saya lalai dan leka.
moga solat saya lebih khusyuk dan tilawah saya berganda begitu juga hafalan saya. begitu juga ziarah saya,  dan amal-amal lain yang tidak memerlukan apple ini tapi memerlukantulang 4 kerat saya untuk berusaha. ya Allah, jangan jadikan aku insan yang lalai. ameen. 

Tuesday, November 22, 2011

jodoh itu rahsia Dia

pena-pena telah diangkat dan catatan telah mengering

'bas ke Ipoh 10.30 pagi. jazakillah hantar sampai Pudu
moga dib dapat jodoh yang soleh dan dipermudahkan bertemu jodoh'

ya. terasa begitu tulus doa bakal pengantin itu.
mungkin kerana banyak yang dikongsikan bersama selama 3 hari berjaulah,mabit dan meeting juga curhat bersama, membuatkan dia memberikan kata-kata sebegitu.
jazakillah khair atas doanya.
juga segala perkongsian dan nasihat - ada banyak yang tersemat di hati dan dalam fikiran.

barakallahulakuma wabaroka a'laikuma wajama'afil khair

buat ukhti wa akhi yang ku kenali dan tidak ku ku kenali di seluruh Malaysia.
terutama kepada akhwat UPSI
ukhti Marini dan akh Mior Anas.
sebenarnya.sangat tidak ku sangka kalian berjodoh.
ya.
jodoh itu sungguh misteri.
mungkin kerana hanya aku (batch marini) yang mengenali kedua-duanya sebelum tahu mereka akan disatukan dalam satu perjanjian yang teguh.

marini
- ukhti di UPSI. sama2 menuntut lama di upsi.kos yang sama. pernah menjadi murabbiyah saya. cuma saja,boleh berdekatan dengan dia semasa lapor diri untuk posting. pelik bukan.
terasa tidak ada chemistry langsung dengan akhwat yang seorang ini. terasa terlalu banyak kekurangannya dan keburukannya yang muncul di depan mata. tidak sekali-kali ingin berpapasan dengannya, walaupun kami duduk serumah. walaupun dia akhowat ku. aku tidak suka kan dia! pelik bukan? dan hampir mufaroqoh(meninggalkan dakwah dan tarbiyah)  tatkala tahu dia bakal menjadi murabbiyah ku pada satu ketika dulu. sungguh tidak sanggup menerima. ohh..begitu haru.
- juga saat dia menjadi murabbiyah buat kali kedua semasa praktikal di teluk intan. begitu bersusah payah mereka (dia dan syazana) menaiki kereta ipoh-teluk intan selepas sesi persekolahan dengan perjalanan lebih dari 2 jam dan perlu kembali ke ipoh sebelum jam7.00pagi. terasa begitu hambar halaqah itu. begitu jarang aku melihat dan tersenyum pada murabbiyah nan satu ini. tamat sahaja halaqah, terus saja aku baring di katil ( sementara mereka tahajud sebentar) dan berpura-pura tidur kerana aku sangatt tidak mahu bersalaman dengan dia. dan sangat tidak mahu bertemu mata dengan dia. aku tidak tahu kenapa, tapi terasa bahang sangat tidak suka ada padanya. menjadikan, halaqahmateku merangkap roomateku yg 2 org lagi yg bergilir2 menghantar dan membukakan gate untuk mereka setiap kali mereka ingin pulang pada jam 4.00 pagi lebih kurang.
- entah kenapa dan entah bagaimana, kenapa aku terlalu bencikannya. kelibatnya saja tidak sanggup ku jumpai, apatah lagi jasadnya. pasti aku akan mendesup lari.
-entah kenapa dan entah bagaimana juga, aku boleh menerima dia dalam hidupku. sejak posting di negeri yang sama, hanya kami berdua di kalangan akhwat. dan ana yakin, satu faktor adalah doanya yang tulus ikhlas mensedekahkan fatihah kepadaku (erk..fatihah bukan utk org yg dah meninggal je ea) agar ikatan hati kami yang selama ini tidak pernag bertaut, menjadi dekat dan disambung dengan ikatan yang kuat.
alhamdulillah.
-hari ini. tiada lagi kebencian dalam hati.dia menajdi akhwat kesayanganku sebagaimana aku menyayangi akhowat ku yang lain. alhamdulillah, syukur Allah.

mior anas
- takda akhwat upsi yang kenal dia. kecuali saya dan kak nisah. sebab sama2 bekerja dalam KRIM.

moga kalian berdua berjaya membina keluarga sakinah mawaddah wa rohmah.
doaku buat kamu.
reunion akhowat upsi..wu wu wu..BESt!
kisah dia pula..
bakal pengantin itu.
antara murabbiyah ku yang paling lama, dan murabbiyah terakhir sebelum berpindah ke isma dan sebelum berpindah ke bangi.
bakal melengkapkan separo agama. alhamdulillah.
mungkin ramai yang tidak menyangka.
tapi itulah jodohnya
jodoh yang menjadi misteri Dia.
barakallahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair.
buat ukhti cik sol.
yang selepas ini apakah perlu di panggil puan sol?
moga menjadi lebih sopan dan lebih ayu..hohoho

dan berderet2 akhowat upsi nikah.
akhirnya inilah masanya
masa yang tak pernah tergambar di fikiran.

moga Allah memudahkan urusan kami semua. amin

Friday, November 11, 2011

pasca HIMPUN

bismillahirrahmanirrahim 
segala puji bagi Allah.
selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw. 

semalam usrah best sangat!
usrah dengan murabbiyah
sejak berHIMPUN ni kan
kami memang diuji dengan kedatangan dakyah2 misionaries depan mata.
murabbiyah jumpa dengan sorang kakak ni yang sangat sangat diuji.
dia dah ada anak 4.dah besar2 dah ananya.
orang sarawak.
pernah murtad dan bekerja untuk dakwah kristian dalam 5 tahun lepas.
dia pernah murtad.........
alhamdulillah, dia masuk Islam semula. 
tapi basic dia tak kuat, dan orang2 Islam yang dia jumpa untuk bantu dia mendapat kefahaman pasal Islam, kebanyakannya terlalu mendownkan dan terlalu tak support. dengan kata-kata yang tidak berhemah. yang paling sedih. kebanyakan yang dia jumpa tu USTAZ USTAZAH. haih. boleh tak macam tu????? kenapa ustaz dan ustazah tu sangat spoil dan kalau naik ke jabatan sangat banyak birokrasi. buatkan orang2 yang muallaf dan nak kembali kepada Islam ni sangat down. 
ditambah dengan, missionari2 yang sangat support. sangat baikk,sangat banyak tolongg, bagi bantuan kewangan, sangat care..
jauh beza antara kedua-duanya 
antara yang batil dan haq kenapa yang batil kelihatan lebih tersusun? 
cerita tentang kakak ni sangat-sangat panjang. 
dan kami memang benar2 diuji - jumpa dengan banyak kes2 nak memurtadkan orang Islam depan mata. 
ya Allah. moga kami kuat dalam membantu. 
buat kak dayang, 
moga Allah beri kekuatan. satu benda, 
Allah mengurniakan kak dayang ni anak2 yang sangattttt baikkk dan solehah.(semuanya! bukan sorang je)
walaupun kak dayang madam basic tak berapa baik, tapi dia didik anak dia dengan baik.
dan kita boleh nampak, itu rezeki dia.
walaupun rezeki dunia ni macam tak nampak, 
tapi bukankah rezeki anak soleh tu yang dibawa sampai selepas kita mati. 
ya Allah. subahanallah. Allah itu Maha Adil bukan?
dan dari situ, nampak bahawa hati kak dayang ni hidup. nak didik anak dia dengan agama, walaupun dia banyak tak tahu.
contoh : dia tak bagi anak dia tengok tv3 (tahu lahkan tv3 tu macamana..banyak sangat hiburan dan benda yang tak patut dan yang merepek).dia sangat tabah dan dia sangat baik.
buat kak dayang...
kuatlah dalam menangkis dakwah kristian.
moga Allah beri kak dayang kekuatan dan keyakinan kepada Allah.
saya tak kenal pun kak dayang. tapi mendengar cerita sangat terharu.
doa saya buat akak dan semua orang Islam yang senasib dengan akak..
yakin ya...rezeki tu ditangan Allah. dan rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja.
moga kalau akak miskin di dunia, tapi dengan kebaikan akak, syurga menanti buat akak insya Allah. 

secoret dua coret .wordpress

bismillahirrahmanirrahim...

saya kena buat blog untuk program KLS
tapi sebenarnya
SAYA SANGAT TAK TAHUUUUUU....
waaaa....
bukan tak tahu nak buat.
tapi tak tahu tema apa yang sesuai...
waaaaa...nak nangis (weh cik adik..benda kecik je ponn)
saya nak someone tolong bagi idea n comment....
saya nak someone yang bole tolong dengar saya cakap n bagi respon.
contoh :
'ok ke theme macam tu? macam budak2 sangat tak?'
'sesuai ke nak buat macam ni?'
'saya nak warna biru.ok tak?warna biru nampak lembutt sangat..nampak tenang - memanglah takkan dapat mengatasi hijau. tapi kalau saya buat warna hijau nanti apa pulak orang kata. saya kan sahabathijau'
'komenlah apa2'
- ni lah antara soalan yang saya nak tanya kat someone tu.
kalau dia tak jawab sangat pun tak pe..yg penting saya nak cakap. lepas cakap baru macam idea tu bercabang2.
-macam budak2 ke saya ni? tak berdikari? ntah lah.saya cuma nak meminta sedikit pendapat sahaja.
banyak lagi benda aula? ya..cuma sekarang ni apa yg saya buat untuk dakwah ni juga.insya Allah

teringin je nak tanya kat group.tapi macam kegedikan je.

tapi apa pun say akan buat sehabis baik saya. insya Allah.

p/s : janganlah encik bos suruh saya buat website untuk salam. mau tegolek juga.
saya tak kreatiffff... untuk benda2 macam ni lagi la...

*******
tajuk lain.
ramainye orang nak kawen..
murabbiyah saya dulu pun nak kawen dah.
dan ramaii yg tak disangka pun nak kawen.
hurm.
tak terasa jeles ke??
sedikit sebanyak mestilah ada rasa tu.- syaitan sangat licik kan?
tapi nak buat apa jeles.
pena2 telah diangkat dan catatan telah mengering.
segalanya Allah dah tuliskan dalam kitab kita tentang jodoh ni.
don't worry.
sikit masa lagi insya Allah.
satu masa, akan datang jua insya Allah.
kalau tidak di dunia moga di syurga.
kepada semua kawan2yang jodohnya masih belum datang..
tak payah pk sangatt..
teruskan dakwah ini insya Allah.
teruskan doa.
hu hu hu hu
(serious!macam apa je tulis benda ni)

Wednesday, November 9, 2011

secangkir kata tentang dakwah ini

bismillahirrahmanirrahiim

bermula sejak himpun, saya seperti nampaklebih mendalam tentang dunia politik dan dunia dakwah ini.
bagaimana sikap orang-orang Islam.
dan bagaimana kita ingin menerima sikap orang-orang Islam yang lain. - yang begitu

apatah lagi, dakwah ISMA yang melaungkan slogan Melayu
-Melayu Sepakat Islam Berdaulat-
sungguh banyak kata-kata cemuhan, condeman, dan kata-kata yang menyuruh ISMA mengkaji semua ketidakbenaran slogan yang dibawa dan dilaungkan. banyak sungguh kata-kata kesat.
dan saya melihat bagaimana JKP ISMA bersikap dengan semua ini.
sungguh.
ini lebih menambahkan keyakinkan saya dengan dakwah yang dibawa.
entah ya. seperti ironi.

huhu..tidak..
samalah dengan apabila Islam didakwah sebagai terroris, pengganas, dan sebagainya. namun lebih ramai yang masuk Islam. banyaknya tohmahan,menjadikan ramai lagi pihak yang berfikir. pihak yang melontarkan tohmahan terkadang (pandangan saya) membuka aib sendiri, menampilkan sikap tidak sopan sendri. dan saya yakin. banyaknya umpak kepada orang ketiga - iaitu orang yang membaca tanpa suara. menilai tanpa kata.

saya tidak mengatakan ISMA adalah yang paling benar. tapi saya yakin ISMA yang terbaik untuk saya ikut. lagipun saya tak tahu sangat jemaah lain macamana so diam-diam je lah kan. Allah membukakan hati saya untuk bersama dakwah ISMA.
kadang2 rasa nak tergelak dengan tohmahan yang dilemparkan. berdebat sana berdebat sini. gaduh sana gaduh sini. biarlah. mungkin semua orang punyai pandangan masing-masing. bukanlah yang berdiam diri bermaksud otak beku tiada apa yang nak disampaikan, tapi terkadang - makin banyak kita cakap, makin banyak kita debat, makin banyak kita salah, dan makin nampak keurangan dan kelemahan kita.
dan lebih baik bercakap dimedan sebenar dengan isu yang lebih matang berbanding bergaduh tentang perkara kecil dan sepele.

benar. terkadang tidak faham dengan pemikiran sesetengah ulama, sesetengan pemikir, ahli akademik, tokoh masyarakat dan bijak pandai ni. terkadang tidak faham. mungkin kerana pemikiran yang tidak selari dan saya mungkin masih kecil untuk menilai. tapi ada perkara yang sudah terang lagi bersuluh bukan??
entahlah. moga Allah memandu kita semua dalam meniti jalan yang diredhaiNya.

semakin banyak isu, semakin banyak tohmahan, semakin banyak penilaian, dan semakin banyak respon daripada para JKP dan majlis ulama' ISMA sendiri, saya semakin nampak dan semakin faham dan semakin yakin. alhamdulillah.

saya bukanlah taksubkan ISMA. sepertimana post saya sebelum ni. tapi mungkin ada rasa sayang di situ membuatkan rasa untuk menegakkan ISMA tu ada. (rasanya ada bahasa dia yang khas tapi tak pasti apa)

biarlah apa orang nak kata. kita ada Allah bukan. dan saya sangat bangga dengan satu kenyataan 'PEMBINA pandai memobilisasi para pemuda dan belia' bila melihat fenomena di HIMPUN kebanyakan yang datang adalah para pemuda dan belia.naik berbas-bas dari seluruh Malaysia, mereka dikenali sebagai ahli PEMBINA seluruh Malaysia. subahanallah. entahlah. but i'm so proud. dan saya tahu ramai yang membuka mata dengan kekuatan ini. ini adalah satu kekuatan! punyai ramai belia dan pemuda adalah satu kekuatan yang sangat! dan ini hasil respon yang saya dapat daripada respon orang ramai tentang himpun.

dan satu benda
saya perlu sangat meluruskan niat
bersama ISMA bukan sebab keramaian
bersama ISMA bukan sebab kefemesan
bersama ISMA bukan untuk supaya semua orang suka pada ISMA
tapi ISMA adalah sebagai satu platform dalam saya bekerja mencapai redha Allah.
Allah yang pertama dan utama
Islam itu amat perlu di daulatkan!

epal..

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw
alhamdulillah. sehingga hari ini masih menari nafas di bumi tarbiyah.
thumma alhamdulilah.

sudah lama tidak mengupdate blog ini sampaikan tidak tahubagaimana ingin memulakan penulisan (ah..perkara kecil sahaja dib)

beberapa perkara dalam hidup. alhamdulillah. baru memiliki barang sementara pinjaman Dia untuk melancarkan lagi gerak kerja dakwah insya Allah. sebuah laptop apple (kalau orang kg panggil..haha) dengan nama yang lebih femes. macbook pro.
kenapa macbook pro. bukan ke sebelum ni sangat admire dengan dell XPS.
entahlah.
ada seseorang yang mencucuk(dengan tidak sengaja mungkin) dan tiba2 hatitergerak untuk membeli sebuah macbook pro dan melupakan saja Dell XPS yang menjadi impian selama ini.
mengapa. entah. mungkin kerana :
- harga yang lebih kurang (beza rm600 kott)
- macbook pro punyai identiti yang sangat tersendiri
- apple adalah jenama yang sangat eksklusif (saya tak pernah terpk langsung nak beli macbook sampailah adik saya cakap - belilah macbook macam dia)
alhamdulillah. saat ini senang menaip menggunakan macbook pro ini.

moga melancarkan lagi gerak kerja dakwah dan saya harap benda ni tak melalaikan saya.
kenapa beli benda alah mahai ni?bukan buat apa pun???
- sebenarnya saya ada satu impian dan cita-cita nak buat dengan macbook ni. tapi mungkin bukan sekarang. mengambil masa. sekarang ni fasa berkenalan dengan macbook ni. 

oh..bercakap tentang berkenalan.
sebenarnya semua orang pun rasanya sedia maklum. barang apple ni memang lain dari barang lain. 
samalah dengan macbook pro ini yang menggunakan OS macOS X Lion 
masa beli tu memang tak tahu..menatang gapo semua ni. apa pun tak tahu pasal apple ni. 

alhamdulillah. dengan izin Dia. saya menemui seorang tok guru banyak memberi saya kefahaman pasal macbook, apple dan segala OS dia (OS stand for operating system - selalu orang guna dalam windows, windows7 ultimaten so on, tapi dalam machintosh ni dia gunakan dia punya sendiri mac OS X Lion.) - 
saya tahu semua ni pun lepas baca buku Lion for dummies.pdf pemberian tok guru. 
alhamdulillah Allah memberi saya tok guru yang nak mengajar saya dan yang yang boleh jawab soalan saya dengan sangat baik. walaupun soalan yang paling basic (saya rasa budak tadika pun tak tanya soalan gitu tapi saya tanya) eg :macamana nak download. puih..memang tak tahu bahh. alhamdulillah thumma alhamdulillah. banyakkk sangat yang saya faham sekarang. memandangkan tok guru sorang lagi berada jauh dan dalam fasa honeymoon..haihh
saya doa moga Allah memandu saya agar sentiasa berada dalam redha Dia dan dijauhi daripada kemaksiatan dan kemungkaran Dia. nauzubillah.

tapi sebenarnya saya malu nak keluarkan laptop saya kalau dalam meeting or di sekolah.
sebab apple kot. kalau jenama lain keluarkan je..aicehh..huhu. tapi betul la...
ya Allah..janganlah benda ini melalaikan aku. aku tahu ini mungkin ujian dan ini hanya pinjaman sementara dari Engkau.

bercakap tentang pinjaman sementara..
saya baru kehilangan handphone  tadi.
sebijikk...

hilang.bukan tercicir. tinggal dalam bilik guru dan hilang.
itulahpinjaan sementara.
bukan mudah nak terima.
alhamdulillah..terngiang-ngiang taujih Rabbani.
ayat-ayat yang mengatakan tentang sabar dan memafkan.


terpancar kisah2 rasulullah di minda
yang dibaling batu sehingga berdarah, tapi tidak membalas dan tidak menyumpah, tidak memaki hamun. bahkan mengatakan kepada malaikan - mungkin satu hari nanti ada di kalangan ahli keluarga mereka yang beriman.
subahanallah.
sungguh besar kesabaran.
bagaimana semasa perjanjian Hudaibiyah yang sepertinya berat sebelah, namun sebenarnya membawa berjuta hikmah.hanya memerlukansedikit kesabaran.
subahanallah.
sungguh iman saya sangat tipis.
saya bersyukur. di letakkan dalam dunia tarbiyah dan dunia yang dekat dengan Allah.
cuba dan cuba.
untuk tidak berdendam, tidak mengharapkan orang yang mengambil ( kalau ya) menerima balasan didunia ini.
biarlah. itu urusan dia dengan Allah
sekarang ini kerja saya hanya perlumemaafkan.
dan menancapkan keyakinan yang amat tinggi
itu hanya pinjaman dari Dia yang diambil kembali.
teringat kisah ummu --- (sapa ea? ) ummu sulaim ke?
yang anaknya meninggal dunia namun sangat sabar dan tenang melayan suami dan memberikan perkhabaran tentang kematian anaknya kepada suaminya.
sungguh dan sungguhlah
keimanan seperti apakah itu.
diba..
ujian ini kecil saja buat kamu.
mungkin boleh menerima
tapi sepertinya dalam hati ada sekelumit dendam.
biarlah itu urusan dia dengan Allah.
-saya sangat bersyukur saya ditarbiyah-
pasti punyai jutaan hikmah

alhamdulillah

Monday, October 24, 2011

HIMPUN & KKMM

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

alhamdulillah
hujung minggu yang mencerahkkan hidup ini
bermula dengan sabtu pagi.
liqo pengkaderan pusat.
seterusnya HIMPUN.
malam, liqo pengkaderan sekolah
pagi pukul 7 berada di Putrajaya sebagai AJK Pendaftaran KKMM (Konvensyen Keluarga Melayu Muslim) hingga jam 5.30 petang

sampai di rumah; usai mendirikan solat maghrib, mengaji dan solat isyak. terus lelap hingga pagi. ditemani kesakitan perut yang datang dan pergi ( ini bukan satu isu dib!)

post ini tidak membincangkan content. sebab saya macam dah pengsan la ni.
cuma nak cakap sikit
di HIMPUN saya jumpa Fateahah.
di KKMM saya jumpa Aisyah Zanal dan bercakap dengan panjang lebar sekali tentang usrah.
alhamdulillah. tak sangka jumpa ecah disitu? alhamdulillah di kolejnya ada seorang ikhwah baru daftar. katanya ikhwah ISMA. hoho. dia kelihatan agak faham tentang perbezaan jemaah. dan tahu. dia sedang berada di landasan ISMA. insya Allah. moga Allah membantu menguatkan anti.
mungkin bermula semula dengan kehadirang sang qawwam yang memakai blazer ISMA ' ISMA? ni ikhwah ISMA daripada mana pula' rupanya pelajar baru mendaftar dan seorang yang menggerakkan dakwah. alhamdulillah. diajaknya ke KKMM dan 4 orang puteri hadir termasuk ecah.
(kenapa saya cakap ni macam sangat keismaan?? hahaha)

tbc la

Sunday, October 16, 2011

ijitimak am ISMA DHL

bismillahirrahmanirrahim

kalau ikut umur saya bersama wasilah Ikatan Muslimin MAlaysia dan menjejak setahun 2 bulan pada bulan oktober ini. dan mejadi ahli biasa secara rasmi selama 2 bulan.
alhamdulillah
walaupun kadang2 hati ni pun berbolak balik.
tapi selalu sangat
bila ada rsa nak pergi ke taknak nak pergi ke taknak
atau rasa malas
dan di akhirnya
sudahpun berada di perjalanan
atau sudahpun berada di tempat program
syukur Allah sangat memelihara

dan bila ada kata hati yang berbisik
kenapa ISMA gini
kenapa ISMA gitu
kenapa macam ni dan macamtu
sampai tahap nak giveup
dan menangis sangat
tapi
beberapa ketika selepas itu
akan ada saja situasi
atau
kata-kata
yang counter back
tanpa sengaja.
saya banyak berkata dalam hati.
tapi ayat2 yang meneangkan sentiasa saja muncul di depan mata.
syukur.
Allah yang memelihara semuanya.

dan hari ini
portfolio utama saya
saya bersama biro yang besar dalam ISMA
biro pengkaderan.
salah satu biro yang akan memandu kemasukan mad'u dan a'do dakwah dalam ISMA
yang akan menjadi fokus ISMA untuk 4 tahun mendatang.
berada di peringkat pusat menjadi satu amanah yang sangat besar.
moga Allah memelihara kami semua danmembantu dalam menggalas amanah yang sangat besar ini.

dan saya bersyukur saya juga bergerak di cawangan dalam pelbagai cabang
bersama sekretariat antarabangsa, bersama kelab remaja ISMA
menjadikan pemikiran saya menjadi lebih terbuka dan saya mendapat kefahaman yang banyak tentang dakwah ISMA sendiri khususnya. meluaskan tsaqafah saya dalam dakwah ini.
walaupun kadang2 banyak sangat yang tak tercater
saya mohon sangat pada Allah
agar memberi kekuatan pada saya untuk menyelesaikan semua urusan dengan baik
termasuk urusan kerjaya dan dakwah di sekolah saya

saya.
nak buka cawangan ISMA BAnting
insya Allah.
menanti kehadiran sang qawwam di sini.
(entah bila dan entah siapa) saya akan terus berdoa. untuk membentuk syukbah yang kukuh di Banting. insya Allah.

syukur Allah

saya akui
kadang2 melihat kelompangan
tapi saya tahu
tanggungjawab saya dalam mengisi dan memperbaiki kelompangan itu
agar jamaah ini menjadi jamaah qudwah sebagai misi kami.

berbalik kepada tajuk
ijtimak am ISMA DHL
semalam.
alhamdulillah
mendapat pencerahan yang sangat sangat
untuk saya terus teguh dan bergerak dengan wasilah ini.
ucapan YDP ISMA DHL - akh Azib Asmangi
ucapan Presiden ISMA - ustaz Abdullah Zaik
pembentangan JKP untuk sasaran ISMA hingga 2015
dan akhirnya
pemberian taqwim 2012
buatkan hati saya berbunga dengan sangat
seperti musim bunga di kemuncak.
alhamdulillah

sangat sistematik
sangat terancang
sangat futuristik
sangat realistik
dakwah yang cukup jels sejelas mentari di siang hari.
moga amal akan megiringi segalanya

dan ada situasi yang sangat saling melengkapi
YDP sebagai sang pemuda yang penuh semangat dalam bergerak dan meminta semuanya membuktikan dengan amal. ucapan yang sangat menggugah semangat dan jiwa syabab seperti saya.
JKP sebagai sang maysaikh yang lembut dan penuh pengalaman. cukup lembut percakapannya. namun sangat menusuk dan cukup mendamaikan hati.

itulah yang melengkapi.
syabab dan masyaikh
semangat dan pengalaman
dalam membentuk jemaah qudwah.

nanti saya upload gambo taqwim ISMA DHL 2012.
suka sangat!
nak tampal dalam bilik.

wallahualam .

p/s : ini bukanlah post untuk promote ISMA. tapi awak yang baca blog saya. dan ini hanya satu kisah pengembaraan hidup saya. kalau rasa tak boleh diterima. boleh komen atau tinggalkan saja tulisan ini. tulisan ini bukanlah bermaksud saya taksub dengan ISMA. kerana yang perlu ditegakkan adalah dakwah ISLAM. tapi sebagai satu platform dan wasilah dalam bergerak. perlu ada tsiqoh dan ketaatan dan kefahaman kepada jemah ini tentunya insya Allah.

hakikat kehidupan

bismillahirrahmanirrahim

satu hakikat tentang hidup
adalah
hidup ini penuh dengan misteri
yang kita tidak tahu apakah akan terjadi esok.
segalanya di tangan Dia.
ada banyak benda yang tak pernah terlintas di fikiran
terjadi dan datang kepada diri
ada banyak perkara yang sangat didoakan dan sangat diinginkan
namun tidak pernah kunjung tiba
dan terlalu menguji kesabaran.
ada banyak benda yang taknak benda tu terjadi
tiba tiba itulah yang menimpa diri
dan kesabaran sekali lagi menjadi selimut

sabar
dan sabar
terkadang mudah disebut di bibir
dan hakikatnya.
hati terlalu pedih menerima.
tapi
nak tak nak
itulah yang perlu diterima.
jika menanti - menanti lah sampai Allah mengirimkan
jika diberi - memang tidak langsung boleh menolak
hakikat hidup. sabar itu memang nak tak nak kena buat
tak tahu perkataan apa yang tengah dilakukan
rasanya inilah sabar.
dan sabar yang diiringi tangisan dan air mata
sabar yang diiringi rintihan yang berpanjangan
sabar yang diiringi doa yang tak pernah putus
sabar dalam gelak dan tawa
sabar dalam keringat dan darah.

hidup ini misteri bukan.
ya
entah apa yang terjadi esok.
entah bila nyawa ini akan diambil.
entah apa tajdir buatku.

kiat hanya mampu merancang
Dia
Allah
yang menentuakan segalanya.
memberi yang terbaik buat diri.
memberi yang terbaik buat hati.

terkadang
merancang buat diri sendiri
dan menetapkan keperluan buat diri.
namun perancangan Allah dan pemberian Dia jauh melepasi pemikiran insan
terkadang apa yang Dia beri jauh dan melepasi perancangan.
subahanallah
segalanya dari Dia
Dia
Allah
Tuhanku
Yang Maha Agung dan Maha Kuasa.

hanya sabar menajdi pakaian
hanya Dia tempat sandaran
keyakinan itu perlu sangat sangat sangat berada di hati
segalanya dari Dia
menerima segala ketentuan
menanti dalam pengharapan
di kehidupan yang penuh misteri ini.

Friday, October 14, 2011

kenapa

bismillahirrahmanirrahim

tiba-tiba terasa sangat teruk..
sangat-sangat
saya amat merindukan hati saya semasa bersama-sama smakl
macamana saya boleh mencintai smakl sampai begitu sekali
berkorban sampai begitu sekali
memikir dengan banyak
berdoa dengan sangat sangat
kenapa kadang2 tak mampu nak cintakan benda lain macam saya cintakan smakl?

rasa teruk sangat.

Sunday, October 9, 2011

contengan ahad

Dibah: maaf sgt sbb menyusahkan..huhu. Ya Allah,kau berkati hidup noradibah rohiman. Ampunilah dosa2nya,kelalaian n kelewaannya. Jdkan lah dia org yang komitmen n terus serius dlm hidup dan amal dkwhnya, kau mudahkanlah urusan jodohnya, kau aturkan lah yg terbaik dlm hidupnya,kau tsabatkan lah dia atas jalan dkwhmu,kau jdkan lah dia kelak suri teladan di jalan dkwh,isteri solehah n dikurniakan anak2 yg comel,cun,soleh,solehah,mukhsin,mukhlis n penyejuk mata ibu dan ayah.
--> doa ini dari seorang sahabat saya. marini. di FB. how nice how nice. suka sangat. terutama doa yang awal. sangat terharu dan sangat diaminkan ameen ameen.  
marini bakal menikah.moga pernikahan akan diberkati dan dikurniakan anak2 yang soleh solehah dan terus istiqomah di jalan dakwah ini. ameen

Sunday, September 18, 2011

hujung minggu syawal.

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

sedang menggunakan mac book..nak beli juga la mac book ni...hohoho
dan sedang berdoa dengan sangat ada orang nak bagi saya i pad..hoho..mimpilah kamu diba..
-takpe. doa sebagai usaha juga. tu penting. heh heh

di hujung minggu ke 2 syawal.
menconteng sedikit di sini.
alhamdulillah
jumaat cuti. dan saya punyai hari cuti jumaat sabtu dan ahad.
alhamdulillah. cuti yang penuh dengan aktiviti sampai saya rasa nak ambik cuti hari isnin sebab 3 hari ni tak terasa macam cuti pun..

alhamdulillah.
Allah memberi peluang untuk terus dan terus berada di jalan dakwah dan melangsaikan segala tugasan-tugasan dakwah dan tugasan dakwah itu terus datang dan datang selepas siap satu persatu.
hanya diri yang perlu manage dengan baik segala task yang diamanahkan agar tiada yang terzalimi.

perjalanan bermula semenjak khamis.
hari rabu malam. masak rendang. alhamdulillah dah pandai ..hu hu hu
khamis pagi jamuan raya di sekolah pulang saja, solat dan terus ke putrajaya ambil sijil kahwin adik, beraya ke rumah atuk sedara di dengkil dan perjalanan diteruskan ke KLIA untuk memberi borang kepada bakal zauj adik ditemani mak dan abah saya.
terus pulang kerumah tepan azan maghrib berkumandang.
perlu bergegas, siap dan solat.
perlu ke kajang untuk usrah.
dan ketentuan Dia..saya sesat barat kat kajang mencari rumah akhwat.
syukur. di persimpangan, Allah memberi ilham memilih jalan yang benar dan dimudahkan sampai ke destinasi. syukur Allah. memberikan akhwat yang sangat memahami ku. dan sangat bersabar dengan ku. jazakillah khair anis terutamanya. sangat memahami.
saya tak suka orang bercakap kalau saya sesat-diam je. biar saya cari jalan sendiri. dan saya takkan tanya orang tepi jalan. unless tuan rumah, tu pun kalau dah terpaksa sangat sangat.
akhirnya last call daripada anis. direction yang jelas walaupun perasaan masatu dah agak hot. astaghfirullahalazim...menjadi pengajaran buat diri. fasobrun jameel. masa nak balik. murabbiyah bisik. Allah yusahhil. macam kena ketuk kepala saya dengan batu..hoho

keesokan harinya,Jumaat daurah TOT sektar di seksyen 1 bangi. dan tepat jam 1 pm perjalanan pulang ke Banting. bersiap2 barang2 untuk masak mee kari, dengan segala periuk belanga dan dapur gas penuh satu kereta. sebab nak masak untuk 100 orang mana akhwat ada periuk belanga. alhamdulillah mak sangat baik nak bagi pinjam semua barang. moga pahala terus menerus buat mu mak dan abah. mengizinkan pinjam barang. walaupun hari sebelum tu saya dah hilangkan satu tutup tray kesayangan mak kat sekolah...=_=.
selepas maghrib memulakan perjalanan ke Bangi semula untuk persiapan Haflah eidulfitri ISMA DHL.
sepatutnya ada farewell party untuk akhwat dan ikhwah KRIM yang akan terbang ke UK. tapi asiff. tidak sempat nak pergi ke sana. dan saya segan sebenarnya sebab dah lambat. tapi rasa sangat bersalah sebab tak pergi. akhirnay tak pergi juga. destinasi adalah BD- rumah akhwat UPM di serdang. persiapan memasak malam tu. sangat best dan sangat meriah alhamdulillah

Hari Sabtu, tidak dapat membantu untuk memasak mee kari. tapi lepas subuh tolong sikit2 (best sangat!) dan bersiap untuk taklimat kursus induksi di Klang.
habis saja balik ke Banting dan pergi rumah terbuka dan bawa mak dan abah ke kenduri kahwin nenek sedara - anak dia la. bukan nenek sedara tu yang kahwin.
kepala sangat pening masa tu. seusai asar. bertilawah dan terlelap seketika.
bangun saja terus bersiap untuk ke Bangi ada meeting malam tu. meeting pengkaderan.
tepat jam 10.00 pm meeting bermula dan tamat jam 12.30 tengah malam.
alhamdulillah meeting yang very meaningful dan memberikan sejuta satu pencerahan dan semgat dan kefahaman kepada saya. alhamdulillah. pulang saja ke rumah akhawat MT. terus menyiapkan minit meeting sehngga hampir jam 2.30 am. dan tidur dan bangun jam 5.00- lebih2 sikit am. alhamdulillah. dipermudahkan.

Ahad pagi selepas subuh menyiapkan sedikit kerja dan next meeting pengkaderan bermula jam 11.00 di bangi. habis jam 1.30 pm dan bergegas ke UPM untuk mengambil barang2 yang ditinggalkan. dan terus pulang ke kampung halaman, rumah saya di banting.
dan pulang saja menjadi suri rumah. alhamdulillah. ada ruang masa juga untuk saya megemas.

sebenarnya dalam diri ada terasa sangat letih. banting --> bangi --> banting --> bangi --> klang --> banting --> bangi --> serdang --> banting. - sepanjang 3 hari. perjalanan sehala selama 1 jam.
dan saat ini saya merindui adik saya inche firdaus itu yang berada jauh di johor yang setiap menjadi driver kepada ibu ban ayah sepanjang cutinya. saya rindukan dia untuk menjadi driver kembali. haha.
dan letih itu kerana smemenuhkan keperluan orang lain.
walahaulawala quwwata illa billah.
tiada kekuatan melainkan hanya dari Allah
menggagahkan dir. alhamdulillah kekuatan hanya dari Dia.
cuma saya sangat berdoa agar saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan satu jam banting-bangi.
agar tiada sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan. amin. moga Allah memelihara saya di sepanjang perjalanan dari segala yang tidak baik.
tu saja. saya taknak megantuk dan letih. saya nak kuat

seperti kata ustaz mad semasa ucapan penutup meeting tadi
'moga amal yang kita buat ini menjadi saksi semasa perhitungan kelak .'
amin ya Rabb.

kenapa saya tulis semua ni?
nama blog saya kan kembara pengembara.

ada orang kata saya sentiasa semangat.
tapi saya lebih kenal diri saya.
saya insan yang sangat lemah.
saya insan yang sentiasa tergolek2 dalm menjaga iman
saya insan yang tunggang langgang mutabaahnya
tapi saya sangat doa.
Allah tsabatkan kaki dan hati saya agar sentiasa berada di jalan dakwah ni hingga akhir hayat. hingga bertemu syurga.
saya sentiasa doa, Allah meletakkan saya dalam redhaNya
dan saya sentiasa doa, Allah sibukkan saya dengan kerja dakwah agar tiak tersibukkan dengan kerja2 lagho lain.
saya sangat doa Allah memberikan saya khuyuk dalam solat
dan saya sangat doa, Allah memberikan kekuatan dan keistiqomahan buat saya, ikhwah dan akhwat saya.

hari ini. setelah berfikir dengan panjang.
saya melepaskan satu task.yang saya nak buat
tapi saya tahu saya tak berapa nak mampu dan akan menjadikannya very complicated. itulah sifat saya.
sangat sukar menjadikan sesuatu simple.

kata2 akh yusri - mantan pengarah krim dhl sangat mengetuk hati saya.
'bagi peluang pada orang lain nak buat pahala'.
'tak semestinya sebab orang tu bersemangat, kita bagi semua kerja kat dia'
'dalam buat kerja kita kena fokus dan ada pengkhususan'
ayat2 akhwat semasa bersembang2
' semua kerja nak ambik dan cuma sorang je yang buat banyak kerja' ayat olahan. lebih kurang lah.

dan semua ni
saya sangat syukur pada Allah.
terima kasih Allah
saya anak perempuan. tapi saya boleh ke sana kemari dengan kereta saya di waktu malam, tengah malam atau pagi - sekarang ni istilah wal pagi tak berapa nak wujud dah dalam kereta..huhu
syukur Allah, melembutkan hati ibu ayah ku. pemilik sementara rumah tempat ku berteduh sekarang, membenarkan aku keluar masuk rumah dengan jarak yang kerap walaupun destinasi agak jauh. terima kasih Allah terima kasih Allah.
mak, abah. moga apa yang aku buat ni. pahalanya akan mengalir buat kalian dan banyak membantu kalian semasa hari perhitungan kelak.
doa-doa kalian sangat membantu aku.

p/s : buat akhwatku. tak sangka. moga kamu tenang dan kuat.

Monday, September 5, 2011

dear saffana

keh keh keh..
awak nampak juga ayat nan sekeping itu di tengah jutaan huruf.

Saturday, September 3, 2011

contengan iman (iya ke?)

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

salam 5 syawal.
sekejap saja sudah 5 syawal. 7 syawal nanti bakal - back to school..

sudah lama tidak menghadap blog ni
sekarang ni tengah buat task untuk pengkaderan pusat
terasa sangat blur
kepala ni macam rasa beku pula..
dan begitu lambat idea nak keluar..
penat ke?
penat beraya??? huh
cuba juga untuk berfikir.
tapi lambat
lepas bergolek kat atas rumput dalam bilik ni
kat atas katil hijau
duduk balik atas kerusi hijau
turun bawah
naik atas balik..
idea tak datang2 juga
nak tanya inche boss
tak reply pula..
........
kena la pk sendiri jawabnya

sebenarnya diba..kena korek emel yang dulu2...
untuk dapatkan satu slide tu yang semua maklumat ada dalam tu
then..simpan n save maklumat tu dalam google docs
senang sikit nak korek.
ok...

lagi satu...semenjak beberapa minggu sebelum puasa dua
masuk ke dalam 5 yahoo group yang baru dan yang ramai orang dan yang agak aktif
dan hasilnya
ada antara group tu kena skip daripada inbox
maaf la..
sebab mata ni memang berpinar2 tgk emel banyak sangat
ditambah dengan ayat yang panjang berjela.

kalau inche bos terutamanya
buat ayat yang macam pusing2 (walaupun sebenarnya dia nak terang bagi jelas) dan ayat yang panjang panjang.
sekali pandang memang malas nak baca.
sekali pk..kena lah baca..kalau tak tak dapat lah buat atsk dengan baik
lepastu..
hasilnya kena 3 4 kali baca baru dapat faham n dapat point
n kena baca lagi baca lagi
naik berpusing juga la mata ni kalau nak baca..hoho
so agak tak efektif la kat situ..
adeih diba...
kenapa ni?
jangan la macam ni
adakah ini menunjukkan awak dah semakin tua???
hohoho


so apa pointnya awak nak membebel kat sini???
-saja je-

x - adik nak kawen dah
x - banyak task tak siap lagi ni
x - saya rindu taman islam smakl - saya nak roh n semangat saya berada bersama taman islam , bersama2 saya di kmb
x - saya rasa dah menzalimi ramai sangat orang yang saya kenal kat smakl
x - saffana dah tak ingat kat saya ke. ok takpe.
x - wardah kenapa dah lama tak menghantar berita.
x - farah..asif kalau akak tak respond kamu
x - teha juga begitu
x - amanina, akrima n indah...kamu dalam ingatan
x- fariha dan form 5 n f4 smakl 2011..kalian dalam doaku..
x - anak halaqah kmb
x - berjumpa dengan satu ayat ' saya nak ada taujih di situ ea' ni ikhwah saya yang cakap. ikhwah saya (erkk) ..ye..masa diorg nak buat reunion jemaah x.  dan saya rasa macam ramai sangat orang rindukan taujih macam dulu2...sepertimana saya rindu. moga kami semua ketemu..amin
x - LEPAS RAYA NI TERLALU BANYAK KERJA KENA SIAPKAN!!!!

task yang tak siap
- database krim
- retreat krim dhl
- database pengkaderan dhl
- task pengkaderan pusat
- task halaqah
- halaqah kmb
dan lain lain .

kena kejar silibus
anak murid nak exam
habiskan silibus kimia
kena pandaikan budak 4 ert untuk subjek sains
peka kimia
usrah smk jugra wow..bahagianya..hoho

betul kata kak zila
saya solute juga la dengan cikgu azmir smk kota masai(?? )
walaupun masa jirim tu seriousla
tak boleh terima langsung pakcik ni
cara dia n apa yang dia cakap n rasa dia ni tak rasional n tak pk panjang
n saya banyak gaduh dengan dia...n tak puas hati..
walaupun mungkin dia tak perasan..dan ramai akhwat yang perasan..mintak maaf la
rasa nak interview dia..nak tanya..
-macamana dia boleh betul2 menjadi dai di sekolah nya -
ohh..how come..
jiwa pejuang sungguh
erk..aku ni cakap kat sini..jangan lah dia baca...
baca blog dia yang diperkenalkan oleh my murabbiyah - my murabbiyah tuhh..bukan calang2 blog kot dia baca dengan ke bz- an dia tu
thanks..
that blog give me streghness to move foward
sebagai seorang murabbiyah di sekolah
bukan sekadar muallimah
tapi cuba mendidik dan mentarbiyah anak didikku
walaupun kesabaran itu perlu amat dikukuhkan
dan keegoan perlu direndahkan sesetengah masa
'oh Allah.berikan aku jalan dan kekuatan..agar aku mampu menjadi qudwah, buat para sahabat sekerja dan seperjuangan juga buat para anak didikku..amin amin amin'

Tuesday, August 16, 2011

dakwah ini

dakwah ini memang susah
dakwah ini memang penat
dakwah ini memang meletihkan
dakwah ini memang selalu buatkan diri nak menangis
dakwah ini memang selalu mengalirkan air mata ini
dakwah ini memang terkadang membuatkan hati nak give up. 
dakwah ini memang membuatkan kepala pening berfikir strategi
dakwah ini memang perlu mengorbankan kesukaan
dakwah ini memang menuntut banyak sangat perkara

dah usaha banyak tapi masih tak dapat
dah usaha banyak tapi mad'u masih lari
dah usaha banyak tapi masih begini
dah usaha banyak tapi kenapa rasa makin teruk

nak menjadi yang terbaik
nak menjadi yang terhebat
tapi kenapa seringkali ia tidak terjadi
ada saja kesilapan di sana sini
ada saja kekurangan yang ketara
ada saja ketidakmampuan diri kelihatan dengan sangat

dakwah ini memang susah, payah, meletihkan, selalu mengalirkan air mata, selalu membuatkan tak nyenyak  tidur, selalu meletihkan badan dan fikiran.
tapi inilah dia jalan yang akan membawa ke syurga dengan mudah.

yakinlah.
Allah melihat segalanya.
semua itu lumrah diba..
yang penting
kamu terus berusaha dan terus ikhlas.
ikhlas lah dan teguhkan keyakinan kamu dengan jalan yang kamu pilih ini.
teguhlah dengan wadah pejuangan yang kamu ikuti
dan jalan dakwah ini memang bukan mudah
bukan mudah.
yakin dengan Allah
yakin Allah ada
yakin Allah yang menilai segalanya

yakin diba! yakin.

p/s : banyak sangat doa waktu - waktu afdhal. Allah. permudahkan urusan kami. agar tsabat dan teguh.. special dedicate to akhowat KMB. and right now i miss taman islam so much.

Monday, August 8, 2011

hujung minggu ramadhan

bismillahirrahmanirrahim
saat in sedang mendengar terawih di ikim. sungguh sedap nya bacaan imam ni.
subahanallah.

ingin mencoret sedikit sahaja.
banyak yang perlu di langsaikan
dan perlu tidur awal. kerana esok, akan berqiam dan bersahur, selesaikan tilawah
perlu menyelesaikan minit meeting KRIM, ETR, SAPS, PBS, dengan kadar segera.
dan perlu mengemas rumah
dan perlu mengemas kini bahan-bahan untuk usrah.
dan lain-lain.

hujung minggu yang agak pengsan tapi best. subahanallah.
disibukkan dengan kerja-kerja dakwah di bulan Ramadhan ini.
moga Allah merahmati segalanya danmemberi keredhaan kepadaku.
oh ya.. cik WUQ..kereta dakwahku yang tersayang. semakin kurang memakan minyak. mungkin dibulan puasa, sama2 erpuasa mengurangkan minyaknya. Alhamdulillah.

bermula jumaat malam - berbuka di masjid UKM, first time . seterusnya berkejar ke meeting amaliyyun sektar, dan habis pada jam 11.30pm, terus berkejar ke puduraya bersama ukhti ima n ukhti zila terchenta ambik ukhti solihah tersayang. dan saya tau. saya rindu sangat n sayang sangat pada KL!!.
balik borak sekejap dengan ukhti-ukhti yang dah lama tak jumpa tu dan tidur menjelang 2 pagi.

sabtu : perancangan awal :
meeting pengkaderan, then
meeting pengkaderan sekolah then,
forum dan terus iftar di surau al islah seksyen 7, then
mabit KMB

tapinya habis meeting pengkaderan pusat jam 1.00pm. dan sepatutnya diikuti meeting pengkaderan sekolah pusat. tapi memandangkan inche boss masuk hospital so, tak dapat teruskan meeting pengkaderan sekolah.
then akhwat minta tolong hantar ke kuala pilah - bertolak jam 3.30 pm dengan ukhti zura tersayang.
sampai semula di MT jam 8.50pm semasa azan isyak berkumandang.
then setlekan untuk mabit sepatutnya saya yang incharge.
tiba-tba teringat satu mesej yang saya dapat masa siap2 nak hantar akhwat. pada jam 3.00 petang. hantar data pengkaderan cawangan ASAP. mesej nak buatkan saya nak pengsan. nak adhoc.
balik dari setlekan bahan untuk mabit jam 9.45.
menghadap laptop untuk siapkan data pengkaderan cawangan. dan.
saya nangis.
saya rasa saya dah menzalimi dakwah ni dan tak buat sebaik mungkin.
saya pegang banyak posisi. tapi saya tak mampu nak setlekan dan cater semuanya dengan baik.
ya Allah. memang nangis masa tu.
ada mabit. dan data perlu disiapkan sebelum esok pagi.
mabit tu saya yang incharge. data tu saya saja yang tahu.
macamana??!!
di sini tiba-tiba terfikir.
dimana fokus dan prioriti kerja.
bila clash macam ni.
saya perlu memilih juga.
dan saya perlu mengutamakan yang lebih prioriti.
call someone.dengan air mata melimpah
'akak. tak dapat datang mabit malam ni. tapi kami akan bagi bahan yang kami dah prepare. tengah sedih sangat ni!ada kerja urgent yangperlu dilangsaikan'
'ok. takpe..kak aini dah bagitau juga diba ada kerja'
Allah memberikan kekuatan.
then dalam kereta curhat dengan u. zura yang mendengarkan. jazakillah khair! kerana mendengarkan.
alhamdulillah.
jumpa kejap dengan adik2 kmb dan bagi bahan2 mabit n saya setlekan database malam tu juga.
jazakilah kahir buat zura yang memudahkan urusan dan juga janna
ya. kadang2 kita tak boleh ambik semua benda walaupun kita nak!. ya Allah bantu aku.
semua sayang. semua berkaitan.

ahad. 
sepatutnya :
pagi jam 9.00 meeting tanzim kmb, then
meeting krim, then
liqo sektar dengan pengkaderan matrik, then
janji dengan adik2 kmb untuk pi bazaar.

tapi selepas saja meeting krim yang habis jam 1.30
dah terasa nak pengsan.
pk punya pk punya pk nak pegi tak liqo petang ni.
dan juga dah janji dengan adik2 kmb.
Allah memberikan jalan.
diutusnya seorang akhwat dan saya terserempak dengannya di masjid hijau.
memberikan satu kekuatan untuk perli liqo tu.
dan akhirnya saya dah berada dalam liqo tu.
Allah yang memelihara segalanya.
dan for the 2nd time pulang semasa liqo berjalan - saya tak suka buat macam ni
tapi memandangkan perlu berbuka di rumah
dan menemankan akhwat kmb ke bazaar.
perlu melangkah pulang.
alhamdullillah.
bersama mereka di bazaar
(di kmb ada satu kisah nak cerita. lain kali kot)
dan berbuka bersama adik beradik yang lain
dan menyelesaikan solat maghrib, isyak dan terawih.
dan akhirnya.
hujung minggu yang berakhir dengan 1001 pengajaran, pengalaman
berjumpa dengan ummi. bersama perancangan yang tahap berani mati kot. mohon hanya pada Allah
subahanallah.
terima kasih Allah.
memberikan peluang kesibukan buat diri ini.

p/s : sedang pulun amal ibadah di ramadhan..^___^. subahanallah.

Thursday, August 4, 2011

amal di medan amal

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

sedikit tentang medan amal
KMB
tadi call ameerah ISMA KMB.
ayatnya
'ntah la kak..masa ni assignment tengah berpusu-pusu masuk. then terasa terabaikan adik-adik tu
dahla kitorang 4 orang je. dan mereka ramai.
adik2 tu pun dah start buat usrah saja. n depa pun dah start dengan usrah kmb.
hurm...

Tuesday, August 2, 2011

salam ramadhan 1432 H

salam ramadhan kareem!
Allahu Akram.

alhamdulillah
di awal Ramdahan ni
aku dapat rasakan semangat Ramadhan yang tinggi
subahanallah
terima kasih Allah atas nikmatMu

tidak sabar rasanya nak mengecapi nikmat beribadah;
solat terawih
tilawah al quran
qiamullail.
AllahuRabbi.
tapi saat ini merasakan nimat Ramadhan ini
sungguh nikmat rasanya
apabila syaitan-syaitan diikat
pintu-pintu neraka ditutup
dan pintu pintu syurga dibuka
terima kasih Allah atas nikmat halawatul iman ini

"diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: ketika tiba bulan RAmadhan, Rasulullah saw bersabda ' Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan penuh berkah yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu. Didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. barangsiapa yang tidak mendapat kebaikannya, sungguh ia telah merugi" HR Imam Ahmad. 


andai berada dalam keadaan uzur syar'i apakah amalan yang boleh dilakukan untuk full utlizekan bulan ramadhan yang ditaburkan barakah di dalamnya ini.
sebenarnya terlalu banyak
jika tidak boleh
berterawih
membaca quran sebanyaknya
sujud panjang dalam qiam dan bertilawah danmengulang hafalan semasa qiam
bertadarus al-quran
solat duha

sebenarnya terlalu banyak lagi yang kita boleh lakukan dalam menggapai redhaNya di bulan penuh barokah ini
-baca buku ramadhan
-tolong mak sediakan juadah bersahur dan berbuka
-tadabbur al-quran
-baca mathurat kubra
-banyakkan sedeqah
-dan sebenarnya yang paling penting redha dengan ketentuan Dia.. pasti banyak hikmahnya dengan ketidakbolehan dalam ibadah khusus di bulan puasa
-jadikan segala apa yang dilakukan niat sebagai ibadah..^_^
dan baaanyakk sangat lagi.. ^_^


p/s : masih tak boleh terima rupanya. begitu sukar. Allah..kuatkan hati ku ini.

Tuesday, July 26, 2011

bilamana kemungkaran terlalu bermaharaja lela
seakan Islam itu hanya pada nama
hati bagai disayat-sayat
terlalu
dan terlalu pedih
di titik mana mahu memulakan
agar hidayah dan iman itu dalam genggaman

sedih bukan
alhamdulillah
terima kasih Allah atas hidayah mu ini

p/s : bila nak sampai my turn pulak... ??

Monday, July 25, 2011

kenapa

kadang-kadang terlalu banyak yang timbul dalam benak kepala

kenapa
kenapa
kenapa
kenapa
kenapa
kenapa
kenapa
dan kenapa
yang tiada sudahnya

apakah yang perlu dilakukan andai kenapa itu terus bermaharajalela?
perlu menyuarakan mungkin
dan perlu bertanya kondisi sebenar

p/s : hari ni memakan dan dimakan orang dengan banyak sekali. seterusnya membalun air peel fresh dekat nak habis satu kotak besar dalam masa 2 jam je kot.. cakap dan curhat dengan cik roommate di bintulu dengan lama sekali..best!

buat teha..^_^

salam alayk..
fateahah..its me..^_^
1st of all..
macam tak sangka pulak teha boleh lari...
jangan kata lari jarak jauh, lari pecut lagi la tak caya...
memang sangat tak caya lah..haha.. teha kan ge*** (ha ha ha- gurau je cik adik sayang)

ok..thanks for d story..
asif jiddan tak call back sebab lupa langsung lepas masa teha call tu..
aseef aseef...
tapi akak tengok teha dah banyak menjadi optimis n positif..
mungkin pengalaman itu menjadi tarbiyah yang cukup besar dalam mendewasakan diri teha..
hidup di perantauan
hidup di tempat orang
perjalanan menuju Allah
perjalanan mencari tarbiyah buat diri
semua itu pengalaman yang menjadi penguat

cumanya yakin dengan Allah
apa yang Allah beri pada kita pasti ada hikmah
pasti insya Allah
hanya hati yang perlu menilai hikmah itu
dari sudut positif
dan mungkin satu saat kita rasa down dengan apa yang berlaku pada kita
tapi satu saat kita akan mengingat kembali apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran yang menambah kekuatan dan pengalaman diri kita insya Allah.

perjalanan di kelantan masih panjang
ya..alhamdulillah..teha sedar itu di awal perjalanan
ada masa 5 tahun lagi untuk berada di sana
jadi..jangan rindu akhwat KL sangat
binalah satu suasana..
mungkin satu cara kalau kita susah nak bina bi'ah dengan orang yang atas2 dan yang dah besar
kita boleh bina bi'ah dengan mad'u kita
orang2 bawah kita..
boleh cari mad'u dan buatlah program di MI tu..^_^
seperti qiam, iftar mungkin, mabit, atau saja2 datang..
hidupkan MI sebagaimana MT hidup..
benar teha..
teha perlu memulakan..
dalam melangkah pasti ada ujian..
tapi jangan risau, teruskan melangkah ya..
jangan mudah putus asa...

tak sangaka teha boleh sebut dalam banyak post teha..
kelantan negeri kotor..
sangat berterus terang..hoho
itu yang saya rasa pertama kali saya datang sana..(baru sekali je pun)

akhir kata..
saya bangga dengan teha..
teha kuat!
Allah meletakan teha di situ kerana tahu kekuatan teha..
kami di sini sentiasa mendoakan teha..
labgkah baru bermula..
teruskan dan teruskan..
jaga mutabaah dengan baik..insya Allah.
akak sayang kamu..
kamu penguat akak..
dan akak harap kamu boleh mengautkan diri sendiri..

salam sayang
murabbiyah taman Islam..(muah muah)

Sunday, July 24, 2011

kita sekarang

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan bsar Nabi Muhammad saw..
syukur pada Allah. alhamdulillah. masih diberi peluang mengecapi nikmat yang amat besar.
nikmat iman, nikmat Islam dan nikmat tarbiyah

bila mana usia semakin bertambah
dan masa yang tinggal semakin berkurang
bahkan usia tarbiyah juga semakin meningkat
terkadang
kekuatan dalaman itu perlu menjadi lebih hebat.
terkadang merindui suasana dulu
disaat awal tarbiyah
segalanya sungguh manis
segalanya sungguh indah dan hati merasa sungguh manisnya era perubahan
daripada jahiliyah kepada kemanisan iman
hati amat mudah tersentuh
jiwa terasa sangat lembut
amal ibadah terasa sangat manis dan bermakna
segalanya kelihatan jernih
kemungkaran dilihat dengan penuh rasa takut dan segera dihindarkan
juga sedaya upaya dibantu orang yang melakukan kemungkaran
kebaikan dan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah dilakukan sesegera mungkin
tanpa rasa susah
tanpa banyak bertanya
semangat jihad begitu menyala-nyala
segala kemungkaran terasa ingin dihapuskan dengan tangan sendiri
segal akemungkaran ingin dihapuskan sesegera mungkin
subahanallah
indah bukan detik itu
walaupun mungkin kerana baru belajar
kaki banyak tersadung
dan melangkah, rupa-rupanya tersalah langkah sedikit
namun semua itu dijadikan pengalaman
dan pengajaran
untuk melangkah dengan lurus di kemudian hari..
alhamdulillah..

detik demi detik berlalu
usia tarbiyah semakin banyak
jika dulunya bayi kini mungkin telah bersekolah rendah atau menengah
dan ujian yang datang berbeza sekali
namun perlu amat yakin
hidup ini memang diciptakan berpakej
kesenangan dan ujian pasti silih berganti

keyakinan kepada Allah perlu ditancapkan dengan baik sekali
tarbiyah dzatiyah perlu ditingkatkan..
moga terus tsabat
di atas jalan yang payah lagi panjang ini.
insya Allah ameen

semalam..
diminta membantu program penggerak UPM semester hadapan
untuk slot muhasabah (sebenarnya muhasabah ni bab yang paling pengsan)
try d best
dengan bantuan ukhti tercinta - ukhti anis
tak banyak pun. simple ayat2 yang ana cakap.
dalam 5 minit sahaja.
dah habis cakap tu. tiba2 ada satu rasa sayu menyusup masuk
entah dari mana datangnya.
tiba2 sahaja rasa sayu dan air mata bertakung.
AllahuAkbar.
semuanya datang dari Dia. subahanallah
kredit tu ukhti akmal yang ulas muhasabah tu dengan amat baik sekali.
moga kalian bekerja dan terus bekerja buat ukhti...
walau susah walau payah
itu satu tiket untuk kita membeli syurga.
subahanallah


p/s : Allahumma Ballighna Ramadhan

Monday, July 18, 2011

tautan, jalinan, semai -an(?)

bismillahirrahmanirrahim..

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

baru habis program tautan - semalam.
Tautan Ukhuwah
program anjuran Sekretariat Antarabangsa (Sektar) ISMA
program pre depature dan reunion 2011
untuk pelajar2 dan mad'u yang akan ke luar negara
yang mengikuti usrah isma di kolej2 persediaan seluruh negara
juga dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk bertaut ukhuwah bersama kami.

for d first time atend program pre depature / reunion
program yang melibatkan pelajar luar negara..
banyak sangat benda yang diperhatikan.

alhamdulillah program ini selesai dengan jayanya
dan for the first time juga
atend program yang FREE
siap dapat SOUVENIR FREE ; baju dan beg
siap ada lebihan duit.
alhamdulillah bantuan Allah

berjumpa dengan penggerak penggerak dakwah dari banyak negara
USA, Korea, Poland, Chech, Kanada, Mesir, Jordan, UK, Ireland, India, Australia, New Zealand - tak ingat mana lagi.
dengar macam. wow.
huhu..memang wow pun.
macam tak sangka jumpa dengan depa-depa ni.
baru tahu macamana europe boleh sumbang rm5000 untuk program ni sahaja
dan macamana new zealand boleh kutip duit infaq untuk palestin rm80 000
dan bagaimana para penggerak sektar luar negara mampu menjadi hebat dan bergerak di dalam negara lepas balik.

suka sangat progran ni.
menampakkan dakwah ni sangat mengantarabangsa dan sangat meluas

walaupun ada detik detik tu -
macam jeles juga.
seronok betul depa ni dapat ditarbiyah di negara orang
melihat negara orang dan belajar banyak benda yang takda di malaysia
apatah lagi saat menjadi pelajar saat yang sangat manis untuk dapat semua pengalaman ni.

tapi saya sangat yakin
tarbiyah Malaysia tidak kurang hebat
buktinya... kemi2 yang ditarbiyah di Malaysia ni..alhamdulillah.
saya yakin. Allah meletakkan saya di tempat yang sesuai dengan apa yang saya mampu tanggung.
cumanya mungkin
pelajar luar negara
dan pelajar dalam negara
mungkin ada perbezaan
tapi tidak perlu pelajar luar negara mengatakan pelajar dalam negara tidak dapat pengalaman sebagaimana pelajar luar negara.
ya
tapi kami punyai pengalaman manis lain..yang sangat mengajar erti kemanisan ukhuwah
dan mengajar erti sebuah kemanisan dan kepentingan tarbiyah
dan betapa susahnya nak tarbiyah pelajar2 uni tempatan dengan pelbagai cabaran yang real
berdepan dengan parents dan masyarakat muslim malaysia sendiri yang pemikirannya seperti itu.
dan perkara itu menjadikan kami kuat dalam berdepan keluarga sendiri terutamanya.
wallahualam
--erk kenapa post macam emo je.. tak emo.. cuma nak bagitau belajar dalam negara pun ok juga.

alhamdulillah
akhwat KMB datang bersama-sama..
4 orang. oh..bahagia.
saya jemput mereka datang dan saya antar mereka pulang.
moga tsabat ukhti...antunna harapan kami.
dalam perjalanan pulang dari tautan
membincangkan isu semasa
kepelbagaian jemaah di kmb.
mereka telah meracang bebrapa perancangan agar tidak berlaku pergeseran antara 2 main jemaah di kmb ini.
tapi bila tindakan dibuat
mereka merasa sangat kesal dengan feedback pihak sebelah sana
seolah2 apa yang dilakukan mereka adalah sebuah kesalahan.
perbincangan hangat dalam kereta semalam
hingga ada yang menangis
kesal dengan apa yang berlaku..
tapi sangat kagum.
mereka golongan yang sangat minoriti
mereka seperti disisihkan walaupun ada antara mereka menjadi ketua dalam kolej sendiri
mereka tidak diajak berbincang
mereka merasakan dipandang serong
hanya kerana mereka tekad memilih isma sebagai wadah perjuangan
kagum.
subahanallah.
dan perbincangan hangat
hingga ada yang menangis sedih dan kesal
namun yang lain tetap bersikap positif
'kita teruskan kerja-kerja kita'
'kita dah buat yang terbaik, dan kita terangkan pada mereka. kalau mereka tak nak dengar sudah'
moga tasabat ukhti..
peralanan baru bermula
dan masih lagi panjang.
akak yakin ini bekalan buat antuna di luar negara nanti
cabarannya mungkin lebih hebat lagi..
jazakillah khair juga kerana teralu banyak memberi masa antunna
akak tahu..student IB sangat sibuk
tapi antunna sanggup untuk turun dan berpenat lelah berfikir menguuruskan adik2..
alhamdulillah
hanya Allah yang mampu membalas
moga syurga menjadi balasan
insya Allah.

p/s : saya rindu akhwat saya...T_T. 'dib, hari ni anti orang ke 3 yang cakap gitu kat ana' hoho