Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

hujung minggu syawal.

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

sedang menggunakan mac book..nak beli juga la mac book ni...hohoho
dan sedang berdoa dengan sangat ada orang nak bagi saya i pad..hoho..mimpilah kamu diba..
-takpe. doa sebagai usaha juga. tu penting. heh heh

di hujung minggu ke 2 syawal.
menconteng sedikit di sini.
alhamdulillah
jumaat cuti. dan saya punyai hari cuti jumaat sabtu dan ahad.
alhamdulillah. cuti yang penuh dengan aktiviti sampai saya rasa nak ambik cuti hari isnin sebab 3 hari ni tak terasa macam cuti pun..

alhamdulillah.
Allah memberi peluang untuk terus dan terus berada di jalan dakwah dan melangsaikan segala tugasan-tugasan dakwah dan tugasan dakwah itu terus datang dan datang selepas siap satu persatu.
hanya diri yang perlu manage dengan baik segala task yang diamanahkan agar tiada yang terzalimi.

perjalanan bermula semenjak khamis.
hari rabu malam. masak rendang. alhamdulillah dah pandai ..hu hu hu
khamis pagi jamuan raya di sekolah pulang saja, solat dan terus ke putrajaya ambil sijil kahwin adik, beraya ke rumah atuk sedara di dengkil dan perjalanan diteruskan ke KLIA untuk memberi borang kepada bakal zauj adik ditemani mak dan abah saya.
terus pulang kerumah tepan azan maghrib berkumandang.
perlu bergegas, siap dan solat.
perlu ke kajang untuk usrah.
dan ketentuan Dia..saya sesat barat kat kajang mencari rumah akhwat.
syukur. di persimpangan, Allah memberi ilham memilih jalan yang benar dan dimudahkan sampai ke destinasi. syukur Allah. memberikan akhwat yang sangat memahami ku. dan sangat bersabar dengan ku. jazakillah khair anis terutamanya. sangat memahami.
saya tak suka orang bercakap kalau saya sesat-diam je. biar saya cari jalan sendiri. dan saya takkan tanya orang tepi jalan. unless tuan rumah, tu pun kalau dah terpaksa sangat sangat.
akhirnya last call daripada anis. direction yang jelas walaupun perasaan masatu dah agak hot. astaghfirullahalazim...menjadi pengajaran buat diri. fasobrun jameel. masa nak balik. murabbiyah bisik. Allah yusahhil. macam kena ketuk kepala saya dengan batu..hoho

keesokan harinya,Jumaat daurah TOT sektar di seksyen 1 bangi. dan tepat jam 1 pm perjalanan pulang ke Banting. bersiap2 barang2 untuk masak mee kari, dengan segala periuk belanga dan dapur gas penuh satu kereta. sebab nak masak untuk 100 orang mana akhwat ada periuk belanga. alhamdulillah mak sangat baik nak bagi pinjam semua barang. moga pahala terus menerus buat mu mak dan abah. mengizinkan pinjam barang. walaupun hari sebelum tu saya dah hilangkan satu tutup tray kesayangan mak kat sekolah...=_=.
selepas maghrib memulakan perjalanan ke Bangi semula untuk persiapan Haflah eidulfitri ISMA DHL.
sepatutnya ada farewell party untuk akhwat dan ikhwah KRIM yang akan terbang ke UK. tapi asiff. tidak sempat nak pergi ke sana. dan saya segan sebenarnya sebab dah lambat. tapi rasa sangat bersalah sebab tak pergi. akhirnay tak pergi juga. destinasi adalah BD- rumah akhwat UPM di serdang. persiapan memasak malam tu. sangat best dan sangat meriah alhamdulillah

Hari Sabtu, tidak dapat membantu untuk memasak mee kari. tapi lepas subuh tolong sikit2 (best sangat!) dan bersiap untuk taklimat kursus induksi di Klang.
habis saja balik ke Banting dan pergi rumah terbuka dan bawa mak dan abah ke kenduri kahwin nenek sedara - anak dia la. bukan nenek sedara tu yang kahwin.
kepala sangat pening masa tu. seusai asar. bertilawah dan terlelap seketika.
bangun saja terus bersiap untuk ke Bangi ada meeting malam tu. meeting pengkaderan.
tepat jam 10.00 pm meeting bermula dan tamat jam 12.30 tengah malam.
alhamdulillah meeting yang very meaningful dan memberikan sejuta satu pencerahan dan semgat dan kefahaman kepada saya. alhamdulillah. pulang saja ke rumah akhawat MT. terus menyiapkan minit meeting sehngga hampir jam 2.30 am. dan tidur dan bangun jam 5.00- lebih2 sikit am. alhamdulillah. dipermudahkan.

Ahad pagi selepas subuh menyiapkan sedikit kerja dan next meeting pengkaderan bermula jam 11.00 di bangi. habis jam 1.30 pm dan bergegas ke UPM untuk mengambil barang2 yang ditinggalkan. dan terus pulang ke kampung halaman, rumah saya di banting.
dan pulang saja menjadi suri rumah. alhamdulillah. ada ruang masa juga untuk saya megemas.

sebenarnya dalam diri ada terasa sangat letih. banting --> bangi --> banting --> bangi --> klang --> banting --> bangi --> serdang --> banting. - sepanjang 3 hari. perjalanan sehala selama 1 jam.
dan saat ini saya merindui adik saya inche firdaus itu yang berada jauh di johor yang setiap menjadi driver kepada ibu ban ayah sepanjang cutinya. saya rindukan dia untuk menjadi driver kembali. haha.
dan letih itu kerana smemenuhkan keperluan orang lain.
walahaulawala quwwata illa billah.
tiada kekuatan melainkan hanya dari Allah
menggagahkan dir. alhamdulillah kekuatan hanya dari Dia.
cuma saya sangat berdoa agar saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan satu jam banting-bangi.
agar tiada sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan. amin. moga Allah memelihara saya di sepanjang perjalanan dari segala yang tidak baik.
tu saja. saya taknak megantuk dan letih. saya nak kuat

seperti kata ustaz mad semasa ucapan penutup meeting tadi
'moga amal yang kita buat ini menjadi saksi semasa perhitungan kelak .'
amin ya Rabb.

kenapa saya tulis semua ni?
nama blog saya kan kembara pengembara.

ada orang kata saya sentiasa semangat.
tapi saya lebih kenal diri saya.
saya insan yang sangat lemah.
saya insan yang sentiasa tergolek2 dalm menjaga iman
saya insan yang tunggang langgang mutabaahnya
tapi saya sangat doa.
Allah tsabatkan kaki dan hati saya agar sentiasa berada di jalan dakwah ni hingga akhir hayat. hingga bertemu syurga.
saya sentiasa doa, Allah meletakkan saya dalam redhaNya
dan saya sentiasa doa, Allah sibukkan saya dengan kerja dakwah agar tiak tersibukkan dengan kerja2 lagho lain.
saya sangat doa Allah memberikan saya khuyuk dalam solat
dan saya sangat doa, Allah memberikan kekuatan dan keistiqomahan buat saya, ikhwah dan akhwat saya.

hari ini. setelah berfikir dengan panjang.
saya melepaskan satu task.yang saya nak buat
tapi saya tahu saya tak berapa nak mampu dan akan menjadikannya very complicated. itulah sifat saya.
sangat sukar menjadikan sesuatu simple.

kata2 akh yusri - mantan pengarah krim dhl sangat mengetuk hati saya.
'bagi peluang pada orang lain nak buat pahala'.
'tak semestinya sebab orang tu bersemangat, kita bagi semua kerja kat dia'
'dalam buat kerja kita kena fokus dan ada pengkhususan'
ayat2 akhwat semasa bersembang2
' semua kerja nak ambik dan cuma sorang je yang buat banyak kerja' ayat olahan. lebih kurang lah.

dan semua ni
saya sangat syukur pada Allah.
terima kasih Allah
saya anak perempuan. tapi saya boleh ke sana kemari dengan kereta saya di waktu malam, tengah malam atau pagi - sekarang ni istilah wal pagi tak berapa nak wujud dah dalam kereta..huhu
syukur Allah, melembutkan hati ibu ayah ku. pemilik sementara rumah tempat ku berteduh sekarang, membenarkan aku keluar masuk rumah dengan jarak yang kerap walaupun destinasi agak jauh. terima kasih Allah terima kasih Allah.
mak, abah. moga apa yang aku buat ni. pahalanya akan mengalir buat kalian dan banyak membantu kalian semasa hari perhitungan kelak.
doa-doa kalian sangat membantu aku.

p/s : buat akhwatku. tak sangka. moga kamu tenang dan kuat.

Monday, August 8, 2011

hujung minggu ramadhan

bismillahirrahmanirrahim
saat in sedang mendengar terawih di ikim. sungguh sedap nya bacaan imam ni.
subahanallah.

ingin mencoret sedikit sahaja.
banyak yang perlu di langsaikan
dan perlu tidur awal. kerana esok, akan berqiam dan bersahur, selesaikan tilawah
perlu menyelesaikan minit meeting KRIM, ETR, SAPS, PBS, dengan kadar segera.
dan perlu mengemas rumah
dan perlu mengemas kini bahan-bahan untuk usrah.
dan lain-lain.

hujung minggu yang agak pengsan tapi best. subahanallah.
disibukkan dengan kerja-kerja dakwah di bulan Ramadhan ini.
moga Allah merahmati segalanya danmemberi keredhaan kepadaku.
oh ya.. cik WUQ..kereta dakwahku yang tersayang. semakin kurang memakan minyak. mungkin dibulan puasa, sama2 erpuasa mengurangkan minyaknya. Alhamdulillah.

bermula jumaat malam - berbuka di masjid UKM, first time . seterusnya berkejar ke meeting amaliyyun sektar, dan habis pada jam 11.30pm, terus berkejar ke puduraya bersama ukhti ima n ukhti zila terchenta ambik ukhti solihah tersayang. dan saya tau. saya rindu sangat n sayang sangat pada KL!!.
balik borak sekejap dengan ukhti-ukhti yang dah lama tak jumpa tu dan tidur menjelang 2 pagi.

sabtu : perancangan awal :
meeting pengkaderan, then
meeting pengkaderan sekolah then,
forum dan terus iftar di surau al islah seksyen 7, then
mabit KMB

tapinya habis meeting pengkaderan pusat jam 1.00pm. dan sepatutnya diikuti meeting pengkaderan sekolah pusat. tapi memandangkan inche boss masuk hospital so, tak dapat teruskan meeting pengkaderan sekolah.
then akhwat minta tolong hantar ke kuala pilah - bertolak jam 3.30 pm dengan ukhti zura tersayang.
sampai semula di MT jam 8.50pm semasa azan isyak berkumandang.
then setlekan untuk mabit sepatutnya saya yang incharge.
tiba-tba teringat satu mesej yang saya dapat masa siap2 nak hantar akhwat. pada jam 3.00 petang. hantar data pengkaderan cawangan ASAP. mesej nak buatkan saya nak pengsan. nak adhoc.
balik dari setlekan bahan untuk mabit jam 9.45.
menghadap laptop untuk siapkan data pengkaderan cawangan. dan.
saya nangis.
saya rasa saya dah menzalimi dakwah ni dan tak buat sebaik mungkin.
saya pegang banyak posisi. tapi saya tak mampu nak setlekan dan cater semuanya dengan baik.
ya Allah. memang nangis masa tu.
ada mabit. dan data perlu disiapkan sebelum esok pagi.
mabit tu saya yang incharge. data tu saya saja yang tahu.
macamana??!!
di sini tiba-tiba terfikir.
dimana fokus dan prioriti kerja.
bila clash macam ni.
saya perlu memilih juga.
dan saya perlu mengutamakan yang lebih prioriti.
call someone.dengan air mata melimpah
'akak. tak dapat datang mabit malam ni. tapi kami akan bagi bahan yang kami dah prepare. tengah sedih sangat ni!ada kerja urgent yangperlu dilangsaikan'
'ok. takpe..kak aini dah bagitau juga diba ada kerja'
Allah memberikan kekuatan.
then dalam kereta curhat dengan u. zura yang mendengarkan. jazakillah khair! kerana mendengarkan.
alhamdulillah.
jumpa kejap dengan adik2 kmb dan bagi bahan2 mabit n saya setlekan database malam tu juga.
jazakilah kahir buat zura yang memudahkan urusan dan juga janna
ya. kadang2 kita tak boleh ambik semua benda walaupun kita nak!. ya Allah bantu aku.
semua sayang. semua berkaitan.

ahad. 
sepatutnya :
pagi jam 9.00 meeting tanzim kmb, then
meeting krim, then
liqo sektar dengan pengkaderan matrik, then
janji dengan adik2 kmb untuk pi bazaar.

tapi selepas saja meeting krim yang habis jam 1.30
dah terasa nak pengsan.
pk punya pk punya pk nak pegi tak liqo petang ni.
dan juga dah janji dengan adik2 kmb.
Allah memberikan jalan.
diutusnya seorang akhwat dan saya terserempak dengannya di masjid hijau.
memberikan satu kekuatan untuk perli liqo tu.
dan akhirnya saya dah berada dalam liqo tu.
Allah yang memelihara segalanya.
dan for the 2nd time pulang semasa liqo berjalan - saya tak suka buat macam ni
tapi memandangkan perlu berbuka di rumah
dan menemankan akhwat kmb ke bazaar.
perlu melangkah pulang.
alhamdullillah.
bersama mereka di bazaar
(di kmb ada satu kisah nak cerita. lain kali kot)
dan berbuka bersama adik beradik yang lain
dan menyelesaikan solat maghrib, isyak dan terawih.
dan akhirnya.
hujung minggu yang berakhir dengan 1001 pengajaran, pengalaman
berjumpa dengan ummi. bersama perancangan yang tahap berani mati kot. mohon hanya pada Allah
subahanallah.
terima kasih Allah.
memberikan peluang kesibukan buat diri ini.

p/s : sedang pulun amal ibadah di ramadhan..^___^. subahanallah.

Tuesday, May 10, 2011

kecairan nilaikah itu

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

kecairan nilaikah itu atau aku yg terlalu begini ataukah apa?
hari ni dan semalam..
beberapa perkara yang nak buatkan aku nak pengsan sangat. rasa dah bepinar2 nengoknya
sebenarnya saat ini terlalu banyak amat kerja perlu di langsaikan
terasa nak ambik cuti nak setelkan semua kerja..huhu
tapi nak ambil ibrah... buat diriku..
menconteng sedikit di sini..
mungkin untuk mengingatkan ku andai suatu hari nanti aku juga lalai dan leka atas apa yang aku nak pengsankan hari ini.

di mana ingin bermula..
aku mohon pada Allah...
moga aku tidak membuka aib sesiapa..
ingin mengambil ibrah buat diri

yang pertama : pasangan husband n wife dalam satu group yg sama - i mean YG or GG. boleh ke kalau bercakap secara formal. i mean no need to expose the love n care dalam group dakwah tu.. dari segi panggilan atau ayat2 yg berkaitan ; sayang, honey ke dsb (sekarang ni seriously labah2 hidup alam perut n bergerak aktif sampai ke anak tekak, kepala ni rasa nak tebalik) seriously sangat la tak leh terima...waaa... sorry..bukan nye jeles...tapi everybody pun tahu u all bahagia..tak perlu tunjuk pun takpe kan.. (saya rasa ayat saya ni sangat melampau- mintak maaf banyak2..waa..kalau buat lagi..nanti ana terus terang..seriousla tak mampu nak di terima dek akal) sebab group tu dibaca ramai org yg tak getting married lagi dan rasa geli dan menyampah pun mcm ada (ok fine..tak penah nikah tak tahulakan perasaan diorg tu) dan better menjadi formal saja dalam group. boleh ke?? - ok..ibrah buat diri

yang kedua : panggilan ikhwah untuk akhwat..kerjasama dalam satu program... boleh tak panggil formal? ukhti sekian sekian @ akhi sekian sekian... tak kisahla sependek mana pun ayat tu...sila la letak ukhti or akhi di hadapan.. terasa ada satu ruang pemisah yang dipisahkan syariat di situ dan terasa seperti terjaga.. waaa..janganlah panggil nama je..dahla nama pendek yg sesetengah org je panggil...kalau panggilan langsung ok sket kot..tapi kalau dalam bentuk tulisan...erm..mcm payah je nak terima.  eg : azilah di panggil zila
adibah di panggil diba (hoihhh~ seriousla terkejut...ye la kami ni bukan adik hang ~ jauh sekali la bini, nak panggil nama pendek je) . adeih ..mungkin pihak yg memnggil rasa biasa..tapi merisaukan pihak yg dipanggil rasa luar biasa..sob sob..astaughfirullahalazim..

yang ketiga : icon or emoticon : peringatan buat diri ana n mungkin ana yg terlalu syadid..tp ni ana..dalam menjaga nilai syariat.. boleh ke kalau dalam group dakwah (Yg or GG) tak perlu buat emoticon or icon - yg berlebihan mungkin.. buat saja la ayat formal tanpa letak icon2 tu segala bagai... n segala huhu hihi hoho hehe tu pun sama (ni awak pun buat kan?baikk =_=)

setakat ni tu saja kot..
menilai ke dalam diri..
apakah yang perlu dijaga dan terus di jaga
agar ianya tidak mencair masuk kedalam longkang
walaupun pada suatu ketika dulu pernah memegangnya teramat erat dan tiak mahu melepaskan..
post ni mungkin tidak tawadhu dan menggunakan ayat2 melampau luar alam.
ampunkan dosaku Rabbi
andai aku salah..
tunjukkan aku jalan yg benar

Saturday, April 2, 2011

perlu di telan

bismillahirrahmanirrahim

menjadi ujian buat diri
bukan mudah untuk menerima
apatah lagi untuk di telan
mengambil masa yang amat lama dalam menerima hakikat
jatuh bangun jatuh bangun
doa dan terus berdoa
dalam sujud-sujud dan rintihan-rintihan semasa kembara yang jauh
ingin atau tidak, hakikat itu perlu diambil..
sampai satu tahap
alhamdulillah
kekuatan dan keyakinan itu datang
sampai detik ini mampu menerima
alhamdulillah
kekuatan dan keyakinan itu datang
segalanya dari Dia
pasti yang terbaik!
dan pasti akan ada yang terbaik !
walaupun entahlah...
aku tidak tahu sampai bila yakin itu tetap di situ...
namun ku yakini
segala kekuatan ada pada Dia
pemilik jiwa dan hati ini..
hanya perlu meneruskan memohon
dan terus memohon

dunia ini ladang amal
buat bekal di alam abadi
apa pun
ikhlas itu perlu ditancapkan dengan kukuh
langkah dakwah ini perlu terus melaju
hingga akhirnya
syahid kan datang
atau menang bersama..
Allah... kuatkan kami, hati2 dan langkah-langkah ini
agar di pandu semuanya.

p/s : rindu anak halaqah smka kl sangat dan rindu smka kl amat!

Tuesday, March 15, 2011

kader itu aku

bismillah..
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

saat ini terlalu banyak amat kerja perlu di langsaikan before tomorrow night..
dan bila dah terlalu banyak jadi tidak tahu ~ where to start???
hailaa diba..
dan akhirnya cool down kan kepala otak sket..dengan menaip di sini... perkara yang amatlah tidak senonoh...

hurm..banyak perkara yang mengganggu hidup sejak akhir2 ni...
kekadang tahap merasa tak sanggup nak menerima hakikat dan kenyataan...
tapi ~ as a moslem perlu amat yakin dengan ketentuan Dia bukan?
yer..
dan semua insan memang punyai masalah ~ tengok je la kat status facebook~ berapa ramai yg mengekspresikan dan bgtau tengah sedih, tengah banyak masalah n buat icon ;'( @ :( - .sebenarnya icon ini adalah icon yang saya amatlah tidak gemar melihatnya...sebab membuatkan hati jadi tak best dan tak seronok..
“Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan sekecil apapun, walaupun salah seorang dari kalian bertemu saudaranya hanya dengan wajah yang berseri-seri”. (HR. Muslim no. 2626)
cuma bagaimana kita mengambil masalah tu ~samada terus pk, cari penyelesaian, lupakan, buat2 tak tahu, lari, hadapi. ( ayat tak pandai nak cakap)
tapi pape pun..Allah kan memberi yang terbaik buat diri..mampu atau tidak, hakikatnya adalah kita mampu...

syukur Allah mengkabulkan banyak doa..
melihat banyak insan yang sibuk ~ nak juga jadi sibuk macam dia orang  =_=
dan Allah memberi itu . alhamdulillah thumma alhamdulillah. ^_^
hanya saja kesibukan itu perlu diurus dengan sebaiknya dan di iringi dengan keimanan yang mantap dan hati yang teguh hubungannya dengan Allah.

kekadang rasa bengang sikit ( ayat tak tawadhu' cik zi )
tapi mungkin fasa ini fasa yang terlalu amat perlu berlapang dada
tak boleh nak aspect orang yang awak jumpa sekarang sama dengan orang yang dulu2
tak boleh nak aspect kerjasama sekarang seperti mana kerjasama dulu2
tak boleh nak aspect meeting sekarang sama macam meeting dulu2 yang kelihatan terlalu amat ideal ~ apatah lagi di zaman kampus dan sekarang ini di zaman pekerjaan bersama dakwah masyarakat..
lain lah dib sayang
perlu amat bersabar ~ semua ini perlukan masa.
mereka bukan seperti awak
mereka dari latar belakang yang berbeza
tarbiyah awal berbeza
tahap tadhiyah yang berbeza
tahap kefahaman yang berbeza
perlu amat bersabar ~ semua ini perlukan masa....
banyakkan doa ~
agar saya dan mereka semua menjadi kader yang tangguh.
siap apabila di seru
darah yang mengalir adalah darah perjuangan
dan semangat yang membara dalam jiwa untuk terus menapak dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini.
hingga syahid di sini atau menang.
dan yang sangat penting adalah segalanya ikhlas, lillahita'ala...

terlalu banyak orang yang perlu di lihat, di teliti, di bina denngan baik
terlalu banyak pengurusan yang perlu di langsaikan
terlalu banyak urusan berbanding masa ~ memang amat benarlah...
tapi kenapa ada masa nak lepak2 lagi...=_=

p/s : amat jeles dengan buti n butm tahuu..tak baik kan?? teruskan kerja kamu okaiii...baiklah!

Sunday, February 27, 2011

amal

bismillah
ingin mencoret sepatah dua kata sebelum melelapkan mata...

hujung minggu yang pack seperti biasa
aku mohon agar amalku seimbang antara keluarga dan dakwah
agar redha ibu bapa ku sentiasa mengiringi kembara ini dan agar redha Allah sentiasa bersamaku...
walaupun masa agak singkat, kuharapkan kualiti itu ada...
alhamdulillah
duduk bersama ibu dan ayah...
syukur mereka memberiku kebenaran keluar..
walaupun keluar pukul 6.30 pagi
walaupun keluar pukul 7.30 petang
walaupun keluar petang ni esok pagi sekolah kena sampai pukul 7.00 am ke sekolah
walaupun hanya 3 malam dalam seminggu aku berada di rumah
walaupun balik pagi ni tengahari nak keluar lagi
terima kasih Allah kerana melembutkan hati kedua ibu bapaku...
aku berdoa agar pahala kerja dan amalku akan sentiasa mengalir kepada mereka..

syukur..sabtu yang lepas dapat dinner bersama wpun lepas tu bergegas pergi program..
hari ni meeting yang agenda nya panjang..
tapi macam agak janggal kerana meetingnya sekejap...
kenapa?
why?
huhu...
mungkin awak yang aspect lebih2 kot dib..
hmm.. ye kot
menjangkakan sesuatu yg luar biasa dari ini.
tidak mengapa
amal itu yang paling penting...
diberikan ketenangan hati..
alhamdulillah
terus dan terus dan terus meluruskan niat
agar perancangan dakwah tidak terganggu atas kepesongan niat ku..
T_T..terus bermuhasabah...

hari ini mendapat medan baru
tetap.
niat di permulaan sekadar ingin menimba pengalaman halaqah akhwat
tapi keputusan di ambil untuk membuat transfer halaqah pada waktu yang sama
tika ini
amanah yang tergalas
membantu dakwah di europe..
uk especially (kot)
bersama sekretariat antarabangsa ISMA
moga di permudahkan segalanya...ameen...
satu doaku..
agar di mana pun aku berada...
sikap ku sentiasa di senangi oleh semua insan dan alam  raya
dan aku sentiasa di sayangi dan di senangi insan di sekelilingku..
dan agar raut wajahku tenang dan menyenangkan insan lain yang memandang..
macam kelakar ke doa tu?
tapi tak pe sebab ~ sukati saya la kan nak minta apa kat Allah..
ini semua demi kemaslahatan dakwah juga ~ tu doa yang pertama terdetik di hati sebaik kaki menekan minyak kereta meninggaklan medan ini...
insya Allah
medan2 baru perlu di beri nama...
ada 3 medan jadi semuanya perlukan nama halaqah...
okai..
nanti saya pk...
moga aku dapat menggapai segalanya dengan baik tanpa meninggalkan dan meringankan medan yang lain..
insya Allah ameen.

sudah mengantukk
perlu mengundur diri..
buat
saffana : waitin' 4 ur reply..tapi apesalkah miskol sahaja
nailah : akak rindu anti juga..teringin nak borak sesama
yatt : miss u
asila : miss u n remembering of u
aliya, insyirah, suhaila : mengapakah berdiam diri?
afiqah : teruskan beramal, konsisten dan terus berdoa
teha : tidak sabar mahu kamu pulang...namun mungkin keadaan tidaklah sebaik yang disangka
wardah yang tersayang : awak satu2 nye kot yang baca blog ni...teruskan tulis surat kat saya yer..

n di saat ini mengingati dan sentiasa mendoakan...
akhowat ku..
especially kak syifa n hirzi yang banyak contact

wallahua'lam.

p/s : suka kerja2 pengkeranian..buat memo, buat surat dsb... kualiti amal...hurmmmmm

Sunday, February 13, 2011

contengan

bismillahirrahmanirrahim..

tiada apa yg nak ditulis di laman ini..

kehidupan yang terus dan terus dan terus dilimpahi dengan kerja perbaikan ummah. alhamdulillah syukur tuhan..
juga kehidupan yang terus di sirami dengan ujian Tuhan. menitis air mata, merintih hati dan jiwa menadah tangan kepadaNya..
timpaan ujian, seakan hati ini sukar menerima hakikat ketentuan. namun pedih, sakit dan tidak sanggup namun itulah yang terjadi dan hakikat yang wajib di telan. Dia memberi ketentuan itu dengan cintaNya.. uijian tarbiyah yang hebat buat diri.. teruskan memohon pertolongan dengan sabar dan solat.. teruskan merintih dan mengadu.. pasti datang saat itu, hati ini kan tenang menerima...

Allah.. berikan ku kekuatan..

Sunday, January 23, 2011

langkah kaki ini

bismillahirrahmanirrahim

boleh tak nak cakap...
'saya rindukan taman Islam..saya rindukan dakwah di sana T__T'
tak baik ke cakap macam tu.. tadi masa drive balik bangi-banting pagi ahad terasa merindui mereka pula..
kerna rutinnya banting-bangi-KL-banting
dan KL itu perlu ku lenyapkan dalam kamus hidup buat masa ni..
bukanlah terlalu mudah untuk  melupakan taman Islam macam tu je
setelah lebih 2 tahun bertungkus lumus, memerah tenaga dan keringat..
untuk melupakan sekelip mata bukan satu benda yang possible saya rasa..
alhamdulillah Allah memberi saya agar kuat..
buat at one point saya sedikit lemah.. mohon bantuanMu Rabbi..
kehidupan yang juga dalam fasa perubahan, fasa hang..terasa sangat menguji iman dan keikhlasan..
menanti dan menunggu bukan satu perkara mudah..
namun..
'mintalah pertolongan dengan sabar dan solat'
sabar itu amat penting..

banyak yang saya mohon..
saya minta kat Allah..
saya doa kat Allah siang dan malam
sabar juga amat penting..
Allah pasti memberi yang terbaik...
memang pada Allah saja tempat meminta..
hanya Allah saja yang akan memberi..
dalam tempoh itu..
pasti diuji..
perlu optimis
perlu kreatif
perlu proaktif
perlu mahasabah kembali apa yang perlu dilakukan..
yakin dengan Dia..terus melangkah dan melaju

dan benarlah satu kata-kata buatku..aku sedar..
ikhlas adalah kekuatan sebenar..
ikhlas yang perlu amat untuk di genggam..
ikhlas adalah kunci..
ikhlah itu hubungan antara manusia dengan Allah...

Sunday, January 9, 2011

begini rupanya akhirnya...

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

alhamdulillah
hujung minggu ni dah selamat sampai di rumah..cukup awal.
persiapan untuk hari esok..insya Allah
hujung minggu yang amat bermakna dan mengubah kehidupan saya
tarikh keramat 8.1.2011 dan 9.1.2011

begini akhirnya
sejak dahulu bila melihat sekolah yang ditutup satu persatu satu persatu
aku seringkali berfikir. bagaimanakah pengakhiran taman Islam ataukah akan tetap teguh dan terus dakwah di situ bersama kami hingga akhirnya. maksud hingga akhirnya tu hinga akhirnya dibah dah tak pegang lagi
ohhh...
akhirnya tanggal 8.1.2011 keputusan dikeluarkan
dakwah disana perlu dihentikan dan diserahkan kepada pihak berwajib..ha???? hoho..pihak sebelah lagi.
dan akhirnya..
aku bersama detik pertama dakwah di dalam smakl dan detik terakhir dakwah kami di dalam sana..
alhamdulillah
Allah memberikan ketenangan.
cool saja la..even akhwat sorg lagi asyik gosok belakang je masa keputusan bersama dikeluarkan..
' kak dib tenang..kak dib..ok? kak dib cool ye'
ekspresi je melampau sikit..tapi dalam hati cool je sebenarnya..
alhamdulillah
alhamdulillah
dengan keputusan ini sebenarnya berakhirlah khidmat ku di kuala lumpur
perlu melangkah pergi dan dah pun menapak meninggalkan kuala lumpur..
kalau ada jodoh..aku datang lagi..
kalau tiada, ini yg terbaik buatku

setelah lebih 4 tahun dakwah kami di sana ini akhirnya..
sungguh perancangan Allah sangat cantik..
terima kasih Allah

jumpa mereka untuk pemberitahuan secara rasmi
f5 dari 20 org ada 3 org saja yg datang..
sebab yang lain balik
mereka memang sangat berat menerima keputusan ini..
tapi aku doakan agar mereka menjadi insan hebat dan sangat hebat dengan pengorbanan yang bakal dilakukan insya Allah..
sila kota kan segala kata-kata
moga diberi kekuatan oleh Allah untuk berbuat..
sebenarnya minggu lepas halaqah pertama dengan mereka
minggu ni dah menjadi halaqah terakhir
buat dayini, fatin dan maryam..akak doakan antunna okai...
sangat kelakar la..masa nak balik tadi naik kereta
dema bertiga pun naik kereta gak..cakap..akak, jom kita kuar..
sampai saya cakap ' sila keluar dari kereta..saya nak balik'
haha..mereka lah insan2 pertama saya halau dari keta..
ye le takkan la nak angkut anak org tu karang buat satu lagi kes kat sekolah tu kang naya..

liqo' wida'
ingin ku membiarkan sedikit gambar berbicara

menyambut f4 - kitorang dah lama je dok lepak tepi surau tu

mana anak halaqah aku ni? bilanya nak start?

halaqah wida' -
wasiat buat mereka..

belah kiri akhwat ipbmm belah kanan akhwat skol.
 ni saya letak gambar - sebab saya rasa takda sapa tgk blog ni - sebarang teguran dialu-alukan. 

bercerita dengan insan di papar...
dia macam tahu rasa hati saya
cukup tepat menebak...
dia kata ' kita rasa akak ok kan?'
ye..saya sangat ok insya Allah..
di bumi mana pun kita berpijak seharusnya bumi itu perlu basah dengan tarbiyyah
di mana pun dicampakkan dan di letakkan seharusnya kita terus melaju..
ketentuan Allah itu yang terbaik buat diri

*****
alhamdulillah hujung minggu yang sangat nice..
mula2 mcm pk sket smakl tutup..
then tak boleh jadi..join mabit akhwat gombak n KL di gombak..
berjuta ibrah sepanjang perjalanan
terasa diri diperhati Allah..
syukur atas teguran terus buat diriku yg lemah..
jumpa akhwat KL sangat best..terasa masuk dan sejiwa..
balik tu ziarah akhwat KL yg baru posting di situ..
sangat nice..
n habis tu baru melangkah ke taman Islam..
mungkin dah lama tak rasa macam ni..
subahanallah..
hujung minggu yg membangkitkan iman

diberi kefahamn tentang fasa infitah dan taksis yang amat berbeza..
benar sekali..itu yg aku rasa..tapi syukur Allah memberi kefahaman dan pencerahan..
dan perbaikan rasa hati..

hujung minggu yg mengubah kehidupan..
banyak benda..
moga ini yg terbaik buat diriku
dan aku akan terus melangkah..
ya Allah.. pandu aku...
hanya kepadaMu tempat ku bermohon dan bergantung harap. 

p/s : merindui sembang malam dengan akhwat di bintulu.
       akhwatku di PLKN Bidor dan Papar... akak doakan antunna kuat.

Sunday, January 2, 2011

menggapai syurga tertinggi

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

akhir2 ni kerap mengupdate blog
hurm..jauh dari akhwat..jarang berjumpa..mungkin satu faktor blog ni menjadi mangsa..
dan ada faktor lain sebenarnya..
cuma mengharapkan Allah redha dan pandu segala apa yang aku lakukan

semalam 1.1.11
menjejaki bumi taman Islam itu kembali
dengan suasana berbeza pastinya..
insan2 yang kutemui juga berbeza..
namun seri dakwahnya tetap sama
tetap menyala-nyala 
bertolak dari shah alam.
sungguh amat dekat rupanya..
dekat tak dekat mana la..satu jam perjalanan dan boleh dipendekkan lagi sebenarnya.
berjumpa f5..
jujurnya aku kurang mengenali batch ni dan agak kurang rapat.
tapi segalanya perlu bermula kembali
dan perlu melaju tanpa henti
agar mereka mendapat tarbiyah Ilahi yang sempurna

banyak membicarakan tentang isu semasa
apa yg berlaku
tentang mereka
juga isu dengan pengetua
pengetua nampak kitorang wat liqo' kat musolla..nasibla dia tak join sama..huhu
banyak yang tergantung
banyak yang kabur
tapi liqo' pertama berjalan dengan baik alhamdulillah
mendapat 2 orang yang sanggup berdiri di belakang kami
alhamdulillah nikmat dari Allah
hanya perlu di touch up lagi..

pulang dengan 1001 persoalan dan pertanyaan dan perancangan yang masih kabur
perlu diadakan perbincangan panjang..

pagi tadi dapat mesej dari someone..
penguatku di jalan ini - juga hasil tarbiyah taman Islam
' dah dengar cerita semalam
ingat bila kata nama Islam tak perlu di halang dakwah yang mengajak ke jalan Allah
kerelaan mutarabbi itu yang penting
jalan mana biarlah atas keikhlasan, semoga terus tsabat'
jazakillah khair ukhti
ayat yang cukup matang ku rasakan..
doakan agar kita semua terus ikhlas
dan terus ikhlas
dalam menggapai syurga tertinggi.

Saturday, January 1, 2011

cinta Allah

bismillah..
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

semua orang sudah pulang..
pulang ke pangkal jalan..ha???
haha..takda la..
pulang ke pangkuan tempat kembara...
aman dah pulang ke ganu
adik n alip dah pulang ke johor
dan keberangkatan-keberangkatan pulang masing2
aku yang tetap disini..
tapi dengan semangat dakwah yang terus menyala insya Allah

semalam halaqah matrik..
halaqah yang aku rasa paling aku abaikan
dan halaqah yang tak penah nak jawab mesej aku..haha
aku pun pelik diorg ni..jawabla mesej kot ye pun..
takpun reply la mesej aku tu..
hoho..akan ada sorang je jawab mesej tu pun bila nak confirmkan halaqah..
tapi tak kisah pun
sebab halaqah ni amat comel..
setiap kali jumpa mereka aku mesti rasa puas
mesti rasa iman tu mencanak naik
walaupun sebelum jumpa diorg ni ada rasa..
macamana keadaan mereka..
akan datang halaqah tak..respon apa pun tak...
tapi alhamdulillah
perkembangan yang positif dan hebat
bercakap pasal halaqah semalam..
aku tak sangka pun ukhti anak halaqahku yang memberi tazkirah
dapat memberi tazkirah sebegitu touching..
berkaitan cinta Allah, cinta Rasul dan syurganya yang tinggi dan suci
alhamdulillah dengan semangat dan azam..
ingin menggapai redha dan syurga
dengan wasilah apapun
yang penting bekerja dan terus bekerja
bekerja dan terus bekerja demi Islam
kehidupan dunia ni memang sementara
satu masa kita akan mati
dan dunia ni adalah tempat bercucuk tanam
di akhirat tempat menuai hasil
tinggalkan perkara sepele..
abaikan fikrah duniawi..
fikirkan perkara utama
perbaikan umat!

semalam mendengar tazkirah dari anak halaqah
banyak yang terfikir
banyak mengintrospeksi diri
dan pastinya titisan jernih tumpah..tapi kena cover la depan anak halaqah..huhu
alhamdulillah..d
doaku moga kalian terus maju dan dapat memahami dakwah dengan baik setrusnya menjadi kader dakwah lillah..

buat anak halaqah skol - ex kot..hoho..
teha, wanimer n farah..
selamat beramal di medan baru
berjuanglah habis2 an
jadikan PLKN satu pelatihan untuk membentuk diri menjadi mujahidah sejati
moga yang akan keluar adalah mujahidah yang kental jiwa nya, yang teguh imannya, dan kuat fizikalnya dalam mengemban amanah yang berat ini
di bumi mana pun kita dicampakkan, jadilah qudwah
berakhlk mulialah dan jadikan alQuran sebagai teman sejati
akak tak mampu nak beri apa2 lagi buat antunna
sekadar secebis nasihat dan seuntai doa buat bekalan antunna
walaupun tidak seberapa
moga menjadi penguat buat ukhtiku

mendengar komen teha kat bawah nu..
hurm..
mengintrospeksi diri kembali..
aku tidak pandai bermadah pujangga yang bisa menggugah jiwa-jiwa
tulisan ku juga sekadar luahan rasa
aku juga bukan seorang manager yang  berjaya
introspeksi buat diri
namun aku cuba buat yang terbaik demi deen
terlalu banyak kelemahan aku
namun Allah juga memberikan ku sedikit kelebihan
mungkin tidak sehebat kamu dan orang lain
namun segalanya ku serahkan pada Allah
aku memohon aku disibukkan dengan kerja-kerja dakwah
dan agar hati ini lurus lillahitaala
agar menjadi bekalan buatku semasa menghadapNya..

Monday, December 13, 2010

jaulah

bismillahirrahmanirrahim..

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

nak cerita saja..untuk dijadikan ibrah buat diri di masa hadapan.
ahad lepas. meeting JIRIM.. alhamdulillah..jumlah peserta 340 orang.
alhamdulillah. alhamdulillah
siap ada ikhwah yg cakap - ana ingat JIRIM ni takda harapan. weh...sukati hang ja cakap gitu.. kan Allah ada.. kami yg menerima peserta mungkin lebih faham kadar keluar masuk. dan risaunya berganda.. kami ke saya je..haha. tapi hanya Allah tempat bergantung. dan pertolongan Allah tu datang dengan doa-doa ikhwah akhwat siang malam yg merisaukan dan mendoakan dan memohon pada Allah untuk JIRIM ni. dan pertolongan Allah tu datang..antaranya MHI, pendaftaran dari cawangan yang banyak sangat membantu, individu yang lobi anak halaqah untuk datang program. alhamdulillah..hanya kepada Allah tempat bergantung harap. meeting mcm biasa 5 jam dan meeting ni ah nampak arah tuju program. maksudnya dari segi bagaimana program tu dilaksanakan..alhamdulillah.. Allah..bantu kami dan permudahkan kami. luruskan niat kami. hanya demi Mu dan demi agamaMu.

then habis 2.30 - bergerak menuju ke taman Islam. perjalanan yg ntah le..macam panjang. sebab tak tahu jalan singkat (kot). n jamed akhirnya sampai jam 4.30.
buat liqo' khas dengan halaqah saya dengan isu yang terbaru yg berlaku.
abi suruh pilih IK or IS..
huhu..saya just clearkan. n terangkan serba sedikit pasal ISMA (seriously rasa macam betul ke apa yg aku buat ni- sebab saya tak pernah ckp tajuk jenis2 ni sebelum2 ni) tp saya mohon pada Allah.
then akhirnya. saya tanya sorg2
insyirah, yati, aliya najaa, wardah, suhaila, farahana, asila, wanimer, saffana, fateahah
'anti ok dengan apa yang berlaku?'
n masing2 cool..mungkin ada beberapa yg agak stress..
tp saya doakan everything will be alright. 
n dah habis liqo' tu..
saya salam dengan diorg. tengok mata diorg..nice wohh.. terasa zupp..ikatan tu sampai hati..terasa hilang gap yang rasa ada sebelum ni..peluk diorang n cakap ' anti harapan akak..moga istiqomah.'
ni baru liqo' last.
n lepas tu cakap dengan teha..
cakap cakap cakap..pasal benda ni. n akhirnya dia bagitau keputusan dia. saya termenangis masa tu. dia juga. perasaan yg tak tergambar. spontan. apa pun. moga terus istiqomah ya ukhti.
cakap dengan 2 org lagi - farah n anis wardah. org yg paling banyak borak dengan saya. best nice..
mungkin masa ni takkan kembali, tapi moga kenangannya menjadi penguat buat kita semua untuk terus istiqomah. akak sayang antuma sangat. sangat. Allah mentakdirkan kita bertemu. moga ukhuwah kan kekal.
last liqo' tu. saya cakap.
'doakan dakwah kita di taman islam ni. andai ada jodoh lagi, maka kami akan turun lagi untuk meneruskan halaqah. andai tiada rezeki moga dakwah di sini akan terus gencar dan hebat dengan dakwah yang dilaksanakan. kalau jd macam tu antunna adalah satu2 nya produk taman islam.'

pulang ke rumah. singgah rumah kakak.
sampai rumah saya rasa nak pengsan. first time jaulah drive. banting --> bangi --> kl --> shah alam --> banting. sampai rumah pukul 9.30mlm. rasa macam nak tercabut kaki, tangan, kepala. urat rasa tegang, jalan pun rasa nak tumbang. keletihan yang amat. kenapa? mungkin sebab tak makan dari pagi kot ditambah dengan menangis dari pagi sampai petang. dari bangun tidur sampai habis jumpa anak halaqah..haha berapa banyak kali saya nangis...huuu. dan drive ni jauh lebih letih dari naik public transport..alhamdulillah..diberi nikmat keletihan.

on the way pulang dapat satu mesej dari silent rose :
"kak dib, doakan kami ye kat sini. akak, bila renung2 balik, rupanya ia mungkin kali terakhir akak datang taman Islam ni. akak d best murabbiyah eva! luv u.."
hohoho..bahagia tak? bahagia bahagia..tapi sori tak sempat nak jawab..anti pun tahu jawapannya..huhu. tapi surat cinta anti tu akak tak letak kat sini la ye..tu khas untuk saya sorang..
thanks wardah..luv u 2..dah berjuta kali cakap. tapi mmg tak tipu saya sayang kamu..huhu

Monday, December 6, 2010

maal hijrah 1432

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

menjelangnya tahun baru..buku amalan baru dibuka..
moga tahun baru ini menjadi lebih baik buat diriku.
dalam amal ibadah juga amal dakwah.
dalam hubungan dengan Allah juga hubungan dengan manusia.
insya Allah.
tekad tahun baru
-banyak-
menggapai redha Allah
mencapai ketenangan hati
-dan perkara-perkara yang direnew setiap tahun - mana yg masih tak tergapai amalan lagi-
mohon pada Allah untuk setiap sesuatu tu menjadi bekal buat kehidupan kekal dan membantu utuk mendapat husnul khatimah.

mendapat kuda dakwah baru..
pinjaman sementara dari Allah buat ku...masih takda nama lagi
moga menjadi penguatku di jalan dakwah ini
dan mampu mengoptimumkan kerja2 dakwah dengan lebih cepat, berkesan dan efektif...
sebenarnya agak canggung juga.
tiba-tiba ada harta sebesar itu untuk membantu saya bergerak.

selama ni dari dulu bersama public transport
dari sekolah naik bas sekolah, bas transnasional kat banting nu
masuk matrik naik bas dari KL Sentral ke matrik
kat UPSI nak pi kelas pun naik bas
kalau balik kg lagilah naik bas
apatah lagi pergi program..bas lah kenderaan kesayangan..
maju n jauh sket..naik lah tren
cuma di akhir2 sem saja belajar menaiki kereta sewa pergi halaqah sebab dah ada lesen
praktikal di teluk intan berulang naik bas transnasional business class RM13.50 ke KL saban minggu menuju teman islam

untuk turun halaqah taman islam di menjalara
tunggu teksi sampai lenguh, dengan cas teksi kat menjalaran tu cekik darah amat
tunggu tren sampai naik lebam kaki
dan seringkali air mata ni melimpah sebab tren ni tak sampai2...
kejar tren sampai rasa nak tercabut kaki dengan beg berat kat belakang
tunggu bas balik banting berejam macam nak pengsan berdiri kat tepi tiang
dalam bas berejam lagi sampai nak terkehel leher sebab tidur kepala senget
perjalanan sehala saja mengambil masa more than 4 hours..

untuk turun halaqah di bangi
berejam tunggu bas kat banting nak ke klia sebab takde jadual bas
dalam bas sampai naik pening dengar lagu hindustan/tamil lama sangat
dalam bas dari klia ke nilai macam nak tercabut hidung bau macam2
tunggu tren..
dan sekali lagi pasti air mata mudah tumpah seperti menunggu barang yang tak kunjung tiba
begitu juga dengan perjalanan pulang..
sebab naik public transport perjalanan jadi berganda2 lamanya...

tapi semua itu sebuah pengalaman
mengajar aku erti sebuah pengorbanan..
kesukaran..
ketabahan sekeping hati dalam menerima ketentuan Ilahi..kalau tren tak datang2..=_=
cuba berfikir positif
optimis.
dan dalam perjalanan yang panjang itulah banyak mengintrospeksi diri..
dan terlalu banyak pengalaman hidup dengan public transport..
dan akhirnya zaman itu bakal ditinggalkan.
moga aku bersyukur dengan setiap rezeki dari Allah buatku
dan agar aku menggunakan seoptimumnya untuk dakwah
tiada lagi alasan lambat.

p/s : cuba mencintai KMS sebagaimana taman Islam. tapi kenapa terlalu sukar? sedang bermujahadah. bantu aku ya Rabb.. urusan hati hanya dia yang mengerti.

Tuesday, November 30, 2010

medan dakwah

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...
sebenarnya detik ini, hati saya dan saya yakin semua JK JIRIM ah mendengar degup jantung masing-masing. berdebar....dan perkara paling utama adalah bilangan peserta yang terlalu jauh dari target.. terlalu amat jauh..... dan memetik kata-kata akh ammar ...moga datang miracle dari Allah memberi peserta yang meningkat dengan drastik...ameen ameen ya Rabb.. dan ana yakin miracle tu datang dengan segenap usaha yang dilakukan dan niat yang betul-betul bersih dan ikhlas...
mungkin ini ujian menguji keteguhan insan...menguji kesungguhan, keiklasan niat..ujian yang kecil saja.. bantu kami ya Tuhan..Engkau saja tempat kami mengharap.

****
terlalu banyak benda nak dicoret..pertama.. taman Islam..dalam data cukup ramai..tapi yang nak pi program..tak nampak bayang..apakah yang terjadi? apakah? apakah? dimana silapnya? banyak benda kena cek balik dan pastinya niat sang murabbi-ah itu paling utama...Allah....T_T.. sebenarnya tu masalah taman Islam dari dulu..dulu dulu lagi...nak buat apa ya? terus mengajak dan terus tadah tangan mohon kat Allah.. sometimes rasa sedih dan sayu dengan apa yang berlaku..tak seperti yang sepatutnya jadi.. tapi kan dib.. manakan mungkin kita dapat semua yang kita nak...introspeksi diri balik...cuba perbaiki..BAIK!!

****
taman Islam again... mungkin terlalu lambat post ni..akak dengan berita pasal apa yang abi cakap pada antunna.. akak harap antunna akan tenang menghadapi paper yang berat dis week..no need to think about it.. its not the right time to talk bout this.. study saja n jawab paper..kami akan jumpa abi.. tapi ambik masa sikit sebab masing2 sibuk..

****
third..ana suka KL - kuala lumpur. lovely place..tempat paling ana sayang n ana admire.. ana sayang sangat taman Islam atas bukit Manjalara tu..sebab 8 years ago..on 2002, saya mendapat hidayah bermula disitu..walaupun bukan sepenuhnya but the initial point n turning point were starting there...taman Islam kesayangan saya. dan saya sangat bercita-cita nak duduk KL..alhamdulillah Allah beri peluang untuk bersama dakwah di taman Islam hingga akhirnya beberapa hari lagi anak binaan pertama saya akan keluar bebas di muka bumi Allah ini dan saya akan melihat hasil tarbiyah yang saya usahakan...selama 2 tahun bersama mereka..thumma alhamdulillah.. saya berdoa untuk bersama-sama kuala lumpur..
dan Allah meletakkan saya untuk saya menjalani kehidupan tetap zaman bujang saya di Banting - tempat tanah kelahiran saya, tempat saya dibesarkan dan tempat yang saya rasakan takda apa-apa keistimewaan pun buat diri saya..melainkan ahli keluarga saya yang berada di sini terutama mak ayah kesayangan saya...saya masih berdoa untuk bersama kuala lumpur walaupun setelah 4 bulan bekerja tetap di Banting.. walaupun halaqah saya di Bangi saya masih setia menyayangi kuala lumpur kesayangan saya. dan saya tahu, ramai akhwat yang tahu saya sayangkan kuala lumpur - that's the fact. dan segala yang berkaitan kuala lumpur akan buat saya rasa dalam hati 'nak juga..' dan kalau saya bersama kuala lumpur seperti bersama team promosi JIRIM dan turun taman islam untuk halaqah saya akan rasa sangat bahagia...macam masa murabbiyah saya bagitahu ' ok diba boleh terus follow up taman Islam di KL sampai satu masa yang akan diminta transfer' - bila dengar keputusan tu..satu rasa bahagia yang saya tak tahu nak cakap macamana masuk zupp dalam hati..
saya juga tak berhasrat nak duduk lama di banting..hopefully getting married dengan org luar banting n move from here..
tapi tanggal 29 november 2010..di hadapat bangunan pejabat smk jugra..suddenly realize about something..this is my place..di sini Allah letakkan ana kenapa perlu mengejar yang tak dapat... banting bukan tempat yang hampeh..walaupun tak seelok kuala lumpur..tapi bukankah kamu sepatutnya menjadi cahaya untuk menerangi..dan tadi..30 nov..berjumpa akhwat yang diarahkan untuk memajukan banting dengan cahaya dakwah..hurm..banyak yang bermain di fikiran...insya Allah...ISMA BANTING coming soon...insya Allah...
saat menulis post ni..air mata tumpah juga..kenapa dib? sebab perlu bersedia melepaskan kuala lumpur?bukan....kerana terasa menzalimi tempat sendiri..yeah..taman islam is the one n only..tiada galang ganti..kuala lumpur juga tempat kesayangan.. tapi saya akan jadikan banting tempat yang sangat berharga buat saya.. insya Allah..menerangi tempat sendiri dengan cahaya dakwah..subahanallah bahagianya..

****
saya rasa sangat bahagia hidup dengan dakwah..alhamdulillah..cukup tenang..mungkin kerana merasakan Allah sentiasa bersama...syukur Allah..izinkan aku membantu orang lain menerima apa yng aku terima ini.. terutama ibu bapaku dan ahli keluargaku.. dan aku juga bahagia duduk di rumah..sangat bahagia...syukur Allah..terima kasih kerana melembutkan hati ibu bapaku membenarkan aku keluar...ujian itu pasti ada...aku akan meneruskan perjuanganku disini..di Banting - tempat yang perlu aku hargai...

p/s : ni mode sayu sangat masa tulis post ni..syukur..mata ini selalu basah....

Tuesday, November 23, 2010

satu rahsia

bismillah

Allah membukakan satu rahsia..
agar aku bersedia dan menjadi tenang.
pasti Allah akan memberikan yang terbaik buat diriku
pasti!
ini aturan buat kamu.
jalan hidup bukan semudah yang disangka..
rahsia yang dibuka
membuka satu lembaran kehidupan.
kehidupan yang nyata
bukannya sekadar mainan anganan
syukur Allah..
langkah baru..
tapakan baru..
semangat baru
dan kehidupan baru...

syukur-syukur
Alhamdulillah
panjatlah segala pujian buat Mu

Saturday, November 20, 2010

selamat - SPM

bismillah

buat saffana n teha sila-sila kome risau pasal benda lain yek..jangan buat sebarang spekulasi..hoho.. doakan saja. ^_^. moga semuanya dipermudahkan dan semuanya dalam Redha Tuhan.

buat kalian mutarabbi-ah taman Islam..
selama menjawab exam.. SPM...
moga tenang dan dipermudahkan..
dah tak tahu nak cakap apa..
semuanya ada dalam doa saya..^_^
tak perlu cakap panjang lebar kot..
tapi papehal pun.
at this moment..
me- already miss all of u..
petang-petang macam ni biasanya buat halaqah kat tengah alam bawah kipas kat musolla.

hanya doa buat kalian..
mode syahdu macam ni lepas fb dengan teha n msg dengan wardah pagi tadi n farah semalam n saya msg semua anak halaqah saya semalam...hoho...

Monday, November 15, 2010

uji-an da-tang

bismillah..

ujian yang berlonggok longgok datang..
datang bergolek dengan laju..
sungguh sukar untuk ditepis..
"Allahu Rabbi hanya padaMu aku memohon"
sepertinya tidak tertanggung
merisaukan kelalaian yang datang

"Allahu Rabbi..hanya padaMu tempat ku mengadu dan bergantung harap"
menjaga nawaitu hati
agar bersih dan tidak terkotori
segala perancangan dariMu pasti yang terbaik buat diriku..
hanya hati yang perlu bersedia menerima
ujian duniawi
membawa jalan bahagia atau duka di alam kekal..

"Allahu Rabbi bantu hati ini"
berikan jalan
berikan panduan
redhai aku wahai Tuhan..

semuanya hanya sebagai ujian sayang..
menguji insan yang mengatakan
'aku beriman'
adakah benar
atau sekadar mainan.
"Allahu Rabbi.. berikan aku kekuatan"

tenanglah kamu di sisi Rabb mu ya qalbu..
jawapan hanya pada dia
perlu bersabar
dan terus bersabar..
berdoa dan terus berdoa.
hint yang tidak pasti jangan dipercayai.
semakin rapat
semakin dekat
semakin banyak
hanya fatamorgana
dan mainan sang penyesat manusia.
tadah tangan..
minta kat Allah....
sebab ianya semakin berat..
risau tidak tertanggung di kemudian hari..
wallahua'lam.

Monday, November 8, 2010

taman Islam

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

ukhuwah yang terbina
persis sekuntum bunga
meski pun kini
kita terpisah demi kasihNya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku…

dendangan lagu oleh MC dan para ahli halaqah mengiringi detik detik akhir halaqah wida’ kami.
Aku hampir tidak mampu mengangkat muka dan air mata menitis laju mengiringi lagu..alangkah sayunya. Semuanya hampir berakhir.  Satu saat, masing2 duduk diam tanpa bicara. Hanya memandang penuh makna. Adakah lagi saat seperti ini? Bagaimanakah masa hadapan yang tidak pasti?

Berat rasa hati ingin melepaskan mereka menuju ke dunia luar yang gagah perkasa dan penuh dengan pancaroba itu.

Hanya doa dan kata-kata hati yang mengiringi langkah mereka ke dunia sebenar.

2 tahun bersama dakwah di sekolah itu. Merekalah insan-insan pertama dan terawal yang bersama ku bersama dakwah di situ. Girang rasa hati mengucap syukur pada Dia. Merasakan ini ujian buat diri namun hati sentiasa cuba meluruskan niat. Segalanya hanyalah kerana Dia. Subahanallah.

Dakwah di sana sangat membantu aku membina diriku menjadi seorang pejuang Islam. Mencetak seribu satu pengalaman. Pelbagai halangan mehnah dan ujian. Suka juga duka. Membantu mendidik diri dan mambantu diri tunduk memuhasabah. Terima kasih Allah atas segalanya.

Detik demi detik berlalu. Menemui mereka dalam keadaan mereka kecil, melihat mereka dewasa dan semakin matang dalam membuat keputusan serta matang dalam gerak kerja. Ujian demi ujian datang. Memohon pada Ilahi. Petunjuk dan pertolonganNya. Seorang demi seorang ku perhatikan setiap sisi. Dimanakah kelebihan yang perlu di gilap dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Seorang demi seorang cuba ku telusuri hatinya. Bagaimanakah dia? Apakah permasalahannya? Bagaimana aku boleh membantunya dalam menjadikannya sebagai seorang Muslim yang sejati juga seorang kader ilallah.

Awal dakwah di sana.Terkadang rasa buntu. Apa yang perlu dilakukan. Terkadang rasa sayu, mengapa mereka menjadi begitu. Tidak konsisten dan memberi pelbagai alasan untuk turun ke halaqah walaupun hanya perlu menapak beberapa langkah ke musolla. Aku menemui jawapannya. Hati-hati kami perlu bersatu dengan ikatan suci. Ikatan kerana Ilahi. Doa rabitah menjadi lagu buat diri. Agar hati-hati suci itu bersatu dengan hati ini. Tangan ditadah doa di mohon usaha demi usaha dilakukan. Agar jasad rapat juga hati menyatu.

Alhamdulillah. Dengan pertolongan dariNya, keadaan semakin memulih. Semakin ramai yang konsisten dan akhirnya aku mendapat sebuah halaqah yang konsisten kedatangannya. Subahanallah ya Rabbi. Bersyukur padaMu atas segala ketentuanMu. Dengan segala daya dan usaha dan kemampuan yang sedikit oleh diri yang kerdil ini aku cuba mendidik mereka dengan baik. Menjadi da’I, menjadi mas’ulah juga menjadi pengemban amanah. Pelbagai ujian datang. Alhamdulillah. Kukagumi kekuatan mereka menepis ujian itu. Dan semuanya adalah kurniaan Allah.

Hari ini. Tidak mampu aku luahkan dengan kata-kata. Hanya doa mampu ku iringkan buat kalian agar kebaikan dan redha Allah itu sentiasa menemani kalian.Pelukan erat, airmata yang mengiringi perpisahan akan ku sematkan dalam ruang memori.  Sukar hati ini ingin melepaskan kalian. Menjumpai satu kata luahan yang seakan sama, sehingga terbit titisan jernih di pelupuk mata kerana rasa amat sayu yang bertamu; terbayang wajah2 itu :

hatiku tiba-tiba membuka bicara mengenai mutarabbiku..makin deras tanpa ku sedari air mataku mengalir..cukup berat sebenarnya bagiku melepaskan mereka..sudah hampir 2 tahun diri ini mentarbiyyah mereka dengan penuh suka dan duka..

siapalah yang tidak merasa berat meninggalkan mereka tatkala dengan penuh perasaan diri ini mendidik seseorang pelajar kecil yang tidak mengetahui apa-apa tentang dakwah dan kini sudah pun besar hingga mengalir dalam diri mereka darah pejuang..siapalah yang tidak merasa berat tatkala fikiran dan hatinya berhempas pulas memikirkan setiap masalah mutarabbinya..siapa yang tidak merasa berat tatkala dia bersama-sama dengan mutarabbinya menghadapi satu persatu dugaan dalam dakwah..siapa yang tidak merasa berat tatkala jiwanya menghadapi berjuta ujian untuk mendidik mereka..Allah sajalah yang Maha Mengetahui...

dan ketahuilah, itu cukup berat buat diriku.

Hanya Dia yang mengetahui segala isi hati.

Buat kalian mutarabbi pertama taman Islam : aku tidak menginginkan apa2 buat kalian melainkan hanya kebaikan. Pegang Al-Quran erat2 dan bergeraklah bersamanya.

“kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadaMu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatNya dan agar orang2 yang berakal sehat mendapat pelajaran.” (Sad;38 : 29)

Surat buatmu itu adalah isi hatiku. terlalu banyak yang terbuku di hati. Aku berdoa Allah menyampaikan isi hatiku kepadamu melalui wasilahNya. moga pertemuan semalam bukan pertemuan terakhir. ‘kita reunion di Jannah nanti’ insya Allah.

Kata-kata terakhir Teha semasa menghantarku ke pintu pagar taman Islam itu amat-amat menyentak hati  ‘kakak, tahu tak kakak tengah melangkah meninggalkan taman Islam ni’ aku lihat air matanya bertakung.  Menambahkan sentakan di hati. Dia mutarabbi ku; penguatku di jalan ini. Namun apakah dayaku. Masa tidakkan berhenti berputar. Kugagahkan jua langkah kaki. Setapak demi setapak. Dengan sekilas pandangan ke bumi itu. Aku menapak pergi. Hanya doa mengiringi. Moga kalian terus tsabat.

Aku mungkin akan kembali. Namun suasana pasti berbeza. 

p/s : dakwah perlu diteruskan. tulisan sebagai kenangan. serahkan segalaNya hanya pada Dia. syukur Tuhan, aku tenang sekarang. 

Thursday, October 28, 2010

how?

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..
Alhamdulilah thumma Alhamdulillah..
Masih di beri peluang oleh Allah swt untuk bernafas di muka bumi..

Membaca buku ‘memperbaharui Komitmen Dakwah’ karya ustaz Muhamad Abduh
Suddenly pikiran menerawang mengingati mereka-mereka..
Mereka-mereka yang dikirimkan oleh Allah untuk saya bantu dalam mencari cinta hakiki dan abadi.. cinta Ilahi..
Especillay selepas mendapat satu warkah..
Yang agak meresahkan hati..tapi saya serahkan pada Allah hati saya ni agar ia tenang..
Kerana segalanya dari Dia..pasti ada hikmah. .pasti ada sesuatu yang ingin diberitakan dariNya.. atau diajarkan sesuatu tentang dakwah ini..
Tentang warkah tu..
Memang tak dapat jawab banyak..
Dan tak dapat confirm banyak benda terutama soalan paling..paling..menusuk jantung.
‘macamana dakwah kat taman Islam nanti kak?’ – she used word taman islam okeyh!!
And actually I’m waiting for a promise
‘liqo’ dalam masa terdekat’ – penasihat
Sori..i know..everybody pun sibuk dengan terlalu banyak benda lain..super sibuk..
………
Do not know what to say.
May be the best way is just waiting n praying..
May Allah give us the best way, the best solution n the chillest heart for me and for u and u maybe…
N actually I pray for something..
Want somebody..
That can shared the problem n story together..
I know right now Allah already give me what I want
He Himself..
For me to tell what ever I want and I pray for what I need..
And for anything….without any doubt..without hiding anything..
And only He knows all my secret
Syukur Allah..
Thumma Alhamdulillah..

****
Cakap dengan mama.
Nak join program tu
‘joinla..boleh’
But do not know the ‘saluran’
Mohon pada Allah..
Doa banyak-banyak..
huhuh

moment i'll miss it


Monday, October 25, 2010

KL

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

teringin nak mencoret kat sini lepas terbaca sesuatu
'nama 
medan KL
pekerjaan'
masa baca tu terbetik dalam hati dengan spontan 'wah......bestnye.. medan KL. nak juga..'
huhuhuhu..
tapikan..bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah bagi kan..
semuanya bersama kemampuan kamu.
Allah memberi yang terbaik buat hambaNya
kadang2 kita rasa kita kenal diri kita,
tapi Allah Maha Pencipta pastinya mengenali dengan sebenarnya diri kita
dan kadang-kadang kita nak sesuatu yang kita suka tu kan
tapi Allah tak bagi
mungkin Allah tak bagi LAGI
atau mungkin Allah BELUM bagi --> sama saja bukan?hoho
atau mungkin Allah TAKKAN bagi benda tu tapi akan digantikan dengan sesuatu yang lebih cantik lagi
walau kekadang kita tak rasa pun benda yang kita dapat tu cantik untuk kita.
tapikan Allah yang bagi..kena optimisla sayang....pasti itu yang terbaik...
****
kekadang rasa diri ni kritikal...seperti yang kutulis di shoutbox sebelah
mendapat satu berita ~ isma caw KL nak buka..
wa... ni satu hal lagi..nak juga..hoho
sabo2..
ada rezeki ada la cik kak oi
cakap dengan cik sol..haih..kamu mmg tak senonoh...
tapi doakan kami..ye ye..
rahsia itu kamu je tahu..hohoho (tapi macam ramai je yg tahu)
semua dari Allah..tenang lah wahai diri. ^_^

akhir2 ni rasa bengang sikit dengan someone. --> tak baik langsung..tapi ntahla..
but..baru sebentar tadi Allah tunjuk kepada saya..
owh..itu memang keperibadiannya
membaca rumusan buku aunty Florence..Personality Plus
cool la..tenang..
terima..
itulah salah satu spesis manusia yang wujud di muka bumi ni dan anda perlu menerima kewujudannya okeh..
hilangkan rasa bengang.. timbulkan rasa..ok..fine.

p/s : banyakkan doa. mintak Allah tolong dengan sabar dan solat ^^