Sunday, February 27, 2011

amal

bismillah
ingin mencoret sepatah dua kata sebelum melelapkan mata...

hujung minggu yang pack seperti biasa
aku mohon agar amalku seimbang antara keluarga dan dakwah
agar redha ibu bapa ku sentiasa mengiringi kembara ini dan agar redha Allah sentiasa bersamaku...
walaupun masa agak singkat, kuharapkan kualiti itu ada...
alhamdulillah
duduk bersama ibu dan ayah...
syukur mereka memberiku kebenaran keluar..
walaupun keluar pukul 6.30 pagi
walaupun keluar pukul 7.30 petang
walaupun keluar petang ni esok pagi sekolah kena sampai pukul 7.00 am ke sekolah
walaupun hanya 3 malam dalam seminggu aku berada di rumah
walaupun balik pagi ni tengahari nak keluar lagi
terima kasih Allah kerana melembutkan hati kedua ibu bapaku...
aku berdoa agar pahala kerja dan amalku akan sentiasa mengalir kepada mereka..

syukur..sabtu yang lepas dapat dinner bersama wpun lepas tu bergegas pergi program..
hari ni meeting yang agenda nya panjang..
tapi macam agak janggal kerana meetingnya sekejap...
kenapa?
why?
huhu...
mungkin awak yang aspect lebih2 kot dib..
hmm.. ye kot
menjangkakan sesuatu yg luar biasa dari ini.
tidak mengapa
amal itu yang paling penting...
diberikan ketenangan hati..
alhamdulillah
terus dan terus dan terus meluruskan niat
agar perancangan dakwah tidak terganggu atas kepesongan niat ku..
T_T..terus bermuhasabah...

hari ini mendapat medan baru
tetap.
niat di permulaan sekadar ingin menimba pengalaman halaqah akhwat
tapi keputusan di ambil untuk membuat transfer halaqah pada waktu yang sama
tika ini
amanah yang tergalas
membantu dakwah di europe..
uk especially (kot)
bersama sekretariat antarabangsa ISMA
moga di permudahkan segalanya...ameen...
satu doaku..
agar di mana pun aku berada...
sikap ku sentiasa di senangi oleh semua insan dan alam  raya
dan aku sentiasa di sayangi dan di senangi insan di sekelilingku..
dan agar raut wajahku tenang dan menyenangkan insan lain yang memandang..
macam kelakar ke doa tu?
tapi tak pe sebab ~ sukati saya la kan nak minta apa kat Allah..
ini semua demi kemaslahatan dakwah juga ~ tu doa yang pertama terdetik di hati sebaik kaki menekan minyak kereta meninggaklan medan ini...
insya Allah
medan2 baru perlu di beri nama...
ada 3 medan jadi semuanya perlukan nama halaqah...
okai..
nanti saya pk...
moga aku dapat menggapai segalanya dengan baik tanpa meninggalkan dan meringankan medan yang lain..
insya Allah ameen.

sudah mengantukk
perlu mengundur diri..
buat
saffana : waitin' 4 ur reply..tapi apesalkah miskol sahaja
nailah : akak rindu anti juga..teringin nak borak sesama
yatt : miss u
asila : miss u n remembering of u
aliya, insyirah, suhaila : mengapakah berdiam diri?
afiqah : teruskan beramal, konsisten dan terus berdoa
teha : tidak sabar mahu kamu pulang...namun mungkin keadaan tidaklah sebaik yang disangka
wardah yang tersayang : awak satu2 nye kot yang baca blog ni...teruskan tulis surat kat saya yer..

n di saat ini mengingati dan sentiasa mendoakan...
akhowat ku..
especially kak syifa n hirzi yang banyak contact

wallahua'lam.

p/s : suka kerja2 pengkeranian..buat memo, buat surat dsb... kualiti amal...hurmmmmm

Wednesday, February 23, 2011

contengan 3

bismillah..
terlalu banyak kerja perlu di langsai kan...
tapi bila dah terlalu banyak dan menimbun dan kekurangan maklumat pulak dan di tambah dengan rencah mood nak buat turun naik, dan dengan cuaca yang menggugat jiwa
makanya.....
kita buat keja lain... = P
serious sangat tak senonoh... huhu
dan dalam to do list tu perlu di potong sesegera mungkin...
biar to do list tu jadi pendek...
semangat!!


kucing tiada mood... terlentang
p/s : ni mood tak betul sikit. tengok kiri tengok kanan takda org nak diajak cerita... apa pun syafakillah buat ukhti ku eton yang kemalangan semalam..T_T moga menjadi kafarah dosa...

Sunday, February 20, 2011

insan yang datang dan pergi

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

di keheningan petang ini sama2 memohon ampun pada Allah..
atas segala dosa yang telah dilakukan.
memohon pada Allah agar taubat sentiasa dipermudahkan dan amal itu sentiasa di terima atas dasar hanya kerana Allah semata segalanya..

perjalanan dakwah bukan lah sesuatu yang mudah..
bahkan sukar sekali
apatah lagi andai tidak disertai hati yang ampuh..
hati yang betul2 terikat pada Allah, dan RasulNya..
hujung minggu yang datang..matahari terus menyinarkan cahayanya
dan seorang pengembara terus meneruskan kembaranya..

meneruskan pengembaraan bersama medan baru..
medan sekolah yang baru..
samsmels..
melangkahkan kaki ke sekolah itu menuju ke surau asrama..
suasana asrama yang cukup sederhana.. - sekolah agama bantuan kerajaan.
menjejakkan kaki ke surau asrama..walaupun duduk di belakang sekali
namun cukup menarik perhatian ramai insan..
mungkin muka yang cukup asing di sekolah..tambahan pula memegang handphone..
pastinya bukan pelajar sekolah...huhu
solat isyak berjemaah..
merapatkan saff dan kenangan terus menerjah ke kotak ingatan..
kenangan bersama mereka di surau asrama..
bacaan solat, doa selepas solat dan witir terus menggamit kenangan.
tidak tahu mengapa detik itu cukup sayu dan satu-satu kenangan bersama mereka menerpa..
saat itu aku tahu..aku amat merindui halaqah taman islam, dakwah di sana dan suasana taman islam..
bumi yang berbeza, suasana yang berbeza dan pastinya insan2 yang berbeza namun seolah-olah udara yang sama.
melihat ke bahagian atas surau..kelihatannya syiling dan kipas yang berputar tapi yang bermain di fikiran adalah suasana tingkat atas taman islam..
melihat kepada tirai.. yang tergambar di minda tirai di taman islam yang kini dah pun sudah tiada..
melihat ke arah karpet..warnanya berbeza..namun terbayang karpet biru kuning tempat ku duduk beruzlah, menangis sendiri, dan berada dalam sebuah bulatan bersama mereka, tersenyum bersama mereka dan bercerita bersama mereka...
sungguh sayu saat itu..akhirnya tak mampu ditahan.
air mata terus jatuh dan jatuh dan mengalir deras...
aku tidak suka rasa merindui seperti itu..tetapi ia dan datang tanpa dapat ku tepis.
melihar kepada insan insan yang kebanyakannya bertudung hitam, terus mengingatkan aku kepada insan2 taman islam..
apatah lagi hari itu adalah hari aku kehilangan dia akhirnya...
insan yang terlalu banyak membantu ku dalam dakwah di taman islam, duduk bercerita dengan ku dan menadah telinga mendengarkan tentang dakwah di taman islam, yang saban minggu menelefonku bertanya masa halaqah selama lebih 2 tahun, yang saban minggu turun ke halaqah tanpa miss selama lebih 2 tahun walaupun dalam halaqah itu ipermulaannya saban minggu muka yg berbeza melainkan dia, insan yang pertama yang akan ku cari setiap kali aku turun taman islam.
kenangan demi kenangan bersama terus bertandang...
air mata terus menagalir dan hati mohon pada Allah agar ditabahkan segalanya
seusai solat, menyembunyikan mata yang bengkak kerana menangis..
seorang ukhti datang kepada ku...
'samsmels ni medannya biasa saja, mungkin tak lebih dari yang kita jangkakan dan jauh beza kalau nak dibandingkan dengan taman islam'
ayat dia terus membuatkan hati aku kembali sayu..hampir mengalir kembali air mata di hadapannya.. tapi perlu di tahan...aku nrinui medan amal itu - sangat rupanya.

halaqah bermula..
alhamdulillah...
membuka lembaran baru..
dalam proses mengenali...
ku kutip pengalamanku bersama dakwah sekolah sebelum ini..
azam ku untuk membina mereka dengan baik sekali..
mungkin hari ni hati ku tetap pada taman islam dan taman islam di tangga teratas
mana tahu satu hari nanti
sekolah ini akan menggantikan..
***
halaqah yang berjalan sangat nice dan sangat kelakar...
walaupun hati belum betul2 menyatu..akan ku usahakan agar semuanya mampu menjadi hebat..
insya Allah.

*****
bersama liqo' dalam menjayakan dakwah di europe...
huhu..mereka baru sahaja menubuhkan tanzim..
sangat hebat ikhwahnya..terkagum seketika..alhamdulillah...
ada satu perkara yang membuatkan ku teringat juga pada taman islam..
mereka ni ada 2 usrah dalam satu masa..
dan terdengar perbualan 3 orang akhwat yg terpilih sebagai ahli syuro
terdengar perbualan 2 insan..
'awak dah pilih ke?'
'ya..perlu memilih'
'awak pilih apa?'
'kita dah sampai tahap macam ni wak..'
'hmmm..nak taknak kita kena pilih juga sekarang kan?'
hmm... walaupun perbualan seolah simple..
tapi saat itu sebenarnya mereka sdang menentukan hala tuju hidup mereka dalam dakwah dan tarbiyah ini...
alhamdulillah Allah memudahkan segalanya..
dan selepas perbualan dia atas..
mereka rancak berbincang tentang permasalahan akhwat medan mereka dan perancangan kedepan..
ku tahu jawapan mereka..
moga terus tsabat ukhti..

****

di hujung minggu yang hening tanggal 19/2/11 berlaku perbualan antara 2 insan

anak : mama..kita rindu mama dan sayangkan mama..kita ada sesuatu nak tanya mama..
mama : sayang awak juga, anakku.. tanyalah apa dia?
anak : mama..kalau kita nak pindah rumah mama kisah tak?

dengan pandangan penuh makna mama meneruskan bicara..

mama : nak pindah rumah... kisah. mestilah kisah. awak anak mama. mama akan sedih. sebab mama sayang awak sangat. tapi apa pun..mama tahu anak mama dah besar.. mama perlu hormati apa saja keputusan anak mama.. mama takda hak nak menghalang.
anak: mama..apa harapan mama kat kita as ur daughter?
mama : pastilah mengharapkan anak mama menjadi insan solehah dan menjadi mukmin yang sebenarnya...dan mama nak awak sama2 dengan mam bantu uruskan rumah ni dan adik2 yang lain
anak : hum.. mama.. kita ada nak bagitau mama ni...
mama : apa dia?
anak : mama..kita dah buat keputusan kita nak pindah rumah.... 

sang ibu hanya memerhati sang anak tanpa kata

anak : mama.. kita sayangkan mama. semalam ada kawan lama kita contact dan dia ajak kita duduk dengan dia. dan kita rasa kita nak duduk dengan dia.kita rasa hati kita berat nak duduk dengan dia. keputusan ni kita nak bagitau mama dan kita harap mama tak marah. mama..jangan marah ya..kalau marah bagitau saja. 

suasana menjadi hening dan sayu.. sang mama hanya mampu merenung kosong dan meneruskan bicara..

mama : mama tak marah. seriously tak.. tapi mama rasa sedih sangat. dan mama rasa, rasa sedih ni wajar sebab mama sayang awak. tapi ni keputusan awak. mama tiada hak nak menghalang. moga ini yang terbaik.
anak : mama..kita minta maaf, kita tak nak buat keputusan ni atas dasar kesian kat mama.. kita minta maaf lagi.. kita tak dapat nak tolong mama uruskan rumah ni dan bantu mama didik adik2 yang lain.. mama selama ni orang hidup dengan mama tapi orang tak dapat hidup dalam rumah ni..sebab orang rasa orang tak serasi dengan rumah mama sekarang. tapi mama la yang dah menyantuni orang selama ni . orang bukan nak khianati mama..serious. dia banyak kaitan dengan rasa hati. moga Allah mengira setiap apa yang mama buat dalam nak mendidik kitorang selama ni. dan segala apa yang mama dah laburkan, duit, masa, tenaga dan diri mama sendiri.

mama terasa air mata yang cuba dibekukan mencair dan terus laju mengalir. dan mama sedaya upaya menahan. tidak mahu dipengaruhi emosi..

mama : hurm..its okey anakku.. sekali lagi..sedih tu atas dasar mama sayangkan awak.. awak kan anak mama.. tapi kalau itu pilihan awak.. pergilah.. teruslah melangkah dan terus melaju.. dan terus ikhlas. moga diberi yang terbaik.. kita reunion di syurga nanti.. tapi awak ada hutang bowling dengan mama yek..
anak : mama..jazakillah khair.. bowling. hutang tetap hutang..dah set dengan adik ati.. nanti dia balik kita main..
mama :huhu..nanti2 la dulu...tunggu cool.. takut nangis saja nanti.. haha
anak : mama...mama nangis ke dengar berita ni? sebab orang tau mama suka nangis.. tapi mama..no worries. orang takkan lupakan mama. never. unless Allah takes us apart.
mama : sebab orang tahu mama suka nangis?..ek? haha.. dah la tu..ok je.. moga terus ikhlas.. 

sang mama tunduk merenung seketika, apakah hakikat yang baru di terima dan pastinya perlu di telan.

dalam masa yang sama beberapa mesej masuk ke dalam inbox. di perhatkan. guru tuisyen anaknya tadi

'akak..afifah ni. akak, asif jiddan 10x. td anak akak bgtau dia nak pindah rumah n nak pindah tmpt tuisyen. ana ingat dia insya Allah ok dengan tempat tuisyen ni daripada gaya dia hari tu. tapi hari ni ttiba je dia bagitau dia nak pindah nanti. maaf kak..saya dah cuba sedaya upaya. tapi dia kata dia lebih klik dengan tempat tuisyen dan rumah yang baru'
'oh..ok..akak dah tau..dia dah bagitau.. takpe.. biarlah tu pilihan dia. dia akan lebih ikhlas di situ'
'tu la.. moga kita tsabat di jalan dakwah'

seketika terdengar panggilan. 
'mama!...mama buat apa tu....kata nak tolong adik ni..meh la'

mama bergegas menuju ke arah suara.. dan mama terus menyedari.. langkah kaki perlu di teruskan walaupun anak yang amat disayangi ingin pergi meninggalkan. moga Allah beri yang lebih baik.. rumah ini perlu diurus dengan sebaiknya kerana masih ada anak2 yang perlukan perhatian dan kasih sayang. mama perlu terus melangkah dan terus kuat dalam mendidik anak2 nya yang lain. alhamdulillah.. mama terus sibuk dengan kerja2 pengurusan rumah, dan pengurusan pendidikan anak-anak. alhamdulillah.. segala puji mama panjatkan pada Allah.
mama juga sangat berterima kasih pada anak yang satu ini, selama ini telah terlalu banyak membantu mama mendidik adik2 yang lain..doa mama moga terus tsabat dan ikhlas.

p/s : post ni macam ntah hapa2.. tapi.. moga semuanya terus tsabat.. buat anak2 didik taman islam.. doaku bersama kalian insya Allah.. kita reunion di syurga nanti.

Saturday, February 19, 2011

contengan tarbiyah 1

Suatu masa, anti akan lebih memahami, tatkala anti sudah memasuki pintunya dan berasimilasi lama didalamnya.

Moga kita menjadi obor yang menerangi siapa dan apa sahaja ditempat kita berpijak.

Wallahualam

-end-
 
dalam panjang2 ni yg paling menarik perhatian...
sebagai satu pencerahan insya Allah...
semuanya adalah sebuah perjalanan
dan semuanya adalah sebuah proses belajar

p/s : kalau dah end tu mmg dah tak blh kata apa...hu hu hu

Tuesday, February 15, 2011

surat cinta laaaaagi untuk sang murabbi-ah tercinta...hehehe

 wardah..for this time akak post ur 'surat cinta' ni kat sni.. boleyh ek ek ek.... huhu

salam,,,kak dib!!!!
syahdu gler bce bl0g akk!!!!
akk still sdeh ke xdpt follow up kat sk???
lame gler xjmpe,,,,ble nk g dq ni???jo0mm la skali skala,,kt gi dq naik kete baru akk 2,,,,sy xnaik lagi kate bru akk 2,,,hahahaa,,,nk tgk bdak2 kat sne???
adoo00h,,,,tp akk msti sb0ok kan...akk kan keje lg...

xpe,,,ble akk free,,,,kt gi yek,,,bwak geng2 kt,,,heheh,,
klo xmuat,,,kte naik je l0rri apek 2,,,hahahaa.....

(akk seri0sly,,,rindu glerr kat akk,,,,huhuhu,,,
really missing the 0ld halaqah n "us"!!!!huhuhuh
but its 0k,,,i kn0w,,,life must g0 on,,,,,try t0 let g0 of the pass 
n find a new 0ne in life,,,hehehe,,,,)

d0akan ye,,,
luv u kak,,,,(xoxo)hehehe
(terharu plak akk gne mutarabbi,,,,hehehe,,(ceh2,,,feeling habes plk,,,hahha,,,)   

wardah...
kat mana yang syahdu sangat tu.. haha..
actually tak perlu sedih sangat pun kan benda yang luput dari kita..
sebab Allah menggantikan dengan yang jauh lebih baik insya Allah n mesti banyak hikmah..
kalau utk skol tuh..hurm..dah ok je.. but sometimes je .. macam rindu sgt
yg paling rindu bila turun je taman Islam, akan buka pintu muhasabah buat akak
n blog ni pun byk sangat tulis pasal kome (baca : kalian) n kita
n skrg pun jrg sangat tulis sebab ....ntah la.. tak perlu tulis kot...

nak pi DQ? jom!
tapi ntah bila... hujung minggu biasa pack dengan program..
alhamdulillah..Allah menggantikan turun taman ISlam dengan banyak lagi benda yg buatkan akak bahagia n sibuk dengan dakwah ni...
huhuhu.. samala dengan anti.. pasti ada sesuatu yang Allah kirim untuk anti buat masa cuti ni kan?

saya pun rindu dengan awak...
nak borak2 lagi...  nak cerita2....
n
setiap kali hujung minggu biasanya akan dapat mesej dari mereka2 di kejauhan...
waaa! rindu nye kat antunna!
walaupun kita jauh..
doa akak tetap sama..
moga anti dan yang lain kuat.
istiqomah dengan iman dan amal...
dan satu hari akan menjadi kader lillah pejuang agama yang cukup hebat di pentas dakwah
masa ini..
tarbiyah dzatiyah sangat perlu...
mujahadahlah dengan cara kita agar hati kita sentiasa dekat engan Allah dan pastinya Allah dekat dengan kita..
jadikan Al-Quran itu teman paling setia..sebab ia cahaya yang sentiasa memandu kita dengan izinNya 
thanks a lot sebab sudi rindu akak (aiceceh..ayat hehe)
fasa antunna ni pada pandangan kami (baca : murabbi-ah sekolah) adalah fasa paling kritikal bilamana masa sekolah ikut halaqah n cuti dalam masa yg panjang. hanya Allah saja yang tahu kerisauan akak n kami2 ni dalam antunna menempuh fasa ni.. bila mana fasa kaki antunna mula melangkah meninggalkan sekolah dan masuk ke alam hidup sebenar..bukan lah satu benda yg mudah tapi memerlukan banyak persediaan iman dan kekuatan ruhiyah..
doakan kita semua. walaupun akak pun bukanlah betul sangat pun. kesengetan juga.. haha..namun hidup ni perlu di teruskan dan Allah sentiasa ada bersama kita..
akhir kata..
salam sayang kerana Dia..
salam istiqomah
p/s : doakan saya dipermudahkan nak berkunjung ke cheras lagi menemui insan2 terchenta (baca : antunna). cuma nak cari masa yg sesuai saja insya Allah..

Sunday, February 13, 2011

contengan

bismillahirrahmanirrahim..

tiada apa yg nak ditulis di laman ini..

kehidupan yang terus dan terus dan terus dilimpahi dengan kerja perbaikan ummah. alhamdulillah syukur tuhan..
juga kehidupan yang terus di sirami dengan ujian Tuhan. menitis air mata, merintih hati dan jiwa menadah tangan kepadaNya..
timpaan ujian, seakan hati ini sukar menerima hakikat ketentuan. namun pedih, sakit dan tidak sanggup namun itulah yang terjadi dan hakikat yang wajib di telan. Dia memberi ketentuan itu dengan cintaNya.. uijian tarbiyah yang hebat buat diri.. teruskan memohon pertolongan dengan sabar dan solat.. teruskan merintih dan mengadu.. pasti datang saat itu, hati ini kan tenang menerima...

Allah.. berikan ku kekuatan..

Sunday, February 6, 2011

AGM ISMA DHL 2011

bismillahirrahmanirrahim.
segala ppuji bagi Allah yang memberikan segala nikmat, nikmat keimanan dan nikmat ingin terus memperbaiki diri.. subahanallah nikmat yang tak dapat di beli di mana2 superstore mahupun shopping complex.
hanya boleh didapati dengan keizinan Allah..
nikmat yang tidak kelihatan, namun wujud di dalam jiwa dan kewujudannya dapat dilihat dalam tingkah dan perilaku insan..
segalanya adalah rahsia dan rahmat Allah swt.

menghadiri AGM n of coursela sebagai pemerhati. because not d ahli anymore..
satu kenangan yg takkan dapat dilupakan..
cik WUQ.. kereta yang baru setahun jagung bersamaku di lapangan dakwah  itu telah memeluk dinding dan kemek dan calar dengan hebat sekali...
wahhh..rasa tergamam.. n tak tahu nak buat apa..
aku tahu ini peringatan Allah buatku
aku tahu ini ujian dunia yg amat sedikit buat ku
aku tahu ini tarbiyah langsung dari Dia
dan aku tahu rupanya praktukal itu terlalu amat sukar berbanding kata-kata..
dan redha serta sabar itu adala dengan kadar iman kita...
balik tu cakap kat family...'nak buat apa ni!! mcmna! tak tahu!!..."
abang kata.. 'bawak bersabar'
mak kata ' bawak bertenang'
acik kata ' biasalah tu'
huhuhu

di lamar (baca: propose) memegang satu medan dakwah SEKTAR ( sekretariat luar negara ISMA)
kerana medan tersebut memerlukan orang yg boleh fokus disebabkan murabbiyah semasa terdapat beberapa kekangan yang besar..
dari dulu lagi memang : TAK NAK. ssebab... medan tu ramai budak2 pndai kot.. n aku pun hanya kelulusan dalam negeri. tidak pernah mengetahui waqi' luar negara..so rasa macam aku ni kerdil la (kononn)
then di cakap lagi, mean tu sangat penting sebab hanya medan tu yang akan menyalurkan penggerak dakwah untuk ISMA Europe.. pendek kata 'membantu medan dakwah tu bemaksud membantu dakwah di europe.. keberlangsungan dakwah di europe sedikit sebanyak terletak di bahu awak2 yg menggerakkan medan ni' melampau sangat tak ayat tu..hohoho.. ayat hiperbola kot.. tak tahu la kot salah konsep ke betul.. tengah pk... moga Allah beri yg terbaik.. merisaukan tidak mampu menjadi seperti yg diharapkan oleh mereka..'nak ada org yg boleh selalu ziarah, duduk sama2 sembang2 dengan diorang yang bole uruskan dakwah kat dalam selain hanya turun buat halaqah' tapi kan dib..selagi mana tak buat macamana kamu tahu kamu tak mampu bukan????

bersama UTS..pengalaman baru actually..
apa yg ana belajar - its ok dib kalau buat silap. takpe dib apa pun penilaian org kat awak. yg penting nilaian Allah terhadap amal kita.
rasa cam kerdil..tapi takperlu pun rasa tu.. mainan syaitan semua. terus melaju!! alhamdulillah..
so nice ok, dapat siapkan manual dakwah sekolah dengan inche big boss.. sangat banyak belajar dalam di beri kefahaman, menyusun masa dan terutama kelurusan niat dalam berbuat kerana Allah itu sendiri. aku tak buat apa pun..n hasilnya mcm banyk boss aku tu yg buat.. tp sebenarnya yg penting aku sangat banyak belajar. alhamdulillah.
dan aku tahu..Allah beri setiap orang tu kemampuan masing2..ada org tu sekelip mata je boleh terbitkan chart yg sekali pandang macam best (haha..) ada org duduk atas kerusi berejam, berhari nak siapkan chart yg cuma kena copy n tambah sket je..(haha..sendiri terasa)..ada org sekelip mata buat ayat best..ada org berejam nak susun ayat.. yer..dan itu adalah kemampuan masing2, yg andai ada sisi kita kurang, itu adalah sisi untuk Allah mentarbiyah kita menjadi insan hebat dalam mencari kesempurnaan. dan bila kita melihat insan yg hebat..Allah menghantar mereka untuk kita belajar sesuatu dari mereka walaupun mungkin tidak kan menjadii sehebat mereka...

minggu ni mood yg turun naik.. n abah masuk hospital dan kena uruskan pelbagai perkara..dan sangat banyak belajar juga..alamdulillah.

aku perasan..sejak melepaskan smka kl, hidupku memang switch ke banyak degree.. lain dan tidak sama seperti dulu.. dari banyak segi.. mungkin kah kerana rasa hati tu? segalanya diubah oleh Allah swt. niat lebih mudah di perbaharui dan smka kl bukanlah segala-galanya..alhamdulillah.. but nice la baru2 ni buat liqo' dengan mereka di KLCC dengan keadaan ku yg tak berapa betul ku harapkan semuanya belajar...

ingin di copykan beberapa kata2..
pk juga patut ke tak patut..
tapi moga sama2 diluruskan niat dan agar hati lebih ikhlas berbuat hanya kerna Dia..
namun..ku menantikan kata2 dari 'mereka' sebenarnya

"Allah yang menyayangi kita semua dan beri peluang ini utk kita terus faqih pada dakwah
sama2 sedang belajar
moga Allah terus melahirkan kader2 dakwah yang terus kuat jihad dan melakar yang terbaik buat dakwah ini
dalam saf ini
ameen"

p/s : doakan utk kitorg punya TOT hujung minggu ni 12/2

Saturday, February 5, 2011

berikan aku kekuatan Rabbi..dengan suasana begini..
berikan aku daya Rabbi..untuk aku berbuat dengan baik..

Thursday, February 3, 2011

Hanya Kerana Dia

bismillah...
hurm..sempat lagi nak mengupdate blog..
padahal keja tu menimbun dan berderet-deret tunggu...

sebenarnya nak cakap something..
sometimes terasa diri ni mencari kesempurnaan pandangan orang lain..
sebenarnya tak perlu la kan..
kita tak perlu nak mencari - the end mereka akan kata - good job
tidak perlu seharusnya..
nilaian Allah lebih utama..
bak kata Edward de Bono
'The need to be right all the time is the biggest bar to new ideas. it is better to have enough ideas for some of them to be wrong than to be always right by having new ideas'
yeah right.. memang untuk menjadi benar pada setiap masa akan menyekat idea baru..

memohon bantuan Rabbi agar segalanya hanya kerana dia..
andai salah belajarlah dari kesilapan..
bukan mencari benar pada pandangan manusia..kan?
yer..

so tak perlu la mengadap report ber jam jam.. just make it simple.... just throw out your opinion..
salah betul..u must have ur own reason rite? and ur reason tu u dah tanya kat Allah..agar di pandu segala gerak kerja...
mungkin ini ujian buat mentarbiyah diri..
agar semuanya lurus elok..
hingga tujuan akhirnya cukup jelas...

syukur Allah..
terimas kasih atas segalanya..

hurm..dari semalam toleh kiri, toleh kanan.. nak cakap dengan sapa pasal benda ni..
takda sapa yg tahu..
just nak tanya n nak bincang sebab macam ada banyak benda yang miss...
tapi tiada manusia..hanya ada Allah untuk bertanya..

syukur alhamdulillah.