Monday, August 19, 2013

Pengumuman Walimatul 'Urus

bismillah walhamdulillah
Allahuakbar.

alhamdulillah. akhirnya, pengumuman walimatul'urus telah dibuat.
menandakan tidak lama lagi akan berlangsungnya pernikahan antara saya dan pasangan
bersyukur kerana berjaya merahsiakan perkara ini dalam tempoh yang lama.
hanya ada beberapa orang yang tahu dan mereka merahsiakan dengan baik.

cuma harapan diri sendiri, agar proses pernikahan ini terjaga dengan baik
usia pertunangan yang menjangkau x bulan menjadikan banyak perkara yang mentarbiyah diri ini bagaimana perlu memahami seorang 'alien' dalam hidup
belajar memupuk kesabaran dan bersangka positif.
terima kasih Allah. masa adalah tarbiyah
ketentuanMu adalah yang terbaik
dan masih ada sebulan tempoh yang kritikal dan perlu dijaga rapi. hati, iman dan perbuatan.

dan saya sangat berdoa agar majlis walimah mengikut syariat yang sebenar dan sepertinya majlis akhwat ditarbiyah. Allah.. bantu hambaMu ini
sedikit kerisauan atas pembawaan sifat perfect melancholy ini .moga semuanya bersederhana dan no need to be too perfect.just be yourself. make it simple n nice.

memohon bantuan Allah agar rumahtangga yang bakal dibina dirahmati, diberkati dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah dan penuh dengan toleransi dan persefahaman.
dan terlalu memohon agar dengan terbinanya baitul muslim ini akan melajukan dakwah kami.
saya mampu membantu dia, dan dia mampu membantu dan menyokong saya untuk terus teguh di jalan sukar ini.
Allah , rahmati kami.
..........

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum :21) 

Bismillahirrahmanirrahim 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dengan rendah hati dan penuh kesyukuran kami ingin menjemput semua yang mengenali kami bersama-sama meraikan majlis tambatan janji, akad berwali, ijab bersaksi; penyatuan 2 hati antara

NOR ADIBAH BINTI ROHIMAN (UPSI, ISMA DHL)
&
MUHAMMAD FIRDAUS BIN SULAIMAN (ISMA SARAWAK, ISMA KL)

Majlis Pihak Perempuan
Tarikh : 15 September 2013
Tempat : Lot 2028, Lorong 3, Kampung Sungai Lang Baru, 42700, Banting, Selangor
Aturcara majlis :
Sabtu (14 September 2013) : Akad Nikah (3.00 petang)
Ahad (15 September 2013) : Jamuan Makan (Pagi –Petang)

Majlis Pihak Lelaki
Tarikh : 28 September 2013
Tempat : KM 28, Lorong Kadir bin Md Jim, Jalan Lama Melaka-Muar, Kg Sebatu, 77400, Sungai Rambai, Melaka
Aturcara majlis : Jamuan Makan (11.00 am – 4.30 pm)

Kami menjemput semua yang mengenali kami, saudara jauh dan dekat, guru-guru, sahabat handai, ikhwah akhowat menghadiri majlis nikah dan walimatul ‘urus kami.
Semoga dengan kehadiran antum akan menambah kebarokahan majlis ini dan kami memohon doa-doa antum agar Baitul Muslim yang dibina akan mampu menjadi Baitul Muslim qudwah dan terus memacu dakwah kami agar terus melaju dalam menuju redha Ilahi. 


Saturday, August 3, 2013

Update

Sebenarnya ada semangat nak mengupdate sebab tengok Saffana mengupdate blog dia.
Ngehehe. Lama tak dengar khabar dia. Tapi saya ingat je kat dia wpun mungkin dia dah tak ingat kat saya sebab dia mmg banyak kakaks , akhwatees, habibatees. Hehe.

Cuma masa ternpak perkara kan geng2 pas n dema utk demo morsi. Mmg teringat kat dia. N saya tahu dia semakin dewasa dan membesar dengan baik
Alhamdulilah

Akhwat marah saya jangan cakap pasal nikah lagi. Ngeeeee. Baik.
Saya cakap pasal baby pulak. Ok gedik la diba

Saya ada sebab.

Tapi bila benda mcm lagho akhwat pun tegur la. Baik.

Saya rindu adik2 Raudah .

Tarbiyah Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim 

Sudah sangat lama tidak update blog ni
Hampir melupakannya
Tapi tiba2 ingin mencoret sesuatu

Hari ini 26 Ramadhan 1434 h. Ramadhan hampir sampai ke penghujung
Alhamdulillah Allah memberi tarbiyahnya dengan sangat banyak 

Sebenarnya nak bubuh gambar tapi tak reti upload guna phone ni 

Cuma

I wish this is me. 

Berhujung minggu dengan masjid hopping
Satu perkara yang menjadi kekaguman adalah melihat akhwat iktikaf dan terawih dengan membawa baby

Di masjid putra, seorang akhwat membawa bersama2 5 orang anaknya yang masih kecil. Paling besar mungkin 6 tahun dan paling kecil baby dalam 5 bulan
Di masjid wilayah melihat seorang ibu muda membawa anak kecil bersamanya utk iftar dan terawih di masjid. Seperti dalam gambar. 

Subahanallah. Muhasabah diri sendiri. Kalau ada anak kecil nanti boleh tak berbuat sedemikian. Menjadi sedemikian kuat , hebat dan sabar .

I wish that is me. Yang melayan bayi dan anak2 penuh sabar dan syukur. Allah.. 

Ya Allah.. Kurniakan daku rezeki Mu. 
Anak2 yang Soleh solehah yang boleh aku didik menjadi mujahid mujahidah pejuang agama ini. Ameen
Tapi aku tahu , aku perlu bersabar menanti ketentuan ini. Ujian adalah tarbiyah dariMu. Moga aku tabah dan sabar menanti waktu tiba . Aku tahu ya Rabb, Engkau akan berikan ku sesuai pada masanya dan disaat aku telah cukup bersedia. 
Aku perlu menjadi hamba yang bersyukur

Satu situasi lagi. Melihat kanak2 perempuan comel memakai telekung mengikut ibunya solat tarawikh dan selepas itu mengaji Al Quran bersama2. Allah.. Sungguh comel dan menyejukkan hati

Ya Allah, kurniakan daku rezeki dan bantu aku agar cukup bersedia. Hanya kepadaMu aku menyerahkan segala ketentuan. Ameen