bismillah walhamdulillah
Allahuakbar.
alhamdulillah. akhirnya, pengumuman walimatul'urus telah dibuat.
menandakan tidak lama lagi akan berlangsungnya pernikahan antara saya dan pasangan
bersyukur kerana berjaya merahsiakan perkara ini dalam tempoh yang lama.
hanya ada beberapa orang yang tahu dan mereka merahsiakan dengan baik.
cuma harapan diri sendiri, agar proses pernikahan ini terjaga dengan baik
usia pertunangan yang menjangkau x bulan menjadikan banyak perkara yang mentarbiyah diri ini bagaimana perlu memahami seorang 'alien' dalam hidup
belajar memupuk kesabaran dan bersangka positif.
terima kasih Allah. masa adalah tarbiyah
ketentuanMu adalah yang terbaik
dan masih ada sebulan tempoh yang kritikal dan perlu dijaga rapi. hati, iman dan perbuatan.
dan saya sangat berdoa agar majlis walimah mengikut syariat yang sebenar dan sepertinya majlis akhwat ditarbiyah. Allah.. bantu hambaMu ini
sedikit kerisauan atas pembawaan sifat perfect melancholy ini .moga semuanya bersederhana dan no need to be too perfect.just be yourself. make it simple n nice.
memohon bantuan Allah agar rumahtangga yang bakal dibina dirahmati, diberkati dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah dan penuh dengan toleransi dan persefahaman.
dan terlalu memohon agar dengan terbinanya baitul muslim ini akan melajukan dakwah kami.
saya mampu membantu dia, dan dia mampu membantu dan menyokong saya untuk terus teguh di jalan sukar ini.
Allah , rahmati kami.
..........
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum :21)
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dengan rendah hati dan penuh kesyukuran kami ingin menjemput semua yang mengenali kami bersama-sama meraikan majlis tambatan janji, akad berwali, ijab bersaksi; penyatuan 2 hati antara
NOR ADIBAH BINTI ROHIMAN (UPSI, ISMA DHL)
&
MUHAMMAD FIRDAUS BIN SULAIMAN (ISMA SARAWAK, ISMA KL)
Majlis Pihak Perempuan
Tarikh : 15 September 2013
Tempat : Lot 2028, Lorong 3, Kampung Sungai Lang Baru, 42700, Banting, Selangor
Aturcara majlis :
Sabtu (14 September 2013) : Akad Nikah (3.00 petang)
Ahad (15 September 2013) : Jamuan Makan (Pagi –Petang)
Majlis Pihak Lelaki
Tarikh : 28 September 2013
Tempat : KM 28, Lorong Kadir bin Md Jim, Jalan Lama Melaka-Muar, Kg Sebatu, 77400, Sungai Rambai, Melaka
Aturcara majlis : Jamuan Makan (11.00 am – 4.30 pm)
Kami menjemput semua yang mengenali kami, saudara jauh dan dekat, guru-guru, sahabat handai, ikhwah akhowat menghadiri majlis nikah dan walimatul ‘urus kami.
Semoga dengan kehadiran antum akan menambah kebarokahan majlis ini dan kami memohon doa-doa antum agar Baitul Muslim yang dibina akan mampu menjadi Baitul Muslim qudwah dan terus memacu dakwah kami agar terus melaju dalam menuju redha Ilahi.
No comments:
Post a Comment