Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Monday, November 15, 2010

uji-an da-tang

bismillah..

ujian yang berlonggok longgok datang..
datang bergolek dengan laju..
sungguh sukar untuk ditepis..
"Allahu Rabbi hanya padaMu aku memohon"
sepertinya tidak tertanggung
merisaukan kelalaian yang datang

"Allahu Rabbi..hanya padaMu tempat ku mengadu dan bergantung harap"
menjaga nawaitu hati
agar bersih dan tidak terkotori
segala perancangan dariMu pasti yang terbaik buat diriku..
hanya hati yang perlu bersedia menerima
ujian duniawi
membawa jalan bahagia atau duka di alam kekal..

"Allahu Rabbi bantu hati ini"
berikan jalan
berikan panduan
redhai aku wahai Tuhan..

semuanya hanya sebagai ujian sayang..
menguji insan yang mengatakan
'aku beriman'
adakah benar
atau sekadar mainan.
"Allahu Rabbi.. berikan aku kekuatan"

tenanglah kamu di sisi Rabb mu ya qalbu..
jawapan hanya pada dia
perlu bersabar
dan terus bersabar..
berdoa dan terus berdoa.
hint yang tidak pasti jangan dipercayai.
semakin rapat
semakin dekat
semakin banyak
hanya fatamorgana
dan mainan sang penyesat manusia.
tadah tangan..
minta kat Allah....
sebab ianya semakin berat..
risau tidak tertanggung di kemudian hari..
wallahua'lam.

Thursday, August 19, 2010

di mana aku?

Dimana Aku?

Sayup-sayup suara cengkerik berirama
Sayup-sayup suara unggas bergema
Aku disini
Berdiri sendiri
Bertemankan suara tasbih tahmid memuji Tuhan
Menatap jauh ke dalam diri
Mencari..
Dimana Tuhanku di hatiku
Dimana Rasulku di jiwaku

Titis-titis jernih menitis perlahan
Sayu dan sendu
Aku terus melihat jauh ke dalam diri
Untuk apa langkah ini,
Kerana apa?
Kerana siapa?
Bagaimana pengakhirannya?

Semakin deras titis jernih mengalir
Apakah kepastiannya?
Adakah kerana Dia semata?
Atau ada ambisi hina disebaliknya?

Tersungkur, terduduk, bersujud padaNya
Tidak tertampung deras air mata
Ku katakan
Semuanya hanya kerna Dia
Namun..
Seakan riak menemani hati
Seakan ujub bertamu dalam diri

Ku katakan
Tenaga itu bukan kerna nama
Susah payah itu bukan kerna manusia
Air mata dan kasih sayang itu bukan kerna dunia yang hina
Namun semuanya sembahan buat Sang Pemilik semesta

Hati kecil tertanya
Dimana kedudukan diri nan kerdil ini disisiNya
Terlalu memohon panduan dari Dia
Terlalu berat ujian menimpa
Walau tidak tergambar
Walau tidak terlihat
Namun
Jiwa yang merasa
Lemas terseksa

Seolahnya seorang yang mulia
Seolahnya seorang pencinta Dia
Namun urusan qalbu
Terkadang terlalu sukar dimengerti
Terkadang terlalu payah diurusi
Memerlukan mujahadah penuh erti

Ya Rabbi
Diri kerdil ini
Bergerak memohon panduanMu
Melangkah memohon lindunganMu
Terkadang..
Terlalu gemar sangsi itu melintasi hati
Mencemari niat suci hanya kerna Ilahi

Namun Tuhanku
Keyakinanku semakin penuh
Keteguhan hatiku semakin kukuh
Hanya Engkau penentu segala
Terbaik buat diri yang hina
Setelah usaha mengiringi doa
Dan titis air mata menemani semua.

Buat Mu Rabbi..hanya kepada Mu aku serahkan segala..
Limpahkan diri ini dengan cinta dan rahmat dariMu
Amin.. T_T

sahabathijau21
1410
18 ogos 2010
8 ramadhan 1431
surau smk jugra
banting, selangor

si anak kecil itu

Anak kecil itu

Di satu sudut dunia
Berdirinya seorang anak kecil
Usianya menghampiri dewasa
Dia gembira
Menghirup kesenangan dunia
Tenang menikmati keseronokan maya
Tiada apa yang memberatkan fikirannya
Melainkan kejayaan buat kesenangan sementara

Satu hari yang menyapa
Sebuah kejutan dari Rabbnya
Memilihnya menjadi penyeru agama
Bukan sementara
Tapi selamanya

Anak kecil itu bingung
Apakah ini?
Apakah yang terjadi?
Seakan mahu menapak lari
Sukar dimengerti
Tangan ditadah memohon petunjuk Ilahi
akhirnya
Memilih jalan sukar buat diri
Mengharap bahagia yang kekal abadi

Anak kecil itu semakin dewasa
Membaluti diri dengan rasa malu
Menyelimuti diri dengan taujih Rabbnya

Acapkali
Badai fatamorgana menerpa
Perisainya kurang ampuh
Seringkali ia tumpas
Kembali anak kecil itu kepada sang Pencipta
Terduduk..berteleku
Menadah tangan memohon padaNya
Masihkah ada ampunan?
Masihkah didengar bicara?
Akhirnya ketenangan bertamu
Kerna keyakinan bersama Rabbnya

Anak kecil itu kembali berdiri
Mencuba untuk teguh
Mencuba untuk kukuh
Tanpa goyah
Tanpa berundur walau selangkah
Tanpa disedari
Dihadapannya
Berdiri sebuah ujian yang gagah perkasa
Kiriman istimewa dari Sang Pemilik buana
Sebuah kisah silam nan kelam yang menyapa
Seakan ujian itu tidak kelihatan
Namun anak kecil itu terasa terlalu sukar
Anak kecil terasa terlalu payah
Ujian itu terlalu gagah
Tiada belas
Melanggar si anak kecil

Anak kecil itu terus cuba untuk kukuh
Terus cuba untuk teguh
Keimanan
Doa tulus
dan kempunan dariNya
bekalan utama si anak kecil

sehingga detik ini
anak kecil itu semakin dewasa
namun ujian yang sama masih menerpa
sukarnya terasa
bagaimana?
Apa perlu anak kecil itu lakukan?
Anak kecil itu tidak mahu..
Seringkali seakan tidak mampu
Menanggung ujian yang tidak kelihatan dari luaran itu
Yang seolahnya
semakin hari semakin besar
semakin hari semakin membarah ujian itu

Bagi diri anak kecil itu,
Terus-terusan menadah tangan
Terusan doa dipanjatkan
Diberi yang terbaik buat diri
Redha dengan ketentuan Ilahi
Dengan sabar dan solat
Mengharap pertolongan Ilahi

Kerna anak kecil itu takut
Anak kecil itu tidak mahu
Dilempar dari jalan sukar ini
Kerana tidak mampu melepasi ujian itu

Anak kecil itu perlu menyedari
Jalan ini sukar mendaki
Memerlukan hati yang tulus suci
Menuntut pengorbanan tanpa hati
Mengisi masa penuh erti
Menjauhi diri dari dosa dan noda
Ujian itu fitrah buat sang da’i
Perlu teguh
Perlu kukuh
Kerna semua cinta adalah buat Ilahi
Yakin doa kan didengari
Hanya menanti detik menjadi realiti
Itu kan menjadi yang terbaik buat diri
Amin

sahabathijau21
2230
8 Ramadhan 1431
living room
banting selangor