Tuesday, August 16, 2011

dakwah ini

dakwah ini memang susah
dakwah ini memang penat
dakwah ini memang meletihkan
dakwah ini memang selalu buatkan diri nak menangis
dakwah ini memang selalu mengalirkan air mata ini
dakwah ini memang terkadang membuatkan hati nak give up. 
dakwah ini memang membuatkan kepala pening berfikir strategi
dakwah ini memang perlu mengorbankan kesukaan
dakwah ini memang menuntut banyak sangat perkara

dah usaha banyak tapi masih tak dapat
dah usaha banyak tapi mad'u masih lari
dah usaha banyak tapi masih begini
dah usaha banyak tapi kenapa rasa makin teruk

nak menjadi yang terbaik
nak menjadi yang terhebat
tapi kenapa seringkali ia tidak terjadi
ada saja kesilapan di sana sini
ada saja kekurangan yang ketara
ada saja ketidakmampuan diri kelihatan dengan sangat

dakwah ini memang susah, payah, meletihkan, selalu mengalirkan air mata, selalu membuatkan tak nyenyak  tidur, selalu meletihkan badan dan fikiran.
tapi inilah dia jalan yang akan membawa ke syurga dengan mudah.

yakinlah.
Allah melihat segalanya.
semua itu lumrah diba..
yang penting
kamu terus berusaha dan terus ikhlas.
ikhlas lah dan teguhkan keyakinan kamu dengan jalan yang kamu pilih ini.
teguhlah dengan wadah pejuangan yang kamu ikuti
dan jalan dakwah ini memang bukan mudah
bukan mudah.
yakin dengan Allah
yakin Allah ada
yakin Allah yang menilai segalanya

yakin diba! yakin.

p/s : banyak sangat doa waktu - waktu afdhal. Allah. permudahkan urusan kami. agar tsabat dan teguh.. special dedicate to akhowat KMB. and right now i miss taman islam so much.

Monday, August 8, 2011

hujung minggu ramadhan

bismillahirrahmanirrahim
saat in sedang mendengar terawih di ikim. sungguh sedap nya bacaan imam ni.
subahanallah.

ingin mencoret sedikit sahaja.
banyak yang perlu di langsaikan
dan perlu tidur awal. kerana esok, akan berqiam dan bersahur, selesaikan tilawah
perlu menyelesaikan minit meeting KRIM, ETR, SAPS, PBS, dengan kadar segera.
dan perlu mengemas rumah
dan perlu mengemas kini bahan-bahan untuk usrah.
dan lain-lain.

hujung minggu yang agak pengsan tapi best. subahanallah.
disibukkan dengan kerja-kerja dakwah di bulan Ramadhan ini.
moga Allah merahmati segalanya danmemberi keredhaan kepadaku.
oh ya.. cik WUQ..kereta dakwahku yang tersayang. semakin kurang memakan minyak. mungkin dibulan puasa, sama2 erpuasa mengurangkan minyaknya. Alhamdulillah.

bermula jumaat malam - berbuka di masjid UKM, first time . seterusnya berkejar ke meeting amaliyyun sektar, dan habis pada jam 11.30pm, terus berkejar ke puduraya bersama ukhti ima n ukhti zila terchenta ambik ukhti solihah tersayang. dan saya tau. saya rindu sangat n sayang sangat pada KL!!.
balik borak sekejap dengan ukhti-ukhti yang dah lama tak jumpa tu dan tidur menjelang 2 pagi.

sabtu : perancangan awal :
meeting pengkaderan, then
meeting pengkaderan sekolah then,
forum dan terus iftar di surau al islah seksyen 7, then
mabit KMB

tapinya habis meeting pengkaderan pusat jam 1.00pm. dan sepatutnya diikuti meeting pengkaderan sekolah pusat. tapi memandangkan inche boss masuk hospital so, tak dapat teruskan meeting pengkaderan sekolah.
then akhwat minta tolong hantar ke kuala pilah - bertolak jam 3.30 pm dengan ukhti zura tersayang.
sampai semula di MT jam 8.50pm semasa azan isyak berkumandang.
then setlekan untuk mabit sepatutnya saya yang incharge.
tiba-tba teringat satu mesej yang saya dapat masa siap2 nak hantar akhwat. pada jam 3.00 petang. hantar data pengkaderan cawangan ASAP. mesej nak buatkan saya nak pengsan. nak adhoc.
balik dari setlekan bahan untuk mabit jam 9.45.
menghadap laptop untuk siapkan data pengkaderan cawangan. dan.
saya nangis.
saya rasa saya dah menzalimi dakwah ni dan tak buat sebaik mungkin.
saya pegang banyak posisi. tapi saya tak mampu nak setlekan dan cater semuanya dengan baik.
ya Allah. memang nangis masa tu.
ada mabit. dan data perlu disiapkan sebelum esok pagi.
mabit tu saya yang incharge. data tu saya saja yang tahu.
macamana??!!
di sini tiba-tiba terfikir.
dimana fokus dan prioriti kerja.
bila clash macam ni.
saya perlu memilih juga.
dan saya perlu mengutamakan yang lebih prioriti.
call someone.dengan air mata melimpah
'akak. tak dapat datang mabit malam ni. tapi kami akan bagi bahan yang kami dah prepare. tengah sedih sangat ni!ada kerja urgent yangperlu dilangsaikan'
'ok. takpe..kak aini dah bagitau juga diba ada kerja'
Allah memberikan kekuatan.
then dalam kereta curhat dengan u. zura yang mendengarkan. jazakillah khair! kerana mendengarkan.
alhamdulillah.
jumpa kejap dengan adik2 kmb dan bagi bahan2 mabit n saya setlekan database malam tu juga.
jazakilah kahir buat zura yang memudahkan urusan dan juga janna
ya. kadang2 kita tak boleh ambik semua benda walaupun kita nak!. ya Allah bantu aku.
semua sayang. semua berkaitan.

ahad. 
sepatutnya :
pagi jam 9.00 meeting tanzim kmb, then
meeting krim, then
liqo sektar dengan pengkaderan matrik, then
janji dengan adik2 kmb untuk pi bazaar.

tapi selepas saja meeting krim yang habis jam 1.30
dah terasa nak pengsan.
pk punya pk punya pk nak pegi tak liqo petang ni.
dan juga dah janji dengan adik2 kmb.
Allah memberikan jalan.
diutusnya seorang akhwat dan saya terserempak dengannya di masjid hijau.
memberikan satu kekuatan untuk perli liqo tu.
dan akhirnya saya dah berada dalam liqo tu.
Allah yang memelihara segalanya.
dan for the 2nd time pulang semasa liqo berjalan - saya tak suka buat macam ni
tapi memandangkan perlu berbuka di rumah
dan menemankan akhwat kmb ke bazaar.
perlu melangkah pulang.
alhamdullillah.
bersama mereka di bazaar
(di kmb ada satu kisah nak cerita. lain kali kot)
dan berbuka bersama adik beradik yang lain
dan menyelesaikan solat maghrib, isyak dan terawih.
dan akhirnya.
hujung minggu yang berakhir dengan 1001 pengajaran, pengalaman
berjumpa dengan ummi. bersama perancangan yang tahap berani mati kot. mohon hanya pada Allah
subahanallah.
terima kasih Allah.
memberikan peluang kesibukan buat diri ini.

p/s : sedang pulun amal ibadah di ramadhan..^___^. subahanallah.

Thursday, August 4, 2011

amal di medan amal

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

sedikit tentang medan amal
KMB
tadi call ameerah ISMA KMB.
ayatnya
'ntah la kak..masa ni assignment tengah berpusu-pusu masuk. then terasa terabaikan adik-adik tu
dahla kitorang 4 orang je. dan mereka ramai.
adik2 tu pun dah start buat usrah saja. n depa pun dah start dengan usrah kmb.
hurm...

Tuesday, August 2, 2011

salam ramadhan 1432 H

salam ramadhan kareem!
Allahu Akram.

alhamdulillah
di awal Ramdahan ni
aku dapat rasakan semangat Ramadhan yang tinggi
subahanallah
terima kasih Allah atas nikmatMu

tidak sabar rasanya nak mengecapi nikmat beribadah;
solat terawih
tilawah al quran
qiamullail.
AllahuRabbi.
tapi saat ini merasakan nimat Ramadhan ini
sungguh nikmat rasanya
apabila syaitan-syaitan diikat
pintu-pintu neraka ditutup
dan pintu pintu syurga dibuka
terima kasih Allah atas nikmat halawatul iman ini

"diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: ketika tiba bulan RAmadhan, Rasulullah saw bersabda ' Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan penuh berkah yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu. Didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. barangsiapa yang tidak mendapat kebaikannya, sungguh ia telah merugi" HR Imam Ahmad. 


andai berada dalam keadaan uzur syar'i apakah amalan yang boleh dilakukan untuk full utlizekan bulan ramadhan yang ditaburkan barakah di dalamnya ini.
sebenarnya terlalu banyak
jika tidak boleh
berterawih
membaca quran sebanyaknya
sujud panjang dalam qiam dan bertilawah danmengulang hafalan semasa qiam
bertadarus al-quran
solat duha

sebenarnya terlalu banyak lagi yang kita boleh lakukan dalam menggapai redhaNya di bulan penuh barokah ini
-baca buku ramadhan
-tolong mak sediakan juadah bersahur dan berbuka
-tadabbur al-quran
-baca mathurat kubra
-banyakkan sedeqah
-dan sebenarnya yang paling penting redha dengan ketentuan Dia.. pasti banyak hikmahnya dengan ketidakbolehan dalam ibadah khusus di bulan puasa
-jadikan segala apa yang dilakukan niat sebagai ibadah..^_^
dan baaanyakk sangat lagi.. ^_^


p/s : masih tak boleh terima rupanya. begitu sukar. Allah..kuatkan hati ku ini.