Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

sebuah kenangan

piknik @botanical garden with akhwats

date with mom and dad @afnan's

hepi family - 2 couples with their daughter (1daughter who snap d pic ^^)

in front of teachers - presentation in the science meeting

cake 4 daughter @kms

them - lovely

first novel -mine. acik zana belanja from book fair pwtc

2nd

spagheti bolognese - made by me

cake 4 lovely daughter @ KMB

them - love u all. mcm kenduri doa selamat la kiranya - nak xm

KLS - d only girls participant - 5 of them are smaklian ^_^

first time bowling @banting - got 3 medals. how proud it is. haha

ini hasil daripada menggodek2 hp...
another few pic. but dont have here.
Allah...rahmati langkah kaki ini. ameen

Tuesday, September 21, 2010

hari ini dan semalam

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Alhamdulillah.
Masih bernafas bersama udara tarbiyah. Allah masih memilih diri ini walaupun terlalu banyak dosa yang dilakukan, namun Allah masih memperkenankan untuk hamba ini bertaubat dan memhon ampun.

Alhamdulillah. 
Menjadi seorang dai bukan lah satu pekara mudah. Bahkan tidak dijanjkan dengan kesenangan, kemewahan dan tidur nyenyak. Bahkan memerlukan segala kudrat tenaga dan pengorbanan, meninggalkan perkara seronok yang sementara dan perlu bersusah payah dalam mengharungi hidup. Namun jangan dirisaukan kerana ini hanya kehidupan sementara di dunia. Dan kehidupan yang sukar ini adalah untuk mencapai kesenangan pada kehidupan yang kekal abadi kelak.
Dalam mengharungi kehidupan sebagai insan, pastinya hati dan jiwa ini hanya ingin berpaut pada Allah. Namun dugaan dunia terlalu hebat menerpa. Ada kalanya diri kuat menepis badaian itu. Adakalanya diri rebah bersama-sama badaian. Terkadang hanya doa mampu dipohonkan. Kehilangan kudrat yang hanyut bersama badaian menyebabkan diri terus terpaku rebah. Syukurlah Tuhan, diri tidak dibawa arus badai yang menggila. Diri berpaut pada tarbiyah Rabbi. Walaupun kurang kemas pautannya dan hampir terlerai. Jiwa dengan tekad dan keazaman, mengemaskan pautan dan bangkin menjauh dari badai. Menyerah diri kepada Tuhan.

Begitulah kehidupan insan.
Terkadang sangat kuat. Amal ibadah dirasakan cukup manis. Merasakan kebergantungan pada Allah yang amat tinggi. Air mata keinsafan menitis laju bagai tidak ingin berhenti.Tiada istilah kerehatan bagi dai. Setiap waktu terisi dengan niat ibadah kepadaNya. Setiap waktunya adalah dakwah buatnya dan tarbiyah buat diri. Setiap pandangan adalah pandangan makruf dan kebaikan. Sentiasa optimis. Dan sentiasa positif. Sabar menjadi pakaiannya. Solat caranya memohon bantuan. Hidup dalam dakwah dirasakan terindah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Namun terkadang, yang sebaliknya berlaku. Amal ibadah dirasakan ritualitas. Terkadang buat terkadang tinggal. Kurangnya merasakan kebergantungan dengan Allah. Rehatnya terlalu banyak. Kelopak matanya kontang. Hatinya terasa gersang. Malas menguasai diri. Menjadi pesimis dan banyak alasan. Masa dirasakan terlalu panjang dan tiada apa untuk dilakukan. Kerja dakwahnya banyak yang lompang.

Namun sang dai sedar. Dakwah adalah kehidupannya. Dia perlu bangkit. Dan bingkas bergerak. Kadang-kadang bila jasad bergerak tanpa hati tidak bersedia, kelelahan cepat menerpa. Jadi wahai dai, sediakan hatimu. Hubungan dengan Allah adalah yang pertama dan utama. Kebergantungan pada Allah adalah teratas dan tiada terbatas. Banyakkan doa terus berbuat dan terus melangkah. Terus memohon dan persembahkan amlmu. Bukan kerana manusia. Tapi hanya kerna Dia

********
teringat sewaktu di UPSI. Alhamdulillah ditarbiyah dan menjadi sang dai. Dan menjadi sibuk. Halaqah kampus, halaqah sekolah di Kuala Lumpur (berulang every week dari KL – Tg Malim  ni saat yg sangat n paling membahagiakan) , taklim kampus, ziarah dan silaturrahim, program bersama akhwat, meeting di tempat yang jauh dan dekat dan ditengah malam dan dalam keadaan penat dan pening dan malas sikit(teruk benor)menghidupkan rumah dakwah eh satu lagi tinggal : halaqah dengan mama di Ipoh ( travel ke ipoh setiap minggu – bertolak right b4 maghrib dan perlu sampai sebelum jam 7pg semula ke Tg Malim) dan dalam masa yang sama perlu amat menjaga mutabaah, qiam, tilawah, mathurat, duha. Termasuk juga kena buat report program, halaqah, liqo yang melambak2 dan biasanya malas nak buat tapi gagahkan diri juga mengadap report tu dan buat dengan baik.hoho.alhamdulillah Segala aktiviti dakwah itu amat membahagiakan kerana membuatkan kita sibuk dan berfikir tentang umat yang melambak depan mata dan perlu ditarbiyah menjadi sang kader lillah juga buat diri yang perlu amat menjaga hubungan dengan Allah. Walaupun terkadang ada perselisih faham dengan akhwat, gaduh sket2, tak tegur sket2, cakap terkuat, terbanyak merungut, terbanyak menyusahkan akhwat(ter ke?^^), berselisih pendapat dengan akhwat, taknak dengar nasihat akhwat, termengutuk akhwat depan-depan atau dalam hati (ohh..banyak dosa saya..dah minta maaf ek^^)terbanyak berkira dalam buat kerja..semua tu menjadi asam garam dalam perhubungan sesama manusia dan apatah lagi perhubungan atas dasar akidah or org skaku panggil ukhuwah fillah ni. Alhamdullillah semua tu sangat banyak mengajar untuk berlapang dada, menerima teguran, menerima pendapat orang lain dan banyak sangat la. Dan tarbiyah juga buatkan saya pandai bawak kereta. Alhamdulillah sebab d only driver masa halaqah kat ipoh adalah saya^^. Semua tu walau masa melalui rasa kelat, tapi menjadi tarbiyah buat diri. Dan kesibukan tu adalah tidak termasuk kerja/belajar. Tu mmg sebab kenapa saya terpacak di upsi dulu. But main tugas mmg dai la. Insya Allah. But study bukan no 2 ok.. kalau kat upsi dulu, kalau dah rasa mcm futur sangat, asyik marah2 akhwat je, dah banyak tido..perlu bangkit dan salah satu caranya adalah pulang ke rumah. Jumpa mak abah, renew niat semua. Kualitikan amal ibadah kat umah. Alhamduillah. S o nice. Sebab kat umah mmg mampu menjadi abid yang baik.
Then pulang ke kampus dengan keazaman dan rupa bentuk yang baru. Alhamdulillah. 

Hari ini. Tiada lagi semua tu. Yang ada hanyalah kesan tarbiyah dalam jiwa saya. Kehidupan hari ini berbeza. Selepas posting dan menjadi guru. Duduk di rumah bersama mak ayah. Life seorang guru. Dan perlu hidup sebagai seorang dai juga. Kesibukan yang berbeza. Tiada lagi sibuk berziarah bilik2. Meeting tengah2 malam buta sampai pagi, gaduh2 dengan akhwat. Duduk di rumah tiada roommate. Housemate adalah mak ayah sahaja dan penyinggah2 sementara rumah ni. Kalau dulu, rasa futur balik umah. Skrg? Keluar rumah la mencari akhwat. Hoho. Di rumah, tarbiyah dzatiyah amat penting. Dalam menjaga mutabaah amal. Dalam membalancekan antara kerja2 dakwah, kerja2 sekolah dan kerja2 rumah yang melambak gile tak habis2 sampai bosan nak buat (adoyai..dib..cane nak jadi suri rumah? Ohh ni masih fasa adapt ye..). semua tu kena seimbang seiring. Tu tak masuk lagi function dengan sedara mara then kenduri kendara jiran sebelah menyebelah. Hidup sekarang perlu bermasyarakat. Dahtu hujung minggu je lesap pi program. Semuanya perlu hikmah untuk dikendalikan. Alhamdulillah ada halaqah dengan mama (walaupun jaun di Bangi dan transport susah =_= untuk fasa awal ni) masih membawa halaqah di matrik dan sekolah (KL- alhamdulillah). Dapat bersama program setempat (walaupun kekadang tak sesuay dengan jiwa) Alhamdulillah. Dapat menjadi sibuk juga. Walaupun kehidupan sekarang berbeza, jiwa perlu amat bersedia. Perlu belajar untuk dakwah kepada masyarakat  dan kalau manusia ni suka mengumpat. =_=. Jadi saya perlu hikmah. Juga fiqh dakwah kepada manusia yg kurang fikrah islamnya seperti anak murid di sekolah. Perlu bersedia dan perlu menimba pengalaman. Saya perlu hidup dengan dakwah. Bak kata saffana ‘ ubat futur adalah dakwah’ sangat2 betul.

Ada yg bertanya macamana duduk dengan parents. Ok ke. I said. Alhamdulillah. So far so good. Ujian tu lumrah kan..so just face it n think how to handle it with care n come out with a very good solution without hurt anybody. Alhamdulillah tarbiyah awal yang syadid itu sangat banyak membantu. SANGAT! Dan semua nya datang dari Allah. Kekadang ada juga rasa malas. Ada juga rasa teruk. Sendiri punya badan, sendiri punya hati, perlu mencari jalan sendiri untuk bangkit. Kita tak berseorangan. Allah sentiasa bersama. Kalau tak tahu tanya kat Allah. Kalau tak dapat jawapan tanya kat Allah juga. Kalau nak mintak sesuatu,mintak kat Allah. Kalau rasa tensen, cakap kat Allah. Gerenti hati tenang jiwa damai. Nice^^.. Alhamdulillah. rasa bahagia sangat.^_^

Ya Allah bantu aku agar terus istiqomah di jalanMu. Jauhi aku dari rasa futur dan malas. Begitu juga buat ikhwah akhawatku ya Rabbi. Tsabatkan kami. Ameen

Agar mampu terus ditarbiyah dan mentarbiyah
Agar mampu terus menjadi sang kader lillah dan mencetak sang kader lillah
Dan agar menjadi hambaNya hingga mendapat pengakhiran yang baik (husnul khatimah)

p/s : nak sangat anak 2 halaqah sekolah saya : saff, teha, nailah, farah, wardah, suhaila, insyirah, yati, wanimer, asilah, fariha, aliya najaa mendapat apa yg saya dapat, kebahagiaan dalam dakwah dan tarbiyah, kemanisan ukhuwah dan iman dalam tarbiyah, dalam program dan halaqah juga menjadi pengemban dakwah, sang kader lillah dan memahami Islam dan dakwah tu lebih baik daripada saya. nak sangat sangat. T_T. mesti sangat comel^^. tapi Allah yang memegang hati2 kalian. saya disini cuma boleh berusaha sedikit dan berdoa moga kita semua ditsabatkan. dan tidak lupa juga kepada anak halaqah matrik ( yg masih dalam fasa nak ikat hati dan kenal) sayang kamu semua!!

Friday, September 17, 2010

syawal 1431

bismillahiraahmanirrahim
alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw


syawal kembali setelah berlalunya Ramadhan.
dan bermulalah fasa memetik hasil yang disemai daripada madrasah ramadhan.
menggunakan bekal yang ditanam. andai pohon taqwa yang disemai menghasilkan buah yang baik, makan bekalan yang baik iulah yang digunakan untuk 11 bulan mendatang. andai tidak..maka sebaliknya lah yang berlaku.

alhamdulillah.
banyak rumah yang diziarah pada syawal 1431- sampai tulang kaki rasa nak tercabut dek banyak berjalan
1 syawal  - rumah nenek, pak long, atuk (banting selangor)
2 syawal  - wak seri ( skudai ), kawan ahmad (simpang rengganm), johor sampai ke Banting jam 8.00malam jam8.30malam beraya ke rumah nenek usu, nenek mes, nenek surat
3 syawal  - perjalanan ke Kuala Kangsar dari rumah pukul 11.30pagi sampai di Kuala 8.30malam, bertolak ke Pendang Kedah jam 9.30malam sampai di Pendang jam 1.00pagi
4 syawal  - rumah u.Hirzi (pendang, kedah), u.Syazana (Pendang, Kedah), u.Ainul (Jitra, Kedah), u.Adlina (Jitra, Kedah), u.Dayah (Seriab, Perlis), u.Mastura (Kepala Batas, Penang) sampai di rumah u.Mastura pada jam 9.30 malam.
5 syawal  - rumah u.Solihah (Kuala Kangsar, Perak), u.Syifa (Kuala, Kangsar, Perak), u.Mardhiah (Ipoh Perak), u.Ima (Ipoh,Perak), u.Madiah (Sungkai, Perak), u.Tasha (Ipoh, Perak)
6 syawal  - rumah u.Saadah (Ipoh,Perak). perjalanan pulang Ipoh ke Banting 10.30pagi hingga 6.00ptg
7 syawal  - rumah kak zila, k aisyah isma, zila, minah f, acik zana
8 syawal  - harini - sepatutnya ke rumah acik senah n paman ani.

alhamdulillah. dapat berziarah banyak rumah. banyak negeri. dari johor ke perlis.
orang kata raya sakan. best sangat la. alhamdulillah. especially masa jaulah ke utara dengan akhwat upsi. banyak sangat benda dapat n dapat mengeratkan silaturrahim, ziarah org yang tak pernah diziarah dan bersilaturrahim dengan ramai manusia juga. alhamdulillah. moga segala amal diterima Allah.

di rumah kak mardhiah ipoh
(ni gambar yg terlepas msk fb)
walaupun simple saja. tapi bukankah mengeratkan silaturrahim sesama Muslim dan sesama manusia amat dituntut?
tahun ni tak jadi lagi pi beraya dengan kawan2 skol dulu, n tak pi rumah anak halaqah taman islam macam tahun lepas. hajat dihati mmg nak pergi.
ada lagi sabtu ahad. tapi minta maaf la..i rasa nak pengsan dah jalan. sebab mengingatkan keja kat umah ni sangat la melambak kena disetelkan segera.
cukup la tu ye..setlekan benda lain yang lebih aula'.
what's next?
antara yang telah di listdownkan
-jamuan raya matrik







-program-program krim










-liqo' taman islam












dan banyak lagi.
alhamdulillah dapat menjadi sibuk sampai tak cukup tangan kaki nak buat keja
ni pun sempat lagi dok update blog ni.
sebab dah lama sangat nak tulis tapi tak berkesempatan.banyak sangat nak dicoret kat sini. sebagai penguat semangat di kala kelelahan.
ziarah tetap diteruskan. walaupun bukan hari raya.
salah satu wasilah dakwah bukan?
dan mendapat jemputan daripada mimi x-smakl untuk ke rumahnya ada open house. tapi mgkn tak dapat pi
wallahua'lam..

p/s : perlu mengurangkan tengok fb

Tuesday, June 22, 2010

semasa..

bismillah..
alhamdulillah..segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

alhamdulillah masih dibenarkan untuk bernafas dengan udara tarbiyah..moga terus dibenarkan olehNya hingga detik akhir nafas diri ini. ameen..
dah lama tak tulis kat sini...banyak kali dah nak post tapi memikirkan macam nak post benda yang membuatkan blog ni jadi blog picisan yang sebenar-benar picisan..ntahla..tapinya..dah cakap..jangan lah baca..sekadar nak berkongsi pengembaraan diri ini di jalanNya..

berada di 'teratak bonda' bak kata saljibiru..hoho sedang menunggu tawaran penempatan mengajar. insya Allah, jika tiada aral 19Julai ini akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang guru. sangat berdebar menunggu penempatan. sekarang ni sangat berdoa agar diberi kekuatan untuk terus tabah dan redha dengan setiap ketentuan dariNya. yes..posting ni menentukan arah tuju, gerak kerja seterusnya...ya Allah bantu aku untuk menerima setiap keputusan dariMu yang pastinya itu yang terbaik buatku biarpun dari luarannya tidak terlihat kebaikan yang besar buat diri. tapi kuyakini hikmah yang mendatang dan semua ini adalah ketentuan dan rahmat dari Mu.. 
berita yang agak mengejutkan..
roommate dapat sarawak..
tangisan mengiringi ketentuan itu..tapi aku tahu dirinya pasti bersyukur dengan setiap ketentuan dan berusaha menerima..tangisan itu bukan kerna menyalahkan takdir tapi mungkin mengenangkan apa yang bakal ditinggalkan..keluarganya..team dakwah sekolah..roomate nya terutama aku ish perasan perasan, akhwat sehalaqah, akhwat upsi, murabbiyahnya , para murabbiyah sekolah dan ramai lagi...ni saya rasa2 je cik zi..walaupun tak betul sangat tapi saya yakin sedikit sebanyak ada benarnya..moga terus redha dengan ketetapan dariNya..kita merancang dengan cita-cita, Dia merancang dengan cintaNya..walaupun kamu bakal merindui ku..hehe..doa ku dari jauh..ana pun tak tahu lagi bakal diletakkan di mana..ukhti..jadikan kenangan itu sebagai penguat untuk terus bergerak dan tidak mudah patah semangat ya..bina kehidupan baru di sana..ana tujukan satu lagu buat anti..sebenarnya..masa kat muzium dengar lagu ni memang dah bergenang air mata bila memikirkan saat bakal berpisah..mungkin lepas ni akan jarang sekali untuk kita berbual bersama tak berenti sampai cik sol cakap 'hish kome dua ni dari dulu sampai sekarang tak pernah habis nak cerita ye...ada je nak diborakkan' ' dah dah jangan cerita lagi..pi siap dulu..ni kalau dah jumpa 2 orang memang tak berenti'.. paling tak tahan ayat hawizah 'kita tengok kak dibah dengan kak hirzi ni macam orang yang bercinta tapi tak meluahkan cinta masing-masing' haha..lebih kurang gitu kot ayatnya.. n respondnya sorang angkat kaki, sorang tarik telinga hawizah..tak sangka dia nak cakap macam tu..paling tak tahan dia sambung..'dah lama nak cakap sebenarnya' cik sol pun tahap gelak sakan dengar benda tu..huhuhuhu..tu satu kenangan..ya..tinggal kenangan saja..life must go on..kehidupan sebenar adalah pada detik ini. eh..sambung tadi nak dedicate lagu untuk anti..ni lagunya..

sebiru hari ini..

Sebiru Hari Ini

Birunya Bagai Langit Terang Benderang

Sebiru Hari Kita Bersama Disini



Seindah Hari Ini

Indahnya Bak Permadani Taman Surga

Seindah Hati Kita Walau Kita Kan Berpisah



Bukankah Hati Kita Telah Lama Menyatu

Dalam Tali Kisah Persahabatan Ilahi

Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya

Hapus Air Mata Meski Kita Kan Berpisah



Selamat Jalan Teman

Tetaplah Berjuang

Semoga Kita Bertemu Kembali

Kenang Masa Indah Kita Sebiru Hari Ini


jangan nangis jangan nangis..
thanks a lot for everything..
menadah telinga dengar pasal taman Islam terutamanya..
anti n cik sol sahaja yang cukup memahami pasal taman islam..walaupun mungkin cik sol agak tak berminat untuk itu..huhuhu.thanks a lot untuk segala nasihat n melayan kerenah n mood saya..hohoho..samalah dengan awak juga yer..pape pun..ukhuwahfillah..ukhuwah itu tidak dipisahkan oleh ruang..terus kekal dalam doa ya..n doakan untuk dapat roomate baru macam kamu juga..huuuuuuu....mungkin lebih tepat lagi soulmate..haha..

then.
taman Islam.
.minggu ni buat pertama kalinya tak turun atas alasan yang cukup macam tak logik..tapi ana mohon padaNya agar keputusan itu betul..tapi jauh di sudut hati amat sangat merindui kalian..sangat amat..kalian terus berada dalam doaku..insya Allah hujung minggu ni anda umur masih panjang andai masih diberikan kekuatan olehNya..kita berjumpa..doakan imanku semasa berjumpa kalian..aku berusaha menjaganya..namun begitu mudah tercalar..aku akan terus berusaha menjaganya..

mendapat satu berita..taman Islam akan diserahkan kepada medan KL..hurm..so bermakna lepas ni upsi takkan fup lagi dah taman Islam..saat ini..aku berdebar sangat-sangat menantikan tampat posting..yang bakal menentukan samada aku boleh terus membawa halaqah taman Islam atau tidak..ya Rabb..berikan aku kekuatan. amin..ketentuan itu darinya..detik ini terlalu berdoa..andai ketentuannya adalah perlu melepaskan taman Islam..moga hati ini cukup kuat dan tiada air mata yang tumpah disitu..untuk meninggalkan semuanya di situ..ntahla..aku rasa aku dah cukup kuat untuk meninggalkan mereka..tapi bila disampaikan berita bakal bertukar medan..n ada akhwat baru akan masuk situ..n ada kebarangkalian juga untuk diserahkan pada management baru..aku jadi agak tak tegar untuk meninggalkan mereka..baru aku tahu..aku masih belum bersedia..keinginan untuk terus bersama mereka cukup menebal..rasa sayang cukup kuat..perlu mempergandakan lagi doa dan usaha agar tidak terlalu menyayangi..sebenarnya taknak pun sayang sangat..tapi hati dan perasaan amat sukar dikawal..mungkin atas banyak reason...mohon kekuatan hanya dariNya..

lagi satu..kebelakangan ni terkadang terfikir..apa cerita huffaz ni? what's the next step?..dan bagaimana langkah seterusnya?..dimana titik akhirnya?..bila langkah seterunya bakal memulai kembali?..itu sekadar persoalan yang berlegar di kepala..sekarang ni aku rasa bukan aku yang perlu bertindak dulu..hoho..bolehkah pk macam tu? buku pun tak siap lagi..my laptop rosak takleh buka...ni my brother punya laptop..cakap juga dengan pemantau yang bakal pergi jauh itu..dia kata..tanyalah penasihat..aku cakap..ala penasihat kan bz banyak benda nak pk..pemantau kata..ha..huffaz tu termasuk salah satu benda yang dia kena pk juga la tu..aku pk..betul juga..hoho..tapi takpelah..sekarang ni mengambil keputusan untuk mendiamkan diri ..sampai bila?sampai dapat posting n sampai dema pun pk balik pasal huffaz ni..n sebenarnya tujuan aku tulis ni pun..moga Allah menyampaikan kepada mereka dengan wasilahNya..hoho..cumanya..sekarang ni fasa cool la..yerla takkan la aku as a member of the team nak ambik sikap 'lantakla situ'. memang cukup tak patut..cumanya..mendoakan yang terbaik insya Allah amin..

nak berenti tulis dah cuma akhirnya nak sampaikan kepada beberapa org ni..kalau nampak/baca/dengar pasal buku ni mesti teringat kalian. n sedikit coretan..
versus @ hlovate - nur nailah mohd yusof - ok..kenapa ada masalah ta dapat atend halaqah every sunday petang tu tak gitau..asif jiddan kurang alert dengan itu..sentiasa merindukan anti..jangan nangis lagi..sentiasa berubah menjadi yang lebih baik n lebih baik ya..untuk bantu mak ayah kita di sana nanti..me-yang sentiasa menyayangii kamu dan mendoakan agar jurang antara kita akan hapus dan lenyap..ameen
denyut kasih medik - dr farhan hadi - aimisya...bergenang air mata akak dengar tulisan tulus anti untuk anti berubah jadi lebih baik..akak doakan moga hidayah Nya sentiasa bersama mu dik..jangan ditangguhkan perubahan ke arah kebaikan itu..kerna kita tak mahu kebaikan itu lari jauh dari kita...ya..
buat mu :
fariha - di mana kamu..kenapa berdiam diri..asif andai tak dapat menjadi yang terbai buat diri kamu..aku hanya insan penuh dosa..sukar menebak isi hati org lain..
farah - huhu..baru tahu..rasanya kamu org popular sanguine..rindu ingin bercerita sama kamu
anis wardah - jangan biarkan cuti itu membunuh kamu..biarkan cuti itu menjadi baja buat iman mu..bagaimana? dengan usaha kita ukhtiku..
aliya najaa' suhaila n insyirah- kalian sangat comel..sedang berubah ke arah kebaikan..akak sentiasa ingin menjadi seperti kalian yang cukup lembut dan penuh kesopanan..kalau cakap tu..fuh..akak pun cair..kome cakap halus sangat n lembut..aiyak nak jadi macam kalian hoho..doakan ya..huhuhu
yati - kita masih ada jurang rasanya..tapi anti baik dan comel..perlu pandai pilih kawan ya..itu yang sangat menentukan dan mempengaruhi siapa kita esok..
saff n teha - kamu harapan ummah..huhu..banyak sangat dah ayat untuk kome 2..rajin belajar tahu..jangan malas..cepat lapar takpe..makanla..tapi semangat belajar itu juga perlu kuat..

cukup sampai sini..dah terlalu panjang..
moga Allah mengampuni dosa-dosaku atas segala khilaf diri dan memandu aku ke jalan yang diredhaiNya..amin.- doa ditebarkan buat semua juga

Tuesday, April 20, 2010

kenangan semalam

bismillahirrahmanirrahim.
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

kilat dan guruh di luar sabung menyabung..
awan mendung terus berarak megah..
deraian hujan belum lagi muncul..
mungkin dalam beberapa detik saja lagi
titis titis itu akan membelah bumi dan membasahinya..
suasana yang menggamit hati untuk mencoret sebait dua kata

cewah dibah..sejak bila pandai bersajak..
berpuitis bergurindam dan sebagainya..
haha..sekarang ni tahap labah-labah ada dalam perut dah merayap naik ke leher..haha..
kui kui kui..kak mar di sebelah memerhatikan ku tersengeh sendirian..

ingin mencoret kembara yang berterusan..
hujung minggu yang lepas..
meneruskan sarana tarbiyah..
berprogram bersama akhwat..
perjalanan dimulakan dengan jaulah ke tempat program bersama halaqahmate..
semua sekali ada..

memang itu yang dirancang kerana mungkin ini jaulah bersama buat terakhir kalinya sebelum halaqah dibubarkan..dan sebelum kami semua bertebaran ke bumi yang baru..
oh..dari cari tiket, hari sebelumnya..naik bas, dalam bas, turun bas, tunggu akhwat dan perjalanan ke tempat bermalam..sangat memberikan seribu satu kenangan..subahanallah..sepertinya ingin dititipkan setiap kenangan disini..tapi masa amat mencemburui..biarlah ia menjadi kenangan indah..
ketawa dan gembira bersama..sedih juga bersama..
susah payah ditanggung bersama..
gurauan yang mencuit hati dan pastinya menggamit rindu kelak..
subahanallah..
ukhuwah yang teramat indah..
tidak mampu dinilai dengan apa-apa sekalipun.

keesokannya..sabtu
perjalanan ke kuala kangsar..
naik bas..
duduk sebelah murobbiyah..
hehehe..
banyak kenangan yang mencuit hati..
sampai di tempat program..
sebenarnya program ni program pihak sana...
dan kami datang untuk memeriahkan dan mengambil pengalaman serta ilmu..
dan sepanjang program..
ana mohon ampun pada Allah..
andai hati ini tersalah..
tapinya..memang sepanjang panjang sehari..yang dibuat adalah menilai program itu..
pengisi, content, cara, orang, pengurusan dan banyak lagi
lain dan sangat lain..
berbeza dan cukup berbeza..
walaupun..adalah yang sama sebab nama lagi program islamic..
ada yang mampu ditelan ada yang hanya mampu diluah sebab tak tertelan..
memujuk diri..program umum..
memujuk diri..mereka adalah mereka..
kelebihan dan kekurangan perlu diterima..
janagn cari kekurangan..
koreklah kelebihan..
untuk mendapatkan tsiqah disitu..
dan saya berjaya!
tak perlulah analisa ditulis disini..terlalu peribadi dan terlalu rahsia untuk diketahui umum..
lagipun pastinya berkajang-kajang untuk dikarang..
cakap kat murabbiyah..
'kita suka ikhwah kita yang mengisi dan bagi pendapat'
dia juga sangat bersetuju..
hohoho..
tanya akhwat..
'camne ngan program ni?'
'kita ok je'
'ok alhamdulillah'
'ntahla..program umum kan'
'kita rasa nak balik je masa tengah program'
hahaha..
ok lah akhwat ku..ni permulaan kan..
murabbiyah cakap ' memang lapang dada amat sangat ditintut untuk perkara macam ni'
yeah..
i agree..
cool


esoknya..ahad..
program satu cinta halaqah kami dan halaqah satu lagi..

ditengah ceruk hutan..
mula-mula perjalanan jauh menuju ke manong..
then masuk satu jalan kecil..
then masuk jalan tanah merah ditepi-tepinya lalang
then sampai ke satu kawasan kebun getah..


sayakan budak bandar..
so nye..
subahanallah..wuyoo..
pokok getah siap ada susu getah menitik lagi..
ish ish ish..nih setahun sekali tak tentu lagi jumpa nih..
roomate kata
'cik diba..mehle datang umah kami..depan je ladang getah'
hihihi

program yang best nice sangat-sangat
menjemput pengisi juga daripada pihak sebelah sana..
ok la..nice.banyak input..
walaupun di tengah ladang getah..
then bbq,
presentation untuk persediaan posting..
subahanallah..
tak terluah dengan kata-kata kenangan yang indah itu..
semunya atas dasar ukhuwahfillah

kenangan terindah
luvely circle with mini dustbin..nice nice..
semua pakai baju iic tau kecuali our mama..

last
liqo' halaqah kami sat
semata-mata nak bagi cenderahati halaqah..
mini dustbin meow..

saya dan roomate punya mini dustbin

p/s : i'm really admire orang yang pakai cermin mata..hurm..bahaya ke?haha

Thursday, April 1, 2010

yang lebih aula'

 bismillah..
sejak 2 hari ni banyak diketuk ketuk dengan hal lain plak..
hihi..erm..alhamdulillah..bahagia rasanya dapat banyak peringatan..
walaupun masa tengah dengar tu..rasa macam tong gas jatuh atas kita gak..
tapi ok..salah sendiri refleks sendiri la yek..
ok..apapula halnya...

erm..
'jangan terlalu sibuk dengan benda teknikal sampai perkara yang utama iaitu halaqah diabaikan'
'ha..macamana halaqah kat sana?'
'fyi, kami fokus halaqah n sebab tu tak tengok sangat bab teknikal ni..tapi antunna la..jangan sampai tak fokus halaqah'

hurm..
ketukan yang membina n i realise few things
-yes memang benda teknikal ni amatlah banyak ambik masa saya awalaupun sebenarnya benda yang jauh lebih aula' adalah halaqah tu sendiri. jangan nak tipu dua-dua dapat cater dengan baik..buktinya apa yang berlaku sekarang ni? pk sendiri la kan dib..
okeh..okeh..T_T
-contoh macam buat halaqah sendiri, dan sebagainya..
ok..alhamdulillah..sedar diri dah..insya Allah akan diperpanjangkan kepada yang lain..
ramai yang cakap dan saya yakin itu satu doa..
'kami yakin la dib akan terus dapat bawak taman islam..dapat area sana'
yakin je my roomate n my mom tu.. but pray for it..n doakan..
tapi in my side..ana dah boleh terima walaupun agak tak yakin lagi..
untuk lepaskan taman islam pada bakal mas'ulah - yang dah dipilih sekarang ni insya Allah ( fasa training)
liqo ke 4 agak banyak mengetuk diriku dan banyak mengajar mereka..
alhamdulillah..
mungkin perlu lebih 'efektif' dan effisyen' - 2 different word with different meaning yangs aya pun masih confuse..hohoh..lupakan..

alhamdulillah..2 anak binaan merangkap murabbiyah taman Islam nampaknya kelihatan semakin matang dan pengorbanan pun boleh kata tahap superb r sekarang ..word yang mas suka..hoho..
walaupun mungkin masih ada beberapa sisi yang perlu diperbaiki..but its ok..itu adalah satu proses kan?
jazakillah khair atas segala pengorbanan antunna..
paling tak boleh lupa..
lepas program kat kuala woh..antunna sanggup untuk terbang ke taman islam untuk halaqah..walaupun kepenatan keletihan..sampai sini malam..akak pun rasa penat giler hari tu..mungkin sebab berenang yang ambik banyak tenaga pagi tu..tapi antunna terus bertahan sampai malam..
moga Allah memberi kalian dan kita semua kefahaman dan kekuatan untuk terus mengorbankan harta, tenaga, masa..insya Allah amin..
very nice..naik tren duduk 4 orang sederet..
pegang quran n sorg pegang buku..
hurm..mohon kekuatan dariNya pastinya kan?alhamdulillah...
and also welcome kepada murabbiyah baru taman Islam..moga kefahaman yang benar menjadi milik kita..agar terus dapat memacu kita untuk berjuang lillahita'ala..walaupun sekarang blur..teruskan bekerja..learning process by doing ukhtifillah ..
paling best masa liqo' tengok antunna kumpul kekuatan nak cakap..s bebab kena paksa..hehe ..saya pun berapa banyak kali kena ketuk masa tu setiap kali keluarkan suara..
walaupun esok anti ada 2 test yang tak siap prepare lagi..tapi meluangkan masa untuk liqo' tu..alhamdulillah..moga Allah memberikan ganjaranNya buat antunna..
never mind..anti baca nota tengah-tengah liqo' tu..tapi takleh amalkan ye..sebab kena fokus..
hoho..
walaupun lepas liqo' tu saya rasa sangat berdosa disebab kan dosa-dosa saya..mohon ampunan hanya padaNya..
tapi papepun..
actualy very nice moment dengan antunna..
melihat antunna membesar depan mata..
jaga asolah dakwah kita..
teruskan tambah kefahaman..
selain pengisian..banyakkan membaca buku..kafaah dakwah dan kafaah diniah sangat penting agar tidak mudah futur..agar kefahaman dan gerak kerja itu benar-benar terpandu dan dipandu oelhYang Maha Esa..
insya Allah..
menyayangi antunna yang amat..
doakan agar kita terus istiqomah istimrar di atas jalan penuh mehnah dan tribulasi ini..

untuk mainpower pula..
semakin jelas..
walaupun masih ada kekabutan disitu..dari segi penyelesaiannya insya Allah..
saya yakin..pasti ada penyelesaiannya..mohon hanya pada Nya. insya Allah dengan usaha yang telah dicurahkan..

akak nukilkan disini..
sebab sepertinya tidak sanggup semua kenangan itu pergi begitu sahaja..
walaupun anti suka tangkap gambar kan..hihi..
ukhuwahfillah ilal jannah insya Allah ^_^

p/s : hadiah ben 10 hijau dari anti become my favourite stuff right now..jazakillah khair..

Tuesday, January 5, 2010

Offline..sebuah kenangan yang ditulis semasa baru balik dari iic..

Bismillah..

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi segala nikmat dan pemilik seluruh alam jagat ini..

Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad b Abdullah..

Ingin belajar menulis kembali..Cuma diingatkan kalau ada sesapa yang tersinggah blog ni..ini adalah catatan pengembaraan seorang pengembara. Kenangan yang ingin diluahkan dalam bentuk tulisan. Ini adalah tidak penting mungkin bagi kebanyakan manusia Cuma penulis ingin cuba mengambil sebanyak ibrah daripada pengalamannya.. mungkin gaya dan cara penulisan tidak sehebat bloggers yg lain. Penulis tidak berniat untuk berkongsi pengalamannya bersama org lain sekadar ingin mempublishkan di blog ni sahaja..wallahu’alam.

Berada di rumah kembali sejak beberapa ketika bersama akhawat, berprogram bersama menelan pahit manis ukhuwah dan pengorbanan bersama-sama. Pahit manis perjuangan yang menjadi perasa di sepanjang jalan yang panjang ini.

Sebenarnya perjalanan ke rumah pada kali ini agak sayu. Tak nak balik rumah sebenarnya..ingin bersama akhawat. Tapi buat masa ni dakwah family adalah utama. Membaca satu blog ada kat tepi nu..tentang da’I dan org tuanya..sajak sebenarnya..diri ini sedang belajar dengan persekitaran..

Pengembaraan bermula minggu lepas. Program ex matrik. Baru kenal dengan akhawat matrik..kalau tak selama ni kenal dengan akhawat sekolah saja..huhu. banyak benda la mgenali mereka..berprogram bersama..banyak yg dapat especially dari segi ukhuwah dan tarbiyah..alhamdulillah.. first time pergi ke bukit cahaya sri alam..owh terlalu banyak yang berlaku..ada student program sebelah dikatakan dimasuki benda halus menjerit dan mereka meminta bantuan kami..ana pun pi la sana..dan akhirnya kami menjalinkan ukhuwah dengan budak Bandar – PJ melayu yg sekular..but they r very nice person. Mereka biasa sahaja..bahkan tidak solat mungkin, sebab kami dapati dema tak bawa telekung pun.. tapi banyak benda yg buatkan mereka jadi macam tu..salah satunya family yg tak membantu, sekolah pun tidak membantu..maksudnya mereka tidak terdedah dengan persekitaran yang dapat membuatkan mereka mengenali islam..alhamdulillah..mereka menerima kami akhawat yg bertudung labuh ni dengan amat baik sekali dan amat berterima kasih atas usaha kami membantu kawan dema. Sikap yg sangan ana kagumi – melayan tetamu dan sangat menghargai org yang membantu mereka. Dema masakkan nasi goreng untuk akhawat yg dating jumpa dema. Ukhuwah sesame mereka yang sangat mantap. Tak tinggalkan kawan yang dalam kesusahan n bersama-sama susah n senang. Dema pandai masak ceh..tapi sedap bangat kek yang dimasak budak laki tu..nak mintak resepi..sedap yang amat.. moga hidayah Allah bersama kalian ya sahabat… di program ni juga..belajar satu lagu yg sangat best.. maher zain- always be there..alhamdulillah.. program ni sebenarnya berbeza dengan program lain – cuba untuk keluar dari kepompong..n ana sangat suka dengan perubahan ini. Sebagai contoh – penggunaan sound effect, penggunaan gambar, cara bercakap, berinteraksi dsb..

Seterusnya iic..secara jujur di permulaannya..ana merasakan iic masih stereotype..tidak ada perubahan..masih di takuk lama..yes. di beberapa sisi..tapi secara jujur juga..saya sangat suka dengan iic..mungkin kerana sangat menyayangi dakwah sekolah..alhamdulillah..2 akhawat taman Islam datang..finally.. naik nama taman islam di program iic..walaupun taman islam belah akhawat ni tahap anak buluh betong..tapi ok la..buat 2 akhawat tu..moga istiqomah ya..moga hidayah dan rahmat Allah sentiasa bersama kita..buat diba- teruskan luruskan niat keyh..IIC- oh..macam-macam halangan..alhamdulillah Berjaya sampai ke akhirnya..ana akan cuba upload gambar n montaj yg ana buat..ana buat yer..yes..tapi saya mmg tak reti..Cuma terkesan kata-kata sorg akhawat ni..bila ana cakap ana tak reti sebenarnya then dia cakap – ish..mungkin ini tempat kita, setiap org ada posisi..so buat yg terbaik (ayat rekaan tak ingat ayat sebenar)..tapi kata-kata akhawat tu buatkan ana sangat bersemangat n optimis – yes setiap org ada kelebihan kita disini- program ni buatkan ana banyak belajar ttg program – n jadi simple person – mudahkan jangan mempersulit. Ana rasa ana makin rapat dengan sorg akhawat ni – mas’ulah program n semakin mengenali dia n banyak belajar n banyak menilai. Ana banyak menilai para qiadah yang berada di sana sebenarnya..termasuklah murabbiyah ana. Terkadaang ana ada banyak perkara yg ana agak tak bersetuju dengan caranya..tapi tolak tepi itu semua- dia hanya insan biasa Cuma saya mendoakan agar dia mampu mengubah sedikit caranya- saya akan gtau dia- mungkin satu sisi dan sebenarnya banyak lagi sisi kebaikannya dan tidak ada yang sempurna.terlalu banyak saya belajar darinya dan dia tidak pernah menghilangkan tsiqah saya terhadapnya. Segala kelakuan qiadah itu saya nilai dan yang saya tidak bersetuju akan terus dinilai dan selagi tidak mendapat sisi kebaikan saya tidak akan ambil. Dan saya tidak mahu implemenkan kepada anak halaqah saya – saya ingin memberikan tarbiyah yang terbaik buat anak halaqah saya. Mohon hanya pada Allah..ni sudah berubah tajuk..

Iic juga ana menjadi bendahari..first time jadi bendahari program besar..simple gak r..takla pening mana. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan ana untuk ana tak pening megadap segala jenis wang n angka. Jazakumullahukhairan jaza’ kepada ikhwah wa akhawat yang banyak menyumbang demi kelancaran dan keberlangsungan program ini. Moga menjadi amal yang tidak pernah putus..

Taman islam akan diteruskan – dapat 1 mesej. Huhu..terkejut. ana bajet taman islam akan ditutup..but sekarang ni do not know..ramai yg perlu focus ipt..

Perjalanan seterusnya pagi-pagi akhawat kejut. Temankan ana pi hantar akhwat ke shah alam..orait bebeh .dalam mamai-mamai tuh..

Kajang- shah alam- kajang-cheras

Cheras.date dengan anak halaqah.pi umah wardah..dok menuntut janji..alhamdulillah selamat sampai tapi lambat giler..sob sob..mohon ampun pada Allah. dema 3 org.

dapat satu kata kata..

Diba: habistu macamana?

Teha : so..teruskan perjuangan.

YES!..jazakillah khair teha..nti mmg optimis n buatkan akak sentiasa positif.suka cakap dengan anti. N cuka cakap dengan antunna..antunna insae harapan sebenarnya..akan mengharapkan antunna mampu menjadi qudwah dan mampu beramal dengan amal yg baik..

Wardah.teruskan perjuangan..teruskan beramal..

Pertemuan yang singkat tapi buatkan ana berfikir dengan sangat panjang..dan amat merefleksi diri.

Sejak baca tunas tu..akak banyak pk..antunna akan sibuk..

Tapi bak kata anti..kalau ada org boleh buat kenapa kita tak boleh.kan? banyak lagi org sibuk tapi mampu beramal dengan baik..insyaAllah..

dan sebenarnya banyak lagi orang lain sibuk tapi mampu saja berkomitmen dengan dakwah ni dan tidak menjadikan sibuk sebagai satu alasan..

bahkan keberadaan kita di jalan ni memang akan menyebabkan kita sibuk yang amat..tiada masa berpangku tangan..
terlalu banyak amanah yang perlu dilangsaikan berbanding masa yang kita ada..
nak tak nak kita saja...
ayuh ukhti..
kita sama-sama berganding tangan berganding bahu meringankan beban sesama kita..menjadikan halaqah tempat meningkatkan iman dan memberikan kontribusi sepenuhnya kepada jalan dakwah ni lillah..insya Allah
doa yang terbaik buat kita semua..

Wednesday, November 25, 2009

konvensyen pendakwah muda 2009 (wehdah 09) - part 2

bismillah.
segala puji bagi Allah selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw

alhamdulillah syukurlillah..

masih berada di usim..
tengah tunggu bas nak balik lepas tamatnya wehdah 09

subahanallah..
terlalu banyak yang diperolehi di sini...
ana satu-satunya akhwat upsi kat sini..
ana pun pelik gak..kenapa ana tak ajak akhwat upsi lain..
ntahla.

hurm..
apa yg dapat..
banyak kata-kata yang buat ana terpk..

 prof dr Muhd Kamil Ibrahim , penulis travelog haji dan travelog dakwah, pengarah UiTM Segamat
'boleh jemput saya untuk bagi talk tapi dengan syarat saya free dan tidak mengganggu UiTM'

prof madya dr harlina haliza hj siraj
'kita perlu transform ummah ini supaya mampu membuat keputuisan dengan baik. inilah yang kurang pada diri kamu semua para pemuda gen-x. manusia mengikut hukum Allah keluar sebagai seorang manusia dari perut ibu bukan dari pokok, tapi kita diberi akal fikiran untuk membuat keputusan menilai dan membuat keputusan. jadi para pemuda perlu kritikal thiinking dan bukan hanya mengikut sahaja'
dengar dia cakap macam ni..zupp..terasa beb..
'pemuda juga sangat perlu untuk mampu berkomunikasi dan berhubung, mampu menghubungkan pandangannya dengan keadaan semasa dan memberikan pendapat'

perlu mengundur diri..
sebab bas dah nak sampai..
kembara ke rumah.
akan melalui klia..dan ingin terus mengembara..

tapi nak mencoretkanb banyak disini..sebab tak sanggup rasanya apa yg diperolehi di sini
perkongsian bersama akhawat tersayang, bersama peserta yang hadir dan bersama panel pengisi untuk hilang..
ingin mencoretkan disini..
jika diberi keizinan oleh Allah insya Allah..

-lets we transform the ummah-

konvensyen pendakwah muda (wehdah 09) - part 1

bismillah..
segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat. selawat dan salam kepada murabbi agung.
alhamdulillah wa syukurlillah.
mode ngantuk. tapi nak tulis juga

berada di konvensyen pendakwah muda 2009 peringkat kebangsaan di usim..
alhamdulillah bersyukur kerana berada disini..
ni kepala tahap lelong tapi nak tulis gak..
sebenarnya nak share dengan some one..tapi tak tahu sapa..
nak online manalah tahu ada org yang saya boleh share tapi takda sapa yg sesuai..
takpelah tadi dah cakap kat Allah..
nak share sket la kat sini..
kat sini jumpa ramai org pelbagai jemaah
ada gamis, ada isma, karisma, pmi, takda nama mcm saya pun ada gak..akhwat la tuh..
malam ni pengalaman yang sangat best.
perkongsian dakwah di setiap universiti.
program ni sebenarnya program melibatkan badan dakwah rasmi di ipt sebab spmm(sekretariat dema) hantar surat jemputan ikut upt. so banyakla yang datang adalah wakil n org2 besar ipt memasing dalam bidang kerohanian macam rakan surau, badar, pmi dan sebagainya.
tadi ada perkongsian dakwah. yg dikongsikan adalah apa aktiviti badan dakwah yang legal or rasmi kat setiap u.
ana terkesan dengan satu statement dari unimas. dia kata antara cabaran dakwah kat sana adalah... banyakla yg dia cakap tapi akhirnya dia kata...ada jemaah yang merasakan mereka adalah jemaah yang paling bagus dan dia kesal dengan sikap macamni yang tak sepatutnya ada..then ana pk..tu kitorang ke?
presentation utp pun buat ana refleks balik..mungkin sisi sisi tarbiyah yang ana sedang ikut ni..adanya pandangan negatif pendakwah lain terhadap kami..sendiri makan cili sendiri la rasa pedasnya..ana banyak berpikir..kekadang adakah kita merasakan kita paling bagus..kekdang adakah kita tidak mahu bekerjasama dengan mereka yang berbeza method gerak kerja..terkadang adakah kita memandang rendah terhadap mereka...adakah kita merasakan apa yang mereka buat banyak yang tak betul...apakah kita merasakan apa yang mereka buat tidak memberikan impak terhadap umat hari ini...apakah kita merasakan mereka salah dan melihat banyak sisi kesalahan mereka...adakah kita merasakan kita membuat kerja dengan cara yang paling tepat paling telus dan paling efektif...
astaughfirullah..mungkin ana satu masa yang lepas pernah menjadi begitu..pernah dan pernah..hari ini sangat terpk..
dib..
buka mata
buka minda
buka hati sanubarimu
mereka sangat bekerja untuk Islam..sangat sangat..
subahanallah..
jangan dikata..
mereka melakukan dakwah ammah..kesannya tak nampak...
mereka telah berbuat dib!
mereka melakukan dakwah yang tidak fokus..
mereka sangat bekerja dib!
mereka hanya bermesyuarat bermesyuarat..tapi tindakan...
terlalu banyak perkara yang mereka perlu selesaikan dib!
mereka tidak terlalu menekankan pergaulan
mereka mungkin lebih ikhlas awak dib!

ya Allah..ana sangat terkesan..
banyak program yang dirancang..
banyak program yang dijalankan..
mereka mampu menggerakkan dan memberdaya gunakan main power mereka dengan baik
baru ana nampak..
kenapa kekadang akhwat yang kita tarik ke taklim..dia tak boleh fokus taklim kita..
tapi bila dia masuk h, dia menjadi jauh lebih baik dari semasa dia jadi akhwat kita..
hari ni ana faham sedikit kenapa..
bukan kerana jawatan..bukan kerana itu..
tapi kerana ukhuwah..
tapi kerana mereka telah memberdayagunakan mainpower dengan baik..
mereka sangat banyak program yang perlu difikirkan dengan detail segala2 nya..
program banyak jadi mampu beramal disitu..
mereka dapat merasakan mereka berbuat untuk islam...

hakikat yang sangat jelas ana nampak hari ni..
selama ni mmg tahu..
tapi mungkin teori..tanpa nampak bukti nyata..
tapi lepas presentation hari ni..
sebenarnya..
kita ibarat satu support system..
ada banyak sisi..
dan setiap sisi ada tugas memasing yang pastinya berbeza..
macamtulah dalam dakwah islam..
mereka mungkin melakukan dakwah ammah..
kita mungkin tak nampak kesannya dengan banyak..
tapi itu adalah cara dakwah mereka..
mereka menyentuh banyak sisi..
cara kita..
kita lebih kepada dakwah fardhiyah..
kita lebih menekankan pembinaan individu muslim..sangat sangat..tapi jangan lupa dema pun ada usrah dema dalam pembinaan individu muslim tu 
dan kedua-dua ni sebenarnya sangat membantu satu sama lain untuk menjadi satu support system yang baik kepada islam.. 

kepala ni sedang banyak menilai..
apa yang difahami sebelum ni..
dan apa yang difahami sekarang..
kita perlu lebih terbuka..
ntahla..
kalau dulu kekadang merasakan kita ni sangat bagus dan sangat baik..
tapi sebenarnya kita lah manusia yang sangat teruk..i speak to myself..
terkadang kita banyak mengata dan mengutuk mereka..tanpa kita perasan...mungkin kita nak membandingkan atau ambik ibrah..tapi sebenarnya kita dah memburukkan ansarullah tu..
astaughfirullahhalazim...
setiap management tu pasti ada kekurangannya...
sama2 berlapang dada..
ana tadi cakap dengan budak2 nikekadang rasa panas sket gak..
tapi tu di awal...
lepas tu baru ana faham..
oh..oh.. dan oh..
masa ni la nak mempraktikkan teori yang kita menerima cara dakwah mereka dan berlapang dada atas perbezaan pendapat dan cara..
ana mungkin hanya melihat luaran..
dari satu sisi..
tapi baru terbuka kepala otak ni..
baru terpk..
selama ni ana jumud juga..
selama ni ana katak bawah tempurung juga..
tak tahula..
mohon pada Allah ditunjukkan jalan yang benar dan diredhaiNya..
Allah yang memberi hati dan fikiran kepada manusia..
dan segalanya kan dari Allah...
lepas keluar dari dewan tadi rasa nak terhambur air mata dengan kejahilan diri..dengan teruknya diri ini..
kita selalu mengatakan..ikhlaskan niat dan pastiinya kita sentiasa terus cubamengikhlaskan niat..
dan kelihatannya..
mereka juga sangat ikhlas dalam berbuat..
sangat-sangat!
subahanallah..
walaupun
mungkin ada sisi-sisi yang dibah tak leh terima..
so takpela..
tak perlu ambil..tapi perlu menilai..

ana doakan kita semua terus istiqomah di jalan dakwah dan tarbiyah ini hingg akhirnya..
andaikata seluruh peserta konvensyen ini dengan jumlah seramai lebih 500 orang mampu menjadi pendakwah muda yang sebenarnya..
maka
subahanallah..
cuba bayangkan dunia ini pasti bergegar dengan tangan-tangan pendakwah muda ini..

-semoga Allah memberkati usaha kita semua-
-salam istiqomah salam satu aqidah salam satu perjuangan-
-amal sangat penting keyh-

Friday, November 13, 2009

daurah preparation

bismillah..
segala puji bagi Allah pemberi segala nikmat..dan segala nikmat hanya padaNya dan hanya dariNya..
salam buat murabbi agung..

alhamdulillah wa syukurlillah..
sekali lagi..
masih berada dalam nikmat iman islam dan tarbiyah
baru habis program..
daurah preparation..
macam tajuk kat atas nu..

singkat je program ni..
start 5.30 ptg semalam sampai 12.30 tghari ni..
tapi alhamdulillah..
pelbagai pengalaman..
mostly yang datang program ni akhwat halaqah baru..
students sem 1..
yang masih setahun jagung dalam duni kampus..
dan mungkin baru ingin belajar menapak dalam dunia dakwah..
ana n my roomate antara manusia tertua kat situ..
so org panggil..adik diba..tolong....mas'ulah je yg panggil..huhu..
cumanya..
nampak sangat dema tu naif, comei, terlalu menginginkan islam tu sendiri..
masih  nampak dakwah tu dalam skop yang agak sempit..
alhamdulillah..
Allah melimpahkan hidayah kepada mereka untuk mereka mengenal islam dengan lebih mendalam..
pastinya..
mereka akan belajar banyak lagi perkara dengan pengalaman yang mereka lalui..
subahanallah..
para pemuda...
harapan umat ini..
moga terus istiqomah..
moga kita sama-sama bergerak dalam menaikkan izzah Islam ya ukhti..
ditambah dengan kehadiran akhwat ib, akhwat uitm shah alam n akhwat utara yang sanggup turun untuk program semalam sahaja bagi berkongsi pengalaman dan sama-sama menimba pengalaman di medan kami..
pengisi dari perlis..
datang berdua dengan anaknya...
naik tren..
subahanallah..
jazakillah khair ukhti..
hanya Allah yang mampu membalas jasa anti memberi sedikit perkongsian kepada kami..
cumanya...
refleks pada diri..
telah lama diri ini berada dalam tarbiyah..mengikut halaqah..
tapi sejauh mana sebenarnya ana telah all out dalam berbuat..
apa yang ana telah sumbangkan untuk dakwah ini..untuk umat ini..untuk agama ini...
ya Allah..
bantu diriku ini bantu akhwat wa ikhwah ku serta semua yang sedang atau akan menapak di jalan ini..
moga terus istiqomah..
banyak share dengan roomate..
manusia yang tua juga..
huhu..walaupun kitorang ni nampak awet muda..tu satu advantage ..hihihi...oi diba..perasan tak habis..innalillah..jauhi diri ini dari sifat ujub riyak wa takabbur..saje je cakap..
share banyak sangat benda yang mampu menaikkan iman di hati..alhamdulillah..
dikurniakah akhawat yang sangat mengesankan diri dan jiwa..
bila dah lama ditarbiyah..
cek balik..
especially amal ibadah sunat ..mutabaah yang biasa kita buat..
adakah ianya satu ritualitas..
atau semakin hari semakin membuatkan kita mampu dekat dengan Allah..
terutama bacaan mathurat...
(29:41)

esok ada daurah taman islam di klcc..
mohon pada Allah diberi kekuatan iman..menempuh segalanya..
esok juga rehlah di pd, rehlah di bukit cerakah, daurah pelatihan syura di batang kali..
subahanallah..
buat ikhwah wa akhamatku..
moga terus tsabat ya..
sama0sma kita hadirkan keikhlasan dalam hati..
moga program ini mampu memberi 1001 manfaat buat kita..

wallah'ualam

Sunday, October 25, 2009

berbuat baik lah..

Bismillah..

minggu ni pi ke taman Islam..macam biasa la berlari tak cukup tanah kejar tren..suruh pakcik tu tahankan tren tu..jangan bagi jalan sebab saya nak naik..tq pakcik kaunter..

dalam tren rawang ke kepong sentral kenai dengan sorang akak ni..akak ker?uhu..tapi dia panggil saya adik..padahal saya tanya dia tdi dia sebaya saya! haha..nampak la saya ni nampak muda..haha..astaughfirullahalazim..

pada pandangan ana..dia adalah seorang manusia yang sangat banyak mengingati Allah..banyak sangat kata2nya yang mengingatkan kita kepadaAllah n banyak sangat bagi kata2 yang mengingatkan kita kepada Allah...dan banyakla cakap dengan dia..cakap panjang lebar pasal permasalahan umat..pasal hubungan dengan Allah..pasal program..pasal jemaah..haha..memberi kefahaman kepada saya..sepanjang perjalanan dari rawang ke kepong sentral dalam masa lebih kurang 20 minit..best r...dia buatkan ana nak jadi org yang baik n solehah..haha..tapi seriously yes..pesanan akhir dia b4 berpisah..tak kiralah kat mana, kalau jumpa kawan yang dah lalai n jauh dari Islam sama2 la kita ingatkan dia..jangan biar dia terus lalai..thanks akak..kita adalah salah sorang yang sentiasa lalai..tapi kita akan cuba untuk perbaiki diri, tak ckap benda lagha n tak buat benda sia-sia n cuba membantu org lain yg lalai..terus berbuat..insya Allah..doakan kita sama2..nice moment even kita tak penah kenal..tu la cantiknya muslim kan?semuanya bersaudara..

di taman islam..

em..bertapa kat sana..lepak dengan budak2 tu..

tapinya dema nak study so tak leh kacau sangat..

petang tu liqo' macam biasa..alhamdulillah..cuma tak best sket sebab start lepas asar n dema dok sibuk2 nak pi mandi n mandi n siap2 b4 pukul 7..saya lupa cakap..b4 halaqah bersiap dulu..nnt trus pi makan...hmmm..its ok..moga masa yg singkat dapat memberi 1001 manfaat kepada antunna.

lepas isya' banyak borak dengan dema jap..alhamdulillah..best r..cakap pasal isti'ab- ulas sket n borak2 sket...harapnya dapat beri kefahaman kepada antunna ya..

dok belek2 buku isti'ab ni tertarik dengan satu hadis

'seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya. Barangsiapa yang memenuhi kebutuhan saudaranya maka Allah akan memenuhi kebutuhannya. Barangsiapa yang mengluarkan seorang Muslim dari kesusahan (di dunia) maka Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan hari kiamat dan barangsiapa yang menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat' (HR Bukhari, Muslim dan Abu dawud)

terbaca hadis ni teringatla banyak perkara..

saya mengucapkan berbanyak2 terimakasih kepada sesiapa yang hadir dalam hidup ini dan banyak memudahkan urusan hidup saya...yang pastinya buat parent tak terkata..hanya Allah yang mampu membalas..

tapi stranger yang memudahkan urusan saya dan membantu saya dalam memudahkan urusan..yang paling ana terkesan..

kakak kaunter kat kepong sentral..jazakillah khair..saban minggu jumpa akak..ana takkan lupa yang akak banyak tolong ana..walaupun seriously ana tak kenal akak n akak pun lagila pastinya tak kenai ana kan?..beribu2 org akak jumpa setiap hari..

ingat lagi masa tu..ana sampai kat kepong sentral tu da malam n nak kejar tren last ke tg malim..pi kaunter tanya kat akak

'sempat tak nak naik tren ke tg malim?

'macam tak sempat..tren last kat rawang pukul 9.25..sekarang ni tren kat stesen...(tak ingat)..

'tapi jap akak cuba tanya'

Akak pun call org tu call org ni banyak r call org..dengar akak tanya ni ada budak nak naik tren..sempat tak..akak pun macam minta org tu utk delaykan sket tren kat rawang nak ke tg malim tu..akak cuba gak tolong ana biar ana dapat naik tren tu..

‘tak dapat la dik..’

Tarik nafas ..lepas

Lepas tu akak ada call org lagi..tunggu lagi…

Then..

‘ok sempat..tapi ni tren yg terakhir..jangan tertinggal tau’

Subahanallah..alhamdulillah…

‘ok..rm6.20’

‘tq akak’

‘ok..naik tau jangan tertinggal..’

Senyum..

Tunggu tren..then dah nampak batang hidung tren tu..ana pun tunggu r tren berenti..tercegat kat situ..

Dalam sayup2 bungi bising tren..

‘adik..adik …adik...’

Tertoleh ke belakang..akak pandang kita kat pintu kaunter n senyum n cakap..

‘adik…naik tren ni tau..ni tren last’

‘ok akak..terima kasih banyak akak’’

Tata..

Dalam hati sangat mendoakan..moga hari ni akak permudahkan urusan ana..ana doakan Allah akan memudahkan urusan akak kemudian..n memberatkan timbangan amal kebaikan akak..mungkin akak tak perasan akak dah buat satu kebajikan – sangat- sebenarnya..moga Allah akan mengeluarkan akak dari kesusahan hari kiamat..dan kesusahan kat dunia ni..n baca hadis ni sangat ingat kat akak…

T u yg sgt terkesan..ada la beberap peristiwa lagi termasukla…pakcik tahankan tren sebab saya nak naik, kakak bersusah payah mintakkan harga shuttle ikut harga komuter sebab harga dia 2 kali ganda..n banyak lagi..tapi sebenarnya banyak sangat kakak-kakak n pakcik2 kaunter ktm samada kepong sentral or tanjung malim yg tolong ana..thanks a lot..mungkin ni tugas kalian..tapi moga Allah juga mempermudahkan urusan kalian atas usaha kalian mempermudahkan urusan org lain dengan sangat ikhlas…

So buatlah kebaikan walau sekecil mana pun..mungkin kita tak rasa mende pun dengan kebaikan tu..tapi moga-moga pahalanya mampu menghantar kita ke syurga..ana yakin akak n pakcik komuter tu pun tak rasa mende pun dengan apa yg dema buat..tapi memandangkan kesan kepada si penerima kebaikan tu amat besar…jadinya si penerima kebaikan tu sangat mendoakan dema..ana yakin bukan ana je..tapi ramai lg org..wa..banyaknya pahala dema kan? Kan?...alhamdulillah..ambik ibrah..buatkah kebaikan sebanyak2nya..moga amal yg kecil akan menjadi besar disisi Allah dengankeihlasan hati kita..or dengan ketakperasanan..yg kita ni buat baik..pahamke ayat2 ku ini?huhuhu

Dalam hadis lain

jika salah seorang diantara kalian berjalan bersama saudaranya sesama Muslim (saat itu Rasulullah mengisyaratkan 2 jarinya)untuk emenuhi kebutuhannya (baca: keperluannya), maka hal itu lebih baik baginya daripada I’tikaf di masjid ku ini’(HR Hakimi)

Lain

‘Allah tidak henti-hentinya memenuhi kebutuhan seseorang selama org itu memenuhi kebutuhan saudaranya’(HR Thabrani)

Jadi buat diriku ini..permudahkanlah urusan org lain..permudahkan urusan akhwat…dan sesapa sahaja la..tolonglah org len jangan nak berkira sangat k..moga menjadi pahala yang berterusan. .

Nak balik dari taman islam 2 org anak halaqah hanta – ni khas buat nfml n nsb – jangan buat macam tu lagi k..akak tak suka..seriously..so please..akak tak nak rasa terhutang dengan antunna..n akak tak nak rasa dibayar datang ke taman islam..mungkin kecil je nilai tu..tapi saya tak selesa n tak suka dengan apa yg antunna buat..sori la ek kalau sorg je yg rancang n dua2 kena…baru saya faham apa perasaan org yg mati2 taknak menerima upah bila bagi ceramah dsb…hmmm. Mungkin antunna tak baca blog ni..tapi harapnya Allah akan menyampaikan pesanan ni kepada antunna mengikut wasilahNya…

Buat nnmy..salam mujahadah k..moga terus kuat…akak doakan anti..

Tak tahu nak tulis apa dah..

Banyak lagi nak share..pasal isti’ab..

Nnt la…

-Moga terus berbuat hanya keranaNya-