Sunday, August 30, 2009

OD 2

Bismillah..
Terasa nak sambung sikit pasal OD..
Pelbagai ragam..
Dapat mesej terbaru..’tak nak hantar mutabaah untuk ramadhan sahaja’
Sedang menilai dan memikirkan..kenapakah ada permintaan sebegitu rupa..
Tu lah mad’u pelabagai ragam..
Ana rasa..ni saya rasa je la..mungkin nak menjaga kualiti amal ibadah dan menjauhkan diri dari ujub dan riak..ingin menggandakan amal ibadah tanpa memikirkan sesiapapun..samada halaqahmate mahupun murabbiyah..ingin berbuat hanya kerana Dia semata..mungkin..ni andaian saya..kan ramdhan shahrul ibadah.ingin menggandakan amal ibadah tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun..hanya dia dan Allah..

Sebelum ni ada yang cakap tak nak hantar mutabaah sebab mutabaah buatkan rasa berat datag ke halaqah…macam2 perangai..ok fine..saya terima..tapi dah tak hantar mutabaah.datangla halaqah ye.we need u..

Kalau ana Nampak setiap halaqahmate tu memainkan peranan..dengan gabungan pelbagai perangai dan pelbagai potensi dapat menjadikan halaqah tu sesuatu yang ceria dan menarik..kekadang murabbiyah pun macam ‘bebal’ sikit nak buat halaqah tu macamana utuk jadikan menarik..kalau nak main rasa sayang pula sebab seminggu sekali tu je la jumpa dema..nak bagai bahan masa tu..nak cerita masa ni..nak tengok mutabaah masa ni..semua masa ni..masa yang pendek ni..tapi.halaqah yang muntijah tu kan slah satunya dinamik..bukan pegun n kaku..so dalam hati ni macam mengharap jugala kat anak halaqah tu untuk sama2 jadikan halaqah menarik..kalau kat luar halaqah tu buatlah aktiviti sesame halaqahmate atau dengan anak halaqah..ntuk jadikan ukhuwah tu mantap n merasakan kebersamaan dalam dakwah n tarbiyyah..hurm…tetiba masuk bab halaqah pula..

Kalau ada mad’u ni..selalu sangat sakit..sangat sangat selalu..tapinya..mutabaah mantap ‘gilos’ (bak kata anak halaqah saya…uhu..tarik org lain plak)..kekadang lebih ok dari saya..hurm..mungkin membina kekuatan melawan sakit dengan membina kekuatan dengan Allah..alhamdulillah..

Paling best kalau Nampak mad’u berubah menjadi lebih baik..tapi awas para da’i..mad’u berubah bukan sebab kita..bukan sebab kita yang membimbing dema..bukan sebab kita yang banyak care pasal dema..tapi Allah yang beri semua tu..apa yg kita buat adalah satu usaha untuk tak menjadikn benda tu miracle n macam tak logik..usaha untuk kita berbuat..semuanya dari Allah..awaslah panahan syaitan yang amat halus itu..tapi moga mendapat ahala yang berterusan atas usaha kita tu..macam satu hadis tu..

Maksudnya : Dan jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki dengan sebab kamu , adalah lebih baik daripada unta merah.


Mad’u dihantar kepada kita oleh Allah..untuk kita bina dan bimbing menjadi insan soleh musleh..so para da’I sangat perlu untuk meletakkan mereka sesuai pada tempatnya..memahami fiqh dakwah..bukan main belasah je..kekadang boleh la belasah..tapi sebelum nak belasah tu kena pk la dulu bukan belasah semberono je..kekadang dengan main buat je kita akan belajar banyak benda..n dapat banyak ibrah..kan dai??sebabtula kena berbuat..bukan goyang kaki je..

Macam ada sorang mad’u ni..mula2 diajak ke halaqah sekali datang 2 kali lari 3 kali lari 4 kali pun lari..alhamdulillah sekarang makin istiqamah..moga terus istiqamah..bila dia cerita kenapa dia lari rupanya sebab dia tak paham akak ni banyak sangat cakap arab n istilah yang mmg dia tak paham la..so dia nak lari..tulah da’i..letakkan mad’u tu sesuai dengan tempatnya..kadang2 kita tak boleh kata biar dema cepat bergerak..bagi bahan yg tinggi sket..kalau dema gerak takpe..tapi kalau terus tergolek tersungkur n terus menjauhkan diri dari kita macamana?tu nak salahkan sapa..

Tu lah..bukan mudah menjadi da’i..setiap perkara perlu dinilai..setiap mad’u perlu diperhatikan dan diletakkan sesuai dengan tempatnya n masukan sesuai dengan dia dan dakwah ni..bukan sesuai dengan kepala otak kita je..

Kesimpulannya..teruslah berbuat…kalau blur..serahkan pada Allah 1st..jangan cari manusia terlebih dahulu..kalau kita serahkan pad Allah..insya Allah kita dapat jawapan yang terbaik..tanya la murabbi memasing utuk method terbaik..tapi experience is the best teacher..so..TERUSKAN BERBUAT KERANA ALLAH..JANGAN JADI KEDINDINGAN K…
wassalam

Friday, August 28, 2009

OD

bismillah walhamdulillah
segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam..
selawat buat junjungan besar..Muhammad b Abdullah kekasihNYa..

tergerak ingin mencoret sesuatu..
sekarang di rumah ku..banting..
balik sebentar bersama family..

ingin bercakap ttg OD
what is od?objek dakwah or kita panggil mad'u...
kalau sape2 yang rasa dia da'i dia tahulah apa tuh objek dakwah or mad'u ni..
pelbagai ragam..
pelbagai bentuk perangai kita boleh tengok..
yerla..tudung lain2 warna ( rambut tak tahula..tak tertengok pun)
hati mesti lain2..perangai n pemikiran lagi lah lain..

target..1 sem 10 mad'u atleast ditarik..untuk mencapai target 300 mad'u..
mustahi?insya Allah tak..
berjuta mad'u kat luar sana..nak tak nak je buat keja.

berbalik pada mad'u
ada perangai yang gelabah semacam dengan assignment yang melambak2..
masih tak memahami konsep 'tarbiyah didahulukan study diutamakan' wajar la...
ada perangai yg tak dapat datang program dengan alasan program kampus...ok..boleh diterima..
ada yg kata tak dapat datang halaqah sebab clash dengan discussion .ni kena bagi kefahaman balik..
tapi ada juga yang comel sanggaup berkorban datang tukar 2 bas tunggu bas lama balik lewat petang nak datang halaqah..alhamdulillah
pelbagai ragam mad'u..
nak datang rumah..kena wat appoinment dulu..sebab bz bebenor..
alhamdulillah..
diberi peluang untuk berdepan dengan pelagai ragam manusia..
n tugas seorang da'i untuk membentuk mereka mcam kita (awak) ataupun lebih baik lagi..
memberi kefahaman..datang halaqah bukan takat datang je..actually halaqah n tarbiyah jauh lebih besar dari sekadar datang halaqah sahaja..
tarbiyah adalah kehidupan..
halaqah adalah inti kehidupan.
bukan takat datang balik datang balik setiap minggu jumpa takda perubahan..
tapi da'i..sama2 lah kita beri kefahaman kepada manusia yg pelbagai ragam ini untuk terus faham ttg islam..
wajar je la kalau banyak alasan..kita kata alasan..tapi mungkin bagi mereka tu adalah tanggungjawab yang perlu dilangsaikan berdasarkan prioriti hidup mereka..
tegas tu perlu.tapi bukan jauh..
dan tarbiyah adalah untuk mendidik manusia menjadi da'i bukan sebagai beban bagi dakwah ni..
tapi andaikata mmg benar2 tak mampu..maka jadilah simpatisan yang baik..
apa yg saya merapu sebenarnya..
cuma..
bila melihat sorang2 mad'u..
sorang2 anak halaqah..
sorang2 anak taklim.
terasa berat tanggungjawab ini..
mmg la berat pun..
nak membentuk manusia kan..
risau2 andai tak mampu memberi..
andai tak mampu memdidik dengan baik..
serahkan pada Allah ya..
teruskan berusaha...

yg atas tu kampus punya..
bila tgk mad'u skol..
ntahla..
dema suke tulis blog...
terkadang tak mampu menilai apa maksud yg dema tulis dlam blog tuh..
serahkan pada Allah..
sebab tgk blog dema je..
mesti terppikir..
dimana letaknya tarbiyah dan halaqah dalam hidup dema..
apakah halaqah n tarbiyah memberi makna dalam hidup dema..
ataupun kami para murabbiyah skol ni syk sendiri ja..
uhu..
bukan semua la..
sebahagian..
tapi sekali lagi..
taknak menghasilkan kuliti buih
takpe.
teruskn berusaha.
Allah yang akan menentukan segalanya..
cek balik niat..
cek balik hati..
terskan berbuat kerana Allah..
malas nak tulis dah..
saya sayang semua mad'u..
kerana Allah insya Allah..
wassalam

Thursday, August 6, 2009

husnulzon

bismillah..
alhamdulillah..segala puji bagi Allah..
selawat dan salam buat murabbi agung..

satu perkataan yang membuatkan ana agak terketuk dan diketuk2 minggu ni..
hurm.
tapi tak sempat nak elaborate..
moga terus menjadi pencerahan buat diri..

Monday, August 3, 2009

beberapa persoalan..

bismillah hi walhamdulillah
syukurlillah..
kerana diberi peluang oleh Allah untuk terus berada di sini
segala puji dan puja buat rabb yang meletakkna iman di hati ini..yang memancarkan nur kepada hambaNya yang terpilih dengan pelbagai wasilah..selawat dan salam buat junjungan besar saw..kasih sayang tak terhingga buatnya..
ingin berkongsi satu ayat dari dalam satu buku ' Qadhaya Assasiyah' mustafa masyhur -yang memeprkatakan tentang hal2 basic dalam dakwah dan tarbiyyah..buku tu berat..tak boleh kot bagi baca kat anak halaqah..sebab macam tak sesuai sangat..salah satu ayatnya
'dakwah adalah nur..walaupun para kuffar berusaha sehebat mungkin dengan pelbagai kelengkapan untuk menghapuskan gerakan Islam, dakwah akan tembus ke dalam hati2 manusia dengan pelbagai wasilah dengan izin dari Nya..dan yakinlah kemenangan Islam yang pasti' ayat dia sedap lagila..ni ayat sendiri..

alhamdulillah..
lately beberapa persoalan..
'akak ni jemaah apa?'..mahu tergelak dengar itu punya persoalan
secara jujur dari dalam hati ana tak suka membangkitkan persoalan jemaah..
sebab ana rasa dema masih kecik lagi dan masih tak nampak gerakan2 dakwah di malaysia..mungkin tsaqafah luas tapi masih belum faham situasi sebenar..wajar ke ha pk macam tu..Mohon padaNya agar ditunjukkan jalan yang terbaik..kalau ana takla pk sangat pasal benda ni..pasal jemaah ni..cumanya bila dia timbul..kita perlu buat yang terbaik..untuk mengelakkan fitnah..tapi dapat satu ayat yang agak terketuk gak la..'kalau orang dah pandai jalan jangan kita paksa dema merangkak pulak'..keep thingking about that point..huhu
berbalik kepada persoalan..kalau ada yang tanya macam ni apa jawapan yang akan dema terima..
'ni bukan mana2 jemaah pun..cuma kita bergerak untuk Islam kerana Allah'
'mesti ada jemaah mana2...takkan mampu bergerak tanpa ada jemaah'
'jemaah islam la..under Allah ta'ala'
mungkin di sini ana nak clearkan diri ana..sapo laie yg baca post ni selain ekau..huh
syarikat motivasi ni bukan satu jemaah k..
syarikat motivasi syarikat motivasi la..tapi mungkin sebab bergerak n bekerjasama dalam satu amal jama'i boleh la kita panggil jemaah..
ana secara peribadi..tidak meletakkan ini yang terbaik sekali..
tapi yang terbaik buat diri ana..insya Allah..
tafaddhal masykuro andai tidak mahu memilih yang ini..
pilihla apa sahaja..nilai lah yang terbaik..
sebab sekarang ni yang penting adalah setiap orang mampu bergerak untuk Islam tu sendiri dan dengan slogan Allah hu Ghayatuna..Allah adalah tujuan kami..kerana rosaknya umat Ilam hari ini..
UMAT ISLAM HARI INI SANGAT ROSAK!! itu yang perlu difikirkan..
kita semua perlu mencari jalan untuk MENYELESAIKAN PERMASALAH UMAT..
bukan hanya MEMPERTIKAIKAN JEMAAH tanpa ingin berbuat..
bukannya mempertikaikan ni jemaah apa..ni jemaah apa..mencari2 kesalahan sesuatu jemaah dan kemudian melabelkan sebagai sesat, tak wajar diikuti kerana tidak mempunyai susur galur yang jelas dsb..owh itu tidak wajar..andai merasakan ini tidak sesuai dengan jiwa..persilakan untuk tidak bersama kami dan tolong beri komitmen kepada yang lain..hingga semua mampu bekerja untuk Islam..please...sama2 kita fastabiqul khairat..
kenapa ana memilih yang ini..
1. Rabbaniyah - berbuat hanya kerana Allah..bukan kerana nama..bukan kerana manusia..bukan kerana harta jemaah- jemaah kaya ke, kalau datang program dapat duit ke..tak..kerana Allah semata..dalam setiap gerak kerja dan setiap langkah akan dipastikan kelurusan niat..akan dipastikan semuanya hanya kerana Allah..hanya KERANA DIA....
2. gerak kerja sangat praktikal - setiap yang dirancang akan dipastikan dilaksanakan dengan yang terbaik walaupun mungkin hasilnya tak kelihatan. kerana usaha lebih penting..setiap perancangan akan adanya tindakan, setiap tindakan akan adanya evaluasi dan setiap evaluasi akan adanya perbaikan..insyaAllah..
3.futuristik - kita sama2 mampu menilai
4. pengorbanan - pengorbanan ikhwah wa akhwat yang luar biasa..tidak mengharapkan ganjaran material..sampai satu tahap tu kalau kita buat program n tetiba dapat duit, bagi ana tu sesuatu yang sangat amat sangat pelik. dakwah ni sangat mengajar erti pengorbanan masa harta dan jiwa..kata2 yang ana amat terkesan dari seorang ustaz di awal ana ditarbiyah - andai bersama2 jalalan ini kita yang perlu berkorban..dakwah tak dapat memberi bayaran buat antunna..
antunna yang perlu mengorbankan harta, berhabis tenaga untuk dakwah ini..tapi yakinlah semua ganjaran hanya dari Allah..ayat ni 4 tahun lepas ana dengar..alhamdulillah. kalau tengok pengorbanan ikhwah wa akhwat..merempit yang akhwatnya untuk setelkan tugas2 dakwah..berkorban tenaga naik motor jauh tu..untuk pastikan perancangan dakwah ni berjalan dengan baik..kalau tengok pengorbanan ikhwah lagi luar biasa..dan banyakla sangat kalau nak dicoretkan disini..mungkin boleh kit perkatakan dalam halaqah untuk kita sma2 terus berbuat..mengambil semangat dari pengorbanan orang lain..
5.ikhtilat - alhamdulillah..masalah ikhtilat adalah satu yang amat sangat di ambil perhatian..kita takkan kenal sapa ikhwah tu n ikhwah tak kenal sapa akhwat..takkan bekerjasama melainkan untuk sesuatu yang memerlukan keseiringan kedua belah pihak..tapi itu pun akan dijaga dlam keadaan yang terbaik..insya Allah..
6.tarbiyyah - halaqah adalah sesutau yang amat sangat amat ditekan dan..halaqahlah inti tarbiyyah dan inti halaqah adalah musykillah..biasanya kalau orang tak da musykillah..macam tak buat kerja la (pendapat peribadi)..halaqah la tempa membina iman..sebab tu halaqah adalah satu kemestia..semua orang akan ada halaqah dan akan ada murabbi masing2..halaqah la tempat membina iman..kat ceruk mana pun ikhwah or akhwat tercampak..akan dipastikan halaqah nya on..hati ini cepat menjadi gersanga..salam halaqahlah akan membina iman dan mendekatkan diri kepada Allah..best..alhamdulillah..segala puji buat Rabb sekalian alam..
sebenarnya terlalu banyak lagi..tak tertulis..orang yang akan faham adalah orang yang bergerak dan terus berbuat..sebab yang paling penting adalah praktikal tu sendiri..bukan setakan omongan kosong..disini ana taknak bandingkan dengan mana2 sebab setiap gerakan dakwah tu ada method tersendiri..nak nilai nilai la sendiri n pilih yang terbaik

persoalan lain..
'boleh ke nak join sini n lagi satu'
hurm..
'tak'..bagi ana ada sebab yang amat sangat kukuh..
kami memerlukan komitmen untuk dakwah ni..
sedangkan untuk bersama2 dakwah ini tercungap2 nak cari masa..
macamana kalau kita memberi komitmen untuk 2 or 3 yang lain..
takut2 yang dikejar tak dapat n yang dikendong keciciran..tu saja..
komitmen n pengorbanan diperlukan untuk sama2 bergerak dengan baik
pilihla satu saja n sama2 bergerak dan memberi komitmen yang terbaik..
kalau nk pilih 2 3 boleh ja..
tapi bukan dengan kami..
sebab komitmen untuk menyelesaikan permasalah umat dan meralisasikan semua perancangan amat memerlukan masa dan tenaga serta idea yang tinggi..
p/s kalau ana salah boleh tegur..saya insan yang sedang belajar sangat2

tapi yakinlah kita semua..
Allah takkan membebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita pikul (2:286)..
setiap loading dakwah, setiap pengarahan dan setiap apa yang berlaku dalam dakwah kiat mampu untuk pikul dan sama2 kita cuba buat yang terbaik..allah telah memilih kita untuk memikul risalah ini dan janganlah kita menjadi duri dalam daging..teruslah bergerak dan berbuat demi Islam itu sendiri hanya kerana Nya bukan kerana jemaah mahupun kepentingan peribadi.

moga terus berbuat hanya kerana Nya..