Thursday, October 28, 2010

how?

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..
Alhamdulilah thumma Alhamdulillah..
Masih di beri peluang oleh Allah swt untuk bernafas di muka bumi..

Membaca buku ‘memperbaharui Komitmen Dakwah’ karya ustaz Muhamad Abduh
Suddenly pikiran menerawang mengingati mereka-mereka..
Mereka-mereka yang dikirimkan oleh Allah untuk saya bantu dalam mencari cinta hakiki dan abadi.. cinta Ilahi..
Especillay selepas mendapat satu warkah..
Yang agak meresahkan hati..tapi saya serahkan pada Allah hati saya ni agar ia tenang..
Kerana segalanya dari Dia..pasti ada hikmah. .pasti ada sesuatu yang ingin diberitakan dariNya.. atau diajarkan sesuatu tentang dakwah ini..
Tentang warkah tu..
Memang tak dapat jawab banyak..
Dan tak dapat confirm banyak benda terutama soalan paling..paling..menusuk jantung.
‘macamana dakwah kat taman Islam nanti kak?’ – she used word taman islam okeyh!!
And actually I’m waiting for a promise
‘liqo’ dalam masa terdekat’ – penasihat
Sori..i know..everybody pun sibuk dengan terlalu banyak benda lain..super sibuk..
………
Do not know what to say.
May be the best way is just waiting n praying..
May Allah give us the best way, the best solution n the chillest heart for me and for u and u maybe…
N actually I pray for something..
Want somebody..
That can shared the problem n story together..
I know right now Allah already give me what I want
He Himself..
For me to tell what ever I want and I pray for what I need..
And for anything….without any doubt..without hiding anything..
And only He knows all my secret
Syukur Allah..
Thumma Alhamdulillah..

****
Cakap dengan mama.
Nak join program tu
‘joinla..boleh’
But do not know the ‘saluran’
Mohon pada Allah..
Doa banyak-banyak..
huhuh

moment i'll miss it


Monday, October 25, 2010

KL

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

teringin nak mencoret kat sini lepas terbaca sesuatu
'nama 
medan KL
pekerjaan'
masa baca tu terbetik dalam hati dengan spontan 'wah......bestnye.. medan KL. nak juga..'
huhuhuhu..
tapikan..bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah bagi kan..
semuanya bersama kemampuan kamu.
Allah memberi yang terbaik buat hambaNya
kadang2 kita rasa kita kenal diri kita,
tapi Allah Maha Pencipta pastinya mengenali dengan sebenarnya diri kita
dan kadang-kadang kita nak sesuatu yang kita suka tu kan
tapi Allah tak bagi
mungkin Allah tak bagi LAGI
atau mungkin Allah BELUM bagi --> sama saja bukan?hoho
atau mungkin Allah TAKKAN bagi benda tu tapi akan digantikan dengan sesuatu yang lebih cantik lagi
walau kekadang kita tak rasa pun benda yang kita dapat tu cantik untuk kita.
tapikan Allah yang bagi..kena optimisla sayang....pasti itu yang terbaik...
****
kekadang rasa diri ni kritikal...seperti yang kutulis di shoutbox sebelah
mendapat satu berita ~ isma caw KL nak buka..
wa... ni satu hal lagi..nak juga..hoho
sabo2..
ada rezeki ada la cik kak oi
cakap dengan cik sol..haih..kamu mmg tak senonoh...
tapi doakan kami..ye ye..
rahsia itu kamu je tahu..hohoho (tapi macam ramai je yg tahu)
semua dari Allah..tenang lah wahai diri. ^_^

akhir2 ni rasa bengang sikit dengan someone. --> tak baik langsung..tapi ntahla..
but..baru sebentar tadi Allah tunjuk kepada saya..
owh..itu memang keperibadiannya
membaca rumusan buku aunty Florence..Personality Plus
cool la..tenang..
terima..
itulah salah satu spesis manusia yang wujud di muka bumi ni dan anda perlu menerima kewujudannya okeh..
hilangkan rasa bengang.. timbulkan rasa..ok..fine.

p/s : banyakkan doa. mintak Allah tolong dengan sabar dan solat ^^

Friday, October 22, 2010

mutabaah amal

Tilawah – 7
Tahajud – 7
Duha – 7
Mathurat – 7
Istighfar – 7
Saum – 2
****
Tilawah – 7 juzuk bersama tadabur makna Al-Quran dan menghafal beberapa dalil
Tahajud – 7 hari bangun pukul 5 pagi / 4.30 mengadu dan memohon pada Allah.
Duha – 7 hari solat pukul 9.00 pagi 4 rakaat.
Mathurat – 7 hari pagi dan petang mathurat Kubra bersama menghayati maksud ayat & zikir
Istighfar –700 kali seminggu pada  setiap kali selepas solat, dalam perjalanan, duduk sejenak memohon ampunan pada Allah diiringi deraian air mata
Saum – 2 hari setiap isnin khamis dengan niat memperbaiki diri dan mengekang hawa nafsu serta untuk mendekatkan diri kepada Allah
****
Tilawah – 7 juzuk sebab nak ditanya nanti , sehari dua sebelum halaqah pulun habis. Make sure dapat full.
Tahajud – 7 hari sempat tahajud 2 rakaat, solat witir satu rakaat dah azan subuh.
Duha – duha 2 rakaan pukul 12 tghari
Mathurat – 7 hari kadang2 miss pagi, kekadang petang. Biasanya mathurat sughra
Istighfar – 700x semingu cukupkan syarat 100x sebelum tidur.
Saum – niat puasa tapi tengahari buka. Tak tahan.
****
Hari ini, dimana kedukan mutabaah amal kita?
Ikhlas atau terpaksa?
Kerana dia atau kerana Dia?
Mementingkan kuantiti atau kualiti?
Ataupun telah hilang melebur dan mencair
Ibarat air yang dibuang di tepi longkang?
Nilai mutabaah
Terlalu besar pengajaran yang diperolehi
Terlalu banyak mengajar diri
Nilai yang sangat utama yang perlu diwariskan kepada generasi seterusnya.
Walaupun tiada yang bertanya..
Alhamdulillah.. sangat mendidik diri untuk ikhlas berbuat hanya kerana Dia
Walaupun tidak dipantau..alhamdulillah persembahan buat Allah.
Jika ditanya..alhamdulillah mendidik diri dalam meluruskan niat
Jika dipantau..alhamdulillah mendidik hati membersihkan jiwa. 


p/s : bekalan dalam perjalanan menuju Tuhan



Thursday, October 21, 2010

satu perjuangan

bismillah
segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat
selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw

terbaca satu blog.
seorang sahabat seperjuangan kemalangan.
patah kedua-dua belah tangan.
innalillahiwainnailaihiroji'un..
hurm.setiap kali ada sahabat yang kemalangan either ikhwah or akhwat
mesti rasa sangat tersentak.
lebih-lebih lagi kalau pernah bekerjasama, berbincang, meeting, atend satu program ke dengan orang tu. apatah lagi orang yang cukup rapat dan satu medan perjuangan.
terasa macam dia kemalangan tu antara penyebabnya adalah dosa-dosa yang saya buat.
lagi teruk kemalangan tu. lagi saya rasa sayu dan bersalah. sangat.
T_T...
satu saff perjuangan.
satu ikatan akidah.
satu.
tidak terlerai. bersambung.
tidak terputus. menyatu.
andai orang di hujung melakukan kebaikan. maka barokahnya juga beredar ke hujung yang lagi satu
andai orang di hujung melakukan dosa dan kemungkaran maka kesannya juga beredar ke hujung satu lagi itu.
ya Allah. ampuni dosaku.
moga ikhwah itu tabah menghadapi ujian ini.
moga ujian ini menjadi kafarah dosa buatnya
moga ujian ini juga membuatkan hati-hati yang suram, kembali bercahaya dengan hidayah dari Tuhan.
dan semoga keberlangsungan pahala kerana asbab hidayah ini menjadi milik kamu. amin.

****

taman Islam.
teringat kata-kata mama n roomate dulu.
'jangan buat kerja sorang-sorang. bagi-bagikan kerja tu dengan ahli team yang lain. macam mana kamu tak banyak kerja macam tu n bagi pengalaman pada orang lain juga'
yeah. sangat ingat sebab menjadi konflik kan. haha. sangat belajar la dengan benda tu.^^
cuma hari ini.
suasana berbeza.
kalau saya boleh handle semua sekali saya akan buat.
saya takkan menyusahkan orang lain.
tapi saya tak mampu. T_T
i need another person to help me.
do not know how.
sometimes.
Ya Allah. ni dah tak tahu nak buat macamana. i've try my best to do the best for dakwah in taman Islam. n what will happen, aku serahkan pada Mu.
segalanya berjalan. Allah membantu dengan amat sangat.
kadang2 sangat buntu memikirkan dan tidak tahu nak cari sapa nak berbincang macamana dengan medan ni.
everybody sibuk n taman islam bukan main medan. banyak lagi perkara aula' yang mereka perlu fikirkan.dengan study yang menekan.
sejak taman islam app dulu, banyak mengajar saya untuk berdikari dengan taman islam, sentiasa meluruskan niat dan cuba taknak menyusahkan akhwat lain. (termasuk anti amanina..)
tapi ada yang kata pada saya ' bukan menyusahkan akhwat, bagi pahala pada akhwat'
n me..
selagi ada jalan. selagi ada waktu. selagi ada daya. dan selagi dibenarkan (haha)
ana akan turun untuk  meneruskan dakwah di taman Islam. dan mencari pengganti saya (hanya Allah saja yang tahu siapa insan itu- bayang2 pun tak nampak, batang hidung jauh sekali)
cuma..
dulu skol ni app n saya tahu reason kenapa tak dinaikkan jadi under pantauan..
tak kisah pun tak dipantau. seriously. tak kisah
cuma. sejak tu saya agak inferior. n trauma (kelakar nye word ni..hoho)
kalau ada akhwat tanya..
'mcmna taman islam?', 'masih turun taman Islam?', 'minggu ni turun taman Islam?'  - ana dlm hati mesti cakap - alamak kenapa akhwat ni tanya. n seboleh2 nya taknak cakap pasal taman Islam ni dengan akhwat. mesti ada rasa segan n rasa tak sepatutnya cakap bertamu. tapi wajar ke rasa tu?hmmmmm....
kalau masa di upsi, kalau cakap pasal taman islam saja mesti rasa down. lagi2 kalau cakap dengan roomate n mama. - tu namanya trauma kah? - haha. tapi kekadang saya cakap juga sebab DAH TAK TAHU SANGAT DAH.lagi2 saya yang cukup berkeras nak turun juga taman Islam dari tg malim, banting, teluk Intan..hohohoho- tu dulu. sekarang sam'an wa tho'ah tu lebih sket. huhu. insya Allah
n yang paling ok sikit sebenarnya cakap dengan team taman islam. ok sikit la. sebab memahami medan tu.

dah lama dah kisah app tu. sejak awal dakwah taman Islam.
ntah..huhu
mungkin sebab tu saya banyak berkongsi kisah taman Islam di sini. di blog ni.
harapnya tiada yang membaca. akhir ni ramai tetamu2 yg pelik berada di sini.
takpe..saya tulis panjang2 n cover dengan cerita lain. gerenti takda sapa baca..hoho
ni memang post tahap tak sepatutnya dibaca orang. moga tiada yang membacanya. amin.

tapi kan dib, orang lain pun pening kepala dengan pengurusan dakwah juga.
lagi teruk dari kamu ok..
huhuhu..ok..saya boleh! saya kan akhwat yang tangguh..huhu^^
teruskan bergerak dan teruskan berusaha!
caiyok..
takpe..manusia takda. Allah pasti sentiasa ada bersama.
jangan letakkan pengharapan dan kebergantunganmu pada manusia.
tapi semuanya disandarkan pada Dia. baik!

Sunday, October 17, 2010

titian kejayaan

selamat berjaya buat kalian

bismillah.
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

post ini ditujukan khas terutama buat farahana ( yang sayang kat saya..hihi - moga tenang) juga akhwat smka kl - halaqah saya - saff, teha, nailah, wardah, insyirah, suhaila, wanimer, asila, fariha, aliya najaa n yati
selamat berjaya dalam SPM.. walaupun dah lama tidak beremu. tapi kalian tetap bertamu di hati saya. dalam solat-saya dan dalam doa-doa saya..saya panjangkan buat kalian. moga Allah sentiasa merahmati.
nak buat liqo' b4 kome habis sekolah. harapnya dimakbulkan dan dipermudahkan..



p/s : lagu pertama...till d next song

Wednesday, October 13, 2010

KPM 2

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

apa benda KPM?
bukanlah majikan saya..kementerian pelajaran malaysia..
tapi daurah untuk murabbiyah matrik.
ada 2 dibelakangnya bermaksud ini adalah kali kedua diadakan tahu ini tapi yg pertama buat saya
terkejut juga sebab cuma kami yg atend dan dah lama sangat tak nampak logo nan satu itu..
logo PBTC..

program ni.
program last...
program terakhir buat kami..
tiada lagi buat selamanya..
semua telah berevolusi and transform menjadi yang baru...

ada yang tanya komen saya..
komen? hurm..syahdu la wehhh..
especialy masa resolusi tu..
saya masih baru dengan team  matrik...
n first time atend daurah murabbiyah matrik...
tengok2 ni yang terakhir..
cakap kat sorang akhwat ni..
'kalau program ni program sekolah mesti saya nangis. program matrik ni pun rasa sayu semacam je - sebab ni kan dakwah kita-. tapi sekolah telah bubar tanpa khabar. tup tup dah tak ada..hoho..' 
akhwat tu pun senyum je..^^

program yg sangat best
bermula dengan taujih oleh ustaz Amzar.. nice nice..lama sangat tak dengar taujih mcm tu..
kemudian pembentangan..
LDK
muhasabah di malamnya.
diakhiri dengan evaluasi dan resolusi.

terlalu lama tak atend program macam ni..macam dulu2..
subahanallah..best sangat..
ukhuwah..iman..
masa muhasabah paling best!
ntahla..rasa taknak berakhir sesi tu..
yang dah sebati dalam hidup.
dan memberi impak yang cukup besar.

tapi benarlah kata..tak ingat ustaz Amzar ke ustaz Kina..
'lepas ni kita akan menjadi jauh lebih baik daripada sekarang. dengan bergabung dengan yang lebih baik dan membawa bersama nilai2 kita. cuma perlu tunggu dan bersabar. '

nak quote sedikit kata ustaz Amzar
'kita kena menjadi dewasa untuk menghadapi situasi sekarang. dan dalam fasa ini kita perlu menjadi sangat independent untuk mewarnai dakwah matrik ni'

ustaz Kina
'mungkin ini semua ujian untuk kita untuk melihat kita ikhlas atau tidak dalam melakukan kerja dakwah ini'
'teruskan berdakwah dan buktikan.kita taknak semua yang dah sebati dalam hidup kita melebur ibarat air yang dibuang di tepi longkang'

saya dapat banyak benda sangat dari program ni. dan saya doakan buat kalian untuk bengkel bulan 11 ni. kuat ya! moga Allah memberikan ilham yang baik dan membantu dalam setiap langkah untuk kemaslahatan kita bersama..kalian sangat nak pecah kepala memikirkan. terima kasih. moga Allah membalas segala jasa kerana memandu dakwah ini dengan baik sekali..walaupun kelihatannya banyak sisi kelemahan tapi pastinya kalian telah melakukan yang terbaik dan mengharap yang tebaik juga dari Allah bukan?semuanya untuk umat Muhammad yang bersama2 kalian ini..

p/s : bersabar menanti 'y' - mutabaah

Tuesday, October 12, 2010

cinta kepadaNya

rumah-tangga-dai

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw..

tengah buat kerja sambil mendengar lagu.
aku ingin mencintaiMu by edcoustic..
ntah kat lirik yg mana teringat pada murabbiyah baru ku..
dan teringin nak mencoret di sini
teringat satu kata-katanya masa habis halaqah pukul 11.45 malam.

'kitorang tak kisah habis lewat..zauj akak yang kisah. huhu'
'zauj akak takkan balik waktu ni..nanti dalam pukul 1 lebih baru dia balik. dah biasa dia balik lewat. kadang2 kita pn rasa sunyi. bukanla tapi kadang-kadang kita nak berbincang sesuatu dengan suami. selalunya call dia kat pejabat untuk bincang hal anak-anak.masatu yang free sikit. tapi walau sibuk macamanapun akan spend masa untuk anak-anak. cuma takda la macam org lain selalu boleh keluar jalan-jalan,selalu balik kampung. tak dapat selalu. kadang2 je dapat'
(ini bukan satu keluhan atau ketidakredhaan- jgn salah faham dengan ayat yg saya buat n intonansi yg kamu buat ek)


touching....
paling touching call kat pejabat tak sempat nak bincang di rumah.
zaujnya antara pemimpin tertinggi cawangan bagi jemaah kami..
sibuk!
kerjayanya juga menuntut masa.
jemaah juga menuntut masa
keluarga, isteri dan anak-anak juga menuntut masa
begitulah kehidupan seorang dai.
terlalu banyak yang menuntut masanya.
inilah realiti kehidupan yang saya lihat dihadapan mata
belum melalui
tapi perlu bersedia.
seorang isteri/zaujah perlu sangat kuat.
apabila ditinggalkan suami untuk berjihad.
malah tidak boleh menyebakan suaminya tidak keluar berdakwah.
mungkin impian sebuah pernikahan adanya insan yang boleh berkongsi susah senang, berkongsi segala rasa yang kita rasa ( perempuan penuh dengan perasaan bukan..) berkongsi saat sakitnya dan gembiranya.
namun bagi isteri seorang dai. tidak boleh menuntut masa suaminya terlalu lama.
mungkin impian itu tidak dapat banyak dapat dipenuhi.
suami itu terlalu banyak urusan umat perlu diuruskan!
bukan hanya mengurusi isteri di rumah.
isteri perlu mandiri dan berdikari dan melepaskan suami itu pergi..
menelan perasaan sendiri.
cakap senang. tapi mungkin sukar aku juga belum pernah melaluinya.
dan bagi seorang isteri
dan core business isteri adalah mendidik anak-anak. isteri adalah madrasah pertama bagi anak-anak. menelan dan melayan kerenah anak-anak.
mentarbiyah mereka menjadi pejuang Islam persis Rasulullah, para sahabat juga abi mereka. malah perlu menjadi jauh lebih baik dari abi itu.
juga menjadi pendorong dan penguat buat suaminya andai dia futur, rasa lemah dan merasa lelah, juga ketika kekeringan idea.
jadi isteri perlu jauh lebih kuat dan lebih hebat dari semua yang berada di sekelilingnya. - keluarga, suami dan anak-anaknya.
keluarga dai itu..makan anginnya di dalam program, liqo'2 dan perkumpulan bersama sahabat lain..
juga semasa jaulah untuk ke program..
subahanallah.
hebat bukan.
iya...
jagalah imanmu untuk itu semua..insya Allah


p/s : mutabaah amal - insya Allah lebih ikhlas

Tuesday, October 5, 2010

apakah cita-cita anda

"apakah cita cita anda?

cita-cita saya ingin membuat dunia ini gembira dan bahagia
pastinya dengan sistem islam dan dengan tugas-tugas fardhu ain ini"

"ada yang bertanya : apabila dah kerja dengan petronas ni kerja banyak, kerja dakwah pun kurang. petronas banyak menekan pekerjanya supaya bekerja dengan baik sebab petronas ada target untuk kembangkan sampai saudi dan iran. petronas pun ada grade 1-3 yang kita kena capai untuk dapat yang terbaik.

saya menjawab :
dakwah juga ada target
target dakwah adalah seluruh alam.

dakwah juga ada grading
ada 4 grade
4. hanya ikut usrah sahaja. balik jadi org biasa balik.
3. yang ikut usrah juga melaksanakan task dakwah seperti dalam lujnah dsb
2. inovatif. membuat perkara baru sendiri yang memberi banyak kemaslahatan kepada dakwah
1. yang dibelakangnya ada 1000 orang.

jadi. kita dimana dan ingin memilih yang mana?"


ustaz abdul halim abdullah
daurah pemantapan fikrah
2 Oktober 2010
bangi selangor

Sunday, October 3, 2010

kembara seterusnya

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah yang telah memberi segala nikmat
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

menerima tetamu...
ermmmmm........tidak disangka..
bukanlah terlalu mengenang kisah lalu.
sekadar memutar setahun yang berlalu akhirnya hari ini diri ini berdiri dimana..
belajar dari kesilapan dan mencari jalan perbaikan. insya Allah..
langkah terus melaju tanpa henti.
mohon segalanya bersama redha Dia.
terima kasih atas ingatan.
'kerja dakwah yang bertimbun'
sangat perlukan kerja keras

alhamdulillah kembara yang berterusan.
minggu ini.peristiwa sama kembali berulang. clash banyak benda. ujian buat diri. memohon padaNya.
bermula jumaat. banting-putrajaya-bandar tasik selatan-ukm-seksyen 7. gatai.
haha..bukan. try jalan baru. rupanya lebih menguji dan jauh.
tunggu tren lama sangat. rasa tension. sedih.sebab tak solat lagi. dah lambat untuk temujanji. cari tiang. peluk. cakap dengan Allah sangat-sangat. n nangis. tengah mengadu sangat tu..tren datang. subahanallah..subahanallah. Allahuakbar. tapi semua kan datang dari Allah. kena pk la kenapa Allah mengirimkan itu semua.

sedikit tentang liqo' malam tu. sepatutnya habis pukul 11 paling lewat. tapi menjelang 11.45 baru majlis ditangguhkan. then tuan rumah cakap. 'dah tak payah basuh cawan. akhawat semua balik'..haha kena halau dengan tuan rumah..
hoho..sebab mama kata nanti dia kena saund dengan zauj dia kenapa biarkan akhwat balik malam-malam. teringat satu liqo tu. ada sang penasihat bagi taujih. 'akhawat indonesia paling lambat pukul 6 dah sampai rumah' hurm..masatu tak dapat telan. aiyoo..tak dapat terima sket. yerla..bagi taujih macamtu pukul 1 pagi..sampai sekarang tak boleh telan. cuma semakin realize..akhwat memang kena balik awal. aah tak boleh dah meredah kegelapan malam dan kedinginan embun dinihari.hurm...baik! cuba sikit2.

keesokannya menghadiri daurah pemantapan fikrah.sangat best! pertama kali menghadiri daurah seumpama selepas pindah ke DHL. then testimoni saya 'ok. kita akan buka cawangan di banting ^^'ustaz abdul halim abdullah punya talk is d best. slide semua bahasa arab. ayat sangat touching. menghuraikan tafsir 22:77-78 sampai menitis air mata. merasai amat mengapa para sahabat sangat mampu berislam dengan baik. kerana memahami ayat-Al-Quran dengan sebenarnya. subahanallah. best! nice! nikmat dari Allah.

seterusnya liqo' bersama murabbiyah taman Islam. apa cerita tentang taman Islam. ntah ler. tak tahu nak ckp apa. cuba skarang fasa kelam kabut lagi. but perkembangan di taman islam adalah sangat memberangsangkan insya Allah. and i will do my best b4 menapak meninggalkan taman Islam.^^

then liqo' team aktiviti. satu je. perlu sangat menekankan gadhul basyar!sangat! ya Rabbi.. bantu kami..merindui tabir itu..hurm.. saat ni tahap tak betul sket..weng..cuma ntahla..taknak kenangan dan pengajaran buat diri tu berlalu begitu saja. tu yg write down even sikit.. setiap org punyai peribadi berbeza dan cara untuk introspeksi diri yg berbeza bukan. mungkin kamu lain. tapi ini salah satu caraku.

sekian