Monday, August 6, 2018

the journey ~ before part 1 ~ laparoscopy

bismillah

dengan segala result yang ada, akhirnya dr decide kena buat operation laparoscopy

so masuk wad, dan alhamdulillah dapat wad kelas 1, 2 org sebilik. wad tu cantik. takdelah duduk wad hkl yang ramai2 tu.

masuk wad, petang tu kena start puasa dan minum air julap. memang berulang ke bilik air la kerjanya, air tu nak menghabiskan 3 jag memang seksa, tapi hadap je la. nak buat mcmna.

to be cont

~ The Journey~ part 1

bismillahirrahmanirrahim

sedang melalui sebuah journey

1/7/2018 cd1
2/7/2018 cd 2 appointment di HKL
1st appointment kena bawa ice box, aggreement dan duit. hehe
so TVS kiri 4 kanan 4 lebih kurang 3 mm, (hope baby membesar dengan banyaknya ye lepas mummy dapat injection gonal -f ni. )

lepas bayar RM850 then, ambil ubat injection gonal- f. pen 3 ketul je rupanya, kemain besar kami beli ice box. pen ni free je kat hkl. ubat tak perlu bayar. kalau tak pen ni berharga rm500 lebih.
pen gonal - f 3 ketul

doktor ajar macamana nak cucuk. mula2 seriau. lepas doktor tu cucukkan kat perut, laa. tak rasa sakit ponn. alhamdulillah. mungkin sebab kena cucuk bahagian lemak, so tak rasa sakit dan tak de darah / tak banyak.
2nd day cucuk sendiri, sakit sikit. tempat kurang lemak rasanya
dan harini dah hari ke-5 injection / cd6.

khamis ni/cd9  kena buat tvs lagi, harapnya dapat telur banyak dan besar.
sekarang ni fasa excited lagi dengan journey, moga excited sampai ke hujung,

actually kalau baca blog2 agak stress juga la baca tentang journey ni.
tapi bila sendiri lalui fasa 1 , nampak mudah. moga dimudahkan sampai akhirnya.



Wednesday, March 21, 2018

Jaulah Tioman 2018

Bismillah
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala kekuatan

Alhamdulillah, baru pulang bercuti dari Tioman.
Dah lama nak pergi tapi akhirnya dengan short planning tercapai juga.

Sebenarnya macam2 kesedihan dan stress yang datang.
Ajak encik suami pergi bercuti, pilih beberapa tempat dan bentangkan bajet, dan dia setuju je untuk ke Tioman.
Tiba2 encik suami kata dah ambik cuti hari isnin dan selasa. dan apa lagi, isteri ajak pergi.
Selasa baru decide nak pergi, cari bilik kat booking.com, khamis tempah feri dan jumaat malam bertolak dari rumah

Ada beberapa ibrah dan pengalaman yang nak dikongsi .
Pertamanya, perjalanan ke tioman memang memakan kos yang tinggi. Kalau tak betul cara, lagi laa tinggi kos.
kedua , Disini kami belajar. Jangan tempah bilik kat tioman dari booking.com.
Harga akan lebih mahal.
Google je no phone chalet di tioman dan booking tru phone.
ketiga , feri tempah awal2
keempat, ambik je pakej. lebih mudah.
suami mula2 nak ambil pakej, tapi sebab dah last minit, saya cakap, kita redah je la macamana. rupanya ambil pakej lebih mudah, dan murah

Kita sambung cerita
Bila google2, cerita terlalu mencapah, jadi kami (ke saya? hihi) decide , ambil pengalaman sendiri.

Tioman ni pulau sebuah, tapi banyak kampung yang tak dapat dihubungkan oleh jalan darat. Jadi,perlu decide satu tempat untuk pergi.
Sebab kami  tengok kat booking (baca: saya yang tengok kat booking. ngaa) , yang paling murah di ayer batang @ ABC orang sini panggil. Jadi decide untuk duduk di situ.

Kami tempah feri melalui mersing jam 7.30 pagi hari sabtu.

Day before
Hari jumaat, bertolak dari kota damansara jam 8.30 malam.
singgah di Decathlon USJ, en suami ajak mencari kasut yang sesuai untuk snokerling.
dan dapatlah kasut dengan harga RM29. murah lagi ada - RM19, nampak yang RM29 lebih ok sikit. best sangat kasut tu.
ini kasutnya ( hasil google) tapi kaler saya ada pink dan en zauj kaler hitam. nak p snokerling wajib beli ni. 

tengok2 mask dan benda apa nama kat mulut untuk snorkerling tu.
pusing2 decathlon 30 minit akhirnya membeli
a. 2 pasang kasut snokerling (RM29 x2)
b. snorkel 1 ( RM19)
ni bendanya google kata namanya snorkel
c. beg water resistance 30 L ( harga cari sendiri kat decathlon)
ni beg water resistance, bawak je masa snokerling , tak perlu risau2 sapa nak tengokkan barang
sudahnya rasa menyesal pulak tak beli mask n snorkel untuk diri sendiri
dan aim nak beli life jacket pula utk next. ok. dan menyasar cerita ni ye.

sambung 
lebih kurang jam 10pm kami bertolak ke isi minyak dan solat isyak
11.pm bergerak betul dari exit tol USJ dan keluar di tol Kluang lebih kurang jam 2 pagi
dan sampai di  jeti mersing lebih kurang jam 3.30 pagi melalui jalan yang gelap ke mersing dan agak pusing juga la jalan tu. alhamdulillah selamat sampai. 
perlu kejar feri jam 7.30 dan perlu ada sejam sebelum 

Day 1 
Siap-siap solat subuh jam 6 pagi,pergi ambil tiket di kaunter tiket baru bangunan yang cantik sikit. tiket ni beli online RM77 seorang sebab ada admin fees. hurm sabo jela, lepastu beratur untuk verify tiket dan konon-konon diorang bagi no seat ,lepastu beratur pula beli pass taman laut RM5, dan lepastu perlu dapatkan pass masuk feri, diorang akan beri warna, mungkin mengikut kampung destinasi masing-masing. 

siap semua, macam ada masa, pergi sarapan dulu di gerai sebelah, dan habis sarapan ramai dah tunggu. dan lepastu dipanggil ikut warna, jadi kami pun beratur sampailah masuk feri. 

perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. feri gerak 7.45 kami betul-betul sampai Jeti Kg ayer batang jam 10.15

Kg Ayer Batang ni begitu sunyi. zauj kata macam balik kampung, tak ada yang menyambut.
dan kami tempah Chalet Restu nun di hujung.
jalan lah berdua menapak melalui chalet-chalet yang banyak ( rupanya ) di Kg Ayer Batang , Tioman ni.
sampai di Chalet Restu, ada reception. Dan masuk lah bilik. jungle view you all ;( tapi apa2 pun alhamdulillah, ada tempat menginap.
rehat kejap, dan tengahari terasa bahang duduk dalam bilik sebab bilik tu kipas je

kami pun keluar menuju ke Marine Park. jalan kaki lebih kurang 2 km.
tengah-tengah jalan tu singgah makan kejap. nasi goreng kampung ada ikan bilis RM8 . haha. harga dia..

to be continue. penat dah nak taip.

Sunday, March 11, 2018

down teruk

bismillah..

'best friend' datang lagi
kali ini down terlalu teruk
rasa perasaan dulu-dulu datang kembali
tak tahu macamana nak cool down.
rasa macam ntah apa2.
tak suka , tapi tak tahu nak hilangkan macamana
tak boleh nak dengar org cerita
lagi2 certain org tu,
entahlah..
tak elok
tapi tak tahu macaman nak hilangkan

sekarang ni fasa stress sangat2
dengan sekolah.
dengan trb yang banyak tak selesai.
banyak hutang dengan ramai org

Wednesday, January 24, 2018

journey for little caliph 1

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
atas segala nikmat yang diberikan alhamdulillah

mengikut tajuk. tahun ni sebenarnya tahun ke 5 usia pernikaha. pejam celik dah 5 tahun, usia pun dah tak muda - walaupun raut wajah tak menggambarkan usia sebenar (jangan muntah hijau)
dan Allah masih belum rezekikan dengan rezeki anak

dari satu sisi, rasa tak ada anak lagi walaupun usia dah banyak, nanti kalau ada anak dah tua anak kecik lagi. banyak je pemikiran macam tu
dan cemburu dengan orang2 yang berjaya menjadi normal, berkahwin dan mempunyai anak.
tapi hilangkan semua pemikiran negatif
setiap orang punyai ranjau perjalanan masing-masing
memang tidak punyai anak adalah sesuatu yang amat pedih, tapi insyaAllah one day Allah akan beri rezeki tu, tepat pada masanya .
sometimes jangan membandingkan dengan orang lain

Dengan anak sepupu en zauj yang sangat comel


tapi bersyukur pada Allah, mengurniakan suami yang baik
walaupun jelas2 diagnose menunjukkan isteri / diba yang bermasalah
suami sangat cool dan mampu terima.
walaupun tidak tahu apa yang jauh disudut hatinya
diba cuma berdoa, diba boleh berikan zuriat kepada abang
maaf kerana masalah ini, dibah pun tak minta begini.
insyaallah akan terus cuba usahakan

jangan sedih2
Allah memberikan rezeki dengan begitu adil
semangat! yeah

kembali menulis

bismillahirrahmanirrahim

lama sangat tak tulis. baru dapat login ( hihi) setiap kali alasan pun sama.
rasa perlu mencari blog sebab risau banyak sangat meroyan kat facebook.
at least ada tempat meluahkan rasa walaupun tiada yang mendengar.
saya rasa saya cuma perempuan normal
perlu meluahkan

jadi insyaAllah akan menulis sekitar ttc , perjlanan di sekolah, dnt , keluarga, bisnes mungkin dan sebagainya

moga allah meredhai perjalanan ini