Wednesday, January 24, 2018

journey for little caliph 1

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
atas segala nikmat yang diberikan alhamdulillah

mengikut tajuk. tahun ni sebenarnya tahun ke 5 usia pernikaha. pejam celik dah 5 tahun, usia pun dah tak muda - walaupun raut wajah tak menggambarkan usia sebenar (jangan muntah hijau)
dan Allah masih belum rezekikan dengan rezeki anak

dari satu sisi, rasa tak ada anak lagi walaupun usia dah banyak, nanti kalau ada anak dah tua anak kecik lagi. banyak je pemikiran macam tu
dan cemburu dengan orang2 yang berjaya menjadi normal, berkahwin dan mempunyai anak.
tapi hilangkan semua pemikiran negatif
setiap orang punyai ranjau perjalanan masing-masing
memang tidak punyai anak adalah sesuatu yang amat pedih, tapi insyaAllah one day Allah akan beri rezeki tu, tepat pada masanya .
sometimes jangan membandingkan dengan orang lain

Dengan anak sepupu en zauj yang sangat comel


tapi bersyukur pada Allah, mengurniakan suami yang baik
walaupun jelas2 diagnose menunjukkan isteri / diba yang bermasalah
suami sangat cool dan mampu terima.
walaupun tidak tahu apa yang jauh disudut hatinya
diba cuma berdoa, diba boleh berikan zuriat kepada abang
maaf kerana masalah ini, dibah pun tak minta begini.
insyaallah akan terus cuba usahakan

jangan sedih2
Allah memberikan rezeki dengan begitu adil
semangat! yeah

1 comment: