Showing posts with label conteng. Show all posts
Showing posts with label conteng. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

contengan ahad

Dibah: maaf sgt sbb menyusahkan..huhu. Ya Allah,kau berkati hidup noradibah rohiman. Ampunilah dosa2nya,kelalaian n kelewaannya. Jdkan lah dia org yang komitmen n terus serius dlm hidup dan amal dkwhnya, kau mudahkanlah urusan jodohnya, kau aturkan lah yg terbaik dlm hidupnya,kau tsabatkan lah dia atas jalan dkwhmu,kau jdkan lah dia kelak suri teladan di jalan dkwh,isteri solehah n dikurniakan anak2 yg comel,cun,soleh,solehah,mukhsin,mukhlis n penyejuk mata ibu dan ayah.
--> doa ini dari seorang sahabat saya. marini. di FB. how nice how nice. suka sangat. terutama doa yang awal. sangat terharu dan sangat diaminkan ameen ameen.  
marini bakal menikah.moga pernikahan akan diberkati dan dikurniakan anak2 yang soleh solehah dan terus istiqomah di jalan dakwah ini. ameen

Saturday, May 21, 2011

sepi sendiri

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjunagn besar nabi Muhammad saw...

sedang dalam fasa menyusun semula dan mengemas kini.
agar langkah ini tetap teratur dan terus melaju.
kepada mesej yang tidak berespon..
aku minta maaf kerana aku merasakan berdiam diri adalah langkah terbaik.
kamu akan menemui jawapan yang pasti itu.
namun saat saat itu aku sedang mendoakan kalian dengan amat sangat
buat farah dan anis wardah.
jangan serik untuk menelefon lagi.
akak tak perasan antunna call.
setiap hari - doa ditabur buat kalian. agar tenang dalam meniti dunia yang baru walau kelihatnnya sama seperti dulu - alam persekolahan.
buat kalian anak halaqah kesayangan - baru ingin menapak ke dunia baru. akak doakan langkah kalian lurus elok. sentiasa disirami rahmat dariNya dan hati yang hidup dengan halawatul iman.
buat kalian akhwat seperjuangan - aku mohon doanya. hidupku sekarang kelam kabut dan agak serabut. terlalu banyak kerja yang perlu ilangsaikan namun seolahnya tiak terurus. mohon agar dilapangkan hidupku juga kalian. agar gerak kerja dakwah itu takkan pernah berhenti.

berusaha menguruskan hidup dengan baik.
dan hasilnya beginilah
to do list sepanjang 2 helai kertas a4

major responsibilities - ada 6 green arrow

masih suci - baru buat

dinding bilik dipenuhkan dengan contengan to do list .
dan dalam menjaga iman form mutabaah versi terbaru telah di tampal di dinding.
perlu sentiasa menyedari
kerja yang perlu di langsaikan teramat banyak...
selamat berjuang dib.

Thursday, May 12, 2011

contengan tarbiyah 5

Kaderisasi ~ contengan qiadi sbg ibrah buat diri

1. Jawatan pusat & momentum

Memegang jawatan dalam dakwah memang satu cabaran yang besar. Apatah lagi apabila terlibat dalam pengurusan pusat. Dengan ketiadaan satu team yang kuat memang menambahkan lagi keberatan ini. Sebenarnya mengenai loading, seseorang kader sepatutnya ada pemfokusan juga pada hal peribadi diri, hal keluarga, hal mutarabbi, hal medan kawasan dan segalanya. Kerana tanpa ini, kader jadi seperti mesin yang akan rosak bila2 masa dan mungkin tidak akan berfungsi lagi. Lebih parah lagi, jika ia meninggalkan kemahiran membina halaqah. Kerana jemaah dakwah, siapa pun dia mesti terlibat dalam membina halaqah kerana ia penting untuk mendapatkan skill dalam menggerakkan jemaah membina manusia. Namun apabila dipandang skop tarbiyyah dan pengurusan ia adalah satu skop yang berbeza sama sekali (ini perlu dibahas sudut lain). 

Tapi bila bicara loading, pasti minyak iman sangat penting. Sebab itu, binaan Rasulullah (sahabat) menurut syed qutb diteguh dengan keyakinan dan keimanan kepada Allah. Kemudian ia diindah dengan kekuatan ukhuwah. Maknanya, kekuatan iman indikator kepada betapa besar loading ini mampu diterima (pasti dinilai juga kebatasan seorang manusia). Namun, loading boleh jadi overload jika melampaui limit individu dan tiada support system iman yang kuat dalam jemaah. Jika superoverload, kader akan terlalu kering, lalu patah. Dan hilanglah satu persatu kader yang bernilai tinggi ini.

Sekadar bicara.

2. Kerja tarbiyyah & Idari

Ana setuju dengan anta. Jemaah akan rosak, jika kerja tarbiyyah jadi satu fokus sampingan. Dan terkadang, perancangan/visi jemaah didahulukan dari segi idari dari tarbiyyah. Jika ini memang berlaku, jemaah akan menuju kerosakan. Sebab tu mustafa mahsyur menggariskan inhirof (penyelewengan) yang pertama menuju kerosakan jemaah ialah apabila tarbiyyah jadi satu sampingan dan tidak diletakkan sebagai mizan mengukur segalanya. Namun, insyaAllah mudah2an kita dipelihara dari ini. 

Apa2 pun, ini bukanlah medan sesuai untuk dibicara dan dibahas. Dan sebaiknya disalurkan pada yang sepatutnya. Terkadang kita terlalu cepat menilai sesuatu, bahkan menduga2. Mungkin ada penjelasan yang boleh diperkemas, jika dinilai dari skop yang lebih besar dan hujah yang lebih tepat. Cuba dahulukan dengan berjumpa. Jika memang dilihat ada kelompongan, berlapang dadalah kerana jemaah kita adalah jemaah manusia yang tidak lari dari kesalahan. Dan bersamalah menjadi seorang kader yang siap membaiki kelemahan yang ada. Wallahualam.

Ini mungkin lontaran kata2 sahaja. Berbicara dengan perkataan selalu membawa kepada kesalahan dalam memahami.

Moga Allah beri kita semua kekuatan iman dan dakwah yang teguh

Friday, March 11, 2011

contengan tarbiyah 2

Salam.. tugas membuat amal am adalah tugas lujnah..
tetapi tugas tajmik adalah tugas setiap diri ikhwah/t

Setiap ikhwah perlu mentajmik kedalam sof sekurang2nya 2 orang setahun
dan 10 orang by 2015.

so jangan biarkan mad`u yang sudah disedarkan.. dan mula ingin
ditarbiyyah kemudian mereka dipukat oleh orang lain...!!


ustaz Annuar Salleh 
YDP ISMA DHL 

yang paling nak highlightnya tu sentence yang last...

baru2 ni borak dengan sorang akhwat.. then cakapla kat dia sket pasal anak halaqah skol. apakah yg terjadi. respon dia...'masatu baru borak dengan akhwat, kita ni tarbiyah orang untuk kapal lain'..saya pun diam je...mencuba menganalisa kenyataan itu dan apa yg berlaku...

masa KTS baru2 ni..ada ikhwah tu cakap ' kalau kita tarbiyah dia then dia tak dapat ikut kita..sia-sia  - ni dia cakap pasal tanam pancang

pernah bertanya pada mas'ul taman islam satu ketika dulu, akh shahrul niza - moga Allah memberinya kebaikan yang banyak dan sentiasa memeliharanya dalam iman dan taqwa - dengan apa yg berlaku di taman Islam. dia kata ' kita bukan nak ajak dia kepada jemaah, tapi kita yakin dengan apa yg kita ikut sekarang adalah yang terbaik & kita juga mengharapkan dia mendapat yang terbaik' - tu ayat olahan..ayat sebenar memang tak ingat deh dah bertahun pesanan tu.. tapi saya sangat ingat.. mungkin thats the answer that i want that time...

anybody yang boleh cakap pasal ni kat saya tak? terangkan kat saya status duduk semua ni??? tak nak tahu sangat pun..tapi nak tahu juga sebab masih tak berapa faham... tapi bak kata inche boss.. akan lebih faham bila dah melalui pintu gerbangnya dan berasimilasi di dalamnya - n i take this dalam skop tarbiyah secara umum.


wallahua'lam...moga Allah memberikan kefahaman yang banyak kepadaku , juga ikhwah akhowat ku juga semua umat Islam untuk memahami jalan islam ini dengan sebenarnya.. 

Wednesday, February 23, 2011

contengan 3

bismillah..
terlalu banyak kerja perlu di langsai kan...
tapi bila dah terlalu banyak dan menimbun dan kekurangan maklumat pulak dan di tambah dengan rencah mood nak buat turun naik, dan dengan cuaca yang menggugat jiwa
makanya.....
kita buat keja lain... = P
serious sangat tak senonoh... huhu
dan dalam to do list tu perlu di potong sesegera mungkin...
biar to do list tu jadi pendek...
semangat!!


kucing tiada mood... terlentang
p/s : ni mood tak betul sikit. tengok kiri tengok kanan takda org nak diajak cerita... apa pun syafakillah buat ukhti ku eton yang kemalangan semalam..T_T moga menjadi kafarah dosa...