Salam.. tugas membuat amal am adalah tugas lujnah..
tetapi tugas tajmik adalah tugas setiap diri ikhwah/t
Setiap ikhwah perlu mentajmik kedalam sof sekurang2nya 2 orang setahun
dan 10 orang by 2015.
so jangan biarkan mad`u yang sudah disedarkan.. dan mula ingin
ditarbiyyah kemudian mereka dipukat oleh orang lain...!!
ustaz Annuar Salleh
YDP ISMA DHL
yang paling nak highlightnya tu sentence yang last...
baru2 ni borak dengan sorang akhwat.. then cakapla kat dia sket pasal anak halaqah skol. apakah yg terjadi. respon dia...'masatu baru borak dengan akhwat, kita ni tarbiyah orang untuk kapal lain'..saya pun diam je...mencuba menganalisa kenyataan itu dan apa yg berlaku...
masa KTS baru2 ni..ada ikhwah tu cakap ' kalau kita tarbiyah dia then dia tak dapat ikut kita..sia-sia - ni dia cakap pasal tanam pancang
pernah bertanya pada mas'ul taman islam satu ketika dulu, akh shahrul niza - moga Allah memberinya kebaikan yang banyak dan sentiasa memeliharanya dalam iman dan taqwa - dengan apa yg berlaku di taman Islam. dia kata ' kita bukan nak ajak dia kepada jemaah, tapi kita yakin dengan apa yg kita ikut sekarang adalah yang terbaik & kita juga mengharapkan dia mendapat yang terbaik' - tu ayat olahan..ayat sebenar memang tak ingat deh dah bertahun pesanan tu.. tapi saya sangat ingat.. mungkin thats the answer that i want that time...
anybody yang boleh cakap pasal ni kat saya tak? terangkan kat saya status duduk semua ni??? tak nak tahu sangat pun..tapi nak tahu juga sebab masih tak berapa faham... tapi bak kata inche boss.. akan lebih faham bila dah melalui pintu gerbangnya dan berasimilasi di dalamnya - n i take this dalam skop tarbiyah secara umum.
wallahua'lam...moga Allah memberikan kefahaman yang banyak kepadaku , juga ikhwah akhowat ku juga semua umat Islam untuk memahami jalan islam ini dengan sebenarnya..
Kalau yg pukat tu jamaah islam jugak oklah! Sebab kita nak seru orang pada islam bukan pada jamaah!
ReplyDeleteoh..ok. tegas di situ..ya..secara umumnya begitulah.memang itu kefahaman yang ditanamkan sejak kecil dalam tarbiyah hingga hari ini
ReplyDeletecuma timbul satu persoalan.
sekadar satu persoalan yang mungkin tak perlu di jawab.
kalau awak ada 10 orang anak halaqah - satu hari tu 2 orang decide masuk IKRAM, 2 orang decide masuk ABIM, 2 orang decide masuk PAS. apakah langkah pertama yang dilakukan? for sure la takkan desak untuk diorg terus stay dengan jemaah kita kan.. tapi apakah langkah seterusnya setelah terjadinya peristiwa itu.
-apakah lupakan saja seperti tiada apa yang berlaku atau??
wallahua'lam...hanya persoalan dari insan kerdil.
erm, menarik post nie. bagi pendapat ana teruskan jalinan yang sudah terjalin tapi mungkin jalinan itu tidak sehebat awal perkenalan kerana dia korbankan masa utk berhalaqah dengan kita. in that case, kebersamaan dengan anak halaqah yg sudah berlainan jemaah akan automatik berkurang kerana dia juga sibuk dengan tugasannya. tapi ketahuilah...
ReplyDeleteserendah-rendah ukhwah itu berlapang dada...setinggi2 adalah ithsar. cuba berlapang dada dan ambil positive thinking...cth anak hlqah yang dulu duduk bersama dgn kita telah bercambah ke seluruh pelusuk membawa imej dan identiti Islam. tertegaknya syiar Islam.
~sekadar pendapat ana, salah betulkan ~
ainulqalbi
"jika anda seorang pelumba lari, apakah anda ingin sengaja berlari perlahan?
ReplyDeleteTidak, kerana anda tidak mungkin inginkan kekalahan. Dan keyakinan anda adalah, anda yang terbaik utk pelarian itu,
Namun anda tetap akan kuat berlari sambil menghormati dan bersikap lemah lembut pada pelari lain,
kerana anda tahu, pelari lain juga cuba berbuat yang terbaik dengan ikhlas dan yakin,
juga untuk meraih kemenangan,
lalu, apakah anda tidak yakin dan ingin berlari perlahan?
Jika ya, anda bukanlah seorang pelumba lari,
kerana anda kurang yakin dengan jurulatih anda, dan diri anda sendiri sebagai pemenang,
dan mungkin, anda sesuai menjadi pemerhati sahaja"
jazakillah khair kepada anon untuk mesej pelumba lari ini.
ReplyDeletesiapakah anon ini?