Sunday, March 27, 2011

melayu sepakat islam berdaulat

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

keypad ni ada masalah dengan huruf D....harap maklum

hujung minggu bersama AGM ke-12 dan family day ISMA..
alhamdulillah..
banyak perkara yang berterbangan di fikiran ini.
mengintrospeksi diri
bagaimana ingin mendaulatkan islam?
bagaimana agar melayu itu sepakat?
bagaimana ingin menjadikan Islam di julang?
bagaimana dasar dan gagasan ini akan menjadi hakikat dan kenyataan. bukan sekadar kertas-kertasan sahaja?
bagaimana?

menoleh kepada diri sendiri..
ini tanggungjawab kamu diri.
bagaimana?
pastinya dengan
iman, amal dan kefahaman yang mendalam terhadap Islam itu sendiri.
ya itu jawapan buat diriku.
bagaimana ingin mendaulatkan islam?

bukan hanya sekadar laungan hingga menggegarkan satu dewan dan menggegarkan jantung-jantung yang mendengar sahaja.
bukan sekadar tulisan di kertas, yang dibaca dan di angguk geleng sahaja.
bukan sekadar mendengar dan menganguk tanda setuju sahaja...
bukan itu sahaja
tulang empat kerat ini perlu di gerakkan dengan amal
tulang empat kerat ini perlu di penatkan dengan gerak kerja
akal fikiran ini perlu di kerahkan dengan sepenuhnya
tenaga itu perlu di keluarkan
an ketaatan kepada sistem dan qiadah itu amatlah penting
agar Islam itu mampu berdaulat
dengan usaha pendokongnya.

ayuh gerak!

macamana islam nak berdaulat kalau kita pun masih malas-malas nak datang liqo
masih mencari-cari alasan tak datang program..
masih berkira-kira nak melaburkan harta kita..
masih kata takpe kalau datang liqo' lambat sket tak efect pape
masih bermalas-malasan nak beramal ibadah, liat bangun qiam, selalu tertinggal atau sengaja tinggal baca mathurat, berkira-kira nak baca quran...
masih tidak serius dengan amanah dakwah yang kita pegang termasuk anak-anak halaqah, dan program yang sepatutnya di handle..
masih teguh duduk di hadapan tv or laptop menonton movie sepuas hati bahkan lebih sedih setiap minggu terpacak di pawagam..
masih tenang melepak-lepak, bertidur tiduran, bersantai mega di hujung minggu
bagaimanakah Islam mahu berdaulat?!

lihat kembali sikap KITA - para daie, para kader, para pejuang Islam ini..
islam itu akan berdaulat cepat atau lambat kerana asbab sikap kita
meskipun kita boleh mengatakan..aku bukan menyusahkan sesiapa dengan tidak berbuat sesuatu
bahkan sikap itu sebenarnya melambatkan perjalanan dalam mendaulatkan Islam
dan malah memberatkan tanggungan jamaah.

ayuh para muslimin sekalian..
tulisan ini mungkin sekadar kertas-kertasan sahaja
tetapi sebagai introspeksi buatdiriku
seharusnya aku menjadi pendokong tertegaknya kedaulatan islam itu dengan amalku.

Rabbi..beri kami kuat
beri kami hebat
beri kami hati yang tulus suci mencintai jalan dakwah ini kerana mencintaiMu dan RasulMu
terkadang terasa rapuhnya hati
terasa kejenuhan atas panjangnya dan berlikunya jalan ini
beri kami kuat Rabbi
beri kami kuat.....
agar agama ini terus tidak lagi di injak-injak oleh kuffar
dan aku ingin menjadi tentera dalam penegakan Islam di muka bumi ini..
T__T

No comments:

Post a Comment