Tuesday, March 1, 2011

seorang akhwat...

bismillah...
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw...

terbaca post sebelum ni...
sentiasa keluar dan alhamdulillah parents ku memberi kebenaran keluar malam, maghrib, mahupun awal pagi2...
apakah masalah dengan post itu?
kalau setahun yang lepas mungkin ayat tu tidakkan aku keluarkan
sebab itu bukanlah perkara yang luar biasa untuk keluar setiap hari tidak kira waktu...
tapi saat ini hari ini..
aku perlu sangat menyedari..
aku adalah seorang akhwat..
seorang muslimah
seorang anak perempuan..

pernah dapat satu kata2 penutup meeting taman islam dari inche big boss
dia kata..
kalau akhowat indonesia pukul 6 dah ada kat umah ( sebab dia baru balik dari indonesia kott masatu)
then aku pun tengok jam..sekarang ni pukul 1 pagi
then pk dan dalam hati bermonolog...
mana boleh nak samakan akhwat indonesia dengan kitorang (saya dan akhwat malaysia seangkatan yang lain)...
keluar pun dah lepas maghrib...liqo' biasanya memangla malam... malam ni lah waktu nak buat keja dakwah dengan hebat..ziarahnya.. liqo' nya..siang dah penuh dengan keja2..kuliah, discussion, keja dsb... liqo' ni pun start pukul 9 lebih. apehal plak nak kena dok umah start pukul 6 ptg..kalau halaqah pun mesti malam sampai pagi2
serious memang tak leh nak terima ayat tu dan sangat pelik macamana dia boleh bagi ayat tu kat kitorang....
hakikat apakah yang perlu ku terima?????

setelah berlalunya masa...
setelah berlalunya ketika...
dengan pelbagai perkara yang berlaku...
kini baru aku dapat mencerna...
baru sedikit sedikit cuba menerima...
aku adalah seorang akhwat..
aku adalah seorang muslimah...
aku adalah seorang anak perempuan...
berbeza dengan ikhwah
berbeza dengan seorang mulimin
dan berbeza dengan seorang anak lelaki

akhowat itu letaknya di tempat yang lebih tertutup..
dan banyak yang perlu di jaga...
alhamdulillah sedikit2 dapat menerima..
malam2 kena duduk rumah...
kalau keluar kena balik awal..
balik sebelum maghrib..
kalau jalan malam tu berteman...
dah dapat cerna sikit... akhowat kena balik sblm pukul 6...
(bila isu berkaitan akhwat keluar malam saja..memang ayat ni akan berlegar2 di kepala... satu ketika dulu yang sangat menolak, baru menerima hakikat ini)

baru2 ni dapat emel dari wanita isma..
di anjurkan untuk keselamatan akhwat balik sebelum jam 11 malam..
dan kalau nak keluar malam perlu berkumpulan....
hurmmmmm... nasib baik bukan pekeliling..
kalau pekeliling.. macam nak pengsan juga nak buat tu...
benda tu sukar...
tapi dengan tarbiyah bertahap insya Allah ok kot...
lagi pun di rumah tiada siapa yang menanti..
so skrg ada diri sendiri je.. mcm tak kisah sangat balik lambat...
tapi perlu pk kan keselamatan okai....

alhamdulillah sediki demi sedikit dapat menerima hakikat seorang akhwat...
-core business akhwat adalah anak2 n suami ( ok sila cerna dengan baik - senang di aplikasikan bila tiba masanya).
-akhwat kena balik rumah paling lambat pukul 11 (ok sedang cuba..kalau takda hal penting mmg tak kuar )
alhamdulillah.. tarbiyah hari ini banyak mengajar dan menyedarkan hakikat ini.
bilamana dalam usrah, murabbiyah pernah bagi bahan pasal muslimah... rasa.. wow... huhuhu...jarang dapat dengar...baru rasa sedar sket...ohh rupanya ada juag bahan pasal muslimah n sangat penting sebenarnya...
alhamdulillah...kalau selama ni sirah tokoh memang mencari para sahabat...
tapi hari ni ada juga kesedaran nak cari pasal sahabiah....
then murabbiyah selalu tegur..kena habis liqo' pukul 11 paling lewat.. sebab murabbiyah dah kena tegur dengan murobbiyah dia..yang syar'i nye akhwat kena balik sebelum pukul 11 malam...huhu
then murobbiyah kata..suami dia suruh akhwat balik b4 pukul 11 malam.. suami dia tak suka akhwat malam2 kat luar...
hurm..akhwat kena pk yer..bukan main belasah je kat luar malam2...

pemikiran hari ini...
jangan risau kalau selalu duduk di rumah..
awak perlu biasakan kalau ada anak n suami...
tapi duduk rumah bukanlah berlenggang kangkung
goyang kaki..
sangat perlu menyedari diri adalah seorang akhwat...
perlu mengkhatamkan buku tarbiyatul aulad..
psikologi kanak2
menjadi muslimah sejati...
dan buatlah kerja2 pengurusan di rumah...
sebenarnya banyak sangat benda nak kena buat kalau awak duduk kat umah pun...
dan berbakti kepada ibu2 tu sangat utama
alhamdulillah...
berbeza dengan dulu...kalau duduk rumah mesti rasa tension n tertekan n rasa panas je..
sebab terasa macam kita ni tak buat keja dakwah...

perlu meningkatkan ilmu tentang tarbiyah muslimah...
insya Allah...
ingin menjadi muslimah sejati persis sahabiah..
menjadi seperti ini??? insya Allah.pegang bunga tu..adeihh

p/s : seronok tengok akhwat konvoi naik motor ramai ramai... wuyoo.. smart giler... tapi naiklah motor tu yekk.sampai satu masa nanti mungkin tak leh naik dah..ada org tak kasi.. huhuhuhu....wpun naik motor tak elok sangat sebenarnya untuk pompuan okai...

5 comments:

  1. Keluar malam atas urusan dakwah yang sangat penting (perlu paham ini), bagi saya sendiri adalah sangat perlu.

    Tetapi atas urusan biasa (dalam skop dakwah yang mampu dielakkan), itu adalah hal yang rasanya boleh kita sama2 susun urusan tersebut.

    Namun, kesungguhan melaksanakan urusan dakwah (yang penting & perlu diselesaikan segera) walaupun melawan fitrah akhowat adalah suatu azimah yang akan diberi balasan oleh ALLAH.

    Maka,bagi seorang da'i yang mengambil azimah dari rukhsah atas urusan dakwah,ALLAH sahajalah yang berhak memberi ganjaran yang besar.

    Kerana itu,saya lihat hal ini terkait rapat bagi seorang akhowat dengan zaujnya nanti. Bagi yang bujang,keputusan tetap pada dirinya. Bagi yang sudah bernikah,tetap suaminya ada haq yang lebih tinggi ke atasnya. Atas faktor ini,jom sama-sama kita cari suami yang ditarbiyyah.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Slm...ana hailamaj

    Sangat terkesan dgn post enti nhe. InshaAllah jap g ana akn mengotakan kata di ats. Nak x nak, ana kena keluar juga lps maghrib. Tapi ap yg perlu diubah,,balik b4 11 mlm. Satu cabaran besar rsnya...doakan kami di bumi borneo ini.

    ReplyDelete
  3. ummu istiab - ^_^. perlu mencari yang syar'ie. tiap insan punyai kondisi masing2..ana juga punyai pengalaman. keluar jam 8.00 malam perjalanan 2 jam 3o minit sampai saja start usrah sampai pukul 4.00 pagi then terus bergegas untuk perjalanan pulang 2jam 30 min then perlu masuk kerja tepat jam 8.00am dan pulang kerja jam 5.00 pm. sekadar perkongsian. pengalaman itu sesuatu yang menyeronokkan dan meberi amat banyak pengalaman. tapi dalam tempoh panjang amat melelahkan juga. dan agak melanggar fitrah an sebenarnya membahayakan diri. namun ana hormati pandangan setiap insan ^_^.memang nak cari ikhwah yang ditarbiyah pun.. kui kui. namun ikhwah juga hanya insan biasa, punyai fitrah insani - itu perluu ku sedar

    hailamaj - macam kenal nama ni. ya..teruskan perjuangan..menajga keselamatan itu amat penting ya...

    ReplyDelete
  4. :) iAllah .sbagi wanita yang hidupnya mmg 'bebas' ke sana ke sini, ini satu perjuangan. Sangat tak mudah. Tapi tahu tak sama dengan merasai. iAllah, tarbiyah akan buat kita rasa. Kerana dulu, ana di'tahukan', tp ana tak dapat rasa. Sekarang, semakin merasai. selamat berjuang. aaz

    ReplyDelete
  5. jazakillah anon aaz..adeih..sapa plak aaz...salam taaruf semua anon... hoho...silalah perkenalkan diri ya..

    ReplyDelete