Showing posts with label dia akhwatku. Show all posts
Showing posts with label dia akhwatku. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

dia dah nikah

'ada 3 orang yang wajib datang nikah kita termasuk dib'
'siapa2 orang lagi?'
'rasa2 sapa?mestilah dib tahu'

akhirnya..tidak dapat menghadirkan diri ke majlis pernikahan.
tapi berkejar ke kuala kangsar untuk menghadirkan diri ke majlis walimatul urus akhwat yang sangat aku sayang ni. 
walaupun pada masa yang sama menjadi timbalan pengarah program kem lepasan spm. 
alhamdulillah.tak buat kerja gila pergi juga jumaat tu.
sebab jumaat yang kelam kabut untuk program tu. alhamdulillah. sabtu selamat pergi dan pulang.

satu je rasa sepanjang berada di walimah itu.
sangat sayu. 
saya bersyukur kerana dia dah menyempurnakan separuh agama. alhamdulillah
tapi saya terasa sangat-sangat kehilangan 
(sekarang ni mata berkaca-kaca) 
sangat sangat.
selalu saya suka tengok pengantin. tengok lama2sebab cantik.
tapi pengantin yang inisaya tak sanggup tengok lama-lama.
takut cair pula air mata ni depan mereka. 
terasa tak sanggup melepaskan dia pergi menjadi milik orang lain.
orang asing!

semasa mahu pulang.
bergambar sebentar.
saya berdiri sebelah dia.
dan saya orang pertama salam dia lepas ambik gambar tu
saya peluk dia, dia peluk saya.
tapi saya tak mampu nak cakap apa-apa. 
even barakallahuakum
not even one words.
tapi dia cakap.
'doakan..'(ada lagi tak ingat) 
saya pandang dia senyum je dan dengan cepat saya terus keluar.
saya risau. kalau saya bercakap, bukan suara yang keluar,
tapi airmata.
lagi lama saya menatap dia, lagi sayu rasa hati.dan dia akan tahu saya sedih. 
nasib baik saya tak nangis.
dan saya mampu menahan air mata daripada keluar sepanjang panjang panjang.
sampailah hari ini.

deep in my heart.
saya sayang dia sangat!
dia murabbiyah saya. lama.
roomate sejak matrik.
dalam dunia ni ada 2 orang yang saya boleh cakap dengan baik.
dia dan roomate.
entahlah..

saya sayang dia.
saya tak tahu kenapa saya sayang dia sangat
sangat.
dulu masa habis upsi,
saya sedih sebab risau tak boleh jumpa dia.
tapi alhamdulillah.
lepas 2 tahun meninggalkan upsi saya masih jumpa dia dalam meeting-meeting kami
dan selalu sembang dengan dia dan selalu jaulah dengan dia
masih boleh curhat, gelak-gelak

tapi.
bila dia diikat dengan sebuah ikatan pernikahan
dia dah menjadi milik orang lain.
terasa sangat dia hilang.
terasa sangat kehilangan dia.
kehilangan untuk selamanya

no more jaulah-jaulah
no more sembang-sembang
no more jalan2naik kereta
no more makan-makan kat d limau nipis.
no more makan ayamas kat masjid.

entahlah
saya masih belum mampu menerima
ya Rabbi.
kuatkan hati aku
menerima perpisahan ini.
sedih terasa.
sebab terasa dia lain. 


cakap dengan hirzi
'kita sedih sangat'
hirzi kata 
'kenapa sedih. kita gembira. n excited je'

esoknya dapat sau meseg
'kita pun sedih juga. baru terasa' hirzi

tanya ima
'ima ok ke?'
'ok je.
'terasa lain tak'
dia angguk dengan macamtakda perasaan tapi pandangan yang bermakna. dan saya tahu. dia juga rasa sayu.
'rasa lain. kita tinggal bertiga je weh' ima sambung

so 
kesimpulan untuk saya, hirzi n ima..
ini hakikat yang kita perlu terima.
dia dah nikah.
tinggal kita bertiga

jadi.
jomlah kita kawen juga..
nanti taklah sedih sangat kan..
kan?

ana dedicate lagu irfan makki ' mabrouk'buat
ukhti solihah n akh munaim. 
barakalahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair

p/s : taknak letak gambar mereka. tengok pun belum boleh. sebab nanti saya nangis.

Sunday, December 11, 2011

qudwah 1

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah, selawat dansalamke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

alhamdulillah..masih bernafas dalam udara tarbiyah..
beberapa hari ini mendapat beribu-ribu pengalaman hidup
daripada pemerhatian mahupun yang diperhatikan sendiri

bila berjumpa manusia-manusia
kadang-kadang malu sendiri
dan selalunya akan melihat ke dalam diri

sejak di sini
berjumpa terlalu ramai orang yang mengagumkan saya
berjumpa dengan akhwat yang lembuttt sangat sangat
cara cakap, bergerak, berpakaian,tidak mudah marah dan sentiasa cool dan sentiasa tersenyum.
dan mereka adalah seorang ibu yang sangat sangat sangat lembut dans angat bersabar dengan anak-anak
dan dengan kerenah anak-anak.
bukan seorang bukan 2 orang.
hampir semua orang!!
hampir semua akhowat yang saya jumpa begitu.
hebatnya dalam dakwah
lembut dalam berbicara dan berperibadi
begitu lembut dengan anak-anak yang pelbagai kerenah
dan sangat jarang berjumpa dengan akhowat yang suri rumah
kebanyakan akhowat adalah akhowat yang bekerjaya.
kadang-kadang bila jumpa.
mereka adalah
doktor, pensyarah bertitle dr,
kebanyakan pemegang master dan PhD - dengan usia yang sangat muda,
ustazah lepasan timur tengah, jurutera, cikgu pun ada gak- macam saya.
mereka sangat berjaya
dan mereka sangat lembut ok..
dan muka mereka pun lembut dan comel..sweet..
entahlah..saya pun tak berapa nak faham macamana mereka boleh jadi lembut macam tu..
dan saya bercita-cita nak jadi lembut macam gitu gak.
lembut bukan setakat lembut, tapi menjadi sangat penyabar...
hoho..bukanlah mudah...

kenapa tulis ni..
ahad lepas lunch bersama-sama seorang akhwat dan anak-anaknya
dan saya terasa kecik cakap dengan dia..
lecturer uniten, (dia kata dia cikgu..huh..[padahal Dr kot..PhD holder]
lembut, sopan, comel, cakap pun lembut je dengan anak-anak pun lembut sangat..
saya yang jadi malu.

Thursday, December 30, 2010

buat kalian


Bismillah..
Buat farahana, wardah, yati, teha, asila, aliya, suhaila, asila, wanimer..
Baru 2 minggu kalian berada di rumah..
Jangan jadikan futur sebagai peneman.
Jangan jadikan perkara lagho sebagai hiburan hati.
Jangan jadikan maksiat sebagai makanan jiwa
Tengok balik bagaimana hubungan dengan Allah
Solat awal waktu..
Mutabaah yang sedia ada..
Kalau pun kita sukar nak buat yg tambahan..
Sempurnakan yang wajib
Jauhi perkara yang tidak sepatutnya…
Jaga hati kamu
Jaga iman kamu
Rancang  waktu cuti dengan baik..
Mungkin dalam fasa adapt..
Perlu kuat! Kerana antunna memang insan hebat!
Tiada yg mampu menolong antunna melainkan diri sendiri dan pertolongan Allah itu datang dengan usaha walaupun hanya doa.
Yang sentiasa menyayangi dan mendoakan kalian
-Sis diba-

Friday, November 19, 2010

buat akhwatku..

Dia : akak, asif. give me some time. tak berapa betul. tengah muhasabah and searching for strength.
Diba : oh..ok..tak pe..papehal nak mintak akak tolong gtau
Dia : Tolong bagi taujih..iman down...kalau akak free emel la..
Diba : insya Allah

***


salam alayk..
ukhti..
kaifa hal..moga nya sihat iman dan kesihatan.
bila anti kata mintak tolong akak bagi taujih kat anti..tahu tak apa perasaan akak.. akak rasa sayu sangat. rasa sedih. sebab akak tahu ada anti dalam fasa down dan akak sangat merisaukan andai antara faktor penyebab anti rasa down adalah disebabkan dosa-dosa akak. kita diikat dengan ikatan suci. ikatan kerana Ilahi. ikatan akidah. dan mukmin itu ibarat satu tubuh, andai ada satu bahagian yang sakit, maka seluruh badan juga merasainya. akak mohon ampun pada Allah atas dosa2 yang akak buat dan kita semua juga. moga Allah mengampunkan kita dan meredhoi kehidupan kita.


ukhti..
mungkin akak bukanlah org terbaik nak bagi nasihat sebab diri sendiri pun tunggang langgang. cuma saling menasihati untuk memperingati diri sendiri juga. mohon pada Allah agar hati kita lembut lunak menerima petunjuk Dia walau dengan wasilah apa pun. 


ukhti,
fitrah insan ada rasa bangkit dan ada rasa futur. sebab Allah nak kita rasa bahagia dengan iman dalam hati kita dan Allah memberikan rasa futur itu supaya kita dapat merasai betapa mahalnya nilai keimanan kepada Allah itu. dan agar kita sentiasa memperbaharui niat dan memperkemas langkah dalam jalan dakwah yang cukup panjang dan melelahkan ini. Islam itu mudah. kerana Allah sangat membantu setiap langkah kita. hanya terkadang kita rasa susah dengan halangan yang datang kerana hati kita tak bersedia. apa-apa pun bermula dari hati. jadi untuk bangkit, perlu melihat kedalam hati. adakah cukup air keimanan, dan baja ibadah yang kita berikan pada hati kita agar hati kita sentiasa hidup dan subur membuahkan halawatul iman. hati hidup dengan benda kebaikan dan ibadah kepada Allah. jadi, kalau kita rasa down cek balik apa yang kita dah buat. ada tak buat benda lagho dan menjerumus kepada kemaksiatan, banyaknya makan, banyaknya tidur, kurangnya beribadah.


tapikan kekadang ada satu masa kita rasa banyak je ibadah kita tapi hati kita ni macam rasa beku, kaku tak menerima dan kita tak suka rasa tu. mungkin Allah nak kita tahu kita ada hati dan mungkin Allah nak kita lebih dekat dengan Dia. kalau jadi macamtu teruskan dengan amal ibadah kita. jangan stop. jangan menjauh dari amal ibadah walaupun kita merasakan ibadah itu tanpa roh. teruskan beribadah. teruskan beribadah. pastikan kita solat awal waktu.terus bangun qiam, teruskan tilawah. teruskan mathurat. teruskan duha kita. dan teruskan berdoa. sampai satu tahap insya Allah, Allah akan memberikan kita kembali kemanisan iman itu dengan usaha kita yang gigih dan doa kita yang berterusan insya Allah. 


ukhti,
Allah menyediakan buat setiap diri itu dua jalan, jalan kebaikan dan jalan kejahatan. hanya kita yang perlu pandai memilih dan amal kita yang bakal menentukan.
apapun kondisi hati kita, jangan sampai kita terus lalai dalam kelenaan dunia. dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan doa.
kalau saffana penah cakap ' ubat futur adalah dakwah'. dan itu sangat tepat untuk diri akak. sebab darah daging kita adalah dakwah. jadi andai futur, sibukkan diri dengan dakwah. dan mencari jalan bahagia dengan berdakwah.
insya Allah, Allah memberikan kita ujian, pasti Allah memberikan kita cara untuk mengatasi ujian. usaha dan doa kita yang penting insya Allah.
akak doakan dari jauh.
doakan akak juga. dan kita semua. anti mujahidah harapan ummah. nasib generasi mendatang ada pada anti ~ jadi ayuh ukhti! kita bangkit dan terus melangkah maju menyebarkan Islam.
dan jalan dakwah ini amat suci. tidak boleh menerima kekotoran dan kemaksiatan. jadi ayuh bersihkan diri dan hati dan luruskan niat.

adeihhh..
dah terlebih cakap kot..
huhu..
undur diri dulu...
yang terakhirnya : kita mengenali diri kita, jadi cari jalan untuk bangkit ya...^_^

luv u fillah..
kak dibah

Sunday, September 26, 2010

akak murabbi saya, saya mutarabbi akak

bismillah. segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala nikmat dan karunia
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.
alhamdulillah..
baru sahaja melangkah pulang ke rumah setelah bertebaran dimuka bumi menjalankan amanah yang tergalas dibahu sepanjang jumaat sabtu ahad. alhamdulillah
destinasi terakhir kembara minggu ini..
taman islam.
dapat satu surat balasan dari someone yg saya pernah bagi surat kat dia..
cuma nak mencoret sedikit kata-katanya yang sangat nice..
agar kalau beliau rasa futur dan menjenguk blog saya..
menjadi pemangkin semangat dan pendorong untuk terus bangkit dan bergerak
untuk membuktikan kata-kata yg pernah diucapkannya.

'saya ingin menjadi seperti yang semua org mahu. seperti orang yang ditarbiyah. ya. saya ingin jadi orang yang tetap atas landasan keimanan. menghayati dan mendalami Islam. bukan setakat cakap-cakap kosong sahaja. saya takut saya lupa semua tu. saya tak nak. saya nak tetap berada dalam keadaan org2 yang ditarbiyah. yang bukan munafik. yang bukan juga fasik. saya nak jadi orang yang membina agama bukan merobohkan. saya nak jadi cahaya di dalam kegelapan. menerangi jalan-jalan orang yang ingin kepada kebaikan. saya ingin menjadi hamba yang taat. sami'na wa ato'na. macam generasi sahabat. macam salahuddin, umar abd aziz, sultan al fatih, hasan al banna..doakan saya ya utk terus kuat. saya sangat2 sayang kat akak lillah. moga petemuan kita nanti disebaik2 tempat. disyurga yang kekal abadi.


yang benar
nfs
akak murabbi saya
saya mutarabbi akak'


owh..nice bukan ayat akhir tu..kuang kuang..
sentiasa mendoakan..
usaha seterusnya dari diri anti sendiri ya..
nanti kalau antunna dah kuar sekolah then akak turun taman islam tu mesti sedeyh sket kan antunna takde..haha..
nnt akak reply surat anti dalam blog ni. dalam post lain..
taknak letak sekali.

p/s : optimis, positif, usaha, kebergantunga pada Allah, doa--> moga istiqomah dan tsabat. amin

Tuesday, June 22, 2010

semasa..

bismillah..
alhamdulillah..segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

alhamdulillah masih dibenarkan untuk bernafas dengan udara tarbiyah..moga terus dibenarkan olehNya hingga detik akhir nafas diri ini. ameen..
dah lama tak tulis kat sini...banyak kali dah nak post tapi memikirkan macam nak post benda yang membuatkan blog ni jadi blog picisan yang sebenar-benar picisan..ntahla..tapinya..dah cakap..jangan lah baca..sekadar nak berkongsi pengembaraan diri ini di jalanNya..

berada di 'teratak bonda' bak kata saljibiru..hoho sedang menunggu tawaran penempatan mengajar. insya Allah, jika tiada aral 19Julai ini akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang guru. sangat berdebar menunggu penempatan. sekarang ni sangat berdoa agar diberi kekuatan untuk terus tabah dan redha dengan setiap ketentuan dariNya. yes..posting ni menentukan arah tuju, gerak kerja seterusnya...ya Allah bantu aku untuk menerima setiap keputusan dariMu yang pastinya itu yang terbaik buatku biarpun dari luarannya tidak terlihat kebaikan yang besar buat diri. tapi kuyakini hikmah yang mendatang dan semua ini adalah ketentuan dan rahmat dari Mu.. 
berita yang agak mengejutkan..
roommate dapat sarawak..
tangisan mengiringi ketentuan itu..tapi aku tahu dirinya pasti bersyukur dengan setiap ketentuan dan berusaha menerima..tangisan itu bukan kerna menyalahkan takdir tapi mungkin mengenangkan apa yang bakal ditinggalkan..keluarganya..team dakwah sekolah..roomate nya terutama aku ish perasan perasan, akhwat sehalaqah, akhwat upsi, murabbiyahnya , para murabbiyah sekolah dan ramai lagi...ni saya rasa2 je cik zi..walaupun tak betul sangat tapi saya yakin sedikit sebanyak ada benarnya..moga terus redha dengan ketetapan dariNya..kita merancang dengan cita-cita, Dia merancang dengan cintaNya..walaupun kamu bakal merindui ku..hehe..doa ku dari jauh..ana pun tak tahu lagi bakal diletakkan di mana..ukhti..jadikan kenangan itu sebagai penguat untuk terus bergerak dan tidak mudah patah semangat ya..bina kehidupan baru di sana..ana tujukan satu lagu buat anti..sebenarnya..masa kat muzium dengar lagu ni memang dah bergenang air mata bila memikirkan saat bakal berpisah..mungkin lepas ni akan jarang sekali untuk kita berbual bersama tak berenti sampai cik sol cakap 'hish kome dua ni dari dulu sampai sekarang tak pernah habis nak cerita ye...ada je nak diborakkan' ' dah dah jangan cerita lagi..pi siap dulu..ni kalau dah jumpa 2 orang memang tak berenti'.. paling tak tahan ayat hawizah 'kita tengok kak dibah dengan kak hirzi ni macam orang yang bercinta tapi tak meluahkan cinta masing-masing' haha..lebih kurang gitu kot ayatnya.. n respondnya sorang angkat kaki, sorang tarik telinga hawizah..tak sangka dia nak cakap macam tu..paling tak tahan dia sambung..'dah lama nak cakap sebenarnya' cik sol pun tahap gelak sakan dengar benda tu..huhuhuhu..tu satu kenangan..ya..tinggal kenangan saja..life must go on..kehidupan sebenar adalah pada detik ini. eh..sambung tadi nak dedicate lagu untuk anti..ni lagunya..

sebiru hari ini..

Sebiru Hari Ini

Birunya Bagai Langit Terang Benderang

Sebiru Hari Kita Bersama Disini



Seindah Hari Ini

Indahnya Bak Permadani Taman Surga

Seindah Hati Kita Walau Kita Kan Berpisah



Bukankah Hati Kita Telah Lama Menyatu

Dalam Tali Kisah Persahabatan Ilahi

Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya

Hapus Air Mata Meski Kita Kan Berpisah



Selamat Jalan Teman

Tetaplah Berjuang

Semoga Kita Bertemu Kembali

Kenang Masa Indah Kita Sebiru Hari Ini


jangan nangis jangan nangis..
thanks a lot for everything..
menadah telinga dengar pasal taman Islam terutamanya..
anti n cik sol sahaja yang cukup memahami pasal taman islam..walaupun mungkin cik sol agak tak berminat untuk itu..huhuhu.thanks a lot untuk segala nasihat n melayan kerenah n mood saya..hohoho..samalah dengan awak juga yer..pape pun..ukhuwahfillah..ukhuwah itu tidak dipisahkan oleh ruang..terus kekal dalam doa ya..n doakan untuk dapat roomate baru macam kamu juga..huuuuuuu....mungkin lebih tepat lagi soulmate..haha..

then.
taman Islam.
.minggu ni buat pertama kalinya tak turun atas alasan yang cukup macam tak logik..tapi ana mohon padaNya agar keputusan itu betul..tapi jauh di sudut hati amat sangat merindui kalian..sangat amat..kalian terus berada dalam doaku..insya Allah hujung minggu ni anda umur masih panjang andai masih diberikan kekuatan olehNya..kita berjumpa..doakan imanku semasa berjumpa kalian..aku berusaha menjaganya..namun begitu mudah tercalar..aku akan terus berusaha menjaganya..

mendapat satu berita..taman Islam akan diserahkan kepada medan KL..hurm..so bermakna lepas ni upsi takkan fup lagi dah taman Islam..saat ini..aku berdebar sangat-sangat menantikan tampat posting..yang bakal menentukan samada aku boleh terus membawa halaqah taman Islam atau tidak..ya Rabb..berikan aku kekuatan. amin..ketentuan itu darinya..detik ini terlalu berdoa..andai ketentuannya adalah perlu melepaskan taman Islam..moga hati ini cukup kuat dan tiada air mata yang tumpah disitu..untuk meninggalkan semuanya di situ..ntahla..aku rasa aku dah cukup kuat untuk meninggalkan mereka..tapi bila disampaikan berita bakal bertukar medan..n ada akhwat baru akan masuk situ..n ada kebarangkalian juga untuk diserahkan pada management baru..aku jadi agak tak tegar untuk meninggalkan mereka..baru aku tahu..aku masih belum bersedia..keinginan untuk terus bersama mereka cukup menebal..rasa sayang cukup kuat..perlu mempergandakan lagi doa dan usaha agar tidak terlalu menyayangi..sebenarnya taknak pun sayang sangat..tapi hati dan perasaan amat sukar dikawal..mungkin atas banyak reason...mohon kekuatan hanya dariNya..

lagi satu..kebelakangan ni terkadang terfikir..apa cerita huffaz ni? what's the next step?..dan bagaimana langkah seterusnya?..dimana titik akhirnya?..bila langkah seterunya bakal memulai kembali?..itu sekadar persoalan yang berlegar di kepala..sekarang ni aku rasa bukan aku yang perlu bertindak dulu..hoho..bolehkah pk macam tu? buku pun tak siap lagi..my laptop rosak takleh buka...ni my brother punya laptop..cakap juga dengan pemantau yang bakal pergi jauh itu..dia kata..tanyalah penasihat..aku cakap..ala penasihat kan bz banyak benda nak pk..pemantau kata..ha..huffaz tu termasuk salah satu benda yang dia kena pk juga la tu..aku pk..betul juga..hoho..tapi takpelah..sekarang ni mengambil keputusan untuk mendiamkan diri ..sampai bila?sampai dapat posting n sampai dema pun pk balik pasal huffaz ni..n sebenarnya tujuan aku tulis ni pun..moga Allah menyampaikan kepada mereka dengan wasilahNya..hoho..cumanya..sekarang ni fasa cool la..yerla takkan la aku as a member of the team nak ambik sikap 'lantakla situ'. memang cukup tak patut..cumanya..mendoakan yang terbaik insya Allah amin..

nak berenti tulis dah cuma akhirnya nak sampaikan kepada beberapa org ni..kalau nampak/baca/dengar pasal buku ni mesti teringat kalian. n sedikit coretan..
versus @ hlovate - nur nailah mohd yusof - ok..kenapa ada masalah ta dapat atend halaqah every sunday petang tu tak gitau..asif jiddan kurang alert dengan itu..sentiasa merindukan anti..jangan nangis lagi..sentiasa berubah menjadi yang lebih baik n lebih baik ya..untuk bantu mak ayah kita di sana nanti..me-yang sentiasa menyayangii kamu dan mendoakan agar jurang antara kita akan hapus dan lenyap..ameen
denyut kasih medik - dr farhan hadi - aimisya...bergenang air mata akak dengar tulisan tulus anti untuk anti berubah jadi lebih baik..akak doakan moga hidayah Nya sentiasa bersama mu dik..jangan ditangguhkan perubahan ke arah kebaikan itu..kerna kita tak mahu kebaikan itu lari jauh dari kita...ya..
buat mu :
fariha - di mana kamu..kenapa berdiam diri..asif andai tak dapat menjadi yang terbai buat diri kamu..aku hanya insan penuh dosa..sukar menebak isi hati org lain..
farah - huhu..baru tahu..rasanya kamu org popular sanguine..rindu ingin bercerita sama kamu
anis wardah - jangan biarkan cuti itu membunuh kamu..biarkan cuti itu menjadi baja buat iman mu..bagaimana? dengan usaha kita ukhtiku..
aliya najaa' suhaila n insyirah- kalian sangat comel..sedang berubah ke arah kebaikan..akak sentiasa ingin menjadi seperti kalian yang cukup lembut dan penuh kesopanan..kalau cakap tu..fuh..akak pun cair..kome cakap halus sangat n lembut..aiyak nak jadi macam kalian hoho..doakan ya..huhuhu
yati - kita masih ada jurang rasanya..tapi anti baik dan comel..perlu pandai pilih kawan ya..itu yang sangat menentukan dan mempengaruhi siapa kita esok..
saff n teha - kamu harapan ummah..huhu..banyak sangat dah ayat untuk kome 2..rajin belajar tahu..jangan malas..cepat lapar takpe..makanla..tapi semangat belajar itu juga perlu kuat..

cukup sampai sini..dah terlalu panjang..
moga Allah mengampuni dosa-dosaku atas segala khilaf diri dan memandu aku ke jalan yang diredhaiNya..amin.- doa ditebarkan buat semua juga

Tuesday, April 27, 2010

selesai akhirnya..what's next?

bismillah..
segala puji bagi Allah. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw

alhamdulillah..
akhirnya selesai..
titik. noktah. setle.
Allahuakbar.
hanya menunggu ujian seterusnya apa pula..
insya Allah pastinya Allah akan memberikan ujian sesuai dengan kemampuan setiap insan.

bermula dengan satu mesej
'abi dah tahu kitorang ikut halaqah luar'
dan kisahnya bermula apabila terus disodok untuk mengetahui datangnya dari mana..
kenapa tak tahu dan tak beritahu..jadi sila pilih salah satu sahaja.

2 minggu lepastu mereka buat keputusan untuk ikut halaqah abi.

sebenarnya. ni sebenar-benarnya. ana dengan dema 3 org je tahu.
ada sedikit kesalahfahaman dalam menginterpretasi maklumat akibat data yang tak lengkap.
yang saya dapat.
'kitorang ikut halaqah abi'--->  titik
sebenarnya
'kitorg ikut halaqah abi'---> n go on dengan halaqah akak..
hohoho

tapi bagi ana sendiri..
kesilapan tu atau mungkin lebih tepat lagi kesalahfahaman tu
hikmahnya terlalu amat besar
buat diri dan mereka juga.
terlalu amat.
kesalahfahaman tu bukan kebetulan.
rancangan Allah sangat baik..
kalau ditengok flow salah faham tu..
cantik, rapi, bukan satu tanda tapi banyak tanda untuk memastikan maklumat tu..
rupaya silap sikit
hehe

tapi pape pun..
finally
liqo' yang amat sangat membahagiakan..
ntahla..
semalam rasa bahagia sangat
sebab release banyak benda kot
finally..finally.
jazakumullah keapda kalian sebab sudi turun dan memberikan penjelasan
yang memang cukup jelas.
finally
semua tersenyum bila diberitahu...
ohh..rupa-rupanya..baru jelas
banyak kali dema cakap..
'apesai akak tak gitau awal-awal. kan senang'
haha..
cik yang..mana boleh saya bagitau..
itu konsep sir dan taat.
alhamdulilah setle..
terlalu bersyukur
lepas ni terus untuk ikhlaskan niat..
prepare halaqah..
tengok dan fokus pada mereka ok..

ya Allah..rasa nak nangis
dengan teguran ini..
alhamdulillah
Allahuakbar.

Tuesday, April 20, 2010

kenangan semalam

bismillahirrahmanirrahim.
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

kilat dan guruh di luar sabung menyabung..
awan mendung terus berarak megah..
deraian hujan belum lagi muncul..
mungkin dalam beberapa detik saja lagi
titis titis itu akan membelah bumi dan membasahinya..
suasana yang menggamit hati untuk mencoret sebait dua kata

cewah dibah..sejak bila pandai bersajak..
berpuitis bergurindam dan sebagainya..
haha..sekarang ni tahap labah-labah ada dalam perut dah merayap naik ke leher..haha..
kui kui kui..kak mar di sebelah memerhatikan ku tersengeh sendirian..

ingin mencoret kembara yang berterusan..
hujung minggu yang lepas..
meneruskan sarana tarbiyah..
berprogram bersama akhwat..
perjalanan dimulakan dengan jaulah ke tempat program bersama halaqahmate..
semua sekali ada..

memang itu yang dirancang kerana mungkin ini jaulah bersama buat terakhir kalinya sebelum halaqah dibubarkan..dan sebelum kami semua bertebaran ke bumi yang baru..
oh..dari cari tiket, hari sebelumnya..naik bas, dalam bas, turun bas, tunggu akhwat dan perjalanan ke tempat bermalam..sangat memberikan seribu satu kenangan..subahanallah..sepertinya ingin dititipkan setiap kenangan disini..tapi masa amat mencemburui..biarlah ia menjadi kenangan indah..
ketawa dan gembira bersama..sedih juga bersama..
susah payah ditanggung bersama..
gurauan yang mencuit hati dan pastinya menggamit rindu kelak..
subahanallah..
ukhuwah yang teramat indah..
tidak mampu dinilai dengan apa-apa sekalipun.

keesokannya..sabtu
perjalanan ke kuala kangsar..
naik bas..
duduk sebelah murobbiyah..
hehehe..
banyak kenangan yang mencuit hati..
sampai di tempat program..
sebenarnya program ni program pihak sana...
dan kami datang untuk memeriahkan dan mengambil pengalaman serta ilmu..
dan sepanjang program..
ana mohon ampun pada Allah..
andai hati ini tersalah..
tapinya..memang sepanjang panjang sehari..yang dibuat adalah menilai program itu..
pengisi, content, cara, orang, pengurusan dan banyak lagi
lain dan sangat lain..
berbeza dan cukup berbeza..
walaupun..adalah yang sama sebab nama lagi program islamic..
ada yang mampu ditelan ada yang hanya mampu diluah sebab tak tertelan..
memujuk diri..program umum..
memujuk diri..mereka adalah mereka..
kelebihan dan kekurangan perlu diterima..
janagn cari kekurangan..
koreklah kelebihan..
untuk mendapatkan tsiqah disitu..
dan saya berjaya!
tak perlulah analisa ditulis disini..terlalu peribadi dan terlalu rahsia untuk diketahui umum..
lagipun pastinya berkajang-kajang untuk dikarang..
cakap kat murabbiyah..
'kita suka ikhwah kita yang mengisi dan bagi pendapat'
dia juga sangat bersetuju..
hohoho..
tanya akhwat..
'camne ngan program ni?'
'kita ok je'
'ok alhamdulillah'
'ntahla..program umum kan'
'kita rasa nak balik je masa tengah program'
hahaha..
ok lah akhwat ku..ni permulaan kan..
murabbiyah cakap ' memang lapang dada amat sangat ditintut untuk perkara macam ni'
yeah..
i agree..
cool


esoknya..ahad..
program satu cinta halaqah kami dan halaqah satu lagi..

ditengah ceruk hutan..
mula-mula perjalanan jauh menuju ke manong..
then masuk satu jalan kecil..
then masuk jalan tanah merah ditepi-tepinya lalang
then sampai ke satu kawasan kebun getah..


sayakan budak bandar..
so nye..
subahanallah..wuyoo..
pokok getah siap ada susu getah menitik lagi..
ish ish ish..nih setahun sekali tak tentu lagi jumpa nih..
roomate kata
'cik diba..mehle datang umah kami..depan je ladang getah'
hihihi

program yang best nice sangat-sangat
menjemput pengisi juga daripada pihak sebelah sana..
ok la..nice.banyak input..
walaupun di tengah ladang getah..
then bbq,
presentation untuk persediaan posting..
subahanallah..
tak terluah dengan kata-kata kenangan yang indah itu..
semunya atas dasar ukhuwahfillah

kenangan terindah
luvely circle with mini dustbin..nice nice..
semua pakai baju iic tau kecuali our mama..

last
liqo' halaqah kami sat
semata-mata nak bagi cenderahati halaqah..
mini dustbin meow..

saya dan roomate punya mini dustbin

p/s : i'm really admire orang yang pakai cermin mata..hurm..bahaya ke?haha

Thursday, April 1, 2010

yang lebih aula'

 bismillah..
sejak 2 hari ni banyak diketuk ketuk dengan hal lain plak..
hihi..erm..alhamdulillah..bahagia rasanya dapat banyak peringatan..
walaupun masa tengah dengar tu..rasa macam tong gas jatuh atas kita gak..
tapi ok..salah sendiri refleks sendiri la yek..
ok..apapula halnya...

erm..
'jangan terlalu sibuk dengan benda teknikal sampai perkara yang utama iaitu halaqah diabaikan'
'ha..macamana halaqah kat sana?'
'fyi, kami fokus halaqah n sebab tu tak tengok sangat bab teknikal ni..tapi antunna la..jangan sampai tak fokus halaqah'

hurm..
ketukan yang membina n i realise few things
-yes memang benda teknikal ni amatlah banyak ambik masa saya awalaupun sebenarnya benda yang jauh lebih aula' adalah halaqah tu sendiri. jangan nak tipu dua-dua dapat cater dengan baik..buktinya apa yang berlaku sekarang ni? pk sendiri la kan dib..
okeh..okeh..T_T
-contoh macam buat halaqah sendiri, dan sebagainya..
ok..alhamdulillah..sedar diri dah..insya Allah akan diperpanjangkan kepada yang lain..
ramai yang cakap dan saya yakin itu satu doa..
'kami yakin la dib akan terus dapat bawak taman islam..dapat area sana'
yakin je my roomate n my mom tu.. but pray for it..n doakan..
tapi in my side..ana dah boleh terima walaupun agak tak yakin lagi..
untuk lepaskan taman islam pada bakal mas'ulah - yang dah dipilih sekarang ni insya Allah ( fasa training)
liqo ke 4 agak banyak mengetuk diriku dan banyak mengajar mereka..
alhamdulillah..
mungkin perlu lebih 'efektif' dan effisyen' - 2 different word with different meaning yangs aya pun masih confuse..hohoh..lupakan..

alhamdulillah..2 anak binaan merangkap murabbiyah taman Islam nampaknya kelihatan semakin matang dan pengorbanan pun boleh kata tahap superb r sekarang ..word yang mas suka..hoho..
walaupun mungkin masih ada beberapa sisi yang perlu diperbaiki..but its ok..itu adalah satu proses kan?
jazakillah khair atas segala pengorbanan antunna..
paling tak boleh lupa..
lepas program kat kuala woh..antunna sanggup untuk terbang ke taman islam untuk halaqah..walaupun kepenatan keletihan..sampai sini malam..akak pun rasa penat giler hari tu..mungkin sebab berenang yang ambik banyak tenaga pagi tu..tapi antunna terus bertahan sampai malam..
moga Allah memberi kalian dan kita semua kefahaman dan kekuatan untuk terus mengorbankan harta, tenaga, masa..insya Allah amin..
very nice..naik tren duduk 4 orang sederet..
pegang quran n sorg pegang buku..
hurm..mohon kekuatan dariNya pastinya kan?alhamdulillah...
and also welcome kepada murabbiyah baru taman Islam..moga kefahaman yang benar menjadi milik kita..agar terus dapat memacu kita untuk berjuang lillahita'ala..walaupun sekarang blur..teruskan bekerja..learning process by doing ukhtifillah ..
paling best masa liqo' tengok antunna kumpul kekuatan nak cakap..s bebab kena paksa..hehe ..saya pun berapa banyak kali kena ketuk masa tu setiap kali keluarkan suara..
walaupun esok anti ada 2 test yang tak siap prepare lagi..tapi meluangkan masa untuk liqo' tu..alhamdulillah..moga Allah memberikan ganjaranNya buat antunna..
never mind..anti baca nota tengah-tengah liqo' tu..tapi takleh amalkan ye..sebab kena fokus..
hoho..
walaupun lepas liqo' tu saya rasa sangat berdosa disebab kan dosa-dosa saya..mohon ampunan hanya padaNya..
tapi papepun..
actualy very nice moment dengan antunna..
melihat antunna membesar depan mata..
jaga asolah dakwah kita..
teruskan tambah kefahaman..
selain pengisian..banyakkan membaca buku..kafaah dakwah dan kafaah diniah sangat penting agar tidak mudah futur..agar kefahaman dan gerak kerja itu benar-benar terpandu dan dipandu oelhYang Maha Esa..
insya Allah..
menyayangi antunna yang amat..
doakan agar kita terus istiqomah istimrar di atas jalan penuh mehnah dan tribulasi ini..

untuk mainpower pula..
semakin jelas..
walaupun masih ada kekabutan disitu..dari segi penyelesaiannya insya Allah..
saya yakin..pasti ada penyelesaiannya..mohon hanya pada Nya. insya Allah dengan usaha yang telah dicurahkan..

akak nukilkan disini..
sebab sepertinya tidak sanggup semua kenangan itu pergi begitu sahaja..
walaupun anti suka tangkap gambar kan..hihi..
ukhuwahfillah ilal jannah insya Allah ^_^

p/s : hadiah ben 10 hijau dari anti become my favourite stuff right now..jazakillah khair..

Wednesday, March 24, 2010

luvely moment

bismillah..
segala puji buat Rabb sekalian alam..
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad

alhamdulillah..
saya suka halaqah saya..
sebab apa?
sebab sangat-sangat menggemukkan iman..
sebab sangat memberi kefahaman tentang dakwah..
sebab memberi semangat untuk terus berjuang..
sebab selalu kena marah..
sebab selalu kena ketuk dan kena tegur
sebab selalunya sedar diri dalam halaqah tu..
sebab sangat menyedarkan saya tentang banyak perkara
sebab sangat banyak mendidik saya untuk berkorban, bertolak ansur, itsar..walaupun saya tahu kekadang saya ni memang anak derhaka dalam halaqah..hohoho
sebab saya akan release and realize banyak benda dalam halaqah ni..
pasti akan merindui halaqah ini..
especialy my lovely mom (alamak janganlah dia baca ni)
kalau saya dah jauh nanti..
sebab saya tidak berhajat untuk berada di medan sekarang dan sangat berdoa untuk berada di area kl..amin ya..tapi ketentuan Allah ku cuba teriba sebaiknya insya Allah..

untuk berada bersama haalqah ni mungkin hanya 2 kali atau 3 kali lagi..
ohh..tabah ya hati..
ya..
halaqah minggu ni sekali lagi keluar ayat..
'sebab tu pentingnya halaqah kan?
yes..
kondisi sekarang sama dengan kondisi sem 4..
sangat-sangat tak clear pasal satu benda ni..
but thanks for my mom ya..
saya dah nampak praktikal nya gimana..
saya akan postkan dalam next post

sekarang ni perlu membina diri dan mereka-mereka agar mereka juga merasai apa yang saya rasa malah lebih berbahagia lagi..
berbahagia dengan segala kesibukan, ujian, mehnah, tribulasi, kesukaran, perlunya berkorban..
berbahagia kerana inilah jalan yang dilalui RasulNya..alhamdulillah bahagianya..
berbahagia kerana merasai kemanisan iman..
berbahagia kerana sangat merasai Allah itu sentiasa bersama..
berbahagia kerana sedar malaikat sentiasa mencatat amal dalam buku amal kita dan akan diperlihatkan kepada kita kelak..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
teruskan usaha dalam mencetak kader lillah..

dan satu lagi ayat yang banyak keluar dalam halaqah kali ni..
'tarbiyah kan satu proses'
yes n yes n yes
saya dan kita semua sedang melalui satu perjalanan dalam memperbaiki diri..
kekadang rasa buta..
tak nampak apa yang kita buat ni betul ke salah..
kekadang tu terasa sangat
n berkumandanglah..
'bila kusedari diri disayangi langkah kaki ini semakin berani
bila terkeliru ku sebut namaMu.. terasa diriku semakin dipandu'
and yes..
segala-galanya kuserahkan pada Allah..
dan pastinya dalam apa jua perkara itu yang perlu kita lakukan..
dan alhamdulillah..
datangnya teguran dari jauh dan dekat..
petunjuk dari jauh dan dekat dalam pelbagai wasilah..
yes..
kebergantungan pada Allah is the key..
don't worry ukhti..
atas segala ketidaktahuan..
atas segala kekonfiusan..
atas segala kebluran..
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..
serahkan je la pada Dia..
dan usahalah sebaik mungkin..
insya Allah kita pasti akan berani dalam apa jua perkara..
yes!

memberi amanat kepada binaan taman islam tersayang..
'andai halaqah ini tak seperti yang kita impikan, seperti yang pernah kita baca di novel-novel atau blog..
apa yang perlu kita lakukan? samada meninggalkan atau mencari seperti apa yang kita nak ataukah sama-sama menampung dan menjadikan halaqah ni terus best..
sama-samalah kita menampung..dan menjadikan halaqah ni best..setiap individu bertanggungjawab untuk itu..dan tak tentu lagi apa yang kita impikan akan kita jumpa dengan mencari yang lain..jadi langkah terbaik.sama-sama kita bina..agar kita semua menjadi kader lillah insya Allah..'
tapi ikutla antunna sayang..dah besar dah .dah pandai pk..kan saff kan?kan teha kan?hoho

Friday, March 19, 2010

kesekian kali

bismillah..
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam kepada kekasihNya Muhammad b Abdullah...
lama tak post..
masa diambil oleh kerja-kerja dakwah..alhamdulillah
tapi kenapa post jugak..
sebab..saya mengesan ada org yang dapat mengakses dah blog ni..
harapnya orang2 yang tersesat dan saya tidak kenal lah..
kan post kat bawah tu tak bagi org baca
so post ni lebih kurang macam alas..kalau dema masuk blog ni taklah post yang takleh baca yang dema jumpa 1st menyebabkan nak baca..
oh..what ever.

terlalu banyak cerita dan kisah yang menambah rasa kehidupan..
sangat-sangat..
alhamdulillah..Allah masih memilih untuk berada disini..
dengan banyaknya halangan mehnah ujian yang datang..
menambah pengalaman hari ke hari..
dan saya juga semakin tua dan menuju hari kematian..
entah bila..
entah bersedia atau tidak..
entahla..
hanya mampu berusaha..walaupun terlalu banyak melakukan dosa..
walaupun taubat seakan-akan tidak berkesan..bukanlah taubat kan namanya..
tapi permohonan ampunan pada Allah..seakan akan ritual terkadang.
itu tidak wajar..
tapi aku insan yang sangat lemah..
aku hanya mampu berusaha walaupun hati ni seakan-akan batu yang membeku terkadang..
tapi aku perlu terus berusaha..
agar redhaNya akan menajdi milikku
hingga husnul khatimah dan jannah abadi manjadi realiti.

sambungan post sebelum ni..
malam tadi banyak cakap dengan 2..
dah 2 kali liqo' dengan halaqah kampus lepas post yang sebelum ni..
alhamdulillah..
dan banyaklah perkataan yang keluar dari hati..
'rupanya rupanya rupanya.'
'oh..'
'baru ana tahu..'
tapi papepun..
pembinaan mereka taklah seteruk yang difikirkan..
mereka ok saja..
buat task dengan baik..
menyumbang kepada tarbiyah dengan baik..
walaupun mungkin masih banyak sisi yang tak mencapai tahap apa yang kita nak..
tapi itukan satu proses..
dan mereka faham dengan arahan yang diberikan..
mungkin terkadang ana agak tegas..
'tolong jawab berdasarkan soalan. anti agak banyak menerawang bagi jawapan'
ada yang kata..
'terkejut juga..tak pernah jumpa..tegas untuk dapatkan jawapan tu juga..tepat dengan soalan..'
saya dalam hati kata..
saya tengah belajar.
minta maafla kalau terkejut n tak dapat terima sangat
mungkin bekerja dengan pihak lawan jenis buat saya jadi camtu juga..
hohohoho..

kalau untuk bulan 4 ni..
hurm..
serahkan hanya pada Allah..
semua pihak pun memikirkan masalah mainpower ni..
n semua juga sama..
stuck...
sebab banyak benda yang tak pasti..
ana yakin Allah merancang yang terbaik untuk hambaNya..
dah ada calon mas'ulah..
walaupun tahapan tu agak jauh..
tapi sangat yakin..
Allah merancang yang terbaik..
kalau diizinkan untuk saya terus 'meneraju' (sesuai kah word tu?) taman islam..makanya saya akan berada terus bersama taman islam..
jika saya dicampakkan jauh...
makanya akan ada jalan untuk semua masalah yang bakal timbul mungkin..
dan itu adalah yang terbaik..
sebab..semuanya ketentuan Allah..
kita hamba hanya perlu menerima..
setelah berusaha..
dan saya sedang berusaha ke arah itu..
insya Allah..

kena ketuk dengan murabbiyah..haha
'memang betullah roomate (dia sebut nama) kata..ana juga setuju dengan ikhwah tu
anti banyak buat kerja sorang-sorang..
cuba tengok macamana ana boleh faham dulu
dib pun boleh faham jalan dakwah ni
boleh rasa cintakan dakwah ni..
sebab buat banyak kerja..
so dib kena seimbangkan untuk bagi diorang task
supaya diorang cepat matang
kena pk untuk bagi task kat dema'

okeh okeh okeh..
lepas semalam..
slow talk dengan dema..
nampak cukup jelas mereka macamana..
jazakillah khair ukhtifillah..anti berterus terang..
hurm..okeh..
sekarang ni just apakah tindakan yang perlu diambil..
okeh..

Tuesday, February 23, 2010

nice - circle..


dedicated to all my lovely halaqahmate..
jaszakillah khair for the very nice halaqah..
my mom, both roomate n another two halaqahmate..
thanks for being a part of my life..
all of u make me strong..
thanks a lot..
give your ear to hear my long story n many musykillah about taman islam..
about all my binaan..
to my lovely mom..
thanks a lot for ur care (even tak sayang sangat pun..haha..tapi saya tahu awak sayang saya), for the strenghtness(i know all of that is from Allah), for the knowledge and kefahaman in this dalan dakwah, for the sharing, n menelan segala kerenah saya..
i love my halaqah even kekadang memang tahap mengantuk nak terbabas tidur..
even kekadang geram gak..kita dok drive depa boleh dok melantak tido..(tapi takpe atas dasar ukhuwahfillah..bak kata wiz..hikmah untuk kak dib mungkin lepas ni kena drive jauh..saya takkan cabut stereng keta tu n ketuk sorang2 =)..saya akan terus drive sampai ke destinasi..even kekadangs ebenarnya ada rasa letih amat..n nak je cakap..boleh tak ganti ana drive..tapi mohon kekuatan pada Allah n atas doa antunna ana terus kuat hingga ke destinasi..alhamdulillah)
tapi best sangat..
antunna sangat mengikat ana..hoho..ikat apa nih?
specially dedicated to my roomate..
hoho..'labah-labah dalam perut'
want a soulmate like u..hoho..understand me and eventhough sometimes(selalu gak r) kita berdiam bersama (gaduh la kan)..tapi terima kasih sebab memahami saya..
caiyok untuk hari kekasih kita k...

Thursday, January 28, 2010

innalillah..

bismillah..
innalillahiwainnailaihiroji'un..
sorang akhwatku kemalangan..
ukht. madiah
kemalangan dalam perjalanan balik dari sri iskandar awal pagi rabu menuju ke rumahnya di tapah
kemalangan di batu gajah
patah tulang bahu dan tulang belakang no 3 dan 5 (kalau tak silap)
kemungkinan lumpuh kaki..T_T
air mata tak henti menitis..
dia insan yang sangat ceria..
menceriakan insan di sisinya..
moga Allah beri kekuatan padanya agar terus sabar dalam menghadapi musibah..
dan pastinya di saat ini para ikhwah wa akhawat terus mendoakan dan melakukan solat hajat untuknya..
ni antara ujian paling besar pernah menimpa akhawat yang melibatkan mungkin cacat seumur hidup..
dan dia akhwatku..
sejak kecil dalam tarbiyah dan membesar bersama..
banayk kenangan dilalui bersama..
ya Rabb..berikan kekuatan padanya..
agar dia terus dekat denganMu
Engkau sebaik-baik perencana..
bantu kami dalam mengambil ibrah dan terus hampir denganMu..
T_T