'ada 3 orang yang wajib datang nikah kita termasuk dib'
'siapa2 orang lagi?'
'rasa2 sapa?mestilah dib tahu'
akhirnya..tidak dapat menghadirkan diri ke majlis pernikahan.
tapi berkejar ke kuala kangsar untuk menghadirkan diri ke majlis walimatul urus akhwat yang sangat aku sayang ni.
walaupun pada masa yang sama menjadi timbalan pengarah program kem lepasan spm.
alhamdulillah.tak buat kerja gila pergi juga jumaat tu.
sebab jumaat yang kelam kabut untuk program tu. alhamdulillah. sabtu selamat pergi dan pulang.
satu je rasa sepanjang berada di walimah itu.
sangat sayu.
saya bersyukur kerana dia dah menyempurnakan separuh agama. alhamdulillah
tapi saya terasa sangat-sangat kehilangan
(sekarang ni mata berkaca-kaca)
sangat sangat.
selalu saya suka tengok pengantin. tengok lama2sebab cantik.
tapi pengantin yang inisaya tak sanggup tengok lama-lama.
takut cair pula air mata ni depan mereka.
terasa tak sanggup melepaskan dia pergi menjadi milik orang lain.
orang asing!
semasa mahu pulang.
bergambar sebentar.
saya berdiri sebelah dia.
dan saya orang pertama salam dia lepas ambik gambar tu
saya peluk dia, dia peluk saya.
tapi saya tak mampu nak cakap apa-apa.
even barakallahuakum
not even one words.
tapi dia cakap.
'doakan..'(ada lagi tak ingat)
saya pandang dia senyum je dan dengan cepat saya terus keluar.
saya risau. kalau saya bercakap, bukan suara yang keluar,
tapi airmata.
lagi lama saya menatap dia, lagi sayu rasa hati.dan dia akan tahu saya sedih.
saya risau. kalau saya bercakap, bukan suara yang keluar,
tapi airmata.
lagi lama saya menatap dia, lagi sayu rasa hati.dan dia akan tahu saya sedih.
nasib baik saya tak nangis.
dan saya mampu menahan air mata daripada keluar sepanjang panjang panjang.
sampailah hari ini.
deep in my heart.
saya sayang dia sangat!
dia murabbiyah saya. lama.
roomate sejak matrik.
dalam dunia ni ada 2 orang yang saya boleh cakap dengan baik.
dia dan roomate.
entahlah..
saya sayang dia.
saya tak tahu kenapa saya sayang dia sangat
sangat.
dulu masa habis upsi,
saya sedih sebab risau tak boleh jumpa dia.
tapi alhamdulillah.
lepas 2 tahun meninggalkan upsi saya masih jumpa dia dalam meeting-meeting kami
dan selalu sembang dengan dia dan selalu jaulah dengan dia
masih boleh curhat, gelak-gelak
tapi.
bila dia diikat dengan sebuah ikatan pernikahan
dia dah menjadi milik orang lain.
terasa sangat dia hilang.
terasa sangat kehilangan dia.
kehilangan untuk selamanya
no more jaulah-jaulah
no more sembang-sembang
no more jalan2naik kereta
no more makan-makan kat d limau nipis.
no more makan ayamas kat masjid.
entahlah
saya masih belum mampu menerima
ya Rabbi.
kuatkan hati aku
menerima perpisahan ini.
sedih terasa.
sebab terasa dia lain.
cakap dengan hirzi
'kita sedih sangat'
hirzi kata
'kenapa sedih. kita gembira. n excited je'
esoknya dapat sau meseg
'kita pun sedih juga. baru terasa' hirzi
tanya ima
'ima ok ke?'
'ok je.
'terasa lain tak'
dia angguk dengan macamtakda perasaan tapi pandangan yang bermakna. dan saya tahu. dia juga rasa sayu.
'rasa lain. kita tinggal bertiga je weh' ima sambung
so
kesimpulan untuk saya, hirzi n ima..
ini hakikat yang kita perlu terima.
dia dah nikah.
tinggal kita bertiga
jadi.
jomlah kita kawen juga..
nanti taklah sedih sangat kan..
kan?
ana dedicate lagu irfan makki ' mabrouk'buat
ukhti solihah n akh munaim.
ukhti solihah n akh munaim.
barakalahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair
p/s : taknak letak gambar mereka. tengok pun belum boleh. sebab nanti saya nangis.
ukhti... setiap kali mereka nikah, ni lh y ana rasa..
ReplyDeletejaulah walimah yang kulitnya nampak suka sebenarnya dalam hati Allah jeq yang tahu..
huhu
nanti bila anti nikah, ana plak yang akan terasa.. ^_^
ummi... ^_^...
ReplyDeletehirzi :Post kamu telah membuatkan mata kita berkaca-kaca semula dan semua perasaan sayu, sedih, syukur kembali...Rasa x sanggup nak berhadapan dengan rasa yang sama buat kali kedua, ketiga dan seterusnya...Noradibah Rohiman dan Nurima Mohd Kamal
-saat ni tengah nangis lagi.entahlah.bilabaca post ni saya masihrasa sayu sangat.tadicakap dengan 'puansol'.dia sangat hepi. alhamdulillah.wpun jauh di sudut hati saya. rasa sayu tu membuak-buak!. tak baikk! tapi tak tahu nak hilangkan macamana. tapi saya tahu,as time goes by, rasa ni akan cure sendiri. sayatahu, saya perlubergembira juga sepertia dia gembira.kan?? Rabbi..kuatkan hatiku ameen.
hurm... luahan rasa seorang sahabat..
ReplyDelete