Thursday, December 30, 2010

buat kalian


Bismillah..
Buat farahana, wardah, yati, teha, asila, aliya, suhaila, asila, wanimer..
Baru 2 minggu kalian berada di rumah..
Jangan jadikan futur sebagai peneman.
Jangan jadikan perkara lagho sebagai hiburan hati.
Jangan jadikan maksiat sebagai makanan jiwa
Tengok balik bagaimana hubungan dengan Allah
Solat awal waktu..
Mutabaah yang sedia ada..
Kalau pun kita sukar nak buat yg tambahan..
Sempurnakan yang wajib
Jauhi perkara yang tidak sepatutnya…
Jaga hati kamu
Jaga iman kamu
Rancang  waktu cuti dengan baik..
Mungkin dalam fasa adapt..
Perlu kuat! Kerana antunna memang insan hebat!
Tiada yg mampu menolong antunna melainkan diri sendiri dan pertolongan Allah itu datang dengan usaha walaupun hanya doa.
Yang sentiasa menyayangi dan mendoakan kalian
-Sis diba-

Monday, December 27, 2010

medan KL

bismillah
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

diinterview untuk masuk medan KL secara mengejut.
n i've no planning for that..
n Allah lebih tahu n i've failed for the interview..hu hu hu
jujurnya..
ana sayang KL
dan nak buat yang terbaik untuk medan KL
but for this moment i know
ana tak mampu bersama medan KL yang jauh itu
unless ana memang dah duduk dalam KL..
unless ana tak keja..huhuhu

perjalanan dari KL ke banting yang agak jauh..
tu satu faktor yang besar..
merisaukan berada bersama medan KL  bukan memudahkan mereka malah memberatkan lagi mereka..
dan menjadikan dakwah saya lebih tidak efektif..
isma kl..
doa buat kalian..
saya doa saya dapat pindah KL tolong kalian ( hahaha..)
ok tak juga..saya doa akan ramainya a'do dakwah yang akan bersama kalian menggerakkan medan dakwah itu..
saya doa kalian diberi kekuatan untuk menggerakkan medan dakwah itu..
kekuatan internal dan eksternal..

apa pun ana akan pegang medan taman Islam dan menjaganya dengan sebaik mungkin

******
tambahan.
hari ni 29 dec 10
kenapa semua org pun menyokong saya pi KL termasuk
my mas'ulah..
dia kata..medan KL mmg sangat perlukan orang..pergilah..
cuba uruskan pindah sekolah...
- saya kata..apa alasan nak bagi nak pindah..takda idea langsung
mama kata..cuba pk di luar kotak..
huhuhu..ohh..tak sangka..
hurm.. saya akan tanya kat Allah..minta Allah tunjukkan jalanNya bagaimana..
dan apa yg terbaik dan dimana jalan saya sebenarnya. baik!
luruskan niat, ikhlaskan hati, tingkatkan iman.
insya Allah.
caiyok dib!


p/s : berikan aku kekuatan nak buat report ni..sangat takda mood..

JIRIM 2 dah selesai

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

dah habis dib ur JIRIM..
terasa terlalu cepat masa berlalu..
apa perasaan?

-syukur..
-sayu..
-terkilan
-terkilan sangat..T___T
-gembira

syukur alhamdulillah perogram berjalan dengan baik. ana cuba membuat yang terbaik untuk program ini. mungkin tak banyak yang disumbangkan. tapi saya tetap sebahagian yang menjayakan JIRIM. insya Allah

sayu rasa bila dah habis..bilakah lagi mahu berprogram macam ni? bersama-sama kita. mungkin tiada lagi..segalanya akan bercampur..ya Tuhan kuatkan hatiku menerima ketentuan Mu..terkadang rasa amat berat hati ini nak terima..tapi hakikat tetap hakikat. kenyataan tetap kenyataan.. hati perlu dibuka untuk menerima segalanya.. mungkin bukan mudah..tapi sikit-sikitla dan banyakkan doa pada Allah.
tapi rasa sayu sebenarnya sebab memang rasa sedih setiap kali program gini habis. kita dah bertungkus lumus, atend meeting, pk, cuba buat yang terbaik selama bebrapa bulan, berdebar dengan segala benda, gaduh sket, tak puas hati kat situ kat sini, kena marah kat situ kat sini. n finally its over. nothing to do with this anymore sebab d program already finish.  sedeyh rasa di situ. semua tinggal kenangan. sebelum ni step, iic, mukhayyam integrasi semua rasa yg sama...teringin perkara yang seperti ini berulang. mungkinkah?

terkilan sebab tak jumpa wardah dengan teha tadi sebelum balik. sebab semuanya nak cepat. n saya pergi solat tak sempat even nak hantar mereka pun.

terkilan sangat ni rahsia saya dan Allah sahaja.yang tahu.

gembira walaupun cuma dua tapi alhamulillah ada juga anak halaqah saya yang datang. thanks wardah n teha sudi datang. n teha dapat peserta perempuan terbaik. tahniah! tapi ada akhwat tanya
'tapi kenapa muka dia tak menampakkan dia gembira n menerima dengan baik'
'ada beberapa perkara yg dia tak dapat terima dalam program ni . pg td dia nangis ..................'
dan perbualan seterusnya adalah rahsia..
ok teha..ini adalah satu permulaan..
tidak tahu baik atau tidak buat anti.. mungkinkah tidak..
akak juga sangat terkejut dan rasa nak jerit dah
cuma..
ni adalah program umum....
dan mungkin ini adalah tindakan individu..
teha benda ni lah yang kita nak bawa sekarang dan cuba jaga dengan baik. harapnya kita dapat bersama-sama berganding bahu. membuat yg terbaik demi islam

n sebenarnya lepas jirim ni baru saya perasan...
sebenarnya saya stress dengan JIRIM..
sebenarnya saya stress..
takde selera nak makan
berat makin turun n that is something worst..
banyak sangat turun naik...( down n up )
tak lalu nak buat benda lain selain benda jirim..
agak tak bersemangat dalam semua benda
kerap demam..
kening berkerut sangat..
kalau ngadap laptop or tengah drive mesti muka berkerut..
n agak cepat marah..adikku la yg jadi mangsanya..
hurmmm....baru perasan..
n lepas jirim ni everything come back to normal..
alhamdulillah..
mula nak makan..
n lebih agresif..
even demam datang pergi tu agak tak hilang..
tapi makin better..
berazam nak naikkan berat..insya Allah..benda yg paling susah nak buat..
tapi semuanya bukan salah jirim..
salah saya..alhamdulillah sekarang dah ok sket..

ok
buat team JIRIM 2
walaupun antum tak baca post ni
takpe..moga Allah menyampaikan dengan wasilahnya..
ana minta maaf kalau terdemand banyak sangat
terkomen lebih sangat
ada yg rasa menyampah ke atau rasa apa2..
semuanya sebab saya nak buat yang terbaik untuk dakwah ni
tapi mungkin ter... menyusahkan orang lain.
asif jiddan..
minta maaf kalau saya ada terkutuk sikit2..or banyak2..
sangat seronok bekerja dengan antum.
moga Allah sentiasa menjaga iman dan hati kita..
agar kita sentiasa bertaubat andai sepanjang mengendalikan JIRIM ada
kesilapan yang kita lakukan..
gonna miss all this moment..
moga kita sentiasa dalam redha Allah..

p/s : saya kena buat dokumentasi ke? tapi taknak tanya..huhu

Saturday, December 18, 2010

JIRIM

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

JIRIM..5 days to go. semakin hampir..semakin tinggi debaran.
alhamdulillah..peserta amat menderu2 masuk setelah tarikh tutup 11 dis lepas.
makin menghampiri tarikh makin ramai. hari ni saja 8 org peserta perempuan baru mendaftar..
thumma alhamdulillah
menjadikan jumlah peserta perempuan 198
alhamdulillah. dan ana rasa bilangan tu akan terus meningkat sampai tarikh program...
n masa tarikh program nanti..wallahua'lam..samada akan meningkat atau menyusut bilangan tu..
moga terus meningkat..huhu..
peserta lelaki 151210- 213..dan ana rasa sekarang ni dah meningkat dengan tinggi juga..
target 500 - syukur tak buat target 400 ~ atas pagar...

nothing to say
cuma..
dapat satu kata-kata..
'dakwah ammah memerlukan tenaga yang besar
mudah2an Allah beri kekuatan dan tidak melarikan kita dari objektif utama - tajmik dan tarbiyyah'
key word dia tajmik n tarbiyyah. agak tersentak di situ.
mungkin agak larut dengan jumlah org dalam excel yg melambak2 tu..
yeah. yg penting tajmik n TARBIYYAH..

dan jadi ajk pendaftaran ni memerlukan komitmen untuk mengadap internet n laptop selama berjam- jam.
masukkan database. match duit yg keluar masuk. menerima panggilan. tadi kena marah okai dengan sorg makcik tu.. bagi msg penerimaan..update database setiap hari...
n baru perasan hari ni..boleh je bagi2 kan task kat ajk pendaftaran yg lain. kerja tu akan lebih ringan... diba pun kurang tension n stress.. n lepas buat tu rasa..ohhh.. ok..tu pentingnya amal jama'i kan?
juga
syukur punyai ibu yang memahami..anak dia dok menghadap laptop berejam kat umah. terima kasih Allah. mak tak banyak permintaan untuk anak perempuan dia yg dok kat umah ni.
syukur alhamdulillah.

doakan utk JIRIM dan dakwah kita. ni bukan semata2 nak mendapat takungan 40 000 nak mencapai target projek GEREM. bukan juga untuk menaikkan nama KRIM. moga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk berada dalam tarbiyyah..amin...

Monday, December 13, 2010

jaulah

bismillahirrahmanirrahim..

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

nak cerita saja..untuk dijadikan ibrah buat diri di masa hadapan.
ahad lepas. meeting JIRIM.. alhamdulillah..jumlah peserta 340 orang.
alhamdulillah. alhamdulillah
siap ada ikhwah yg cakap - ana ingat JIRIM ni takda harapan. weh...sukati hang ja cakap gitu.. kan Allah ada.. kami yg menerima peserta mungkin lebih faham kadar keluar masuk. dan risaunya berganda.. kami ke saya je..haha. tapi hanya Allah tempat bergantung. dan pertolongan Allah tu datang dengan doa-doa ikhwah akhwat siang malam yg merisaukan dan mendoakan dan memohon pada Allah untuk JIRIM ni. dan pertolongan Allah tu datang..antaranya MHI, pendaftaran dari cawangan yang banyak sangat membantu, individu yang lobi anak halaqah untuk datang program. alhamdulillah..hanya kepada Allah tempat bergantung harap. meeting mcm biasa 5 jam dan meeting ni ah nampak arah tuju program. maksudnya dari segi bagaimana program tu dilaksanakan..alhamdulillah.. Allah..bantu kami dan permudahkan kami. luruskan niat kami. hanya demi Mu dan demi agamaMu.

then habis 2.30 - bergerak menuju ke taman Islam. perjalanan yg ntah le..macam panjang. sebab tak tahu jalan singkat (kot). n jamed akhirnya sampai jam 4.30.
buat liqo' khas dengan halaqah saya dengan isu yang terbaru yg berlaku.
abi suruh pilih IK or IS..
huhu..saya just clearkan. n terangkan serba sedikit pasal ISMA (seriously rasa macam betul ke apa yg aku buat ni- sebab saya tak pernah ckp tajuk jenis2 ni sebelum2 ni) tp saya mohon pada Allah.
then akhirnya. saya tanya sorg2
insyirah, yati, aliya najaa, wardah, suhaila, farahana, asila, wanimer, saffana, fateahah
'anti ok dengan apa yang berlaku?'
n masing2 cool..mungkin ada beberapa yg agak stress..
tp saya doakan everything will be alright. 
n dah habis liqo' tu..
saya salam dengan diorg. tengok mata diorg..nice wohh.. terasa zupp..ikatan tu sampai hati..terasa hilang gap yang rasa ada sebelum ni..peluk diorang n cakap ' anti harapan akak..moga istiqomah.'
ni baru liqo' last.
n lepas tu cakap dengan teha..
cakap cakap cakap..pasal benda ni. n akhirnya dia bagitau keputusan dia. saya termenangis masa tu. dia juga. perasaan yg tak tergambar. spontan. apa pun. moga terus istiqomah ya ukhti.
cakap dengan 2 org lagi - farah n anis wardah. org yg paling banyak borak dengan saya. best nice..
mungkin masa ni takkan kembali, tapi moga kenangannya menjadi penguat buat kita semua untuk terus istiqomah. akak sayang antuma sangat. sangat. Allah mentakdirkan kita bertemu. moga ukhuwah kan kekal.
last liqo' tu. saya cakap.
'doakan dakwah kita di taman islam ni. andai ada jodoh lagi, maka kami akan turun lagi untuk meneruskan halaqah. andai tiada rezeki moga dakwah di sini akan terus gencar dan hebat dengan dakwah yang dilaksanakan. kalau jd macam tu antunna adalah satu2 nya produk taman islam.'

pulang ke rumah. singgah rumah kakak.
sampai rumah saya rasa nak pengsan. first time jaulah drive. banting --> bangi --> kl --> shah alam --> banting. sampai rumah pukul 9.30mlm. rasa macam nak tercabut kaki, tangan, kepala. urat rasa tegang, jalan pun rasa nak tumbang. keletihan yang amat. kenapa? mungkin sebab tak makan dari pagi kot ditambah dengan menangis dari pagi sampai petang. dari bangun tidur sampai habis jumpa anak halaqah..haha berapa banyak kali saya nangis...huuu. dan drive ni jauh lebih letih dari naik public transport..alhamdulillah..diberi nikmat keletihan.

on the way pulang dapat satu mesej dari silent rose :
"kak dib, doakan kami ye kat sini. akak, bila renung2 balik, rupanya ia mungkin kali terakhir akak datang taman Islam ni. akak d best murabbiyah eva! luv u.."
hohoho..bahagia tak? bahagia bahagia..tapi sori tak sempat nak jawab..anti pun tahu jawapannya..huhu. tapi surat cinta anti tu akak tak letak kat sini la ye..tu khas untuk saya sorang..
thanks wardah..luv u 2..dah berjuta kali cakap. tapi mmg tak tipu saya sayang kamu..huhu

Monday, December 6, 2010

maal hijrah 1432

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

menjelangnya tahun baru..buku amalan baru dibuka..
moga tahun baru ini menjadi lebih baik buat diriku.
dalam amal ibadah juga amal dakwah.
dalam hubungan dengan Allah juga hubungan dengan manusia.
insya Allah.
tekad tahun baru
-banyak-
menggapai redha Allah
mencapai ketenangan hati
-dan perkara-perkara yang direnew setiap tahun - mana yg masih tak tergapai amalan lagi-
mohon pada Allah untuk setiap sesuatu tu menjadi bekal buat kehidupan kekal dan membantu utuk mendapat husnul khatimah.

mendapat kuda dakwah baru..
pinjaman sementara dari Allah buat ku...masih takda nama lagi
moga menjadi penguatku di jalan dakwah ini
dan mampu mengoptimumkan kerja2 dakwah dengan lebih cepat, berkesan dan efektif...
sebenarnya agak canggung juga.
tiba-tiba ada harta sebesar itu untuk membantu saya bergerak.

selama ni dari dulu bersama public transport
dari sekolah naik bas sekolah, bas transnasional kat banting nu
masuk matrik naik bas dari KL Sentral ke matrik
kat UPSI nak pi kelas pun naik bas
kalau balik kg lagilah naik bas
apatah lagi pergi program..bas lah kenderaan kesayangan..
maju n jauh sket..naik lah tren
cuma di akhir2 sem saja belajar menaiki kereta sewa pergi halaqah sebab dah ada lesen
praktikal di teluk intan berulang naik bas transnasional business class RM13.50 ke KL saban minggu menuju teman islam

untuk turun halaqah taman islam di menjalara
tunggu teksi sampai lenguh, dengan cas teksi kat menjalaran tu cekik darah amat
tunggu tren sampai naik lebam kaki
dan seringkali air mata ni melimpah sebab tren ni tak sampai2...
kejar tren sampai rasa nak tercabut kaki dengan beg berat kat belakang
tunggu bas balik banting berejam macam nak pengsan berdiri kat tepi tiang
dalam bas berejam lagi sampai nak terkehel leher sebab tidur kepala senget
perjalanan sehala saja mengambil masa more than 4 hours..

untuk turun halaqah di bangi
berejam tunggu bas kat banting nak ke klia sebab takde jadual bas
dalam bas sampai naik pening dengar lagu hindustan/tamil lama sangat
dalam bas dari klia ke nilai macam nak tercabut hidung bau macam2
tunggu tren..
dan sekali lagi pasti air mata mudah tumpah seperti menunggu barang yang tak kunjung tiba
begitu juga dengan perjalanan pulang..
sebab naik public transport perjalanan jadi berganda2 lamanya...

tapi semua itu sebuah pengalaman
mengajar aku erti sebuah pengorbanan..
kesukaran..
ketabahan sekeping hati dalam menerima ketentuan Ilahi..kalau tren tak datang2..=_=
cuba berfikir positif
optimis.
dan dalam perjalanan yang panjang itulah banyak mengintrospeksi diri..
dan terlalu banyak pengalaman hidup dengan public transport..
dan akhirnya zaman itu bakal ditinggalkan.
moga aku bersyukur dengan setiap rezeki dari Allah buatku
dan agar aku menggunakan seoptimumnya untuk dakwah
tiada lagi alasan lambat.

p/s : cuba mencintai KMS sebagaimana taman Islam. tapi kenapa terlalu sukar? sedang bermujahadah. bantu aku ya Rabb.. urusan hati hanya dia yang mengerti.

rasa tak best

rasa tak best sekarang....
tak suka rasa macam ni..