Tuesday, April 20, 2010

kenangan semalam

bismillahirrahmanirrahim.
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

kilat dan guruh di luar sabung menyabung..
awan mendung terus berarak megah..
deraian hujan belum lagi muncul..
mungkin dalam beberapa detik saja lagi
titis titis itu akan membelah bumi dan membasahinya..
suasana yang menggamit hati untuk mencoret sebait dua kata

cewah dibah..sejak bila pandai bersajak..
berpuitis bergurindam dan sebagainya..
haha..sekarang ni tahap labah-labah ada dalam perut dah merayap naik ke leher..haha..
kui kui kui..kak mar di sebelah memerhatikan ku tersengeh sendirian..

ingin mencoret kembara yang berterusan..
hujung minggu yang lepas..
meneruskan sarana tarbiyah..
berprogram bersama akhwat..
perjalanan dimulakan dengan jaulah ke tempat program bersama halaqahmate..
semua sekali ada..

memang itu yang dirancang kerana mungkin ini jaulah bersama buat terakhir kalinya sebelum halaqah dibubarkan..dan sebelum kami semua bertebaran ke bumi yang baru..
oh..dari cari tiket, hari sebelumnya..naik bas, dalam bas, turun bas, tunggu akhwat dan perjalanan ke tempat bermalam..sangat memberikan seribu satu kenangan..subahanallah..sepertinya ingin dititipkan setiap kenangan disini..tapi masa amat mencemburui..biarlah ia menjadi kenangan indah..
ketawa dan gembira bersama..sedih juga bersama..
susah payah ditanggung bersama..
gurauan yang mencuit hati dan pastinya menggamit rindu kelak..
subahanallah..
ukhuwah yang teramat indah..
tidak mampu dinilai dengan apa-apa sekalipun.

keesokannya..sabtu
perjalanan ke kuala kangsar..
naik bas..
duduk sebelah murobbiyah..
hehehe..
banyak kenangan yang mencuit hati..
sampai di tempat program..
sebenarnya program ni program pihak sana...
dan kami datang untuk memeriahkan dan mengambil pengalaman serta ilmu..
dan sepanjang program..
ana mohon ampun pada Allah..
andai hati ini tersalah..
tapinya..memang sepanjang panjang sehari..yang dibuat adalah menilai program itu..
pengisi, content, cara, orang, pengurusan dan banyak lagi
lain dan sangat lain..
berbeza dan cukup berbeza..
walaupun..adalah yang sama sebab nama lagi program islamic..
ada yang mampu ditelan ada yang hanya mampu diluah sebab tak tertelan..
memujuk diri..program umum..
memujuk diri..mereka adalah mereka..
kelebihan dan kekurangan perlu diterima..
janagn cari kekurangan..
koreklah kelebihan..
untuk mendapatkan tsiqah disitu..
dan saya berjaya!
tak perlulah analisa ditulis disini..terlalu peribadi dan terlalu rahsia untuk diketahui umum..
lagipun pastinya berkajang-kajang untuk dikarang..
cakap kat murabbiyah..
'kita suka ikhwah kita yang mengisi dan bagi pendapat'
dia juga sangat bersetuju..
hohoho..
tanya akhwat..
'camne ngan program ni?'
'kita ok je'
'ok alhamdulillah'
'ntahla..program umum kan'
'kita rasa nak balik je masa tengah program'
hahaha..
ok lah akhwat ku..ni permulaan kan..
murabbiyah cakap ' memang lapang dada amat sangat ditintut untuk perkara macam ni'
yeah..
i agree..
cool


esoknya..ahad..
program satu cinta halaqah kami dan halaqah satu lagi..

ditengah ceruk hutan..
mula-mula perjalanan jauh menuju ke manong..
then masuk satu jalan kecil..
then masuk jalan tanah merah ditepi-tepinya lalang
then sampai ke satu kawasan kebun getah..


sayakan budak bandar..
so nye..
subahanallah..wuyoo..
pokok getah siap ada susu getah menitik lagi..
ish ish ish..nih setahun sekali tak tentu lagi jumpa nih..
roomate kata
'cik diba..mehle datang umah kami..depan je ladang getah'
hihihi

program yang best nice sangat-sangat
menjemput pengisi juga daripada pihak sebelah sana..
ok la..nice.banyak input..
walaupun di tengah ladang getah..
then bbq,
presentation untuk persediaan posting..
subahanallah..
tak terluah dengan kata-kata kenangan yang indah itu..
semunya atas dasar ukhuwahfillah

kenangan terindah
luvely circle with mini dustbin..nice nice..
semua pakai baju iic tau kecuali our mama..

last
liqo' halaqah kami sat
semata-mata nak bagi cenderahati halaqah..
mini dustbin meow..

saya dan roomate punya mini dustbin

p/s : i'm really admire orang yang pakai cermin mata..hurm..bahaya ke?haha

No comments:

Post a Comment