bismillah..
segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw
'Kepada semua tim taman islam, selaku penasihat, ana harap antum/na tidak menurun semangat dan jihad walaupun program perasmian kita ditangguh berkali-kali. Pada pandangan ana sendiri, mungkin Allah sebenarnya ingin menyiapkan kita sepenuhnya dari kekuatan iman dan strategi untuk memikul kerja yang besar ini. Jadi psikologi kita harapnya makin kuat dan terus menerus gencar sepenuhnya.' - inche penasihat
masa mula-mula dapat mesej gini yang ditujukan buat semua dalam fikiran ana - 'oh..saya masih bersemangat alhamdulillah'..dan semangat itu adalah semangat waja.
then ahad yang lepas saya cakap kat murabbiyah saya
'rasa macam dah berkurang semangat jihad nak buat benda ni'
dia jawab
'ish apa dib ni..jangan la macam tu'
saya cakap
'ehe..takdela..saje je'..padahal dalam hati memang bebenor la benda tu..rasa agak..ntah la agak apa..
then i'm ok dah..lepas berpenat lelah..menaikkan kembali semangat.
tetiba dapat satu mesej yang diakhirnya berbunyi..
'.................asif, ana rasa macam dah patah semangat untuk ni semua'
aiyak..apesalkah bagitahu..hoho..psiko tu..
tapi baru saya sedar..bukan saya saja berperasaan begitu..ana yakin rata-rata ahli tim yang cukup faham apa yang berlaku merasakan sedemikian..
alhamdulillah saya ok saja..seharusnya saya perlu kuat..
hurm..kenapa wajar?
mungkin tidak nampak masa depan dengan apa yang dilakukan sekarang..
macam semakin kabur..
dahla benda ni long term punya..
tapinyekan..
takkan nak stop..
ni dah separuh jalan..
no choice..
tidak boleh toleh ke belakang..perlu meneruskan perjalanan walaupun perjalanan masih samar..
walaupun perjalanan tidak tahu bagaimana titik hujungnya..
adakah baik atau sebaliknya..
adakah seperti yang diinginkan atau tidak..TIDAK BOLEH BERPALING KEBELAKANG BUAT DIRIKU DAN KALIAN
AYUH TERUS MELANGKAH MAJU.
mungkin di tengah perjalanan ini ada rasa-rasa ingin berputus asa..no choice..
bangkit semula..
jangan terlalu difikirkan natijah..
tapi fikirlah usaha yang perlu dilakukan..
pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan..
beberapa ketika sebelum conversation dengan murabbiyah..
ku ambil kata-kata inche penasihat..
alhamdulillah..kata-kata itu hadir awal sebelum semangat itu luntur..
trimas..mungkin pengalaman diri yang banyak mengajarkannya untuk ayat-ayat yang dikeluarkan itu.
jangan putus asa
kalau kita yang mengemudi sebuah team kecil berputus asa..
bagai mana mereka dibawah.
mereka perlukan kita..
hurm.
ini ujian yang kecil saja..
banyak lagi ujian yang cukup besar yang dilalui oleh orang lain..
kembali menilik kisah nabi nuh..
berdakwah sahaja selama 950 tahun..
dan hasilnya hanya lebih kurang 80 orang sahaja pengikut..
subahanallah..kesabaran amat..
setelah itu fasa pembinaan bahtera..
perlu menanam pokok, menunggu pokok besar, dan fasa pembinaan itu sendiri juga cukup lama..
kesabaran jenis apakah itu?
ya baginda seorang nabi..
bagaimana pula dengan pengikutnya yang cukup sabar dengan perjalanan sebuah dakwah itu..
dunia ini tempat kita bercucuk tanam..
berusahalah walau kita letih..
walau tidak nampak arah..
walau makin complicated bendanya..
ganjarannya hanya dari allah..
yang penting niat dan keiikhlasan kita..
sedikit sahaja tenaga kita yang diperah berbanding mereka yang berjuang dengan senjata..
ayuh..terus berkorban dan berkorban..
hingga kita syahid menujuNya..
insya Allah..
saling kita menampung dan saling mendoakan..
doakan agar tidak timbul sisi-sisi maksiat disitu..
nauzubillah..
juga cek cek dan recek semula..
adakah apa yang berlaku adalah disebabkan dosa-dosa kita..
yang menyebabkan kurangnya barokah dakwah..
astaughfirullahhalazim.
mohon hanya padaNya..
ditunjukkan jalan yang sebenar..
dijauhkan dari dosa dan kemaksiatan agar segalanya berjalan lancar.
terus berjuang
demi sebuah redhaNya.


No comments:
Post a Comment