Thursday, May 12, 2011

contengan tarbiyah 5

Kaderisasi ~ contengan qiadi sbg ibrah buat diri

1. Jawatan pusat & momentum

Memegang jawatan dalam dakwah memang satu cabaran yang besar. Apatah lagi apabila terlibat dalam pengurusan pusat. Dengan ketiadaan satu team yang kuat memang menambahkan lagi keberatan ini. Sebenarnya mengenai loading, seseorang kader sepatutnya ada pemfokusan juga pada hal peribadi diri, hal keluarga, hal mutarabbi, hal medan kawasan dan segalanya. Kerana tanpa ini, kader jadi seperti mesin yang akan rosak bila2 masa dan mungkin tidak akan berfungsi lagi. Lebih parah lagi, jika ia meninggalkan kemahiran membina halaqah. Kerana jemaah dakwah, siapa pun dia mesti terlibat dalam membina halaqah kerana ia penting untuk mendapatkan skill dalam menggerakkan jemaah membina manusia. Namun apabila dipandang skop tarbiyyah dan pengurusan ia adalah satu skop yang berbeza sama sekali (ini perlu dibahas sudut lain). 

Tapi bila bicara loading, pasti minyak iman sangat penting. Sebab itu, binaan Rasulullah (sahabat) menurut syed qutb diteguh dengan keyakinan dan keimanan kepada Allah. Kemudian ia diindah dengan kekuatan ukhuwah. Maknanya, kekuatan iman indikator kepada betapa besar loading ini mampu diterima (pasti dinilai juga kebatasan seorang manusia). Namun, loading boleh jadi overload jika melampaui limit individu dan tiada support system iman yang kuat dalam jemaah. Jika superoverload, kader akan terlalu kering, lalu patah. Dan hilanglah satu persatu kader yang bernilai tinggi ini.

Sekadar bicara.

2. Kerja tarbiyyah & Idari

Ana setuju dengan anta. Jemaah akan rosak, jika kerja tarbiyyah jadi satu fokus sampingan. Dan terkadang, perancangan/visi jemaah didahulukan dari segi idari dari tarbiyyah. Jika ini memang berlaku, jemaah akan menuju kerosakan. Sebab tu mustafa mahsyur menggariskan inhirof (penyelewengan) yang pertama menuju kerosakan jemaah ialah apabila tarbiyyah jadi satu sampingan dan tidak diletakkan sebagai mizan mengukur segalanya. Namun, insyaAllah mudah2an kita dipelihara dari ini. 

Apa2 pun, ini bukanlah medan sesuai untuk dibicara dan dibahas. Dan sebaiknya disalurkan pada yang sepatutnya. Terkadang kita terlalu cepat menilai sesuatu, bahkan menduga2. Mungkin ada penjelasan yang boleh diperkemas, jika dinilai dari skop yang lebih besar dan hujah yang lebih tepat. Cuba dahulukan dengan berjumpa. Jika memang dilihat ada kelompongan, berlapang dadalah kerana jemaah kita adalah jemaah manusia yang tidak lari dari kesalahan. Dan bersamalah menjadi seorang kader yang siap membaiki kelemahan yang ada. Wallahualam.

Ini mungkin lontaran kata2 sahaja. Berbicara dengan perkataan selalu membawa kepada kesalahan dalam memahami.

Moga Allah beri kita semua kekuatan iman dan dakwah yang teguh

No comments:

Post a Comment