Sunday, May 29, 2011

bila rindu bertamu??

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang2 merindui tempat itu. tempat aku menumpang tarbiyah diri.
Taman Islam. Smkakl. Ntah la. Satu nama yg dah lama sangat aku nak lupuskan dari ruang fikiran.
Tapi makin hari makin hari, ia makin datang.
Ada saja yang membantu untuk mengingatkan.

Alhamdulillah. Menemui mereka2 disana.
Bersama2 dalam satu halaqah. Alhamdulillah
Dan hari ini. Mereka semua telah bertebaran di muka bumi
Meniti Perjalanan dalam menemui masa hadapan.
Walaupun masih samar 2..tapi lorong2 nya semakin jelas kelihatan.
Apa kah yang akan mereka lakukan I muka bumi ini pada masa depan.
Namun.
Perjalanan tarbiyah bagaimana?
Ntah la.
Andai hidayah itu dapat ku cari walau sukar,dapat ku korek di mana-mana,  pasti akan ku capai
Dan kuberikan buat mereka.
Namun, hidayah itu milik Rabb ku.
Aku hanya mampu berusaha. Dia yang akan memberi segalanya.

Aku terus berdoa..
Agar jiwa jiwa itu akan berada bersama jalan ini.
Jalan perjuangan.
Tidak mengapa andai bertatih hari ini. Cuma yang penting keberadaan kamu di sini.
Terus mengikuti halaqah, program dan sarana dakwah yang lain.
Jangan menjauhkan diri kalian daripada tarbiyyah ukhti fillah.
Kamu mungkin tidak mendengar sebarang khabar dari ku
Namun kamu, akan terus di dalam doaku.
Kalian,
Insan hebat. Insan yang pernah hadir dalam hidupku. Apatah lagi kalian berasal dari bumi kesayanganku. Dan kalian adalah generasi kedua dan terakhir tarbiyah kami(setakat hari ini)
Alhamdulillah..
Buat masa ini aku bersyukur kalian terus cuba mujahadah..aku doakan kalian akan menjadi hebat, sehebat Muadz b Jabal, Abu Hurairah dan Salim(hamba Huzaifah ) , para rijal yang diimpikan oleh Umar Al Khattab agar rumah itu dipenuhi mereka. 

******
Mengikuti perkembangan mereka..
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Aku harapkan agar mereka terus istiqomah di jalan dakwah dan tarbiyah ini…

Di hubungi oleh mereka-mereka yang comei

salam kak. Minggu orientasi dah habis semalam. Saya sebilik dengan anak puan mek mas. Alhamdulillah I got to  meet some kakak who help and lead me always in the path of Allah. dekat sini nisa’ tu dia panggil IMAM (ikatan mahasiswa madani). Diorg mmg sangat-sangat aktif. Jawatan tertinggi kolej semua mereka pegang. Ramai juga akak akak yang tudung labuh. Program kerohanian banyak dibuat oleh banin-banin imam di masjid dan surau. Ohh..minggu depan sudah ada halaqoh..hee kak diba, hope we will always be there for each other to remind ourselves about Islam =).’ Sms – insyirah

salam kak diba. nnt saya nak contact sape kat sana utk join halaqah ’ – afiqah –FB

akak..macamana dengan request saya nak ikut halaqah?’ cece - YM

Berhubungan (baca : contact) dengan beberapa insan yang comei dan mengikuti perkembangan tarbiyah mereka…
Fateahah, saffana, indah ~ terus melangkah. Ujian itu satu yang pasti. Namun kita perlu berjiwa besar. Setiap yang datang kepada kita adalah tarbiyah dari Allah. jaga iman, jaga amal, jaga mutabaah ~ teruskan bergerak walaupun banyak benda kita rasa tak best termasuk benda yg paaaling basic ~ halaqah . saat itu mungkin Allah sedang menguji kelurusan niat kita dan keitiqomahan amal dan tarbiyah dzatiyah kita ~ tak pandai cakap macamana muharikah cakap. Dengan ayat2 yang pehh…menusuk sampai ke segala neuron dan axon. Tapi doa itu sentiasa ku taburkan buat kalian.

Teha – pemegang rahsia dan penebak hati yang terbaik setakat ini. Thanks a lot sebab sudi dengar. Akak cool saja sebenarnya Cuma kekadang rasa ngongeng sikit. Akak sangat syukur Allah mengurniakan anti buat akak, untuk akak cakap. Allahuakbar. Saffana yang sedang struggle dengan hafalan Al-Quran. Teruskan…sila simpan semua rahsia saya juga. Thanks ea sebab sudi borak lagi dengan akak ~ hehe.. teringat satu ayat saya. Akak yakin satu hari nanti ada org nampak awak mcmna saya nampak awak ~ erk..mcmna saya nampak awak tu???. Awak sangat berpotensi. Sila full utilizekan potensi diri awak ya… indah ~ tapakan kaki kembali ke medan sekolah. moga Berjaya.

Buat yang lain2 juga…
Fariha, anis wardah, farahana ~ dan yang lain2 .. tak disebutkan disini bukan tanda tidak mengingati – kalian sentiasa di ingatan. Insya Allah.
Juga buat keri di Edinburgh..pergh : akk , sya tringin nk rsa mcm mana Fend rsa bila die prgi jaulah. sya x thu mcm mana nk dpt prasaan yg Fend rsa :( ’ rasa tu semuanya adalah hubungan antara kita dengan Allah. seronok berjalan , melihat dan mentafsir. Sementara ada masa tafakur alam yg luas ini ya.. jgn lupa belikan akak hadiah bila awak menyinggah2 di paris Ireland tu..huhu

******
Syukur Allah..terima kasih.
Memberikan nikmat yang tidak terhingga.
Nikmat kasih sayang ku buat mereka
Dan aku merasai sayang mereka buat ku.

Buat kalian..bukanlah yang kuharap balasan atau nama atas segala apa yg kita pernah lalui bersama.
Malah sangat menguji kelurusan niatku apabil ada yang berkata ‘ ohh..akak yg follow up smakl dulu. Akak la yg tajmik indah ea? – ye ke..tp mcm bukan pon..’ ‘ada org cerita pasal akak kat saya. Murabbiyah dia dulu’ ramai nya yang datang program. Itu semua sangat menguji kelurusan niat. Sungguh la pasti. Allah yang memberi hidayah kepada kalian semua. Hanya doaku. Kalian terus tsabat. dImanapun – di ISMA, di IKRAM, di hijau – PAS, di mana2 saja kalian berada moga terus bersama perjuangan Islam. Bukan sekadar menjadi penyokong yang hanya bersorak berteriak dari jauh, malah menjadi pendokong yang sama2 merasai berat ringan,manis pahit, susah senang perjuangan ini.

Doakan akak juga ukhtiku, agar terus istiqomah di jalan ini. Dan agar terus mampu menaburkan doa buat kalian walau di ceruk mana saja kalian berada.

Buat awak yang saya perhatikan dari jauh. Saya harap awak temui jalan sebagaimana yang saya lalui sekarang. Saya doakan hidayah dari Allah buat awak. Mungkin bukan sekarng. Tapi sikit masa lagi. Ntahla..tapi saya macam yakin je awak boleh ikut tarbiyah ni. Insya Allah. setiap kali nampak bayangan awak, saya akan terus mendoakan awak. Moga doa saya boleh membantu awak untuk menemui jalan ini. Jalan Islam yang sebenar. Insya Allah.

*******
Doakan akak agar terus mampu menabur bukti di bumi itu. bumi kesayangan. Saya yakin. Sekolah kesayangan saya tu satu medan yang amat-amat subur. Buktinya..awak-awak semua. Insya Allah.. macam best la pulak sayang sekolah tu. huhu

p/s : nailah . akak tulis post ni lepas akak baca blog awak… doa akak buat awak sangat!

liqo reunion taman islam - @ DQ

No comments:

Post a Comment