Tuesday, October 12, 2010

rumah-tangga-dai

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw..

tengah buat kerja sambil mendengar lagu.
aku ingin mencintaiMu by edcoustic..
ntah kat lirik yg mana teringat pada murabbiyah baru ku..
dan teringin nak mencoret di sini
teringat satu kata-katanya masa habis halaqah pukul 11.45 malam.

'kitorang tak kisah habis lewat..zauj akak yang kisah. huhu'
'zauj akak takkan balik waktu ni..nanti dalam pukul 1 lebih baru dia balik. dah biasa dia balik lewat. kadang2 kita pn rasa sunyi. bukanla tapi kadang-kadang kita nak berbincang sesuatu dengan suami. selalunya call dia kat pejabat untuk bincang hal anak-anak.masatu yang free sikit. tapi walau sibuk macamanapun akan spend masa untuk anak-anak. cuma takda la macam org lain selalu boleh keluar jalan-jalan,selalu balik kampung. tak dapat selalu. kadang2 je dapat'
(ini bukan satu keluhan atau ketidakredhaan- jgn salah faham dengan ayat yg saya buat n intonansi yg kamu buat ek)


touching....
paling touching call kat pejabat tak sempat nak bincang di rumah.
zaujnya antara pemimpin tertinggi cawangan bagi jemaah kami..
sibuk!
kerjayanya juga menuntut masa.
jemaah juga menuntut masa
keluarga, isteri dan anak-anak juga menuntut masa
begitulah kehidupan seorang dai.
terlalu banyak yang menuntut masanya.
inilah realiti kehidupan yang saya lihat dihadapan mata
belum melalui
tapi perlu bersedia.
seorang isteri/zaujah perlu sangat kuat.
apabila ditinggalkan suami untuk berjihad.
malah tidak boleh menyebakan suaminya tidak keluar berdakwah.
mungkin impian sebuah pernikahan adanya insan yang boleh berkongsi susah senang, berkongsi segala rasa yang kita rasa ( perempuan penuh dengan perasaan bukan..) berkongsi saat sakitnya dan gembiranya.
namun bagi isteri seorang dai. tidak boleh menuntut masa suaminya terlalu lama.
mungkin impian itu tidak dapat banyak dapat dipenuhi.
suami itu terlalu banyak urusan umat perlu diuruskan!
bukan hanya mengurusi isteri di rumah.
isteri perlu mandiri dan berdikari dan melepaskan suami itu pergi..
menelan perasaan sendiri.
cakap senang. tapi mungkin sukar aku juga belum pernah melaluinya.
dan bagi seorang isteri
dan core business isteri adalah mendidik anak-anak. isteri adalah madrasah pertama bagi anak-anak. menelan dan melayan kerenah anak-anak.
mentarbiyah mereka menjadi pejuang Islam persis Rasulullah, para sahabat juga abi mereka. malah perlu menjadi jauh lebih baik dari abi itu.
juga menjadi pendorong dan penguat buat suaminya andai dia futur, rasa lemah dan merasa lelah, juga ketika kekeringan idea.
jadi isteri perlu jauh lebih kuat dan lebih hebat dari semua yang berada di sekelilingnya. - keluarga, suami dan anak-anaknya.
keluarga dai itu..makan anginnya di dalam program, liqo'2 dan perkumpulan bersama sahabat lain..
juga semasa jaulah untuk ke program..
subahanallah.
hebat bukan.
iya...
jagalah imanmu untuk itu semua..insya Allah


p/s : mutabaah amal - insya Allah lebih ikhlas

No comments:

Post a Comment