Friday, October 22, 2010

mutabaah amal

Tilawah – 7
Tahajud – 7
Duha – 7
Mathurat – 7
Istighfar – 7
Saum – 2
****
Tilawah – 7 juzuk bersama tadabur makna Al-Quran dan menghafal beberapa dalil
Tahajud – 7 hari bangun pukul 5 pagi / 4.30 mengadu dan memohon pada Allah.
Duha – 7 hari solat pukul 9.00 pagi 4 rakaat.
Mathurat – 7 hari pagi dan petang mathurat Kubra bersama menghayati maksud ayat & zikir
Istighfar –700 kali seminggu pada  setiap kali selepas solat, dalam perjalanan, duduk sejenak memohon ampunan pada Allah diiringi deraian air mata
Saum – 2 hari setiap isnin khamis dengan niat memperbaiki diri dan mengekang hawa nafsu serta untuk mendekatkan diri kepada Allah
****
Tilawah – 7 juzuk sebab nak ditanya nanti , sehari dua sebelum halaqah pulun habis. Make sure dapat full.
Tahajud – 7 hari sempat tahajud 2 rakaat, solat witir satu rakaat dah azan subuh.
Duha – duha 2 rakaan pukul 12 tghari
Mathurat – 7 hari kadang2 miss pagi, kekadang petang. Biasanya mathurat sughra
Istighfar – 700x semingu cukupkan syarat 100x sebelum tidur.
Saum – niat puasa tapi tengahari buka. Tak tahan.
****
Hari ini, dimana kedukan mutabaah amal kita?
Ikhlas atau terpaksa?
Kerana dia atau kerana Dia?
Mementingkan kuantiti atau kualiti?
Ataupun telah hilang melebur dan mencair
Ibarat air yang dibuang di tepi longkang?
Nilai mutabaah
Terlalu besar pengajaran yang diperolehi
Terlalu banyak mengajar diri
Nilai yang sangat utama yang perlu diwariskan kepada generasi seterusnya.
Walaupun tiada yang bertanya..
Alhamdulillah.. sangat mendidik diri untuk ikhlas berbuat hanya kerana Dia
Walaupun tidak dipantau..alhamdulillah persembahan buat Allah.
Jika ditanya..alhamdulillah mendidik diri dalam meluruskan niat
Jika dipantau..alhamdulillah mendidik hati membersihkan jiwa. 


p/s : bekalan dalam perjalanan menuju Tuhan



No comments:

Post a Comment