Tuesday, September 21, 2010

hari ini dan semalam

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Alhamdulillah.
Masih bernafas bersama udara tarbiyah. Allah masih memilih diri ini walaupun terlalu banyak dosa yang dilakukan, namun Allah masih memperkenankan untuk hamba ini bertaubat dan memhon ampun.

Alhamdulillah. 
Menjadi seorang dai bukan lah satu pekara mudah. Bahkan tidak dijanjkan dengan kesenangan, kemewahan dan tidur nyenyak. Bahkan memerlukan segala kudrat tenaga dan pengorbanan, meninggalkan perkara seronok yang sementara dan perlu bersusah payah dalam mengharungi hidup. Namun jangan dirisaukan kerana ini hanya kehidupan sementara di dunia. Dan kehidupan yang sukar ini adalah untuk mencapai kesenangan pada kehidupan yang kekal abadi kelak.
Dalam mengharungi kehidupan sebagai insan, pastinya hati dan jiwa ini hanya ingin berpaut pada Allah. Namun dugaan dunia terlalu hebat menerpa. Ada kalanya diri kuat menepis badaian itu. Adakalanya diri rebah bersama-sama badaian. Terkadang hanya doa mampu dipohonkan. Kehilangan kudrat yang hanyut bersama badaian menyebabkan diri terus terpaku rebah. Syukurlah Tuhan, diri tidak dibawa arus badai yang menggila. Diri berpaut pada tarbiyah Rabbi. Walaupun kurang kemas pautannya dan hampir terlerai. Jiwa dengan tekad dan keazaman, mengemaskan pautan dan bangkin menjauh dari badai. Menyerah diri kepada Tuhan.

Begitulah kehidupan insan.
Terkadang sangat kuat. Amal ibadah dirasakan cukup manis. Merasakan kebergantungan pada Allah yang amat tinggi. Air mata keinsafan menitis laju bagai tidak ingin berhenti.Tiada istilah kerehatan bagi dai. Setiap waktu terisi dengan niat ibadah kepadaNya. Setiap waktunya adalah dakwah buatnya dan tarbiyah buat diri. Setiap pandangan adalah pandangan makruf dan kebaikan. Sentiasa optimis. Dan sentiasa positif. Sabar menjadi pakaiannya. Solat caranya memohon bantuan. Hidup dalam dakwah dirasakan terindah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Namun terkadang, yang sebaliknya berlaku. Amal ibadah dirasakan ritualitas. Terkadang buat terkadang tinggal. Kurangnya merasakan kebergantungan dengan Allah. Rehatnya terlalu banyak. Kelopak matanya kontang. Hatinya terasa gersang. Malas menguasai diri. Menjadi pesimis dan banyak alasan. Masa dirasakan terlalu panjang dan tiada apa untuk dilakukan. Kerja dakwahnya banyak yang lompang.

Namun sang dai sedar. Dakwah adalah kehidupannya. Dia perlu bangkit. Dan bingkas bergerak. Kadang-kadang bila jasad bergerak tanpa hati tidak bersedia, kelelahan cepat menerpa. Jadi wahai dai, sediakan hatimu. Hubungan dengan Allah adalah yang pertama dan utama. Kebergantungan pada Allah adalah teratas dan tiada terbatas. Banyakkan doa terus berbuat dan terus melangkah. Terus memohon dan persembahkan amlmu. Bukan kerana manusia. Tapi hanya kerna Dia

********
teringat sewaktu di UPSI. Alhamdulillah ditarbiyah dan menjadi sang dai. Dan menjadi sibuk. Halaqah kampus, halaqah sekolah di Kuala Lumpur (berulang every week dari KL – Tg Malim  ni saat yg sangat n paling membahagiakan) , taklim kampus, ziarah dan silaturrahim, program bersama akhwat, meeting di tempat yang jauh dan dekat dan ditengah malam dan dalam keadaan penat dan pening dan malas sikit(teruk benor)menghidupkan rumah dakwah eh satu lagi tinggal : halaqah dengan mama di Ipoh ( travel ke ipoh setiap minggu – bertolak right b4 maghrib dan perlu sampai sebelum jam 7pg semula ke Tg Malim) dan dalam masa yang sama perlu amat menjaga mutabaah, qiam, tilawah, mathurat, duha. Termasuk juga kena buat report program, halaqah, liqo yang melambak2 dan biasanya malas nak buat tapi gagahkan diri juga mengadap report tu dan buat dengan baik.hoho.alhamdulillah Segala aktiviti dakwah itu amat membahagiakan kerana membuatkan kita sibuk dan berfikir tentang umat yang melambak depan mata dan perlu ditarbiyah menjadi sang kader lillah juga buat diri yang perlu amat menjaga hubungan dengan Allah. Walaupun terkadang ada perselisih faham dengan akhwat, gaduh sket2, tak tegur sket2, cakap terkuat, terbanyak merungut, terbanyak menyusahkan akhwat(ter ke?^^), berselisih pendapat dengan akhwat, taknak dengar nasihat akhwat, termengutuk akhwat depan-depan atau dalam hati (ohh..banyak dosa saya..dah minta maaf ek^^)terbanyak berkira dalam buat kerja..semua tu menjadi asam garam dalam perhubungan sesama manusia dan apatah lagi perhubungan atas dasar akidah or org skaku panggil ukhuwah fillah ni. Alhamdullillah semua tu sangat banyak mengajar untuk berlapang dada, menerima teguran, menerima pendapat orang lain dan banyak sangat la. Dan tarbiyah juga buatkan saya pandai bawak kereta. Alhamdulillah sebab d only driver masa halaqah kat ipoh adalah saya^^. Semua tu walau masa melalui rasa kelat, tapi menjadi tarbiyah buat diri. Dan kesibukan tu adalah tidak termasuk kerja/belajar. Tu mmg sebab kenapa saya terpacak di upsi dulu. But main tugas mmg dai la. Insya Allah. But study bukan no 2 ok.. kalau kat upsi dulu, kalau dah rasa mcm futur sangat, asyik marah2 akhwat je, dah banyak tido..perlu bangkit dan salah satu caranya adalah pulang ke rumah. Jumpa mak abah, renew niat semua. Kualitikan amal ibadah kat umah. Alhamduillah. S o nice. Sebab kat umah mmg mampu menjadi abid yang baik.
Then pulang ke kampus dengan keazaman dan rupa bentuk yang baru. Alhamdulillah. 

Hari ini. Tiada lagi semua tu. Yang ada hanyalah kesan tarbiyah dalam jiwa saya. Kehidupan hari ini berbeza. Selepas posting dan menjadi guru. Duduk di rumah bersama mak ayah. Life seorang guru. Dan perlu hidup sebagai seorang dai juga. Kesibukan yang berbeza. Tiada lagi sibuk berziarah bilik2. Meeting tengah2 malam buta sampai pagi, gaduh2 dengan akhwat. Duduk di rumah tiada roommate. Housemate adalah mak ayah sahaja dan penyinggah2 sementara rumah ni. Kalau dulu, rasa futur balik umah. Skrg? Keluar rumah la mencari akhwat. Hoho. Di rumah, tarbiyah dzatiyah amat penting. Dalam menjaga mutabaah amal. Dalam membalancekan antara kerja2 dakwah, kerja2 sekolah dan kerja2 rumah yang melambak gile tak habis2 sampai bosan nak buat (adoyai..dib..cane nak jadi suri rumah? Ohh ni masih fasa adapt ye..). semua tu kena seimbang seiring. Tu tak masuk lagi function dengan sedara mara then kenduri kendara jiran sebelah menyebelah. Hidup sekarang perlu bermasyarakat. Dahtu hujung minggu je lesap pi program. Semuanya perlu hikmah untuk dikendalikan. Alhamdulillah ada halaqah dengan mama (walaupun jaun di Bangi dan transport susah =_= untuk fasa awal ni) masih membawa halaqah di matrik dan sekolah (KL- alhamdulillah). Dapat bersama program setempat (walaupun kekadang tak sesuay dengan jiwa) Alhamdulillah. Dapat menjadi sibuk juga. Walaupun kehidupan sekarang berbeza, jiwa perlu amat bersedia. Perlu belajar untuk dakwah kepada masyarakat  dan kalau manusia ni suka mengumpat. =_=. Jadi saya perlu hikmah. Juga fiqh dakwah kepada manusia yg kurang fikrah islamnya seperti anak murid di sekolah. Perlu bersedia dan perlu menimba pengalaman. Saya perlu hidup dengan dakwah. Bak kata saffana ‘ ubat futur adalah dakwah’ sangat2 betul.

Ada yg bertanya macamana duduk dengan parents. Ok ke. I said. Alhamdulillah. So far so good. Ujian tu lumrah kan..so just face it n think how to handle it with care n come out with a very good solution without hurt anybody. Alhamdulillah tarbiyah awal yang syadid itu sangat banyak membantu. SANGAT! Dan semua nya datang dari Allah. Kekadang ada juga rasa malas. Ada juga rasa teruk. Sendiri punya badan, sendiri punya hati, perlu mencari jalan sendiri untuk bangkit. Kita tak berseorangan. Allah sentiasa bersama. Kalau tak tahu tanya kat Allah. Kalau tak dapat jawapan tanya kat Allah juga. Kalau nak mintak sesuatu,mintak kat Allah. Kalau rasa tensen, cakap kat Allah. Gerenti hati tenang jiwa damai. Nice^^.. Alhamdulillah. rasa bahagia sangat.^_^

Ya Allah bantu aku agar terus istiqomah di jalanMu. Jauhi aku dari rasa futur dan malas. Begitu juga buat ikhwah akhawatku ya Rabbi. Tsabatkan kami. Ameen

Agar mampu terus ditarbiyah dan mentarbiyah
Agar mampu terus menjadi sang kader lillah dan mencetak sang kader lillah
Dan agar menjadi hambaNya hingga mendapat pengakhiran yang baik (husnul khatimah)

p/s : nak sangat anak 2 halaqah sekolah saya : saff, teha, nailah, farah, wardah, suhaila, insyirah, yati, wanimer, asilah, fariha, aliya najaa mendapat apa yg saya dapat, kebahagiaan dalam dakwah dan tarbiyah, kemanisan ukhuwah dan iman dalam tarbiyah, dalam program dan halaqah juga menjadi pengemban dakwah, sang kader lillah dan memahami Islam dan dakwah tu lebih baik daripada saya. nak sangat sangat. T_T. mesti sangat comel^^. tapi Allah yang memegang hati2 kalian. saya disini cuma boleh berusaha sedikit dan berdoa moga kita semua ditsabatkan. dan tidak lupa juga kepada anak halaqah matrik ( yg masih dalam fasa nak ikat hati dan kenal) sayang kamu semua!!

No comments:

Post a Comment