bismillahirrahmanirrahim.
salam akhir ramadhan..terasa amat cepat Ramadhan berlalu..mampukah mengait buah taqwa sebagai bekalan 11 bulan mendatang..hanya usaha ditebarkan dan doa di panjatkan. memohon hanya padaNya..
alhamdulillahirabbil 'alamin..
masih diberi peluang..
bernafas di muka bumi bersama nikmat terbesar..
nikmat berada dalam bulan Ramadhan, nikmat keimanan dan tarbiyah..
thumma alhamdulillah
akhir akhir ni sering disogok dengan berita kematian.
kematian staf sekolah - selasa masuk wad, rabu pergi Hosp Klang, khamis petang meninggal
cikgu praktikal adik di STF - kemalangan jalan raya jumaat petang, jumaat malam meninggal.
membaca Hlovate.
kita dan mereka hanya dipisahkan oleh satu garis
garisan kematian..
namun namun garisan ini yang cukup sukar untuk dilalui.
apatah lagi jika tidak bersedia.
cukup sukar kerana tidak bersedia.
ia akan datang tanpa diundang.
dan garisan yang memisahkan kenikmatan dunia dengan kehidupan yang kekal abadi
sebabtulah kita sangat perlu untuk zikrl maut
supaya hati ini tdak terpaut amat dengan dunia.
supaya menyedari diri perlu amat berbuat kebajikan sahaja
tiada masa untuk berlengah
tiada masa untuk menangguh infaq
tiada masa untuk mengatakan 'kejap' 'nanti orang buat'
kerana detik itu datang tanpa berita
menjengah tanpa tanda
jadi
jangan berkira dalam berbuat kebaikan
jangan bertangguh untuk menengur kemungkaran
selagi masih ada masa.
peringatan buat diri..
cuma kekadang kita ni sukar untuk zikrl maut sebab takut
maut tu akan datang dan dan
dan kita masih belum bersedia.
bukan?
banyakkan doa moga syahid menjadi milik kita.
amin
No comments:
Post a Comment