Monday, September 27, 2010

kembara minggu ini

Bismillahirrahanirrahim..

Ingin mencoret pengalaman sepanjang hujung minggu yang lepas. Sangat nice la.. kembara yang berterusan. Start jumat petang pi banting dengan akhwat balik tu kemas dan bertolak ke bangi naik public transport.bertemu murabbiyah baru di seksyen 7. Malam tu balik banting balik, akhwt hantar. Then pagi tu sekolah ganti lepas zohor halaqah di matrik lepastu menuju ke bangi dan lepas maghrib menuju ke nilai dan pagi tu ke pejabat isma pusat, bandar baru bangi dan tengahari tu bertolak ke taman islam di kuala lumpur dan lepas asar bertolak ke banting. Kembara tamat lepas isyak selepas sampai di rumah, banting.

Nak cakap pun semput. Huhu..Rasa masa tu sangat mengejar. Terlalu banyak yang perlu dilangsaikan. Alhamdulillah. Dapat menjadi sangat sibuk .lepas satu-satu. Itu doaku selama ini. Ingin menjadi sibuk dengan kerja dakwah dan pengislahan umat. Alhamdulillah. Bahkan air mata selalu bergenang mengenangkan tidak dapat memberikan yang terbaik buat dakwah. Masa tidak mengizinkan. Dah tak tahu nak adjust macamana dan banyak lagi yang belum terlangsai. sampai ada ayat ‘ mcamana ni..next week tak boleh, next next week pun. Kekangan masa sangat.’ padahal benda tu kena buat segera..Mohon bantuanNya. T_T 

Kenangan sangat indah minggu ini. Dibantu oleh Allah dalam meluruskan niat. 

Yang paling terkesan. Akhwat minta bantuan untuk jaga booth di USIM Nilai. Takda transport. Dan cubalah mencari akhwat untuk bantu membawa saya ke Nilai dari Bangi. Alhamdulillah dapat. Dan masa naik motor sanga takut..sangat-sangat. Nyawa ibarat di hujung tanduk. Kalau Allah nak jatuhkan dan tarik nyawa. Sekelip mata saja boleh. Alhamdulillah selamat sampai. Nak dijadikan cerita, balik jam 12.30 malam dan decide nak tidur di RB, tayar motor pancit! Tengah malam pukul 12.30 tu jalan kaki dari stadium tertutup Nilai ke RB. Masatu..merasakan tarbiyah Allah yang maha hebat buat diri. Menjadi kafarah buat dosa harapnya dan membantu dalam meluruskan niat. Lepas tu pk. Ni esok pepagi buta nak bertolak balik ke Bangi macamana sebab liqo’ start pukul 9. Ada ke kedai bukak pagi2 buta dahla hari ahad esokni.Tengah jalan tu tetiba Allah mengirimkan manusia. ‘ ohh..saya ada kawan yg slelalu betulkan tayar pancit. Esok saya suruh dia pergi rumah awak’ subahanallah. Bantuan tiba selepas kesusahan yang diberi. Segalanya dari Allah. Alhamdulillah. Pagi tu mereka datang betulkan tayar pancit. Walaupun lambat. Bantuan Allah datang dan urusan dipermudahkan serta diriku dibantu dalam meluruskan niat. Subahanallah. Sudah lama tidak merasa ujian teknikal begini. Seperti di upsi dulu. Nice sangat rasanya. Alhamdulillah selamat sampai di pejabat isma pusat jam 9.30. saya lambat! Mohon ampun pada Allah. Akhwat taknak terima apa2 bayaran atas bantuannya.dia blah macm tu je..haih..=_=..alhamdulillah. mungkin rezeki buat saya. 

Liqo’ tu berjalan 3jam setengah. Alhamdulillah. Jelas. Dan cuba sedaya upaya alam meluruskan niat sepnjang liqo’ tu. 

Selepas tu menuju ke KL. Dengan tak malunya ckp kat sorg akhwat nak tumpang dia ke KL dan saya tak kenal dia lagi. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan. Ukht Nazirah membantu saya untuk saya pergi ke Taman Islam. Dan pertolongan berganda dari Allah. Ibunya ajk protocol KONANIS, sama jawatan dengan saya untuk jirim. Dan bolehla saya meminta bantuannya Alhamdulillah. Dan akhwat ni juga tak nak terima bayara. Subahanallah. Rezeki buat saya. Mati2 nak bagi dan mati2 juga dia tolak.

Dan pulang lepas asar. Alhamdulillah. Sangat amat dipermudahan oleh Allah. Tu namanya rezeki. Keluar je taman islam terus dapat teksi, dan tunggu train taklah lama sangat dan sampai saja di Cm terus ada bas ke banting. Tu namanya rezeki dari Allah. Sangat dipermudahkan. 
Alhamdulillah subahanallah.
Sepanjang perjalanan pulang merenung pertolongan Allah. Betapa pemurahnya Allah memberi bantuan kepada hambaNya yang sangat lemah. Betapa pemurahnya Allah memberi apa yang hambaNya minta..kesibukan dalam berdakwah dan bantuan diluruskan niat. Diberikan hint dalam bentuk ujian. Dan hasilnya amat manis. 
Macam tulah yg org selalu cakap. ‘Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi’ 

Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah. Harapnya ujian yang datang mampu lebih meendekatkan diri kita kepada Allah. Begitulah yang seharusnya. Dan mentarbiyah jiwa serta hati agar enjadi lebih baik dari yang sebelumnya. 

p/s : pengorbanan dan ujian itu manis hasilnya. 


No comments:

Post a Comment