Thursday, September 9, 2010

hampir sangat berakhir Ramadhan 1431

bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat. selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw.

hari ini bersamaan hari khamis, 9 September 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1431H
bukanlah yang dikisahkan adalah ESOK RAYA
tapi jauh lebih dikisahkan adalah hari ini HARI TERAKHIR PUASA
bagi tahun ini.
rasanya baru semalam menunggu2 kehadiran Ramadhan al Mubarak ini..
hari ini dah hampir sampai ke penghujungnya. hanya beberapa detik saja lagi


'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa (Al-Baqarah:183).' 

kalau melihat secara mendalam pada ayat yang biasa saja didengar apabia tibanya bulan Ramadhan ni, kalau kita tengok dengan mata hati, di penghujung ayat tu menyatakan hasil akhir kepada Ramadhan adalah taqwa. makanya dan maksudnya kalau kita berjaya dalam ramadhan ni makanya kita akan menjadi antara org2 bertaqwa atau golongan Muttaqin. puh...tinggi amat darjat tu kan? adakah kita termasuk dan tergolong dalam golongan yang didamba tu. ohh..subahanallah. nak..
kalau puasa kita berjaya makanya dapatlah kita menjadi golongan org2 yang bertaqwa.
tapi persoalnnya.
berjaya kah kita dengan puasa kita.
sebelum itu. mudah saja kata-kata menuturkan tentang taqwa. namun, apakah kita faham erti sebenar taqwa. apa maksud taqwa tu dan macamana nak tahu kita ni mendapat taqwa.
subahanalah. kefahaman tentang taqwa ini lah yang amat perlu kita tahu dan kita dalami. manakan mungkin kita nak tahu kita ni temasuk golongan bertaqwa atau tidak kalau tidak mengetahui tentangnya
Allah menyatakan bagaimanakah golongan yang bertaqwa dalam Al-Quran: surah yang feymes amat.
baca setiap hari dalam mathurat

(Al-Baqarah,2:1-5)

1.  Alif laam miim.
2.  Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,
3. (yaitu) mereka yang beriman dengan yang ghaib, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
4.  Dan mereka yang beriman dengan kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
5.  Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.


alhamdulillah..
bukan sekadar solat saja..tapi solat yang sebenar
dan beriman kepada yang ghaib, kepada kitab dan yakin dengan kehidupan akhirat adalah bukan sekadar tahu, tapi memperakui dengan hati, lisan dan melakukan dengan amal perbuatan.

ya AMAL.
bukan amalina yang dorm karisma tu
mahupun ustaz amal yang saff kata senyum senget dan agak menakutkan tu
tapi amal perbuatan.
amal perbuatan yang diiringi dengan hati yang ikhlas dan benar-benar ingin berislam.

mari buat checklist after Ramadhan
kita dah buat kan apa nak diubah dan target pengislahan diri untuk Ramadhan?
berjaya tak untuk berubah?
atau semua karat-karat jahiliyah itu masih lagi menebal dalam hati?
atau dah kurang sedikit ketebalannya?
insya Allah. andai mampu berubah menjadi lebih baik..walaupun sedikit.
puasa kita sedikit sebanyak berhasil. dengan izin Allah pastinya. dan apa yang perlu kita lakukan selepas ini adalah bagaimana perlu kuat untuk istiqomah.
iya la. sebentar saja lagi syaitan akan dilepaskan dari belenggu. dan musuh tradisi kita kembali mengerumuni kita. jadi perlu sangat kuat dan mujahadah untuk maintain benda baik yang kita buat.
jangan risau. buat saja dan banyak doa pada Allah.
buat check up berkala untuk checklist kita sampai Ramadhan akan datang.
moga bermula dengan Ramadhan ini..kita akan menjadi baik dan terus baik sampai kita tua atau sampai kita mati.

sebab tu amal tu amat penting sebagai satu pembuktian kita sekadar tahu tapi kita memang cukup faham sebab kita buat. dan kalau belum mampu beramal dengan baik, cuba buktikan cuba berbuat walaupun sedikit. moga menjadi satu pengalaman untuk diri menjadi lebih baik dari masa ke masa dalam apa saja termasuk amal perbuatan kita dan kerja-kerja seharian.

akhir kalam.
peringatan buat diri. moga apa yang kita buat segalanya lillahita'ala. dan mengharap rahmat dan belas kasihNya untuk kita meneruskan kehidupan dimuka bumi ini sebagai orang yang beriman dan orang yang bertaqwa insya Allah.

No comments:

Post a Comment