bismillah..
alhamdulillah
segala puji bagi Allah. selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah..
tgk tajuk macam nak buat surat wasiat.haha..
takda.. memandangkan semakin ramai anak halaqah taman Islam berkunjung ke sini
jadi ingin mencoret sekata dua memandangkan Ramadhan juga hampir sampai ke penghujung
actually
tak mengharap untuk antunna datang ke blog ni ya farah, wardah, fariha..banyak sangat rahsia berkaitan antunna..ha ha ha..tapi moga sama-sama dapat mengambil ibrah. kalau antunna tak baca pun at least akak tahu antunna menjenguk ke sini sebagai salam ingatan kat akak bukan?hu hu hu..
moga semuanya lillahita'ala
Ramadhan tinggal beberapa saat lagi bakal meninggalkan kita. jadi ambil masa yg amat-amat berharga ni dan full utilizekan. moga piala taqwa mampu menjadi milik kita. rasanya masih belum puas untuk berdoa, masih belum puas untuk berdiri di malam sunyi hanya kita dan Allah, masih belum puas mengecapi nikmat solat yang best sebab syaitan dibelenggu, masih belum banyak rasanya infaq untuk orang lain, masih lagi banyak dosa yang dilakukan dan perlu amat untuk memohon ampun, namun Ramadhan sudah mahu pergi.sayu sangat kan rasanya..tak tahu boleh bertemu lagi..banyak sangat masa dalam bulan ni yang terhabis sia-sia.. tapi apakah guna menyesal..gunakan sebaik mungkin detik sekarang untuk terus memperbaiki amal, teruskan berdoa, dan berdoa.
berdoa moga diberi kebaikan buat diri, ibu bapa, keluarga, sahabat seperjuangan serta seluruh umat Islam, berdoa moga terus ditsabatkan dan diistiqomahkan serta diberi kefahaman yang baik untuk berIslam dan menjadi kader dakwah lillah. berdoa moga hati kita lapang dalam menerima segala ujian, mehnah dan tribulasi yang datang dan menimpa. berdoa moga diberi kelapangan dada dalam menerima ilmu dan mendapat kejayaan di dunia tanpa membelakangkan kejayaan untuk akhirat. berdoa moga diberi hati yang bersih, tenang dalam mendepani manusia juga alam sejagat ini dan kerenahnya. moga mampu bersabar dan bertenang dengan semua itu. berdoa moga kita diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt dalam membezakan yang haq dan batil. dalam membezakan yang benar dan yang salah dan memohon supaya sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus. berdoa agar diberikan hati yang ikhlas dalam setiap gerak langkah dan agar Dia sentiasa memandu kita. berdoa buat saudara di Palestin, Gaza..moga diberi kekuatan iman oleh Allah, moga terus tsabat dalam berjuang dan dalam mempertahankan tanah suci milik umat Islam itu. sama-sama doakan duta pilihan Allah itu disana. agar andai kematian datang menjemput, syahid buat mereka dan tiada penyesalan abadi, berdoa moga anak-anak halaqah kita mampu mendapat kefahaman yang baik tentang Islam, terus istiqomah, begitu juga doa buat akhwat ikhwah seperjuangan..ohh.terlalu banyak yang ingin di doakan bukan..berkajang-kajang page blog ni juga mungkin tak habis..setiap detik sangat berharga..untuk doa itu ditebarkan buat semua. dan detik bulan Ramadhan ini jauh lagi berharga..
jadinya..jangan buang masa sangat sementara sedikit sangat masa yang ada untuk pergi shopping raya, window shopping, jalan-jalan, banyak tido, banyak tgk tv, banyak buang masa, buat kuih raya berguni2, ...cuba optimumkan masa untuk beramal ibadah khusus tapi bukanlah tak boleh buat semua tu cuma optimumkan masa kita dan buat sesuatu dengan kualiti. tapi jangan pulak rumah tunggang langgang, mak sampai mengamuk sebab kita ni dok dalam bilik dok solat baca quran ja..tak..tawazunlah kerana habblumminallah adalah berkait rapat dengan hablumminannas.. tak boleh meninggalkan salah satu untuk mengejar yang satu lg. pastinya kalau hubungan dengan Allah baik, hubungan dengan manusia akan baik.
wallahua'lam..moga Allah memberikan rahmat dan kempunannya kepada kita semua. dan mendapat husnul khatimah..dan kematian yang baik..kerana kita tidak tahu usia kita setakat bila. selagi ada masa dalam beramal..kejarlah untuk membuat kebajikan..dan jangan kikir untuk berinfaq..
terlalu banyak lagi yang ingin dicoret. namun perlu mengundur diri..ada date dengan Dia..perlu melunaskan janji. peringatan buat diri..
buat kalian yang menjenguk..tinggalkanlah sepatah dua kata sebagai penguat buat diri..moga tulisan itu mampu menjadi asbab hidayah Allah swt dan menjadi warisan pahala yang berterusan buat kalian insya Allah.
No comments:
Post a Comment