Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi segala nikmat dan pemilik seluruh alam jagat ini..
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad b Abdullah..
Ingin belajar menulis kembali..Cuma diingatkan kalau ada sesapa yang tersinggah blog ni..ini adalah catatan pengembaraan seorang pengembara. Kenangan yang ingin diluahkan dalam bentuk tulisan. Ini adalah tidak penting mungkin bagi kebanyakan manusia Cuma penulis ingin cuba mengambil sebanyak ibrah daripada pengalamannya.. mungkin gaya dan cara penulisan tidak sehebat bloggers yg lain. Penulis tidak berniat untuk berkongsi pengalamannya bersama org lain sekadar ingin mempublishkan di blog ni sahaja..wallahu’alam.
Berada di rumah kembali sejak beberapa ketika bersama akhawat, berprogram bersama menelan pahit manis ukhuwah dan pengorbanan bersama-sama. Pahit manis perjuangan yang menjadi perasa di sepanjang jalan yang panjang ini.
Sebenarnya perjalanan ke rumah pada kali ini agak sayu. Tak nak balik rumah sebenarnya..ingin bersama akhawat. Tapi buat masa ni dakwah family adalah utama. Membaca satu blog ada kat tepi nu..tentang da’I dan org tuanya..sajak sebenarnya..diri ini sedang belajar dengan persekitaran..
Pengembaraan bermula minggu lepas. Program ex matrik. Baru kenal dengan akhawat matrik..kalau tak selama ni kenal dengan akhawat sekolah saja..huhu. banyak benda la mgenali mereka..berprogram bersama..banyak yg dapat especially dari segi ukhuwah dan tarbiyah..alhamdulillah.. first time pergi ke bukit cahaya sri alam..owh terlalu banyak yang berlaku..ada student program sebelah dikatakan dimasuki benda halus menjerit dan mereka meminta bantuan kami..ana pun pi la sana..dan akhirnya kami menjalinkan ukhuwah dengan budak Bandar – PJ melayu yg sekular..but they r very nice person. Mereka biasa sahaja..bahkan tidak solat mungkin, sebab kami dapati dema tak bawa telekung pun.. tapi banyak benda yg buatkan mereka jadi macam tu..salah satunya family yg tak membantu, sekolah pun tidak membantu..maksudnya mereka tidak terdedah dengan persekitaran yang dapat membuatkan mereka mengenali islam..alhamdulillah..mereka menerima kami akhawat yg bertudung labuh ni dengan amat baik sekali dan amat berterima kasih atas usaha kami membantu kawan dema. Sikap yg sangan ana kagumi – melayan tetamu dan sangat menghargai org yang membantu mereka. Dema masakkan nasi goreng untuk akhawat yg dating jumpa dema. Ukhuwah sesame mereka yang sangat mantap. Tak tinggalkan kawan yang dalam kesusahan n bersama-sama susah n senang. Dema pandai masak ceh..tapi sedap bangat kek yang dimasak budak laki tu..nak mintak resepi..sedap yang amat.. moga hidayah Allah bersama kalian ya sahabat… di program ni juga..belajar satu lagu yg sangat best.. maher zain- always be there..alhamdulillah.. program ni sebenarnya berbeza dengan program lain – cuba untuk keluar dari kepompong..n ana sangat suka dengan perubahan ini. Sebagai contoh – penggunaan sound effect, penggunaan gambar, cara bercakap, berinteraksi dsb..
Seterusnya iic..secara jujur di permulaannya..ana merasakan iic masih stereotype..tidak ada perubahan..masih di takuk lama..yes. di beberapa sisi..tapi secara jujur juga..saya sangat suka dengan iic..mungkin kerana sangat menyayangi dakwah sekolah..alhamdulillah..2 akhawat taman Islam datang..finally.. naik nama taman islam di program iic..walaupun taman islam belah akhawat ni tahap anak buluh betong..tapi ok la..buat 2 akhawat tu..moga istiqomah ya..moga hidayah dan rahmat Allah sentiasa bersama kita..buat diba- teruskan luruskan niat keyh..IIC- oh..macam-macam halangan..alhamdulillah Berjaya sampai ke akhirnya..ana akan cuba upload gambar n montaj yg ana buat..ana buat yer..yes..tapi saya mmg tak reti..Cuma terkesan kata-kata sorg akhawat ni..bila ana cakap ana tak reti sebenarnya then dia cakap – ish..mungkin ini tempat kita, setiap org ada posisi..so buat yg terbaik (ayat rekaan tak ingat ayat sebenar)..tapi kata-kata akhawat tu buatkan ana sangat bersemangat n optimis – yes setiap org ada kelebihan kita disini- program ni buatkan ana banyak belajar ttg program – n jadi simple person – mudahkan jangan mempersulit. Ana rasa ana makin rapat dengan sorg akhawat ni – mas’ulah program n semakin mengenali dia n banyak belajar n banyak menilai. Ana banyak menilai para qiadah yang berada di sana sebenarnya..termasuklah murabbiyah ana. Terkadaang ana ada banyak perkara yg ana agak tak bersetuju dengan caranya..tapi tolak tepi itu semua- dia hanya insan biasa Cuma saya mendoakan agar dia mampu mengubah sedikit caranya- saya akan gtau dia- mungkin satu sisi dan sebenarnya banyak lagi sisi kebaikannya dan tidak ada yang sempurna.terlalu banyak saya belajar darinya dan dia tidak pernah menghilangkan tsiqah saya terhadapnya. Segala kelakuan qiadah itu saya nilai dan yang saya tidak bersetuju akan terus dinilai dan selagi tidak mendapat sisi kebaikan saya tidak akan ambil. Dan saya tidak mahu implemenkan kepada anak halaqah saya – saya ingin memberikan tarbiyah yang terbaik buat anak halaqah saya. Mohon hanya pada Allah..ni sudah berubah tajuk..
Iic juga ana menjadi bendahari..first time jadi bendahari program besar..simple gak r..takla pening mana. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan ana untuk ana tak pening megadap segala jenis wang n angka. Jazakumullahukhairan jaza’ kepada ikhwah wa akhawat yang banyak menyumbang demi kelancaran dan keberlangsungan program ini. Moga menjadi amal yang tidak pernah putus..
Taman islam akan diteruskan – dapat 1 mesej. Huhu..terkejut. ana bajet taman islam akan ditutup..but sekarang ni do not know..ramai yg perlu focus ipt..
Perjalanan seterusnya pagi-pagi akhawat kejut. Temankan ana pi hantar akhwat ke shah alam..orait bebeh .dalam mamai-mamai tuh..
Kajang- shah alam- kajang-cheras
Cheras.date dengan anak halaqah.pi umah wardah..dok menuntut janji..alhamdulillah selamat sampai tapi lambat giler..sob sob..mohon ampun pada Allah. dema 3 org.
dapat satu kata kata..
Diba: habistu macamana?
Teha : so..teruskan perjuangan.
YES!..jazakillah khair teha..nti mmg optimis n buatkan akak sentiasa positif.suka cakap dengan anti. N cuka cakap dengan antunna..antunna insae harapan sebenarnya..akan mengharapkan antunna mampu menjadi qudwah dan mampu beramal dengan amal yg baik..
Wardah.teruskan perjuangan..teruskan beramal..
Pertemuan yang singkat tapi buatkan ana berfikir dengan sangat panjang..dan amat merefleksi diri.
Sejak baca tunas tu..akak banyak pk..antunna akan sibuk..
Tapi bak kata anti..kalau ada org boleh buat kenapa kita tak boleh.kan? banyak lagi org sibuk tapi mampu beramal dengan baik..insyaAllah..
dan sebenarnya banyak lagi orang lain sibuk tapi mampu saja berkomitmen dengan dakwah ni dan tidak menjadikan sibuk sebagai satu alasan..
bahkan keberadaan kita di jalan ni memang akan menyebabkan kita sibuk yang amat..tiada masa berpangku tangan..
terlalu banyak amanah yang perlu dilangsaikan berbanding masa yang kita ada..
nak tak nak kita saja...
ayuh ukhti..
kita sama-sama berganding tangan berganding bahu meringankan beban sesama kita..menjadikan halaqah tempat meningkatkan iman dan memberikan kontribusi sepenuhnya kepada jalan dakwah ni lillah..insya Allah
doa yang terbaik buat kita semua..
No comments:
Post a Comment