bismillah..
alhamdulillah wa syukurlillah masih diberi peluang untuk bernafas dengan udara tarbiyah..
baru habis taklim...dari 8 org 2 yang datang..
alhamdulillah..ini yang terbaik dariNya..
yang lain-lain cater kemudian..kemudian tu maksudnya next taklim ganti..
post ini ingin kutujukan khas buat anak halaqah sekolah.
silent rose..
buat wardah..salam alayk.. moga kondisi iman semakin baik hari ke hari..saat ini mengingati anti..
akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi share dengan akak apa yang anti rasa..
akak banyak berfikir tentang itu..
mungkinkah banyaknya dosa-dosa akak yang menyebabkan anti merasakan anti jauh dariNya..
mungkinkah kerana kurangnya keikhlasan membuatkan ini semua berlaku..
tapi ukhtifillah..wardah yang akak sayang kerana Allah..
bersyukurlah dengan apa yang berlaku..
bersyukur dengan apa yang anti rasa sekarang ini.
mungkin anti merasakan anti jauh dari Allah..
anti merasa berat untuk datang ke halaqah..
anti rasa tak mampu menangis waktu melakukan solat taubat di saat org lain mampu mengalirkan air mata semasa solat taubat.
tapi yakinlah kita..
ini adalah peringatan dari Allah..
anti menyedari anti jauh dari Allah..alhamdulillah..sangat ramai manusia yang tak menyedari dia jauh dari Allah.
inilah saatnya untuk terus mendekatkan diri kepada Allah..inilah saatnya untuk terus mengingati Allah dan terus menerus memohon kepadaNya..
disaat ini Allah sentiasa memerhatikan kita..Allah sentiasa mengharapkan kita kembali kepadaNya..sujud dan merintih memohon kepadaNya..
dan hati kita menyedari bahawa kita jauh dariNya..
jadi mulakan langkah..
selangkah menuju Allah..
cek balik amal ibadah kita..yang wajib sudah pasti..
yang sunat kita tambah dan perbaiki kualitinya..
wardah..
akak menyayangi anti..
mengharapkan anti menjadi salah seorang pengemban dakwah..
menaikkan Islam didalam diri insan lain..
jangan lemah dengan mehnah dan tribulasi..
itu sunnatullah..
ujian dengan parent..banyak doa..
teruskan keazaman yang padu, tekad yang jitu untuk terus berbuat sebaiknya walaupun banyak kekangan dan halangan..
bantu rakan-rakan kita, halaqahmate, dormmate, classmate, schoolmate dan lebih penting adalah diri kita dan keluarga untuk berislah dan menjadi muslimah dan akhwat yang tangguh.
akhirnya..moga kita terus berkorban demi Islam hanya keranaNya..
doakan kita bersama..
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment