“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati (manusia), semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan.”(17:36)
“… dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.” (Hadith Arba’in : hadis ke-6)
hati ni ada 2 jenis.
satu yang kita namakan sebagai hati @ liver @ kibdah
dua yang kita namakan sebagai hati @ heart @ qalb
dua-dua penting bagi manusia sebab kibdah menjalankan fungsi untuk membersihkan darah manusia.
tapi sangat penting adalah qalb. qalb nilah yang ana maksudkan dalam post ni.
cuba melihat kedalam hati. tanya khabarnya. sihat tak hari ni?
adakah telah ada titik hitam yang menutupi lagi hati yang merah ni di pagi hari ni?
ataukah hati ini cukup dekat dengan penciptanya..
oh..
bagaimanakah kamu hati..
istighfar cukup kuantitinya..kualiti? ada tak rasa kita ni terlalu banyak dosa semasa beristighfar.
solat. dah solat awal waktu. dah jaga pakaian. pastilah cukup 5 waktu dan banyak lagi solat tambahan. tapi sejauh mana hati ni mengingat Allah waktu solat. hati ni tunduk mengingati Allah. sedangkan secara lahiriahnya kalau kita menghayati bacaan dalam solat pastinya kita tidak akan menemui selain ayat-ayat pujian kebesaran buat Allah, ayat-ayat memohohon dan mengharap hanya kepadaNya. setiap bacaan pastinya membuatkan kita mengingati Allah..
duhai hati adakah engkau tidak menyedari itu?lalainya engkau wahai hati..
kenapa terjadi begini hati?
diri..
'terlalu banyak maksiat yang engkau lakukan'
-engkau kata engkau solat awal sedangkan engkau masih melengah
-engkau katakan engkau membaca Al-Quran, sedangkan engkau membaca tanpa arah hanya mengejar bilangan.
-engkau bangun tahajud tapi engkau tidak menghayati tahajud mu. sekadar mengejar mutabaah.
-engkau baca mathurat. tapi sekadar ingin memenuhi pagi dan petang.
-engkau merasakan engkau beristighfar tapi istighfar mu itu hanya ucapan tidak bermaksud.
-engkau kata engkau taat. tapi banyaknya perlakuanmu menunjukkan engkau ingkar.
-engkau banyak membuang masa. banyaknya tidur. banyaknya makan. banyaknya memperkatakan perkara lagho.
-engkau banyak bercakap tetapi engkau tidak melakukannya diri.
-engkau banyak bergantung pada manusia diri. kurangnya engkau bercakap dengan Allah.
-engkau kata engkau sibuk dengan kerja dakwah. tapi hakikatnya tidurmu masih memanjang. banyak masa yang engkau gunakan tidak bermakna.
bagaimana cahaya hidayah itu ingin masuk kedalam hatimu dengan perbuatan maksiat yang engkau lakukan.bagaimana hati ingin sembuh sekiranya engkau terus terusan mengotori hati ini.
diri.
jangan putus asa untuk terus berbuat..
jangan putus asa dari rahmatNya
bukankah janji Allah..
'Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (39:53)
hati..
terus terusan cuba mengingat Allah dimana sahaja.
moga qalbun salim menjadi milikmu..
No comments:
Post a Comment