Thursday, December 31, 2009

Kerana Aku Sayangkan Kamu (part 1)

Kringg..

Jam menunjukkan tepat 12.30 tengah hari.

Sesusuk tubuh siap untuk melakukan tugasan terakhir disitu. Punch card.

“Cikgu Adli Iskandar” laung satu suara.

Menoleh. “oh cikgu Amir”

“bergegas nampak. Nak ke mana ni. Mehla minum dulu sebelum jumaat”

“ oh..saya ada temujanji lepas jumaat nanti di KL. Kena berangkat dulu. Nanti saya solat jumaat di tengah jalan”

“oh..macam tu ke..ok la..naik motor ke?jauh jugak tu..hati-hati la”

“aah..tu je la kuda yang saya ada cikgu. Saya minta diri dulu. Takut terlambat pula nanti. Doakan saya selamat sampai cikgu. Assalamualaikum”

“Ya la. Pergilah. Waalaikumsalam”

Menuju ke arah kuda yang dimaksudkan.Honda Wave berwarna maroon BGK 2067.

‘ya Allah.selamatkan perjalananku. Luruskan niatku. Aku ingin meneruskan perjuangan ini. Moga hanya keranaMu.amin’

Seusai membaca doa dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Sang Pencipta agar sentiasa diluruskan niat dan dipermudahkan perjalanan, Adli bergerak menuju ke arah jalan raya yang semakin sibuk dengan ibubapa pelajar dan bas sekolah yang berpusu-pusu mengambil pelajar SMK Bagan Terap.

Saban minggu. Begitulah apa yang akan Adli lakukan. Sebaik sahaja loceng hari jumaat berbunyi, dia akan bergegas menuju ke Kuala Lumpur. Kerana ada janji temu dengan insan yang disayanginya.

Setelah 15 minit perjalanan. Berhenti di satu masjid untuk solat jumaat.

Seusai solat jumaat.

Trett..trett..

Telefon bimbit Adli bergetar. Melihat di skrin. 0362453876

‘oh..mungkin mereka yang call’

‘Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam. Abang Adli. Ni Safwan. Jadi ke datang?”

“ohh..Safwan. ha..jadi jadi Insya Allah. Ni abang baru habis jumaat kat Bagan Jambu baru nak bertolak ke KL. Enta dah gitau yang lain ke?”

“dah. Semua ok insyaAllah so far.dah di bagitau Abang hati-hati la dalam perjalanan ya.jangan merempit sangat. Kitorang tak lari kemana. Yang penting selamat sampai. Nanti kitorang tunggu kat maktabah ye”

“haha..insya Allah..dalam 45 minit lagi abang sampai. Antum siap-siap la. K la. Jumpa kat maktabah. Jangan lupa bawak sekali whiteboard kesayangan abang tu. Ingatkan setiap orang untuk task”

“ok bang”

“ok assalamualaikum.doakan perjalanan abang”

“ok.insya Allah..doa buat abang. Waalaikumsalam.

Tepat jam 1.45 petang meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya. Disepanjang perjalanan Adli terus-terusan beristighfar memohon keampunan kepada Allah. Sekali-sekala pandangannya dialihkan ke alam ciptaan Allah disekelilingnya sambil memuji dan dan bertasbih kepada Allah atas ciptaanNya yang tidak mampu ditandingi sesiapa pun. Jua tunduk atas kebesaranNya. Sekali-sekala juga apabila melihat kepada kenderaan berat; lori , kereta yang memotong perjalannya, doa ditebarkan kepada sekalian pemandu itu agar mereka juga selamat sampai ke destinasi yang dituju dan agar perjalanan mereka sentiasa dalam rahmat dan naungaNya. Sekali sekala juga ingatannya tertuju kepada insan insan yang bakal ditemuinya. Mohon kepada Allah agar mereka sentiasa ditetapkan hati dan iman untuk terus bersama dalam perjuangan ini.

Setelah lebih kurang 35 minit berada di atas motosikal, dia semakin menghampiri tempat yang dituju. Dikejauhan tulisan SMASH tertera dengan jelas di tangki air berwarna biru bersebelahan kedua-dua asrama putera dan puteri di atas bukit.

Hatinya berbisik.

‘alhamdulillah. Sekali lagi sampai di sini’

Adli beristighfar berkali-kali dan mengucapkan rasa syukur sepenuhnya kepada Yang Maha Esa atas nikmat yang diberikan.

‘..dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.’(An Nahl : 78).

SMASH sekolah kesayangannya. Walaupun Adli tidak pernah bersekolah disitu namun kasih dan sayang yang tertumpah di sekolah itu amat besar. Adli kerap kali memikirkan mengenai perkara ini. Sebelum dia berjumpa dengan insan-insan yang bakal ditemuinya sebentar lagi setahun yang lepas Mengapa sekolah ini yang menjadi kesayangannya hingga detik itu? Mengapa sekolah ini tidak dapat dihilangkan dari kamus hidupnya walaupun setelah lebih 5 tahun berlalu. Kisah pada tahun 2002 kembali berputar. Ah..dia perlu melupakan kisah itu. Tidak penting dalam hidupnya. Apa yang Adli pasti, kisah itu membuatkan dirinya berpaling ke arah Islam. Dan merasakan sekolah ini membantunya dalam mendapatkan sinar Islam. Alhamdulillah. Sekali lagi kesyukuran dipanjatkan. Diulanginya istighfar. Adli sekali lagi mengingatkan hatinya. Berpalingnya dia ke arah Islam adalah kerana Allah yang ingin memalingkannya. Kisah itu hanya sekadar asbab. Biarlah kisah itu luput dengan berlalunya masa.

Melihat papan tanda. 1 2 3.

‘ish sekolah ni memang banyak papan tandanya..huhu. yang batu tu pasti menjadi kebanggaan warga SMASH’ hatinya berbisik

Adli melepasi pintu pagar utama sekolah. Mengangkat tangan dan memberikan senyuman kepada pengawal keselamatan di dalam pondok keselamatan. Seterusnya motosikal meluncur laju melepasi bangunan sekolah yang mempunyai tangga ‘gergasi’ dan motosikal menuju ke arah musolla yang terletak bersebelahan dewan besar. Motosikal diletakkan ditepi dewan, helmet ditanggalkan dan diletak di motosikal. Mengambil beg maroon dan disandangnya tanpa menanggalkan jaket. Sekali lagi hatinya berbisik

‘ya Allah ini semua adalah atas karunia Mu. Sebenarnya sekolah ini ujian yang amat besar buatku. Hati ini amat menyayangi sekolah ini. Bantu aku untuk menyayangi sekolah ini hanya kerana Mu dan bantu aku agar tidak terlalu menyayangi kerana aku takut akan membenci suatu hari nanti. Jangan buatkan aku menyayangi mereka melebihi aku menyayangi Mu ya Rabb. Luruskan niatku ya Rabb. Aku ingin bertemu anak binaan ku. Berikan mereka petunjuk dan hidayahMu. Janganlah disebabkan dosa-dosaku mereka terhijab dari menerima hidayahMu. Bantu aku dalam memberikan kefahaman kepada mereka agar mereka mampu menjadi pejuang Islam untuk menegakkan agamaMu ya Rabb. Sesungguhnya kefahaman dan hidayah itu hanya dariMu. Amin’

Melangkah dengan kaki kanan. Adli menuju ke arah musolla. Diletakkan beg dan ditanggalkan jaket. Dia menuju ke arah tempat wudhu. Mengambil wudhu. Memohon keampunan lagi pada Allah. Seterusnya menuju ke tempat solat dan mendirikan solat sunat taubat 2 rakaat. Terus-terusan memohon pada Allah.

Seusai solat taubat. Dia bergegas menuju ke tingkat atas musolla. Disitulah tempat yang dijanjikan untuk mereka bertemu. Maktabah.

Sebaik terpandang kelibat Adli.

“ Abang Adli dah sampai. Assalamualaikum bang. Alhamdulillah selamat pun sampai”

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah.”

Mata bertentang. Senyuman terukir dibalas senyuman yang paling manis. Tangan berpaut dan 2 tubuh itu menyatu. Bergilir-gilir setiap batang tubuh yang berada disitu menghampiri Adli.

Adli bersyukur kepada Allah..sekali lagi melihat insan yang disayanginya berada di depan mata.

“ Abang. Dudukla dulu.Mesti penatkan bawak motor jauh. Tu ada nasi dengan lauk makanla dulu.”

“Subahanallah. Buat apa antum semua susah-susah”

“Ala..rilek la bang. Benda kecik je. Malas nak dengar perut abang main lagu keroncong..haha. makanla dulu.”

Gelak riang bergema.

“ok..”

Tepat jam 3.00 petang. Satu bulatan kecil terbentuk

‘1 2 3 4 5 6 7’

‘Safwan, Fatih, Soleh, Farhan, Aiman, Amsyar, Nu’aim’

“sekejap. Wan, Syed mana? Dah gitau dia dah?”

“ em..dah..tapi dia kata dia nak basuh baju”

“oh..ammar?”

“dah gitau dah kat maktabah pukul 2.45 berkumpul. Dia kata ok tadi. Tapi tak tahula bang. Tak nampak batang hidung pun. Lepas jumaat tadi terus lesap tak tahu kemana”

‘Ya Allah berikanlah hidayah dan petunjuk kepada syed dan ammar. Lembutkan hatinya untuk bersama-sama didalam halaqah cinta ini, untuk sama-sama membina iman’

“ok la takpe. Kita teruskan”

“insya Allah..hari ini ana Ahmad Nu’aim Arif akan menjadi mc ya..ok semua senyum. Baru nampak hensem sikit. Lutut bertemu lutut..persiapkan telinga, hati dan fikiran memasing. Jangan menerawang ke mana-mana pulak ya. Kita dah hampir belayar ni”

Semua yang hadir menampakkan barisan gigi masing-masing dan memberikan senyuman seindah mungkin. Tesentuh dengan kata-kata mc.

“Alhamdulillah. Untuk memberkati majlis kita buka majlis dengan ummul kitab al fatihah.’

Al-Fatihah

“Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Rabb yang memberikan segala nikmat kepada kita walaupun kita, manusia yang lalai sentiasa alpa dan leka dan sentiasa ingkar akan perintahNya. Namun Dia terus-terusan memberikan segala nikmatNya. Nikmat kelapangan, nikmat dipermudahkan untuk menghadiri majlis ini yang kita yakini, ini adalah salah satu cara untuk kita menegakkan dinul-Haq di dalam diri seterusnya ke sekeliling kita; nikmat iman dan Islam pastinya serta nikmat tarbiyah yang tidak semua orang dapat. Alhamdulillah. Seterusnya selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad b Abdullah, Rasulullah yang memberikan segala kudratnya demi tertegaknya Islam, para ahlul bait, sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, ikhwah akhawat serta semua pejuang Islam yang masih telah masih dan akan berjuang dijalan ini, kita doakan semoga semuanya akan terus tsabat tegar dan istiqomah serta istimrar untuk meneruskan perjuangan ini hingga mendapat jannahNya.”

“ Alhamdulillah sekali lagi, kita diberi ruang, peluang dan kesempatan oleh Allah untuk berkumpul didalam halaqah cinta kita, yang sentiasa kita rindui. Untuk meneruskan majlis, sama-sama kita mengalunkan sedikit ayat suci Al-Quran. Semua buka surah ke 31 surah Luqman. Sorang baca 7 ayat yang seterusnya baca maksudnya ya.”

“biar ana start.Bismillahirrahmanirrahim…. “ Fatih mendahului.

“Alhamdulillah..selesai bertilawah. Ni ana nak ambik mutabaah ni. Prepare semua….”

“Seterusnya. Task. Harini task yang ada, akhbar Islami oleh Farhan dan sirah tokoh oleh Aiman. Farhan proceed la”

“ok..bismillah..berita minggu ni yang ana nak ketengahkan dan kongsi bersama-sama antum. Ni ana baca dalam paper. “

Perbincangan lebih kurang 10 minit menjadi hangat dengan pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh semua yang hadir.

“aiman..next..”

“ok..bismillah..hari ni ana nak bentang sirah tokoh. Mus’ab b Umair. Nah ambik sorang satu handout ni. Tulis nama tau baca dan simpan, jangan terabur”

“seterusnya ana serahkan majlis kepada murabbi kesayangan kita. Abang Adli”

Senyum.

Adli melihat satu persatu insan dihadapannya. Amanah yang Allah berikan kepadanya. Untuk membimbing mereka menjadi orang-orang yang faham tentang islam seterusnya menjadi da’I ilallah. Insan-insan ini amat naïf dan comel. Membesar dan menjadi dewasa dengan keindahan Islam. Alhamdulillah. Moga hingga akhirnya. Adli sedaya upaya memahami setiap jiwa dihadapannya agar pembinaan mereka seiring dengan kefahaman. Kerana dia tahu dihadapannya ini insan yang pelbagai. Ada yang baru tersentuh dengan tarbiyah. Ada yang kefahaman dan tsaqafahnya jauh melangkaui pemikiran seorang pelajar sekolah seusianya bahkan mungkin menyamai kefahaman Adli. Ada yang masih belum benar-benar dapat menerima konsep tarbiyah. Ada yang tahu tentang konsep tarbiyah tapi masih belum dapat mengaplikasikan dengan baik. Dan pelbagai lagi. Adli tahu, dia perlu adil dalam memberikan kefahaman dan dalam setiap kata-katanya kepada setiap insan ini agar dia tidak menzalimi mereka. Tambahan lagi mereka adalah remaja yang sedang membesar dan sangat perlu difahami psikologinya. Adli ingin insan-insan dihadapannya menjadi pemuda harapan ummah seterusnya meraih redha Nya dan menjadi orang-orang yang beruntung.

‘Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung’ (Ali-Imran; 3:104)

Memulakan bicara.

“bismillahirrahmanirrahim……” kata-kata aluan sebagai tanda syukur

“Alhamdulillah..firman Allah dalam surah Al-Bayyinah surah ke 98 ayat ke 5 yang bermaksud : padahal mereka hanya disuruh menyembah Allah dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar).”

“Alhamdulillah thumma alhamdulillah wa syukurlillah. Kita masih lagi diberi petunjuk olehNya untuk bertemu di dalam satu majlis yang dengannya kita mengharapkan redha dan rahmat dari Allah. Moga kehadiran kita pada hari ini mampu meningkatkan iman dan lebih mendekatkan kita dengan pencipta kita. Pertama-tamanya sama-samalah kita meluruskan niat. Berbuat hanya kerana Allah. Mungkin ada antara kita yang merasa keberatan atau berkira-kira untuk hadir disini. Dan akhirnya antum semua berada disini. Alhamdulillah. Allah telah memilih kita. Yakinlah ikhwahfillah inilah jalan nya. Jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah saw dan kita adalah penerus kepada mata-mata rantai perjuangan Rasulullah..firman Allah dalam surah Jum’ah surah ke 62 ayat ke 2. cuba bacakan sorang.”

“ana nak baca” Amsyar dengan pantas meneruskan.

“bismillah. Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah(sunnah), meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata”

“jazakallahukhair Amsyar. Sepertimana firman Allah ini, Rasulullah diutuskan untuk mentarbiyah umat dengan dimulakan dengan membacakan ayat-ayat Allah, seterusnya menyucikan jiwa para umatnya dan seterusnya mengajarkan Kitab dan Hikmah”

“inilah jua yang sedang kita lakukan dengan membaca ayat-ayat Allah seterusnya bermujahadah dalam menyucikan jiwa dan kita belajar mengenai Islam. Bermula dengan diri kita seterusnya kepada insan di sekeliling kita agar terbinanya bi’ah solehah”

“ok..sekarang ni ana haus dan ana nak minum.bismillah..”

Adli mengambil botol air disisinya dan meminum air di dalam botol tersebut sehingga habis.

Semua yang hadir memerhatikan tanpa kata.

“ok. Sekarang ni antum tengok. Apa yang ada dalam botol air ni?”

“takde pape.sebab antum dah perabih air tu semuanya” Farhan , Safwan dan Aiman menjawab hampir serentak sambil tersenyum.

Adli juga turut tersenyum. Dan menyambung.

“sebelum ni dalam botol ni ada apa?”

“air la”

“Lepas ana minum?”

“air dah habis tinggal botol kosong la”

“ok..baiklah. tapi antum semua perasan tak. Air dah masuk dalam perut ana dan botol ni nampak seperti kosong. Hakikatnya botol ini telah di isi dengan udara menggantikan air tu”

“sebab botol ni bukan dalam keadaan vakum”

Ahli bulatan itu mengangguk mengiakan kebenaran kata-kata Adli.

“begitulah juga dengan kita ikhwahfillah. Andai kata kita tidak mengisi jiwa kita dengan perkara kebaikan maka akan ada perkara lain yang mengisi jiwa kita iaitu keburukan.”

“andaikata kita tidak berada dekat dengan Allah pastinya kita berada jauh dari Allah dan pastinya jalan keburukan itu semakin menghampiri kita”

“mari kita lihat kembali ke dalam diri kita. Apa yang kita lakukan hari ni. Adakah lebih banyak kebaikan atau keburukan. Teruskan beristighfar. Moga Allah menunjukkan kita jalan yang diredhaiNya.”

“jalan tarbiyah dan dakwah ini tidak memerlukan kita akhi, tapi kita yang memerlukan jalan ini. Kita yang sepatutnya berusaha untuk berada dan untuk istiqomah di jalan ini. Dan pastinya semua itu adalah dengan izinNya. Alhamdulillah. Salah satu usaha antum untuk antum datang ke halaqah walaupun banyak kerja lain yang beratur untuk disiapkan.”

Yang hadir mendengar dengan teliti.

“antum pernah tak kira berapa kali antum dah datang ke halaqah ni? Ok..mungkin ada antara antum yang baru je join, ada yang join sejak pertama kali halaqah kita ni. Cuba setiap orang kira berapa kali dah attend halaqah”

“Soleh..”

“hihi..ana tak penah kira..tapi lebih dari 2 la”

“Safwan..antum paling lama ana kenal”

“erm..banyak..”sambil tersengih

“banyak tu berapa”

“ lebih dari 2 dah menunjukkan jamak..em..ana rasa lebih dari 5 kot.tapi memang lebih pun”

“hurm..untuk pengetahuan antum je la. Sejak pertama kali ana datang untuk liqo’ halaqah kita, hari ni kali ke 36 ana datang untuk halaqah. Untuk halaqah ye. Antum pernah perasan tak dah cukup banyak halaqah kita ni dijalankan?dan sebenarnya dah banyak kali antum attend halaqah ni?”

“ha?kali ke 36 ke?biar betul” Safwan menjawab sambil cuba mengira menggunakan jarinya..

“agak la betul”

“memangla betul. Ana ada data. Ni sejak halaqah pertama kita masa cuti akhir tahun lepas..”

“36 tu hanya angka. Cuma nak menunjukkan sebenarnya antum dah banyak kali datang halaqah ni.”

“abang..rupanya dah banyak kali sangat abang datang ye…minta maaf kalau kami tak memberikan komitmen yang baik kat halaqah ni, banyak menyusahkan abang” Farhan berkata dengan rasa amat bersalah.

“ish antum ni. Bukan macam tu la..haih… Farhan..papepun abang sayangkan enta dan antum semua. ingat ya. Yakinlah semua datang dari Allah. Kita manusia hanya mampu berusaha”

Mata bertentang

Senyuman bertukar. Farhan kembali tersenyum.

Fikiran Adli mengingat kisah lalu. Bagaimana sukarnya untuk mendapatkan komitmen untuk mereka datang ke halaqah walaupun mereka hanya perlu turun ke maktabah tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan wang untuk perjalanan atau keringat yang mencurah-curah untuk sampai. Adli sedar, kerana ketika itu mereka tidak faham tentang nikmatnya tarbiyah menyebabkan mereka keberatan untuk hadir. Adli menyedari hati mereka tidak cukup kuat terikat untuk bersama-sama berkumpul di halaqah ini. Usaha demi usaha dilakukan. Ziarah, menulis surat, memberi hadiah, berkirim khabar, berdoa dengan sesungguhnya. Akhirnya dia melihat perubahan para remaja itu sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Berjuta kesyukuran dipanjatkan.

“afwan akhi..Cuma nak kita semua sedar. Rupanya dah lama Allah menyapa kita dengan menghadirkan diri ke halaqah ni, sentiasa diberi peringatan..bukan dalam halaqah ni sahaja bahkan sepanjang masa antum berada di sekolah ni pastinya penuh dengan peringatan.”

“tapi adakah kita telah membalas sapaan Allah itu atau kita tak perasan sebenarnya Allah menyapa kita dengan peringatannya. Tinggal untuk kita membalas atau membiarkan saja sapaan itu akhi”

“tarbiyah intinya perubahan. Adakah kita telah berubah menjadi lebih baik. Atau kita masih berada di takuk jahiliyah lagi”

“malulah kita pada Allah akhi. Terlalu banyak nikmatnya, terlalu banyak peringatanNya, terlalu banyak yang diberikanNya buat kita. Kenapa kita tak boleh berubah dengan lebih mencintaiNya, lebih banyak mengingatiNya, lebih banyak melakukan amal ibadah untuk lebih mendekatkan hati kita denganNya. Semuanya bukan untuk siapa-siapa akhi. Tapi untuk diri kita.”

“Kita renungkan firman Allah dalam surah Al-Ankabut surah ke 29 ayat ke 6 : dan barangsiapa berjihad , dan sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam”

“begitu juga dalam surah Luqman, surah ke 31 ayat ke 12 yang bermaksud : dan sesunggunya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu,’bersyukurlah kepada Allah ! dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah ) sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur(kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji’”

“Allah tidak memerlukan sesuatu, kita yang sangat memerlukan rahmatNya dan syurgaNya dan pastinya kita perlu berusaha ke arah itu”

“usaha kita salah satunya dalah dengan amal ibadah khusus kita. Cuba tengok mutabaah antum. Kenapa ya jadi macam tu? Minggu ni menurun dengan mendadak. Ada masalah ke?”

“Farhan..”

“ana tak nak beralasan akhi. Takda alasan untuk itu. tapi ana akan cuba untuk meningkatkan amal ibadah ana kerana Allah. Doakan ana untuk terus bermujahadah”

“Soleh. enta dari dulu ada masalah dengan tahajud kan?enta memang susah nak bangun tahajud?ana tahu tu masalah enta”

“ya”

“tapi apa yang enta buat untuk menangani masalah ni? Muslim takkan jatuh ke lubang yang sama 2 kali”

“ana dah cuba bawak jam loceng, suruh orang kejut. Tapi masalah ana sendiri yang susah sikt nak bangun. Selalunya ana bangun 10 minit lagi nak azan. Ana akan mandi dan habis mandi je dah subuh”

“Fatih..enta ada cadangan camana nak bantu Soleh ni. Ana yakin pastinya enta sedih juga sebab enta dapat bangun qiam dengan baik tapi ada halaqahmate enta susah nak bangun dan tak dapat untuk merasai nikmat yang enta dapat”

“afwan kathira Soleh. Esok ana kejut enta. Wan..kita sama-sama ya solat jemaah dengan Soleh. Selagi dia tak bangun kiat kejut di sampai bangun. Dengan antum semua pun“

“insya Allah.. pape pun..bilamana sesuatu tu lahir dari hati..kita akan cuba sedaya upaya untuk berbuat. Samalah dengan amal ibadah kita. Pertama-tamanya bersihkan hati kita. Kualitikan istighfar kita. Seterusnya berazam dengan penuh tekad untuk kita mendekatkan melakukan amal ibadah kita. Kita akan mudah dalam berbuat. Bukan sahaja tahajud, malah tilawah al-quran dan lain-lain. Insya Allah, yakinlah Allah akan membantu kita”

“itulah perubahan hasil dari tarbiyah yang kita harapkan. Lahir dari hati yang suci seterusnya dilahirkan dalam bentuk amal. Ikhwahfillah. Apa yang ana nampak, antum sangat-sangat banyak ilmu. Tengok sahaja dalam tazkirah-tazkirah yang menggetarkan jiwa, dalam Akademi da’I, perancangan antum untuk Badar dan kepimpinan yang antum bakal pegang. Subahanallah..terlalu hebat ilmu antum, terlalu besar tsaqafah antum. Ana amat kagum dengan antum semua. Tapi ikhwahfillah.. banyaknya ilmu kita, banyaknya yang kita mampu cakap, ana harap antum dan kita semua mampu iringinya dengan amal. Amal yang paling penting. Amal akan menunjukkan kefahaman kita tentang apa yang kita cakap.

“sama saja kalau kita menghafal formula add math, atau kita tahu jalan kerja dan kita memang tahu dalam bercakap. Tapi bilamana kita tidak mampu mengaplikasikan dalam soalan peperiksaan, takda markah yang boleh kita perolehi”

“kita boleh tengok berjayanya tarbiyah kita, bila kita kat rumah. Salah satu cara la.. kita tengok kat rumah macamana. Kalau kat SMASH ni antum boleh bangun tahajud setiap pagi, solat duha setiap hari, mathurat pagi dan petang tanpa miss, solat jemaah 5 waktu, bagi tazkirah, menundukkan pandangan dan sebagainya, kat rumah mampu tak buat benda yang sama?”

“sama-sama la kita cek..andai balik rumah futur balik rumah futur dan terus down, cek balik hati kita dan kualiti amal kita sepanjang di sekolah. Kenapa kita berbuat. Adakah sebab kawan?adakah sebab mutabaah? Adakah sebab ana? Atau sebab-sebab lain.”

“wajar saja iman turun dan naik. Kalau kat rumah terlebih tidur, termain game, terbanyak baca komik, terchatting dengan perempuan ajnabi dan banyak lagi ter..istighfar balik..ingatlah terlalu banyak kali Allah menyapa kita. Terlalu banyak dosa kita untuk kita terus-terusan berbuat dosa. Sama-sama kita bemujahadah”

“ana sayangkan antum akhi. Ana mengharapkan untuk kita sama-sama mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik agar umat ini juga menjadi baik. Bermula dengan diri kita. Bukan mudah. Teruskan bermujahadah. Jangan terus berada di bawah. Bangkit kembali andai tersungkur. Jadilah agen perubahan umat. Moga jannah menjadi milik kita bersama”

“jam dah menunjukkan 4.30 petang. Jom kita siap-siap ambil wudhu untuk solat asar. Lepas mathurat kita sambung ye. Kita dok tepi padangla..romantik sikit..hihi”

“haha..ok la..sebelum akhirnya dari ana, mc. Sama-sama kita ambil peringatan dari abang Adli. Ana sayangkan antum semua wahai halaqahmateku..insya Allah kerana Allah. hihi..ok la..insya Allah kita tangguh dengan tasbih kafarah dan surah al asr. Jumpa kat tepi padang lepas mathurat. ”

Bersambung..

No comments:

Post a Comment