Wednesday, November 25, 2009

konvensyen pendakwah muda (wehdah 09) - part 1

bismillah..
segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat. selawat dan salam kepada murabbi agung.
alhamdulillah wa syukurlillah.
mode ngantuk. tapi nak tulis juga

berada di konvensyen pendakwah muda 2009 peringkat kebangsaan di usim..
alhamdulillah bersyukur kerana berada disini..
ni kepala tahap lelong tapi nak tulis gak..
sebenarnya nak share dengan some one..tapi tak tahu sapa..
nak online manalah tahu ada org yang saya boleh share tapi takda sapa yg sesuai..
takpelah tadi dah cakap kat Allah..
nak share sket la kat sini..
kat sini jumpa ramai org pelbagai jemaah
ada gamis, ada isma, karisma, pmi, takda nama mcm saya pun ada gak..akhwat la tuh..
malam ni pengalaman yang sangat best.
perkongsian dakwah di setiap universiti.
program ni sebenarnya program melibatkan badan dakwah rasmi di ipt sebab spmm(sekretariat dema) hantar surat jemputan ikut upt. so banyakla yang datang adalah wakil n org2 besar ipt memasing dalam bidang kerohanian macam rakan surau, badar, pmi dan sebagainya.
tadi ada perkongsian dakwah. yg dikongsikan adalah apa aktiviti badan dakwah yang legal or rasmi kat setiap u.
ana terkesan dengan satu statement dari unimas. dia kata antara cabaran dakwah kat sana adalah... banyakla yg dia cakap tapi akhirnya dia kata...ada jemaah yang merasakan mereka adalah jemaah yang paling bagus dan dia kesal dengan sikap macamni yang tak sepatutnya ada..then ana pk..tu kitorang ke?
presentation utp pun buat ana refleks balik..mungkin sisi sisi tarbiyah yang ana sedang ikut ni..adanya pandangan negatif pendakwah lain terhadap kami..sendiri makan cili sendiri la rasa pedasnya..ana banyak berpikir..kekadang adakah kita merasakan kita paling bagus..kekdang adakah kita tidak mahu bekerjasama dengan mereka yang berbeza method gerak kerja..terkadang adakah kita memandang rendah terhadap mereka...adakah kita merasakan apa yang mereka buat banyak yang tak betul...apakah kita merasakan apa yang mereka buat tidak memberikan impak terhadap umat hari ini...apakah kita merasakan mereka salah dan melihat banyak sisi kesalahan mereka...adakah kita merasakan kita membuat kerja dengan cara yang paling tepat paling telus dan paling efektif...
astaughfirullah..mungkin ana satu masa yang lepas pernah menjadi begitu..pernah dan pernah..hari ini sangat terpk..
dib..
buka mata
buka minda
buka hati sanubarimu
mereka sangat bekerja untuk Islam..sangat sangat..
subahanallah..
jangan dikata..
mereka melakukan dakwah ammah..kesannya tak nampak...
mereka telah berbuat dib!
mereka melakukan dakwah yang tidak fokus..
mereka sangat bekerja dib!
mereka hanya bermesyuarat bermesyuarat..tapi tindakan...
terlalu banyak perkara yang mereka perlu selesaikan dib!
mereka tidak terlalu menekankan pergaulan
mereka mungkin lebih ikhlas awak dib!

ya Allah..ana sangat terkesan..
banyak program yang dirancang..
banyak program yang dijalankan..
mereka mampu menggerakkan dan memberdaya gunakan main power mereka dengan baik
baru ana nampak..
kenapa kekadang akhwat yang kita tarik ke taklim..dia tak boleh fokus taklim kita..
tapi bila dia masuk h, dia menjadi jauh lebih baik dari semasa dia jadi akhwat kita..
hari ni ana faham sedikit kenapa..
bukan kerana jawatan..bukan kerana itu..
tapi kerana ukhuwah..
tapi kerana mereka telah memberdayagunakan mainpower dengan baik..
mereka sangat banyak program yang perlu difikirkan dengan detail segala2 nya..
program banyak jadi mampu beramal disitu..
mereka dapat merasakan mereka berbuat untuk islam...

hakikat yang sangat jelas ana nampak hari ni..
selama ni mmg tahu..
tapi mungkin teori..tanpa nampak bukti nyata..
tapi lepas presentation hari ni..
sebenarnya..
kita ibarat satu support system..
ada banyak sisi..
dan setiap sisi ada tugas memasing yang pastinya berbeza..
macamtulah dalam dakwah islam..
mereka mungkin melakukan dakwah ammah..
kita mungkin tak nampak kesannya dengan banyak..
tapi itu adalah cara dakwah mereka..
mereka menyentuh banyak sisi..
cara kita..
kita lebih kepada dakwah fardhiyah..
kita lebih menekankan pembinaan individu muslim..sangat sangat..tapi jangan lupa dema pun ada usrah dema dalam pembinaan individu muslim tu 
dan kedua-dua ni sebenarnya sangat membantu satu sama lain untuk menjadi satu support system yang baik kepada islam.. 

kepala ni sedang banyak menilai..
apa yang difahami sebelum ni..
dan apa yang difahami sekarang..
kita perlu lebih terbuka..
ntahla..
kalau dulu kekadang merasakan kita ni sangat bagus dan sangat baik..
tapi sebenarnya kita lah manusia yang sangat teruk..i speak to myself..
terkadang kita banyak mengata dan mengutuk mereka..tanpa kita perasan...mungkin kita nak membandingkan atau ambik ibrah..tapi sebenarnya kita dah memburukkan ansarullah tu..
astaughfirullahhalazim...
setiap management tu pasti ada kekurangannya...
sama2 berlapang dada..
ana tadi cakap dengan budak2 nikekadang rasa panas sket gak..
tapi tu di awal...
lepas tu baru ana faham..
oh..oh.. dan oh..
masa ni la nak mempraktikkan teori yang kita menerima cara dakwah mereka dan berlapang dada atas perbezaan pendapat dan cara..
ana mungkin hanya melihat luaran..
dari satu sisi..
tapi baru terbuka kepala otak ni..
baru terpk..
selama ni ana jumud juga..
selama ni ana katak bawah tempurung juga..
tak tahula..
mohon pada Allah ditunjukkan jalan yang benar dan diredhaiNya..
Allah yang memberi hati dan fikiran kepada manusia..
dan segalanya kan dari Allah...
lepas keluar dari dewan tadi rasa nak terhambur air mata dengan kejahilan diri..dengan teruknya diri ini..
kita selalu mengatakan..ikhlaskan niat dan pastiinya kita sentiasa terus cubamengikhlaskan niat..
dan kelihatannya..
mereka juga sangat ikhlas dalam berbuat..
sangat-sangat!
subahanallah..
walaupun
mungkin ada sisi-sisi yang dibah tak leh terima..
so takpela..
tak perlu ambil..tapi perlu menilai..

ana doakan kita semua terus istiqomah di jalan dakwah dan tarbiyah ini hingg akhirnya..
andaikata seluruh peserta konvensyen ini dengan jumlah seramai lebih 500 orang mampu menjadi pendakwah muda yang sebenarnya..
maka
subahanallah..
cuba bayangkan dunia ini pasti bergegar dengan tangan-tangan pendakwah muda ini..

-semoga Allah memberkati usaha kita semua-
-salam istiqomah salam satu aqidah salam satu perjuangan-
-amal sangat penting keyh-

No comments:

Post a Comment