Thursday, August 19, 2010

si anak kecil itu

Anak kecil itu

Di satu sudut dunia
Berdirinya seorang anak kecil
Usianya menghampiri dewasa
Dia gembira
Menghirup kesenangan dunia
Tenang menikmati keseronokan maya
Tiada apa yang memberatkan fikirannya
Melainkan kejayaan buat kesenangan sementara

Satu hari yang menyapa
Sebuah kejutan dari Rabbnya
Memilihnya menjadi penyeru agama
Bukan sementara
Tapi selamanya

Anak kecil itu bingung
Apakah ini?
Apakah yang terjadi?
Seakan mahu menapak lari
Sukar dimengerti
Tangan ditadah memohon petunjuk Ilahi
akhirnya
Memilih jalan sukar buat diri
Mengharap bahagia yang kekal abadi

Anak kecil itu semakin dewasa
Membaluti diri dengan rasa malu
Menyelimuti diri dengan taujih Rabbnya

Acapkali
Badai fatamorgana menerpa
Perisainya kurang ampuh
Seringkali ia tumpas
Kembali anak kecil itu kepada sang Pencipta
Terduduk..berteleku
Menadah tangan memohon padaNya
Masihkah ada ampunan?
Masihkah didengar bicara?
Akhirnya ketenangan bertamu
Kerna keyakinan bersama Rabbnya

Anak kecil itu kembali berdiri
Mencuba untuk teguh
Mencuba untuk kukuh
Tanpa goyah
Tanpa berundur walau selangkah
Tanpa disedari
Dihadapannya
Berdiri sebuah ujian yang gagah perkasa
Kiriman istimewa dari Sang Pemilik buana
Sebuah kisah silam nan kelam yang menyapa
Seakan ujian itu tidak kelihatan
Namun anak kecil itu terasa terlalu sukar
Anak kecil terasa terlalu payah
Ujian itu terlalu gagah
Tiada belas
Melanggar si anak kecil

Anak kecil itu terus cuba untuk kukuh
Terus cuba untuk teguh
Keimanan
Doa tulus
dan kempunan dariNya
bekalan utama si anak kecil

sehingga detik ini
anak kecil itu semakin dewasa
namun ujian yang sama masih menerpa
sukarnya terasa
bagaimana?
Apa perlu anak kecil itu lakukan?
Anak kecil itu tidak mahu..
Seringkali seakan tidak mampu
Menanggung ujian yang tidak kelihatan dari luaran itu
Yang seolahnya
semakin hari semakin besar
semakin hari semakin membarah ujian itu

Bagi diri anak kecil itu,
Terus-terusan menadah tangan
Terusan doa dipanjatkan
Diberi yang terbaik buat diri
Redha dengan ketentuan Ilahi
Dengan sabar dan solat
Mengharap pertolongan Ilahi

Kerna anak kecil itu takut
Anak kecil itu tidak mahu
Dilempar dari jalan sukar ini
Kerana tidak mampu melepasi ujian itu

Anak kecil itu perlu menyedari
Jalan ini sukar mendaki
Memerlukan hati yang tulus suci
Menuntut pengorbanan tanpa hati
Mengisi masa penuh erti
Menjauhi diri dari dosa dan noda
Ujian itu fitrah buat sang da’i
Perlu teguh
Perlu kukuh
Kerna semua cinta adalah buat Ilahi
Yakin doa kan didengari
Hanya menanti detik menjadi realiti
Itu kan menjadi yang terbaik buat diri
Amin

sahabathijau21
2230
8 Ramadhan 1431
living room
banting selangor

No comments:

Post a Comment