bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah. segala puji bagi Allah. selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah.
sebenarnya tak berniat nak post apa-apa pun. sekarang ni nak siapkan risalah untuk matrik.
tetiba membaca satu blog. ohh..sangat tidak di sangka amat bagus blog tu. jadi tergerak untuk menulis disini. walhasilnya tidak tahu tajuk post ni..
rasa malu dan segan dengan penulis blog. ni blognya: www.cahayacita-citakami.blogspot.com. kerana mengenali sang pemilik blog. hurm..rupa-rupanya banyak yang terpendam. ya dia akhwatku. dan satu-satunya akhwat kami daripada taman Islam kalau tak silap ana. subahanallah. pendiam tapi berfikir. nampak biasa tapi punyai bakat terpendam dan jiwa hamba. subahanallah. alhamdulillah.
sebelum ni pernah membuat satu hipotesis 'budak-budak kelahiran taman Islam ni kalau betul betul faham dengan Islam dan berkecimpung dalam dakwah dan tarbiyah akan menjadi sangat amat hebat' ada satu masa menolak hipotesis ni. tapi hipotesis ni seolah-olah terbukti benar dengan berlalunya masa. alamak ni payah ni. risau makin gile obses dengan taman islam ayat tak tawadhu'. sila jangan contohi.
kalau tak mengenali pemilik blog tu mesti ana dah cakap 'ala biasala budak taman Islam ni, kalau dalam blog je gah, kat luar tak tentu lagi' ish tak baik langsung kan. perlu berhusnuldzan. cumanya kekadang rasa terlalu ditipu dan tertipu dengan orang2 kelahiran taman Islam ni. dari banyak sisi. sebab banyak pengalaman dan pengamatan. merasakan mereka tak boleh dipercayai. tapinya bila berdepan. ceh..cair.. alamak..tak tahu post jenis apa ni. harapnya tiada yang membaca. mungkin sebab rasa sayang tu besar sikit dari rasa tak mempercayai. cuma kekadang dan acapkali menilai balik apa yang org2 smakl ni cakap. boleh caya ke tak. tapi jangan risau. saya ada bos kelahiran taman Islam. saya percaya cakap bos saya.bos besar la bos kecik sikit tak percaya sangat. haha..
tapi ana sangat bersyukur pada Allah kerana akhwat taman Islam yang seorang tu buat masa sekarang.insya Allah ada lagi di matrik. cuma belum cukup matang. membesar dengan amat baik dalam tarbiyah. alhamdulillah. walaupun saya tiada kaitan dengan taman Islam, tapi selaku org yang menyayangi taman Islam, saya turut rasa berbangga. haha. alhamdulillah.
buat anak-anak halaqah di taman Islam. saya doakan kalian membesar, dewasa dalam Islam dan tarbiyah seperti mana senior kamu ini. saya sangat mendoakan itu. moga kalian dewasa dan menjadi sang pengemban amanah dakwah. jangan sia-siakan potensi kalian.kalian boleh. kalian mampu. nak atau tidak sahaja. masalah diri itu perkara biasa dalam pengislahan. cuma..kuatkan hati untuk menjadi sang kader lillah dan beramallah dengan sebenarnya. bukan sekadar ucapan manis pada lisan. buktikan hipotesis saya itu benar. kerana insan-insan kelahiran taman Islam memang mampu menjadi insan yang sangat hebat dalam dunia Islam. ok dib. bukan budak taman Islam je yang bagus ok..budak skol lain pun bagus juga.hoho.
dan bila membaca blog akhwat ni..sangat merindui tarbiyah di ipt dan matrik. kehidupan bersama akhwat. halaqah yang best amat. saling menasihati. saling menegur. saling mengingatkan. teringat kehidupan di banglo yang banyak tikus sangat tu yang amat best. sama-sama hafal quran, pagi2 sarapan. then nak pi kelas ada akhwat hantar ke pintu dan cakap. 'ok..luruskan niat'. banyak sikap-sikap negatif di tegur. sentiasa adanya tazkirah dan peringatan secara tak langsung. saling bekerjasama dan selalu kecik hati dengan akhwat yang sangat banyak mengajar untuk berlapang dada, menerima pendapat orang lain, solat terawih n iftar sama-sama, malam-malam meredah kesunyian lorong gelap tu untuk pergi berziarah dan bersilaturrahim di kolej, berada dalam kehijauan di bilik master- subahanallah.juga kenangan di BT - Baitul Tarbiyah. sembang malam dengan roomate, gaduh tak tegur, gaduh amsa nak pi halaqah siap hempas pintu lagi tu. haha. peringatan dan qudwah dari akhwat sekalian.subahanallah buat kesekian kali. itu semua kenangan terindah. tiada lagi kenangan seperti itu. ya..pastinya kehidupan ini adalah sesuatu yang amat dinamik. masa silam hanyalah kenangan. masa kini lah perjuangan sebenar.
saat ini merindui kata-kata keramat akhwat. 2 3 perkataan yang menyuntik semangat. ohh..sangat merindui itu. menunggu siapa yang bakal menitipkan apa jua kata-kata keramat perjuangan buatku. tapi sebenarnya aku perlu memberikan terlebih dahulu bukan? ya..what u give u get back. if u want, u must give it first. ok..insya Allah.
hari raya ini berhajat untuk beraya bersama akhwat UPSI. yang berada jauh di Perak, Sarawak, Sabah, dan aku di Selangor. ada sesiapa nak join boleh register pada ana. huhu..boleh infakkan kereta sekali lah ya..mesti best saat tu.saling berkongsi cerita. lagi lagi dengan cik hirzi yang banyak cerita dengan saya tu..hihi..jangan marah zi..suka dengar anti cerita.subahanallah luruskan niat.cakap dengan murabbiyah lama. puhh.excited amat. tapi terus mengingatkan untuk meluruskan niat. alhamdulillah. insya Allah akan dirancang dengan baik. dan pelaksanaannya adalah dengan izinNya. merindui kalian tahu.. kata-kata dan ucapan semangat, senyuman manis juga sopan santun kelakuan ek?sopank ke?haha.
tapi peringatan buat kita. alhamdulillah dan sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala apa yang kita dapat pada hari ini. dimana kita ditempatkan. walaupun tak bersama akhwat setiap hari tapi mungkin disitu hikmahnya.
adanya rasa rindu dan adanya rasa survive. banyak lagi orang yang sukar. banyak lagi orang yang keseorangan. ada yang sepertinya digantung tak bertali. jangan sedih akhwatku. mungkin inilah saatnya untuk kita merasakan kebergantungan sepenuhnya pada Allah swt dan bersyukur atas setiap apa yang kita dapat. perancangan Allah yang terbaik buat kita. yakin dan terus yakin. di mana saja kita berada. terus memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat. teruskan usaha dakwah dan perjuangan ini. hingga sampai satu saat tiada lagi kemungkaran di muka bumi dan hanya Islam di segenap ruang dunia. insya Allah
p/s : ada tetamu baru. kak syifa' dari kuala kangsar. tak sangka ya menunggu post.huhu..ni blog picisan luahan hati saja akak..tak perlu dibaca.
hihi dh baca...sharing is caring
ReplyDelete