Thursday, August 19, 2010

dakwah sekolah

bismillah
segala puji bagi Allah selawat dan salam kepada insan terbaik Muhammad b Abdullah qudwah dan uswah selamanya..

teringin mencoret sedikit kata
alhamdulillah
hari ini..diberi nafas baru..dikirim seorang insan memberi taujih Rabbani..walau bukan pada kata-kata puitis namun sikap dan semangat dakwahnya cukup menyentuh..hidayah Allah itu datang..entah dari mana..lembut saja menyapa hati yang seakan gersang..syukur alhamdulillah..thumma alhamdulillah..itu semua rahmat dari Dia..cukup tenang hati ini berada dalam nafas dakwah

alhamdulillah
post yang bertajuk dakwah sekolah. sudah lama takda yang bertanya..'bagaimana dakwah di taman islam?'
hari ni ada yang bertanya..alhamdulillah seperti biasa saja..terus berjalan dan bergerak seperti mana dahulu pertama kali bersama dakwah di taman islam. dan selepas itu berfkir tentang dakwah sekolah ini. ya aku sangat mencintai dakwah sekolah. tidak tahu mengapa..diberi peluang membuka halaqah di taman islam kesayangan. menjadi ujian yang besar dan memberi 1001 pengalaman buat diri..setiap langkah pasti ada ujian..berapa banyak air mata yang tumpah kerana taman islam..berapa tinggi doa dan harapan buat mereka menjadi pengemban amanah dakwah..alhamdulillah semakin hari mereka semakin dewasa dengan islam..walaupun banyak yang perlu di touch up lagi. namun tidak mengapa..learning process by doing. doa itu sentiasa buat kalian. berjaya dunia dan akhirat...penjadi pendokong dakwah dan tidak menyibukkan diri dengan memikirkan perkara sepele.kalian insan hebat. andai kalian ingin jadi hebat. akak percaya semua para taman islam - ian boleh menjadi amat hebat andai membaluti diri dengan dakwah dan islam.

medan baru- smk jugra. tempat kerja, tempat bertemu manusia. medan dakwah sekolah yang baru. baru aku sedar..ini situasi masyarakat hari ini. remajanya. pendidiknya. sistem pendidikannya.
medan dakwah ini cukup berbeza dengan medan dakwah sebelum ni - taman islam.
taman islam orangnya cukup dengan ilmu agama, cuma perlu di beri sedikit kesedaran, tahu tentang dakwah, luas tsaqafahnya, nampak bagaimana permasalahan umat yang cukup teruk.
berbeza disini mereka insan sangat naif. mengejar dunia. kurang nilai agama. cukup sempit tsaqafah nya. jauh sekali untuk memahami apakah itu dakwah dan tarbiyah..
sedang belajar cara yang terbaik mendakwahi mereka.. apakah perlu drastik..atau apakah perlu berdikit. cuma sekarang ni sedang cuba mendekati mereka, mengikat hati.. cuma bila jumpa mereka rasa sayu menerjah. apa cara terbaik untuk memberi kefahaman. mereka tidak tahu.. ingin mereka stick dengan Islam.ya Rabbi ya Karim..memohon hanya padaMu. tunjukkan jalan yang terbaik supaya mereka faham Islam dengan baik malah mampu menjadi pengemban amanah dakwah ini..

ini tanggungjawab saya sekarang..saya doa dan saya cuba buat yang terbaik untuk teruskan dakwah sekolah. buat masa ni masih belum dapat buka halaqah disana. sedang cuba diusahakan dengan beberapa method pencarian. mencari jiwa-jiwa gersang yang inginkan pengislahan. aku memohon bantuanMu ya Rabbi.. menghidupkan biah dan menyebarkan Islam di medan baruku dan menimba pengalaman fiqh dakwah medan sekolah harian biasa.. medan yang mungkin akan berada lama disitu.

apa yang saya tahu..dakwah ini cukup panjang. bukan sekadar ingin menjadikan seseorang tu kader dakwah dan faham tentang gerak kerja dalam masa yang singkat, tapi sangat penting untuk memahami mereka dengan Islam secara keseluruhannya. pintu syurga itu banyak. manusia itu berbeza kefahaman dan perilakunya. apa yang penting adalah usaha dengan perancangan yang rapi dan keazaman serta tekad yang padu untuk saya terus berdakwah dimuka bumi ini.  nilaian itu bukan sekadar NKRA tapi nilaian Dia jauh lebih utama. ya!hamasah!

*****
bagaimana dakwah di taman islam?
mungkin perlu melepaskan..tapi tidak tahu bila. alhamdulillah..cukup bersedia..tapi ana akan terus melihat dari jauh. kerana sekolah itu amat bermakna buat diri.. ada perancangan dakwah yang lebih utama perlu diikuti berbanding mengedepankan perasaan sendiri. namun sebelum melepaskan perlu membuat perancangan yang cukup rapi agar dakwah di taman islam terus dan terus melaju.

takpe..banyak lagikan medan dakwh sekolah lain..ya..sekarang ada KRIM..hohoho...
wallahua'lam..

p/s : menghampiri berbuka banyakkan berdoa..sayunya rasa hati sudah 9 Ramadhan hari ni..kenapa cepatnya Ramadhan melangkah..menghampiri 10 malam kedua..

No comments:

Post a Comment