segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw
di keheningan petang ini sama2 memohon ampun pada Allah..
atas segala dosa yang telah dilakukan.
memohon pada Allah agar taubat sentiasa dipermudahkan dan amal itu sentiasa di terima atas dasar hanya kerana Allah semata segalanya..
perjalanan dakwah bukan lah sesuatu yang mudah..
bahkan sukar sekali
apatah lagi andai tidak disertai hati yang ampuh..
hati yang betul2 terikat pada Allah, dan RasulNya..
hujung minggu yang datang..matahari terus menyinarkan cahayanya
dan seorang pengembara terus meneruskan kembaranya..
meneruskan pengembaraan bersama medan baru..
medan sekolah yang baru..
samsmels..
melangkahkan kaki ke sekolah itu menuju ke surau asrama..
suasana asrama yang cukup sederhana.. - sekolah agama bantuan kerajaan.
menjejakkan kaki ke surau asrama..walaupun duduk di belakang sekali
namun cukup menarik perhatian ramai insan..
mungkin muka yang cukup asing di sekolah..tambahan pula memegang handphone..
pastinya bukan pelajar sekolah...huhu
solat isyak berjemaah..
merapatkan saff dan kenangan terus menerjah ke kotak ingatan..
kenangan bersama mereka di surau asrama..
bacaan solat, doa selepas solat dan witir terus menggamit kenangan.
tidak tahu mengapa detik itu cukup sayu dan satu-satu kenangan bersama mereka menerpa..
saat itu aku tahu..aku amat merindui halaqah taman islam, dakwah di sana dan suasana taman islam..
bumi yang berbeza, suasana yang berbeza dan pastinya insan2 yang berbeza namun seolah-olah udara yang sama.
melihat ke bahagian atas surau..kelihatannya syiling dan kipas yang berputar tapi yang bermain di fikiran adalah suasana tingkat atas taman islam..
melihat kepada tirai.. yang tergambar di minda tirai di taman islam yang kini dah pun sudah tiada..
melihat ke arah karpet..warnanya berbeza..namun terbayang karpet biru kuning tempat ku duduk beruzlah, menangis sendiri, dan berada dalam sebuah bulatan bersama mereka, tersenyum bersama mereka dan bercerita bersama mereka...
sungguh sayu saat itu..akhirnya tak mampu ditahan.
air mata terus jatuh dan jatuh dan mengalir deras...
aku tidak suka rasa merindui seperti itu..tetapi ia dan datang tanpa dapat ku tepis.
melihar kepada insan insan yang kebanyakannya bertudung hitam, terus mengingatkan aku kepada insan2 taman islam..
apatah lagi hari itu adalah hari aku kehilangan dia akhirnya...
insan yang terlalu banyak membantu ku dalam dakwah di taman islam, duduk bercerita dengan ku dan menadah telinga mendengarkan tentang dakwah di taman islam, yang saban minggu menelefonku bertanya masa halaqah selama lebih 2 tahun, yang saban minggu turun ke halaqah tanpa miss selama lebih 2 tahun walaupun dalam halaqah itu ipermulaannya saban minggu muka yg berbeza melainkan dia, insan yang pertama yang akan ku cari setiap kali aku turun taman islam.
kenangan demi kenangan bersama terus bertandang...
air mata terus menagalir dan hati mohon pada Allah agar ditabahkan segalanya
seusai solat, menyembunyikan mata yang bengkak kerana menangis..
seorang ukhti datang kepada ku...
'samsmels ni medannya biasa saja, mungkin tak lebih dari yang kita jangkakan dan jauh beza kalau nak dibandingkan dengan taman islam'
ayat dia terus membuatkan hati aku kembali sayu..hampir mengalir kembali air mata di hadapannya.. tapi perlu di tahan...aku nrinui medan amal itu - sangat rupanya.
halaqah bermula..
alhamdulillah...
membuka lembaran baru..
dalam proses mengenali...
ku kutip pengalamanku bersama dakwah sekolah sebelum ini..
azam ku untuk membina mereka dengan baik sekali..
mungkin hari ni hati ku tetap pada taman islam dan taman islam di tangga teratas
mana tahu satu hari nanti
sekolah ini akan menggantikan..
***
halaqah yang berjalan sangat nice dan sangat kelakar...
walaupun hati belum betul2 menyatu..akan ku usahakan agar semuanya mampu menjadi hebat..
insya Allah.
*****
bersama liqo' dalam menjayakan dakwah di europe...
huhu..mereka baru sahaja menubuhkan tanzim..
sangat hebat ikhwahnya..terkagum seketika..alhamdulillah...
ada satu perkara yang membuatkan ku teringat juga pada taman islam..
mereka ni ada 2 usrah dalam satu masa..
dan terdengar perbualan 3 orang akhwat yg terpilih sebagai ahli syuro
terdengar perbualan 2 insan..
'awak dah pilih ke?'
'ya..perlu memilih'
'awak pilih apa?'
'kita dah sampai tahap macam ni wak..'
'hmmm..nak taknak kita kena pilih juga sekarang kan?'
hmm... walaupun perbualan seolah simple..
tapi saat itu sebenarnya mereka sdang menentukan hala tuju hidup mereka dalam dakwah dan tarbiyah ini...
alhamdulillah Allah memudahkan segalanya..
dan selepas perbualan dia atas..
mereka rancak berbincang tentang permasalahan akhwat medan mereka dan perancangan kedepan..
ku tahu jawapan mereka..
moga terus tsabat ukhti..
****
di hujung minggu yang hening tanggal 19/2/11 berlaku perbualan antara 2 insan
anak : mama..kita rindu mama dan sayangkan mama..kita ada sesuatu nak tanya mama..
mama : sayang awak juga, anakku.. tanyalah apa dia?
anak : mama..kalau kita nak pindah rumah mama kisah tak?
dengan pandangan penuh makna mama meneruskan bicara..
mama : nak pindah rumah... kisah. mestilah kisah. awak anak mama. mama akan sedih. sebab mama sayang awak sangat. tapi apa pun..mama tahu anak mama dah besar.. mama perlu hormati apa saja keputusan anak mama.. mama takda hak nak menghalang.
anak: mama..apa harapan mama kat kita as ur daughter?
mama : pastilah mengharapkan anak mama menjadi insan solehah dan menjadi mukmin yang sebenarnya...dan mama nak awak sama2 dengan mam bantu uruskan rumah ni dan adik2 yang lain
anak : hum.. mama.. kita ada nak bagitau mama ni...
mama : apa dia?
anak : mama..kita dah buat keputusan kita nak pindah rumah....
sang ibu hanya memerhati sang anak tanpa kata
anak : mama.. kita sayangkan mama. semalam ada kawan lama kita contact dan dia ajak kita duduk dengan dia. dan kita rasa kita nak duduk dengan dia.kita rasa hati kita berat nak duduk dengan dia. keputusan ni kita nak bagitau mama dan kita harap mama tak marah. mama..jangan marah ya..kalau marah bagitau saja.
suasana menjadi hening dan sayu.. sang mama hanya mampu merenung kosong dan meneruskan bicara..
mama : mama tak marah. seriously tak.. tapi mama rasa sedih sangat. dan mama rasa, rasa sedih ni wajar sebab mama sayang awak. tapi ni keputusan awak. mama tiada hak nak menghalang. moga ini yang terbaik.
anak : mama..kita minta maaf, kita tak nak buat keputusan ni atas dasar kesian kat mama.. kita minta maaf lagi.. kita tak dapat nak tolong mama uruskan rumah ni dan bantu mama didik adik2 yang lain.. mama selama ni orang hidup dengan mama tapi orang tak dapat hidup dalam rumah ni..sebab orang rasa orang tak serasi dengan rumah mama sekarang. tapi mama la yang dah menyantuni orang selama ni . orang bukan nak khianati mama..serious. dia banyak kaitan dengan rasa hati. moga Allah mengira setiap apa yang mama buat dalam nak mendidik kitorang selama ni. dan segala apa yang mama dah laburkan, duit, masa, tenaga dan diri mama sendiri.
mama terasa air mata yang cuba dibekukan mencair dan terus laju mengalir. dan mama sedaya upaya menahan. tidak mahu dipengaruhi emosi..
mama : hurm..its okey anakku.. sekali lagi..sedih tu atas dasar mama sayangkan awak.. awak kan anak mama.. tapi kalau itu pilihan awak.. pergilah.. teruslah melangkah dan terus melaju.. dan terus ikhlas. moga diberi yang terbaik.. kita reunion di syurga nanti.. tapi awak ada hutang bowling dengan mama yek..
anak : mama..jazakillah khair.. bowling. hutang tetap hutang..dah set dengan adik ati.. nanti dia balik kita main..
mama :huhu..nanti2 la dulu...tunggu cool.. takut nangis saja nanti.. haha
anak : mama...mama nangis ke dengar berita ni? sebab orang tau mama suka nangis.. tapi mama..no worries. orang takkan lupakan mama. never. unless Allah takes us apart.
mama : sebab orang tahu mama suka nangis?..ek? haha.. dah la tu..ok je.. moga terus ikhlas..
sang mama tunduk merenung seketika, apakah hakikat yang baru di terima dan pastinya perlu di telan.
dalam masa yang sama beberapa mesej masuk ke dalam inbox. di perhatkan. guru tuisyen anaknya tadi
'akak..afifah ni. akak, asif jiddan 10x. td anak akak bgtau dia nak pindah rumah n nak pindah tmpt tuisyen. ana ingat dia insya Allah ok dengan tempat tuisyen ni daripada gaya dia hari tu. tapi hari ni ttiba je dia bagitau dia nak pindah nanti. maaf kak..saya dah cuba sedaya upaya. tapi dia kata dia lebih klik dengan tempat tuisyen dan rumah yang baru'
'oh..ok..akak dah tau..dia dah bagitau.. takpe.. biarlah tu pilihan dia. dia akan lebih ikhlas di situ'
'tu la.. moga kita tsabat di jalan dakwah'
seketika terdengar panggilan.
'mama!...mama buat apa tu....kata nak tolong adik ni..meh la'
mama bergegas menuju ke arah suara.. dan mama terus menyedari.. langkah kaki perlu di teruskan walaupun anak yang amat disayangi ingin pergi meninggalkan. moga Allah beri yang lebih baik.. rumah ini perlu diurus dengan sebaiknya kerana masih ada anak2 yang perlukan perhatian dan kasih sayang. mama perlu terus melangkah dan terus kuat dalam mendidik anak2 nya yang lain. alhamdulillah.. mama terus sibuk dengan kerja2 pengurusan rumah, dan pengurusan pendidikan anak-anak. alhamdulillah.. segala puji mama panjatkan pada Allah.
mama juga sangat berterima kasih pada anak yang satu ini, selama ini telah terlalu banyak membantu mama mendidik adik2 yang lain..doa mama moga terus tsabat dan ikhlas.
p/s : post ni macam ntah hapa2.. tapi.. moga semuanya terus tsabat.. buat anak2 didik taman islam.. doaku bersama kalian insya Allah.. kita reunion di syurga nanti.


No comments:
Post a Comment