Saturday, January 1, 2011

cinta Allah

bismillah..
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

semua orang sudah pulang..
pulang ke pangkal jalan..ha???
haha..takda la..
pulang ke pangkuan tempat kembara...
aman dah pulang ke ganu
adik n alip dah pulang ke johor
dan keberangkatan-keberangkatan pulang masing2
aku yang tetap disini..
tapi dengan semangat dakwah yang terus menyala insya Allah

semalam halaqah matrik..
halaqah yang aku rasa paling aku abaikan
dan halaqah yang tak penah nak jawab mesej aku..haha
aku pun pelik diorg ni..jawabla mesej kot ye pun..
takpun reply la mesej aku tu..
hoho..akan ada sorang je jawab mesej tu pun bila nak confirmkan halaqah..
tapi tak kisah pun
sebab halaqah ni amat comel..
setiap kali jumpa mereka aku mesti rasa puas
mesti rasa iman tu mencanak naik
walaupun sebelum jumpa diorg ni ada rasa..
macamana keadaan mereka..
akan datang halaqah tak..respon apa pun tak...
tapi alhamdulillah
perkembangan yang positif dan hebat
bercakap pasal halaqah semalam..
aku tak sangka pun ukhti anak halaqahku yang memberi tazkirah
dapat memberi tazkirah sebegitu touching..
berkaitan cinta Allah, cinta Rasul dan syurganya yang tinggi dan suci
alhamdulillah dengan semangat dan azam..
ingin menggapai redha dan syurga
dengan wasilah apapun
yang penting bekerja dan terus bekerja
bekerja dan terus bekerja demi Islam
kehidupan dunia ni memang sementara
satu masa kita akan mati
dan dunia ni adalah tempat bercucuk tanam
di akhirat tempat menuai hasil
tinggalkan perkara sepele..
abaikan fikrah duniawi..
fikirkan perkara utama
perbaikan umat!

semalam mendengar tazkirah dari anak halaqah
banyak yang terfikir
banyak mengintrospeksi diri
dan pastinya titisan jernih tumpah..tapi kena cover la depan anak halaqah..huhu
alhamdulillah..d
doaku moga kalian terus maju dan dapat memahami dakwah dengan baik setrusnya menjadi kader dakwah lillah..

buat anak halaqah skol - ex kot..hoho..
teha, wanimer n farah..
selamat beramal di medan baru
berjuanglah habis2 an
jadikan PLKN satu pelatihan untuk membentuk diri menjadi mujahidah sejati
moga yang akan keluar adalah mujahidah yang kental jiwa nya, yang teguh imannya, dan kuat fizikalnya dalam mengemban amanah yang berat ini
di bumi mana pun kita dicampakkan, jadilah qudwah
berakhlk mulialah dan jadikan alQuran sebagai teman sejati
akak tak mampu nak beri apa2 lagi buat antunna
sekadar secebis nasihat dan seuntai doa buat bekalan antunna
walaupun tidak seberapa
moga menjadi penguat buat ukhtiku

mendengar komen teha kat bawah nu..
hurm..
mengintrospeksi diri kembali..
aku tidak pandai bermadah pujangga yang bisa menggugah jiwa-jiwa
tulisan ku juga sekadar luahan rasa
aku juga bukan seorang manager yang  berjaya
introspeksi buat diri
namun aku cuba buat yang terbaik demi deen
terlalu banyak kelemahan aku
namun Allah juga memberikan ku sedikit kelebihan
mungkin tidak sehebat kamu dan orang lain
namun segalanya ku serahkan pada Allah
aku memohon aku disibukkan dengan kerja-kerja dakwah
dan agar hati ini lurus lillahitaala
agar menjadi bekalan buatku semasa menghadapNya..

1 comment:

  1. salam kak diba, alhamdulillah aman dah sampai di bumi Terengganu ni dengan selamat jua membawa 'barang' yang dipesan dengan selamat. Alhamdulillah3x. =)ye, moge hati kita lurus berbuat lillahitaala ~~

    ReplyDelete