Sunday, September 18, 2011

hujung minggu syawal.

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

sedang menggunakan mac book..nak beli juga la mac book ni...hohoho
dan sedang berdoa dengan sangat ada orang nak bagi saya i pad..hoho..mimpilah kamu diba..
-takpe. doa sebagai usaha juga. tu penting. heh heh

di hujung minggu ke 2 syawal.
menconteng sedikit di sini.
alhamdulillah
jumaat cuti. dan saya punyai hari cuti jumaat sabtu dan ahad.
alhamdulillah. cuti yang penuh dengan aktiviti sampai saya rasa nak ambik cuti hari isnin sebab 3 hari ni tak terasa macam cuti pun..

alhamdulillah.
Allah memberi peluang untuk terus dan terus berada di jalan dakwah dan melangsaikan segala tugasan-tugasan dakwah dan tugasan dakwah itu terus datang dan datang selepas siap satu persatu.
hanya diri yang perlu manage dengan baik segala task yang diamanahkan agar tiada yang terzalimi.

perjalanan bermula semenjak khamis.
hari rabu malam. masak rendang. alhamdulillah dah pandai ..hu hu hu
khamis pagi jamuan raya di sekolah pulang saja, solat dan terus ke putrajaya ambil sijil kahwin adik, beraya ke rumah atuk sedara di dengkil dan perjalanan diteruskan ke KLIA untuk memberi borang kepada bakal zauj adik ditemani mak dan abah saya.
terus pulang kerumah tepan azan maghrib berkumandang.
perlu bergegas, siap dan solat.
perlu ke kajang untuk usrah.
dan ketentuan Dia..saya sesat barat kat kajang mencari rumah akhwat.
syukur. di persimpangan, Allah memberi ilham memilih jalan yang benar dan dimudahkan sampai ke destinasi. syukur Allah. memberikan akhwat yang sangat memahami ku. dan sangat bersabar dengan ku. jazakillah khair anis terutamanya. sangat memahami.
saya tak suka orang bercakap kalau saya sesat-diam je. biar saya cari jalan sendiri. dan saya takkan tanya orang tepi jalan. unless tuan rumah, tu pun kalau dah terpaksa sangat sangat.
akhirnya last call daripada anis. direction yang jelas walaupun perasaan masatu dah agak hot. astaghfirullahalazim...menjadi pengajaran buat diri. fasobrun jameel. masa nak balik. murabbiyah bisik. Allah yusahhil. macam kena ketuk kepala saya dengan batu..hoho

keesokan harinya,Jumaat daurah TOT sektar di seksyen 1 bangi. dan tepat jam 1 pm perjalanan pulang ke Banting. bersiap2 barang2 untuk masak mee kari, dengan segala periuk belanga dan dapur gas penuh satu kereta. sebab nak masak untuk 100 orang mana akhwat ada periuk belanga. alhamdulillah mak sangat baik nak bagi pinjam semua barang. moga pahala terus menerus buat mu mak dan abah. mengizinkan pinjam barang. walaupun hari sebelum tu saya dah hilangkan satu tutup tray kesayangan mak kat sekolah...=_=.
selepas maghrib memulakan perjalanan ke Bangi semula untuk persiapan Haflah eidulfitri ISMA DHL.
sepatutnya ada farewell party untuk akhwat dan ikhwah KRIM yang akan terbang ke UK. tapi asiff. tidak sempat nak pergi ke sana. dan saya segan sebenarnya sebab dah lambat. tapi rasa sangat bersalah sebab tak pergi. akhirnay tak pergi juga. destinasi adalah BD- rumah akhwat UPM di serdang. persiapan memasak malam tu. sangat best dan sangat meriah alhamdulillah

Hari Sabtu, tidak dapat membantu untuk memasak mee kari. tapi lepas subuh tolong sikit2 (best sangat!) dan bersiap untuk taklimat kursus induksi di Klang.
habis saja balik ke Banting dan pergi rumah terbuka dan bawa mak dan abah ke kenduri kahwin nenek sedara - anak dia la. bukan nenek sedara tu yang kahwin.
kepala sangat pening masa tu. seusai asar. bertilawah dan terlelap seketika.
bangun saja terus bersiap untuk ke Bangi ada meeting malam tu. meeting pengkaderan.
tepat jam 10.00 pm meeting bermula dan tamat jam 12.30 tengah malam.
alhamdulillah meeting yang very meaningful dan memberikan sejuta satu pencerahan dan semgat dan kefahaman kepada saya. alhamdulillah. pulang saja ke rumah akhawat MT. terus menyiapkan minit meeting sehngga hampir jam 2.30 am. dan tidur dan bangun jam 5.00- lebih2 sikit am. alhamdulillah. dipermudahkan.

Ahad pagi selepas subuh menyiapkan sedikit kerja dan next meeting pengkaderan bermula jam 11.00 di bangi. habis jam 1.30 pm dan bergegas ke UPM untuk mengambil barang2 yang ditinggalkan. dan terus pulang ke kampung halaman, rumah saya di banting.
dan pulang saja menjadi suri rumah. alhamdulillah. ada ruang masa juga untuk saya megemas.

sebenarnya dalam diri ada terasa sangat letih. banting --> bangi --> banting --> bangi --> klang --> banting --> bangi --> serdang --> banting. - sepanjang 3 hari. perjalanan sehala selama 1 jam.
dan saat ini saya merindui adik saya inche firdaus itu yang berada jauh di johor yang setiap menjadi driver kepada ibu ban ayah sepanjang cutinya. saya rindukan dia untuk menjadi driver kembali. haha.
dan letih itu kerana smemenuhkan keperluan orang lain.
walahaulawala quwwata illa billah.
tiada kekuatan melainkan hanya dari Allah
menggagahkan dir. alhamdulillah kekuatan hanya dari Dia.
cuma saya sangat berdoa agar saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan satu jam banting-bangi.
agar tiada sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan. amin. moga Allah memelihara saya di sepanjang perjalanan dari segala yang tidak baik.
tu saja. saya taknak megantuk dan letih. saya nak kuat

seperti kata ustaz mad semasa ucapan penutup meeting tadi
'moga amal yang kita buat ini menjadi saksi semasa perhitungan kelak .'
amin ya Rabb.

kenapa saya tulis semua ni?
nama blog saya kan kembara pengembara.

ada orang kata saya sentiasa semangat.
tapi saya lebih kenal diri saya.
saya insan yang sangat lemah.
saya insan yang sentiasa tergolek2 dalm menjaga iman
saya insan yang tunggang langgang mutabaahnya
tapi saya sangat doa.
Allah tsabatkan kaki dan hati saya agar sentiasa berada di jalan dakwah ni hingga akhir hayat. hingga bertemu syurga.
saya sentiasa doa, Allah meletakkan saya dalam redhaNya
dan saya sentiasa doa, Allah sibukkan saya dengan kerja dakwah agar tiak tersibukkan dengan kerja2 lagho lain.
saya sangat doa Allah memberikan saya khuyuk dalam solat
dan saya sangat doa, Allah memberikan kekuatan dan keistiqomahan buat saya, ikhwah dan akhwat saya.

hari ini. setelah berfikir dengan panjang.
saya melepaskan satu task.yang saya nak buat
tapi saya tahu saya tak berapa nak mampu dan akan menjadikannya very complicated. itulah sifat saya.
sangat sukar menjadikan sesuatu simple.

kata2 akh yusri - mantan pengarah krim dhl sangat mengetuk hati saya.
'bagi peluang pada orang lain nak buat pahala'.
'tak semestinya sebab orang tu bersemangat, kita bagi semua kerja kat dia'
'dalam buat kerja kita kena fokus dan ada pengkhususan'
ayat2 akhwat semasa bersembang2
' semua kerja nak ambik dan cuma sorang je yang buat banyak kerja' ayat olahan. lebih kurang lah.

dan semua ni
saya sangat syukur pada Allah.
terima kasih Allah
saya anak perempuan. tapi saya boleh ke sana kemari dengan kereta saya di waktu malam, tengah malam atau pagi - sekarang ni istilah wal pagi tak berapa nak wujud dah dalam kereta..huhu
syukur Allah, melembutkan hati ibu ayah ku. pemilik sementara rumah tempat ku berteduh sekarang, membenarkan aku keluar masuk rumah dengan jarak yang kerap walaupun destinasi agak jauh. terima kasih Allah terima kasih Allah.
mak, abah. moga apa yang aku buat ni. pahalanya akan mengalir buat kalian dan banyak membantu kalian semasa hari perhitungan kelak.
doa-doa kalian sangat membantu aku.

p/s : buat akhwatku. tak sangka. moga kamu tenang dan kuat.

No comments:

Post a Comment