Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw
ukhuwah yang terbina
persis sekuntum bunga
meski pun kini
kita terpisah demi kasihNya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku…
dendangan lagu oleh MC dan para ahli halaqah mengiringi detik detik akhir halaqah wida’ kami.
Aku hampir tidak mampu mengangkat muka dan air mata menitis laju mengiringi lagu..alangkah sayunya. Semuanya hampir berakhir. Satu saat, masing2 duduk diam tanpa bicara. Hanya memandang penuh makna. Adakah lagi saat seperti ini? Bagaimanakah masa hadapan yang tidak pasti?
Berat rasa hati ingin melepaskan mereka menuju ke dunia luar yang gagah perkasa dan penuh dengan pancaroba itu.
Hanya doa dan kata-kata hati yang mengiringi langkah mereka ke dunia sebenar.
2 tahun bersama dakwah di sekolah itu. Merekalah insan-insan pertama dan terawal yang bersama ku bersama dakwah di situ. Girang rasa hati mengucap syukur pada Dia. Merasakan ini ujian buat diri namun hati sentiasa cuba meluruskan niat. Segalanya hanyalah kerana Dia. Subahanallah.
Dakwah di sana sangat membantu aku membina diriku menjadi seorang pejuang Islam. Mencetak seribu satu pengalaman. Pelbagai halangan mehnah dan ujian. Suka juga duka. Membantu mendidik diri dan mambantu diri tunduk memuhasabah. Terima kasih Allah atas segalanya.
Detik demi detik berlalu. Menemui mereka dalam keadaan mereka kecil, melihat mereka dewasa dan semakin matang dalam membuat keputusan serta matang dalam gerak kerja. Ujian demi ujian datang. Memohon pada Ilahi. Petunjuk dan pertolonganNya. Seorang demi seorang ku perhatikan setiap sisi. Dimanakah kelebihan yang perlu di gilap dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Seorang demi seorang cuba ku telusuri hatinya. Bagaimanakah dia? Apakah permasalahannya? Bagaimana aku boleh membantunya dalam menjadikannya sebagai seorang Muslim yang sejati juga seorang kader ilallah.
Awal dakwah di sana.Terkadang rasa buntu. Apa yang perlu dilakukan. Terkadang rasa sayu, mengapa mereka menjadi begitu. Tidak konsisten dan memberi pelbagai alasan untuk turun ke halaqah walaupun hanya perlu menapak beberapa langkah ke musolla. Aku menemui jawapannya. Hati-hati kami perlu bersatu dengan ikatan suci. Ikatan kerana Ilahi. Doa rabitah menjadi lagu buat diri. Agar hati-hati suci itu bersatu dengan hati ini. Tangan ditadah doa di mohon usaha demi usaha dilakukan. Agar jasad rapat juga hati menyatu.
Alhamdulillah. Dengan pertolongan dariNya, keadaan semakin memulih. Semakin ramai yang konsisten dan akhirnya aku mendapat sebuah halaqah yang konsisten kedatangannya. Subahanallah ya Rabbi. Bersyukur padaMu atas segala ketentuanMu. Dengan segala daya dan usaha dan kemampuan yang sedikit oleh diri yang kerdil ini aku cuba mendidik mereka dengan baik. Menjadi da’I, menjadi mas’ulah juga menjadi pengemban amanah. Pelbagai ujian datang. Alhamdulillah. Kukagumi kekuatan mereka menepis ujian itu. Dan semuanya adalah kurniaan Allah.
Hari ini. Tidak mampu aku luahkan dengan kata-kata. Hanya doa mampu ku iringkan buat kalian agar kebaikan dan redha Allah itu sentiasa menemani kalian.Pelukan erat, airmata yang mengiringi perpisahan akan ku sematkan dalam ruang memori. Sukar hati ini ingin melepaskan kalian. Menjumpai satu kata luahan yang seakan sama, sehingga terbit titisan jernih di pelupuk mata kerana rasa amat sayu yang bertamu; terbayang wajah2 itu :
hatiku tiba-tiba membuka bicara mengenai mutarabbiku..makin deras tanpa ku sedari air mataku mengalir..cukup berat sebenarnya bagiku melepaskan mereka..sudah hampir 2 tahun diri ini mentarbiyyah mereka dengan penuh suka dan duka..
siapalah yang tidak merasa berat meninggalkan mereka tatkala dengan penuh perasaan diri ini mendidik seseorang pelajar kecil yang tidak mengetahui apa-apa tentang dakwah dan kini sudah pun besar hingga mengalir dalam diri mereka darah pejuang..siapalah yang tidak merasa berat tatkala fikiran dan hatinya berhempas pulas memikirkan setiap masalah mutarabbinya..siapa yang tidak merasa berat tatkala dia bersama-sama dengan mutarabbinya menghadapi satu persatu dugaan dalam dakwah..siapa yang tidak merasa berat tatkala jiwanya menghadapi berjuta ujian untuk mendidik mereka..Allah sajalah yang Maha Mengetahui...
dan ketahuilah, itu cukup berat buat diriku.
siapalah yang tidak merasa berat meninggalkan mereka tatkala dengan penuh perasaan diri ini mendidik seseorang pelajar kecil yang tidak mengetahui apa-apa tentang dakwah dan kini sudah pun besar hingga mengalir dalam diri mereka darah pejuang..siapalah yang tidak merasa berat tatkala fikiran dan hatinya berhempas pulas memikirkan setiap masalah mutarabbinya..siapa yang tidak merasa berat tatkala dia bersama-sama dengan mutarabbinya menghadapi satu persatu dugaan dalam dakwah..siapa yang tidak merasa berat tatkala jiwanya menghadapi berjuta ujian untuk mendidik mereka..Allah sajalah yang Maha Mengetahui...
dan ketahuilah, itu cukup berat buat diriku.
Hanya Dia yang mengetahui segala isi hati.
Buat kalian mutarabbi pertama taman Islam : aku tidak menginginkan apa2 buat kalian melainkan hanya kebaikan. Pegang Al-Quran erat2 dan bergeraklah bersamanya.
“kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadaMu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatNya dan agar orang2 yang berakal sehat mendapat pelajaran.” (Sad;38 : 29)
Surat buatmu itu adalah isi hatiku. terlalu banyak yang terbuku di hati. Aku berdoa Allah menyampaikan isi hatiku kepadamu melalui wasilahNya. moga pertemuan semalam bukan pertemuan terakhir. ‘kita reunion di Jannah nanti’ insya Allah.
Kata-kata terakhir Teha semasa menghantarku ke pintu pagar taman Islam itu amat-amat menyentak hati ‘kakak, tahu tak kakak tengah melangkah meninggalkan taman Islam ni’ aku lihat air matanya bertakung. Menambahkan sentakan di hati. Dia mutarabbi ku; penguatku di jalan ini. Namun apakah dayaku. Masa tidakkan berhenti berputar. Kugagahkan jua langkah kaki. Setapak demi setapak. Dengan sekilas pandangan ke bumi itu. Aku menapak pergi. Hanya doa mengiringi. Moga kalian terus tsabat.
Aku mungkin akan kembali. Namun suasana pasti berbeza.
p/s : dakwah perlu diteruskan. tulisan sebagai kenangan. serahkan segalaNya hanya pada Dia. syukur Tuhan, aku tenang sekarang.
tulisan quote tu tak minta izin dari tuannya.. minta halal. minta halal ya..
ReplyDelete