bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw
kenapakah menulis di sini?
terbaca satu blog.
inche wake-up punya blog.
saya faham pasal apa yang dia tulis. so nak ulas kat sini sikit.
apa yang dia kata?
ada 3 post.
1. motivasi dakwah : berhenti merungut
2. perbaiki kesilapan, dan jangan lupakan kebaikan mereka
3. kereta dakwah Kita rosak? jom repair
post ni di post dalam jarak masa yang cukup singkat. dan ketiga-tiganya berkaitan antara satu sama lain. ana yakin ini adalah luahan rasa hati dengan melihatkan apa yang berlaku di sekeliling, bukan di bumi itu saja malah mungkin di semua tempat yang terlibat.
mestilah saya terasa gak dia tujukan post tu untuk saya. sebab...(tak tahu nak buat ayat..paham sendiri la)..sebab perjalanannya sama.. walapun panjang berjela sebab 3 post insya Allah cukup mengesankan.
bagi ana;
ana sangat setuju dengan apa yang dia cakap tu. sangat-sangat!
dan sangat suka dengan analogi yang digunakan sebab best dan sesuai.
ya..sekarang mungkin ramai yang kelihatannya agak futur, semakin memperlahankan gerak langkah.
dalam fasa awal indimaj ni.
memang betullah apa yang akh wake-up tu cakap..
kita perlu sabar dan konsisten..istiqomah..
mungkin susah nak menerima gerak kerja baru.
even halaqah yang dirasakan sebagai nadi tarbiyah pun agak sukar nak adapt..
merasakan diri tidak mendapat pengisian dengan baik..
tapi..
yang sangat penting adalah hubungan kita dengan Allah.
segalanya datang dari Allah..mohonlah hanya pada Dia..
terus bergerak dan bergerak.
sibukkan diri dengan kerja dakwah.
kalau baru memasuki alam pekerjaan..
jangan biarkan futur menjadi peneman.
terus sibuk dan sibuk dengan kerja-kerja pengislahan umat.
kalau rasa tak sibuk. mintak kat Allah..nak sibuk..nak banyak kerja dakwah..
doa sangat-sangat.
insya Allah, Alah akan bagi jalan kalau sebelum ni kita rasa tak tahu nak buat macamana.
ubat kepada futur adalah dakwah.
kalau merasakan ukhuwah renggang terutama dengan member baru (hoho)...mungkin tak reti nak masuk sebab dema lain; kitalah yang perlu kuat dan memulakan. jangan mengharapkan mereka berubah mengikut apa yang kita nak. tapi kita yang perlu menjadi fleksible. dan bersabarlah. bersabarlah.
segalanya adalah ujian buat kita sebagai insan.
kalau merasakan ada nilai yang kita jaga dari dulu seolahnya tidak terjaga langsung disini, tanyalah pada hati mohonlah pada Allah. moga Allah memberikan kita kekuatan dan moga Allah membantu kita dalam membezakan yang haq dan yang batil.
baru aku tahu ( baru ke ) - dah lama sebenarnya.. tapi semakin realize.
semua org yag kita nampak macam gagah perkasa menerima dan menghadapi semua ni juga punyai rasa yang sama seperti apa yang aku rasa. seperti apa yang akhawat di sekelilingku rasa..
pastilah.. mereka juga insan. punyai rasa hati. punyai rasa lemah. boleh tahu daripada puisi-puisi yang terbit dan kisah2 yang terluah di blog2. subahanallah. moga Allah beri kekuatan kepada kita semua. yang penting adalah redha Allah bersama kita.bagaiana ingin menggapainya? teruskan usaha teruskan usaha. jangan melemah jangan berhenti melangkah dan bergerak. ambilllah semua perkara dari sisi positif.
andai mudah rasa lemah, andai mudah rasa futur..renungkan semula.. mengapa dahulu kita boleh menjadi insan hebat. melangkah dari utara ke selatan dan kembali ke utara dalam masa yang singkat atas tuntutan dakwah. berkorban harta juga masa tanpa kita kisah apa yang tinggal untuk kita. yang penting dakwah itu terus melaju. subahanallah. adakah kerana insan atau adakah kerana Tuhan?
hari ini..mungkin kita diuji dalam keiikhlasan.
setiap jiwa mengenal dirinya.
pasti ada jalan untuk bangkit.
hanyasaja usaha kita dan kebergantungan kita pada Allah.
buat ikhwah dan akhawatku.
kita pejuang agama..
kita pilihan Dia..
jangan lepaskan peluang ini..
bangkit!
dan teruskan perjuangan.
ayuh saling mendoakan.
ayuh saling menampung.
bersama mengorak langkah kebangkitan (KOPRIM punya motto..hoho)
kita yang perlu memulakan...
****
cakap pasal KOPRIM.
alhamdulillah..Allah memberi peluang untuk pergi..
mintak sangat sangat kat Dia nak pergi.. atas kasih sayangNya diberikan keizinan untuk berada dalam program itu. walaupun saya bukan penggerak KRIM yang sah..belum lagi....tapi saya adalah penggerak dakwah insya Allah..huhu. saya yakin itu kelayakan saya untuk atend program tu. alhamdulillah dipermudahkan.
pelbagai ujian semasa program. mohon pada Dia. sangat-sangat banyak doa. sangat sangat banyak memohon.agar niat hati terus lurus dan bersih..
masa tak presiden ISMA..ustaz Abdullah Zaik..waaa..best best! alhamdulillah. n i cakap kat my ex-mama.. 'best nye talk dia tu.even sangat ringkas tapi alhamdulillah mengesankan'. ( bukan talk pun- cuma kata2 perasmian - akan dipost dalam post seterusnya)
n banyak presentation - ada satu moment tu..ex-mama cakap..'teringat n terimbau kenangan lama bersama bahtera dulu'..saya pun senyum jela.. n satu moment lain saya cakap..'rasanya macam tak percaya kan kita dah masuk ISMA..dan sekarang berada dalam program KRIM'.dia pun senyum aja.. masih teringat lagi satu detik lepas halaqah dulu..'kita rasa akhirnya mesti diorang pilih ISMA' ya..benar..perjalanan diri dan hati itu bukan mudah..alhamdulillah hanya Allah tempat memohon dan meminta kekuatan.
thumbs up kepada semua pembentang. moga redha Allah sentiasa bersama kalian dan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk menjalankan semua produk tersebut.
dan dalam dakwah ni kita perlu banyak
REDAH JE..
kumpulkan kekuatan dan redah...ituusaha kita dan hasilnya serahkan pada Allah
yes.
buat diriku.
salam tsabat dan salam istiqomah.
teruskan berjuang. apa pun wadah perjuangan.
yang penting adalah Redha Allah
dan yang penting kita meniti jalan dakwah ini.
moga generasi seterusnya akan semakin memulih dengan adanya insan seperti kita..^^ amin
p/s: hoho..mode bahagia masa dengar ucapan Pengarah KRIM Pusat..yer..sangat.^_^.. sebab merasakan diri ni sangat bertuah berada di jalan dakwah n kitalah generasi harapan dan kitalah pembina generasi harapan.
ALLAHUAKBAR!
setuju!!! thumbs up jgk utk semua peserta koprim...ana lupe la...apa nama penuh enti? cawangan mana?
ReplyDeletehuhu..terkejut juga ada tetamu..^^
ReplyDeleteouh...silakan mencari siapa saya..
hoho...