bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah.
selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw.
semalam usrah best sangat!
usrah dengan murabbiyah
sejak berHIMPUN ni kan
kami memang diuji dengan kedatangan dakyah2 misionaries depan mata.
murabbiyah jumpa dengan sorang kakak ni yang sangat sangat diuji.
dia dah ada anak 4.dah besar2 dah ananya.
orang sarawak.
pernah murtad dan bekerja untuk dakwah kristian dalam 5 tahun lepas.
dia pernah murtad.........
alhamdulillah, dia masuk Islam semula.
tapi basic dia tak kuat, dan orang2 Islam yang dia jumpa untuk bantu dia mendapat kefahaman pasal Islam, kebanyakannya terlalu mendownkan dan terlalu tak support. dengan kata-kata yang tidak berhemah. yang paling sedih. kebanyakan yang dia jumpa tu USTAZ USTAZAH. haih. boleh tak macam tu????? kenapa ustaz dan ustazah tu sangat spoil dan kalau naik ke jabatan sangat banyak birokrasi. buatkan orang2 yang muallaf dan nak kembali kepada Islam ni sangat down.
ditambah dengan, missionari2 yang sangat support. sangat baikk,sangat banyak tolongg, bagi bantuan kewangan, sangat care..
jauh beza antara kedua-duanya
antara yang batil dan haq kenapa yang batil kelihatan lebih tersusun?
cerita tentang kakak ni sangat-sangat panjang.
dan kami memang benar2 diuji - jumpa dengan banyak kes2 nak memurtadkan orang Islam depan mata.
ya Allah. moga kami kuat dalam membantu.
buat kak dayang,
moga Allah beri kekuatan. satu benda,
Allah mengurniakan kak dayang ni anak2 yang sangattttt baikkk dan solehah.(semuanya! bukan sorang je)
walaupun kak dayang madam basic tak berapa baik, tapi dia didik anak dia dengan baik.
dan kita boleh nampak, itu rezeki dia.
walaupun rezeki dunia ni macam tak nampak,
tapi bukankah rezeki anak soleh tu yang dibawa sampai selepas kita mati.
ya Allah. subahanallah. Allah itu Maha Adil bukan?
dan dari situ, nampak bahawa hati kak dayang ni hidup. nak didik anak dia dengan agama, walaupun dia banyak tak tahu.
contoh : dia tak bagi anak dia tengok tv3 (tahu lahkan tv3 tu macamana..banyak sangat hiburan dan benda yang tak patut dan yang merepek).dia sangat tabah dan dia sangat baik.
buat kak dayang...
kuatlah dalam menangkis dakwah kristian.
moga Allah beri kak dayang kekuatan dan keyakinan kepada Allah.
saya tak kenal pun kak dayang. tapi mendengar cerita sangat terharu.
doa saya buat akak dan semua orang Islam yang senasib dengan akak..
yakin ya...rezeki tu ditangan Allah. dan rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja.
moga kalau akak miskin di dunia, tapi dengan kebaikan akak, syurga menanti buat akak insya Allah.
No comments:
Post a Comment