Wednesday, November 9, 2011

secangkir kata tentang dakwah ini

bismillahirrahmanirrahiim

bermula sejak himpun, saya seperti nampaklebih mendalam tentang dunia politik dan dunia dakwah ini.
bagaimana sikap orang-orang Islam.
dan bagaimana kita ingin menerima sikap orang-orang Islam yang lain. - yang begitu

apatah lagi, dakwah ISMA yang melaungkan slogan Melayu
-Melayu Sepakat Islam Berdaulat-
sungguh banyak kata-kata cemuhan, condeman, dan kata-kata yang menyuruh ISMA mengkaji semua ketidakbenaran slogan yang dibawa dan dilaungkan. banyak sungguh kata-kata kesat.
dan saya melihat bagaimana JKP ISMA bersikap dengan semua ini.
sungguh.
ini lebih menambahkan keyakinkan saya dengan dakwah yang dibawa.
entah ya. seperti ironi.

huhu..tidak..
samalah dengan apabila Islam didakwah sebagai terroris, pengganas, dan sebagainya. namun lebih ramai yang masuk Islam. banyaknya tohmahan,menjadikan ramai lagi pihak yang berfikir. pihak yang melontarkan tohmahan terkadang (pandangan saya) membuka aib sendiri, menampilkan sikap tidak sopan sendri. dan saya yakin. banyaknya umpak kepada orang ketiga - iaitu orang yang membaca tanpa suara. menilai tanpa kata.

saya tidak mengatakan ISMA adalah yang paling benar. tapi saya yakin ISMA yang terbaik untuk saya ikut. lagipun saya tak tahu sangat jemaah lain macamana so diam-diam je lah kan. Allah membukakan hati saya untuk bersama dakwah ISMA.
kadang2 rasa nak tergelak dengan tohmahan yang dilemparkan. berdebat sana berdebat sini. gaduh sana gaduh sini. biarlah. mungkin semua orang punyai pandangan masing-masing. bukanlah yang berdiam diri bermaksud otak beku tiada apa yang nak disampaikan, tapi terkadang - makin banyak kita cakap, makin banyak kita debat, makin banyak kita salah, dan makin nampak keurangan dan kelemahan kita.
dan lebih baik bercakap dimedan sebenar dengan isu yang lebih matang berbanding bergaduh tentang perkara kecil dan sepele.

benar. terkadang tidak faham dengan pemikiran sesetengah ulama, sesetengan pemikir, ahli akademik, tokoh masyarakat dan bijak pandai ni. terkadang tidak faham. mungkin kerana pemikiran yang tidak selari dan saya mungkin masih kecil untuk menilai. tapi ada perkara yang sudah terang lagi bersuluh bukan??
entahlah. moga Allah memandu kita semua dalam meniti jalan yang diredhaiNya.

semakin banyak isu, semakin banyak tohmahan, semakin banyak penilaian, dan semakin banyak respon daripada para JKP dan majlis ulama' ISMA sendiri, saya semakin nampak dan semakin faham dan semakin yakin. alhamdulillah.

saya bukanlah taksubkan ISMA. sepertimana post saya sebelum ni. tapi mungkin ada rasa sayang di situ membuatkan rasa untuk menegakkan ISMA tu ada. (rasanya ada bahasa dia yang khas tapi tak pasti apa)

biarlah apa orang nak kata. kita ada Allah bukan. dan saya sangat bangga dengan satu kenyataan 'PEMBINA pandai memobilisasi para pemuda dan belia' bila melihat fenomena di HIMPUN kebanyakan yang datang adalah para pemuda dan belia.naik berbas-bas dari seluruh Malaysia, mereka dikenali sebagai ahli PEMBINA seluruh Malaysia. subahanallah. entahlah. but i'm so proud. dan saya tahu ramai yang membuka mata dengan kekuatan ini. ini adalah satu kekuatan! punyai ramai belia dan pemuda adalah satu kekuatan yang sangat! dan ini hasil respon yang saya dapat daripada respon orang ramai tentang himpun.

dan satu benda
saya perlu sangat meluruskan niat
bersama ISMA bukan sebab keramaian
bersama ISMA bukan sebab kefemesan
bersama ISMA bukan untuk supaya semua orang suka pada ISMA
tapi ISMA adalah sebagai satu platform dalam saya bekerja mencapai redha Allah.
Allah yang pertama dan utama
Islam itu amat perlu di daulatkan!

1 comment: