Tuesday, November 22, 2011

jodoh itu rahsia Dia

pena-pena telah diangkat dan catatan telah mengering

'bas ke Ipoh 10.30 pagi. jazakillah hantar sampai Pudu
moga dib dapat jodoh yang soleh dan dipermudahkan bertemu jodoh'

ya. terasa begitu tulus doa bakal pengantin itu.
mungkin kerana banyak yang dikongsikan bersama selama 3 hari berjaulah,mabit dan meeting juga curhat bersama, membuatkan dia memberikan kata-kata sebegitu.
jazakillah khair atas doanya.
juga segala perkongsian dan nasihat - ada banyak yang tersemat di hati dan dalam fikiran.

barakallahulakuma wabaroka a'laikuma wajama'afil khair

buat ukhti wa akhi yang ku kenali dan tidak ku ku kenali di seluruh Malaysia.
terutama kepada akhwat UPSI
ukhti Marini dan akh Mior Anas.
sebenarnya.sangat tidak ku sangka kalian berjodoh.
ya.
jodoh itu sungguh misteri.
mungkin kerana hanya aku (batch marini) yang mengenali kedua-duanya sebelum tahu mereka akan disatukan dalam satu perjanjian yang teguh.

marini
- ukhti di UPSI. sama2 menuntut lama di upsi.kos yang sama. pernah menjadi murabbiyah saya. cuma saja,boleh berdekatan dengan dia semasa lapor diri untuk posting. pelik bukan.
terasa tidak ada chemistry langsung dengan akhwat yang seorang ini. terasa terlalu banyak kekurangannya dan keburukannya yang muncul di depan mata. tidak sekali-kali ingin berpapasan dengannya, walaupun kami duduk serumah. walaupun dia akhowat ku. aku tidak suka kan dia! pelik bukan? dan hampir mufaroqoh(meninggalkan dakwah dan tarbiyah)  tatkala tahu dia bakal menjadi murabbiyah ku pada satu ketika dulu. sungguh tidak sanggup menerima. ohh..begitu haru.
- juga saat dia menjadi murabbiyah buat kali kedua semasa praktikal di teluk intan. begitu bersusah payah mereka (dia dan syazana) menaiki kereta ipoh-teluk intan selepas sesi persekolahan dengan perjalanan lebih dari 2 jam dan perlu kembali ke ipoh sebelum jam7.00pagi. terasa begitu hambar halaqah itu. begitu jarang aku melihat dan tersenyum pada murabbiyah nan satu ini. tamat sahaja halaqah, terus saja aku baring di katil ( sementara mereka tahajud sebentar) dan berpura-pura tidur kerana aku sangatt tidak mahu bersalaman dengan dia. dan sangat tidak mahu bertemu mata dengan dia. aku tidak tahu kenapa, tapi terasa bahang sangat tidak suka ada padanya. menjadikan, halaqahmateku merangkap roomateku yg 2 org lagi yg bergilir2 menghantar dan membukakan gate untuk mereka setiap kali mereka ingin pulang pada jam 4.00 pagi lebih kurang.
- entah kenapa dan entah bagaimana, kenapa aku terlalu bencikannya. kelibatnya saja tidak sanggup ku jumpai, apatah lagi jasadnya. pasti aku akan mendesup lari.
-entah kenapa dan entah bagaimana juga, aku boleh menerima dia dalam hidupku. sejak posting di negeri yang sama, hanya kami berdua di kalangan akhwat. dan ana yakin, satu faktor adalah doanya yang tulus ikhlas mensedekahkan fatihah kepadaku (erk..fatihah bukan utk org yg dah meninggal je ea) agar ikatan hati kami yang selama ini tidak pernag bertaut, menjadi dekat dan disambung dengan ikatan yang kuat.
alhamdulillah.
-hari ini. tiada lagi kebencian dalam hati.dia menajdi akhwat kesayanganku sebagaimana aku menyayangi akhowat ku yang lain. alhamdulillah, syukur Allah.

mior anas
- takda akhwat upsi yang kenal dia. kecuali saya dan kak nisah. sebab sama2 bekerja dalam KRIM.

moga kalian berdua berjaya membina keluarga sakinah mawaddah wa rohmah.
doaku buat kamu.
reunion akhowat upsi..wu wu wu..BESt!
kisah dia pula..
bakal pengantin itu.
antara murabbiyah ku yang paling lama, dan murabbiyah terakhir sebelum berpindah ke isma dan sebelum berpindah ke bangi.
bakal melengkapkan separo agama. alhamdulillah.
mungkin ramai yang tidak menyangka.
tapi itulah jodohnya
jodoh yang menjadi misteri Dia.
barakallahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair.
buat ukhti cik sol.
yang selepas ini apakah perlu di panggil puan sol?
moga menjadi lebih sopan dan lebih ayu..hohoho

dan berderet2 akhowat upsi nikah.
akhirnya inilah masanya
masa yang tak pernah tergambar di fikiran.

moga Allah memudahkan urusan kami semua. amin

3 comments:

  1. wah sampai macam tu sekali diba x suka kt murobiyah..kesian dia..apepun moga diba terus istiqamah dalam jalan dakwah ini..bersikaplah sepertimana seorg daie harus bersikap..:)

    ReplyDelete
  2. anon (macamku kenal siapa). itu dulu. sekarang tidak lagi. sebenarnya taknak ada rasa 'fahuwa roddun' macam tu. tapi tidak tahu kenapa rasa benci itu datang. alhamdulillah. sekarang sudah tiada. - mungkin satu faktor. jarak yang memisahkan membuahkan rasa rindu. dan faktor utama, Allah yang menyatukan hati kami. alhamdulillah.
    amanina : apakah yang best? huhu

    ReplyDelete