Saturday, September 4, 2010

zikrl maut

bismillahirrahmanirrahim.
salam akhir ramadhan..terasa amat cepat Ramadhan berlalu..mampukah mengait buah taqwa sebagai bekalan 11 bulan mendatang..hanya usaha ditebarkan dan doa di panjatkan. memohon hanya padaNya..
alhamdulillahirabbil 'alamin..
masih diberi peluang..
bernafas di muka bumi bersama nikmat terbesar..
nikmat berada dalam bulan Ramadhan, nikmat keimanan dan tarbiyah..
thumma alhamdulillah
akhir akhir ni sering disogok dengan berita kematian.
kematian staf sekolah - selasa masuk wad, rabu pergi Hosp Klang, khamis petang meninggal
cikgu praktikal adik di STF - kemalangan jalan raya jumaat petang, jumaat malam meninggal.
membaca Hlovate.
kita dan mereka hanya dipisahkan oleh satu garis
garisan kematian..
namun namun garisan ini yang cukup sukar untuk dilalui.
apatah lagi jika tidak bersedia.
cukup sukar kerana tidak bersedia.
ia akan datang tanpa diundang.
dan garisan yang memisahkan kenikmatan dunia dengan kehidupan yang kekal abadi
sebabtulah kita sangat perlu untuk zikrl maut
supaya hati ini tdak terpaut amat dengan dunia.
supaya menyedari diri perlu amat berbuat kebajikan sahaja
tiada masa untuk berlengah
tiada masa untuk menangguh infaq
tiada masa untuk mengatakan 'kejap' 'nanti orang buat'
kerana detik itu datang tanpa berita
menjengah tanpa tanda
jadi
jangan berkira dalam berbuat kebaikan
jangan bertangguh untuk menengur kemungkaran
selagi masih ada masa.
peringatan buat diri..
cuma kekadang kita ni sukar untuk zikrl maut sebab takut
maut tu akan datang dan dan
dan kita masih belum bersedia.
bukan?
banyakkan doa moga syahid menjadi milik kita.
amin

Sunday, August 29, 2010

tertekan menghampiri tekanan

bismillah
segala puji bagi Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

hurm..blog ni dah berubah wajah sedikit. oh..
dan ini sangat berkaitan dengan tajuk.
mungkin ujian di bulan Ramadhan yang mulia ini.
alhamdulillah. cuba buat yang terbaik untuk dakwah ini. walaupun dok berjam jam tapi stil tak reti.
still tak dapat apa yang dihajatkan dan dibayangkan. perlu berguru. tapi tidak tahu siapa yang ingin menjadi guru saya..Rabbi yassir wala tu'assir. alhamdulillah ni sebagai satu pengalaman untuk lebih maju ke depan. apa yang dibah merepek ni..ni sebab tekanan sedikit. Allahuakbar. takpe..teruskan berusaha dan buat yang terbaik untuk dakwah. but kena buat secara berkualiti la..jangan dok menghadap pc ni berjam jam satu habuk pun tak dapat ye..ok insya Allah..cuba mencari sang guru.
kata nak master dalam bidang ni..tula..tapi kepala ni punyala serabut dok menghadap pc ni n tak jadi keja tau..hurm..mungkin fasa awal kot.dahla awaktu memang tak kreatif..idea pun keras semaca..hurm..caiyok..jangan mudah berputus asa..ada mision n vision yang panjang kan? hurm..mungkin management masa itu perlu lebih teliti dan perlu sangat fokus insya Allah.

sang epal yang sedang diguna juga mengalami evolusi keypad yang dah tak berapa pandai. dah menjadi warna magenta pula. jadi mungkin perlu berubah dan move kepada sang toshiba pula.

sekadar luahan perasaan. saya sayangkan dakwah ni sangat nak buat secara berkualiti dan terbaik. insya Allah amin.

Thursday, August 26, 2010

coretan petang

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah. segala puji bagi Allah. selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah.

sebenarnya tak berniat nak post apa-apa pun. sekarang ni nak siapkan risalah untuk matrik.
tetiba membaca satu blog. ohh..sangat tidak di sangka amat bagus blog tu. jadi tergerak untuk menulis disini. walhasilnya tidak tahu tajuk post ni..

rasa malu dan segan dengan penulis blog. ni blognya: www.cahayacita-citakami.blogspot.com. kerana mengenali sang pemilik blog. hurm..rupa-rupanya banyak yang terpendam. ya dia akhwatku. dan satu-satunya akhwat kami daripada taman Islam kalau tak silap ana.  subahanallah. pendiam tapi berfikir. nampak biasa tapi punyai bakat terpendam dan jiwa hamba. subahanallah. alhamdulillah.
sebelum ni pernah membuat satu hipotesis 'budak-budak kelahiran taman Islam ni kalau betul betul faham dengan Islam dan berkecimpung dalam dakwah dan tarbiyah akan menjadi sangat amat hebat' ada satu masa menolak hipotesis ni. tapi hipotesis ni seolah-olah terbukti benar dengan berlalunya masa. alamak ni payah ni. risau makin gile obses dengan taman islam ayat tak tawadhu'. sila jangan contohi.
kalau tak mengenali pemilik blog tu mesti ana dah cakap 'ala biasala budak taman Islam ni, kalau dalam blog je gah, kat luar tak tentu lagi' ish tak baik langsung kan. perlu berhusnuldzan. cumanya kekadang rasa terlalu ditipu dan tertipu dengan orang2 kelahiran taman Islam ni. dari banyak sisi. sebab banyak pengalaman dan pengamatan. merasakan mereka tak boleh dipercayai. tapinya bila berdepan. ceh..cair.. alamak..tak tahu post jenis apa ni. harapnya tiada yang membaca. mungkin sebab rasa sayang tu besar sikit dari rasa tak mempercayai. cuma kekadang dan acapkali menilai balik apa yang org2 smakl ni cakap. boleh caya ke tak. tapi jangan risau. saya ada bos kelahiran taman Islam. saya percaya cakap bos saya.bos besar la bos kecik sikit tak percaya sangat. haha..
tapi ana sangat bersyukur pada Allah kerana akhwat taman Islam yang seorang tu buat masa sekarang.insya Allah ada lagi di matrik. cuma belum cukup matang. membesar dengan amat baik dalam tarbiyah. alhamdulillah. walaupun saya tiada kaitan dengan taman Islam, tapi selaku org yang menyayangi taman Islam, saya turut rasa berbangga. haha. alhamdulillah.

buat anak-anak halaqah di taman Islam. saya doakan kalian membesar, dewasa dalam Islam dan tarbiyah seperti mana senior kamu ini. saya sangat mendoakan itu. moga kalian dewasa dan menjadi sang pengemban amanah dakwah. jangan sia-siakan potensi kalian.kalian boleh. kalian mampu. nak atau tidak sahaja. masalah diri itu perkara biasa dalam pengislahan. cuma..kuatkan hati untuk menjadi sang kader lillah dan beramallah dengan sebenarnya. bukan sekadar ucapan manis pada lisan. buktikan hipotesis saya itu benar.  kerana insan-insan kelahiran taman Islam memang mampu menjadi insan yang sangat hebat dalam dunia Islam. ok dib. bukan budak taman Islam je yang bagus ok..budak skol lain pun bagus juga.hoho.


dan bila membaca blog akhwat ni..sangat merindui tarbiyah di ipt dan matrik. kehidupan bersama akhwat. halaqah yang best amat. saling menasihati. saling menegur. saling mengingatkan. teringat kehidupan di banglo yang banyak tikus sangat tu yang amat best. sama-sama hafal quran, pagi2 sarapan. then nak pi kelas ada akhwat hantar ke pintu dan cakap. 'ok..luruskan niat'. banyak sikap-sikap negatif di tegur. sentiasa adanya tazkirah dan peringatan secara tak langsung. saling bekerjasama dan selalu kecik hati dengan akhwat yang sangat banyak mengajar untuk berlapang dada, menerima pendapat orang lain, solat terawih n iftar sama-sama, malam-malam meredah kesunyian lorong gelap tu untuk pergi berziarah dan bersilaturrahim di kolej, berada dalam kehijauan di bilik master- subahanallah.juga kenangan di BT - Baitul Tarbiyah. sembang malam dengan roomate, gaduh tak tegur, gaduh amsa nak pi halaqah siap hempas pintu lagi tu. haha. peringatan dan qudwah dari akhwat sekalian.subahanallah buat kesekian kali. itu semua kenangan terindah. tiada lagi kenangan seperti itu. ya..pastinya kehidupan ini adalah sesuatu yang amat dinamik. masa silam hanyalah kenangan. masa kini lah perjuangan sebenar.

saat ini merindui kata-kata keramat akhwat. 2 3 perkataan yang menyuntik semangat. ohh..sangat merindui itu. menunggu siapa yang bakal menitipkan apa jua kata-kata keramat perjuangan buatku. tapi sebenarnya aku perlu memberikan terlebih dahulu bukan? ya..what u give u get back. if u want, u must give it first. ok..insya Allah.

hari raya ini berhajat untuk beraya bersama akhwat UPSI. yang berada jauh di Perak, Sarawak, Sabah, dan aku di Selangor. ada sesiapa nak join boleh register pada ana. huhu..boleh infakkan kereta sekali lah ya..mesti best saat tu.saling berkongsi cerita. lagi lagi dengan cik hirzi yang banyak cerita dengan saya tu..hihi..jangan marah zi..suka dengar anti cerita.subahanallah luruskan niat.cakap dengan murabbiyah lama. puhh.excited amat. tapi terus mengingatkan untuk meluruskan niat. alhamdulillah. insya Allah akan dirancang dengan baik. dan pelaksanaannya adalah dengan izinNya. merindui kalian tahu.. kata-kata dan ucapan semangat, senyuman manis juga sopan santun kelakuan ek?sopank ke?haha.

tapi peringatan buat kita. alhamdulillah dan sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala apa yang kita dapat pada hari ini. dimana kita ditempatkan. walaupun tak bersama akhwat setiap hari tapi mungkin disitu hikmahnya.
adanya rasa rindu dan adanya rasa survive. banyak lagi orang yang sukar. banyak lagi orang yang keseorangan. ada yang sepertinya digantung tak bertali. jangan sedih akhwatku. mungkin inilah saatnya untuk kita merasakan kebergantungan sepenuhnya pada Allah swt dan bersyukur atas setiap apa yang kita dapat. perancangan Allah yang terbaik buat kita. yakin dan terus yakin. di mana saja kita berada. terus memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat. teruskan usaha dakwah dan perjuangan ini. hingga sampai satu saat tiada lagi kemungkaran di muka bumi dan hanya Islam di segenap ruang dunia. insya Allah

p/s : ada tetamu baru. kak syifa' dari kuala kangsar. tak sangka ya menunggu post.huhu..ni blog picisan luahan hati saja akak..tak perlu dibaca.

Thursday, August 19, 2010

dakwah sekolah

bismillah
segala puji bagi Allah selawat dan salam kepada insan terbaik Muhammad b Abdullah qudwah dan uswah selamanya..

teringin mencoret sedikit kata
alhamdulillah
hari ini..diberi nafas baru..dikirim seorang insan memberi taujih Rabbani..walau bukan pada kata-kata puitis namun sikap dan semangat dakwahnya cukup menyentuh..hidayah Allah itu datang..entah dari mana..lembut saja menyapa hati yang seakan gersang..syukur alhamdulillah..thumma alhamdulillah..itu semua rahmat dari Dia..cukup tenang hati ini berada dalam nafas dakwah

alhamdulillah
post yang bertajuk dakwah sekolah. sudah lama takda yang bertanya..'bagaimana dakwah di taman islam?'
hari ni ada yang bertanya..alhamdulillah seperti biasa saja..terus berjalan dan bergerak seperti mana dahulu pertama kali bersama dakwah di taman islam. dan selepas itu berfkir tentang dakwah sekolah ini. ya aku sangat mencintai dakwah sekolah. tidak tahu mengapa..diberi peluang membuka halaqah di taman islam kesayangan. menjadi ujian yang besar dan memberi 1001 pengalaman buat diri..setiap langkah pasti ada ujian..berapa banyak air mata yang tumpah kerana taman islam..berapa tinggi doa dan harapan buat mereka menjadi pengemban amanah dakwah..alhamdulillah semakin hari mereka semakin dewasa dengan islam..walaupun banyak yang perlu di touch up lagi. namun tidak mengapa..learning process by doing. doa itu sentiasa buat kalian. berjaya dunia dan akhirat...penjadi pendokong dakwah dan tidak menyibukkan diri dengan memikirkan perkara sepele.kalian insan hebat. andai kalian ingin jadi hebat. akak percaya semua para taman islam - ian boleh menjadi amat hebat andai membaluti diri dengan dakwah dan islam.

medan baru- smk jugra. tempat kerja, tempat bertemu manusia. medan dakwah sekolah yang baru. baru aku sedar..ini situasi masyarakat hari ini. remajanya. pendidiknya. sistem pendidikannya.
medan dakwah ini cukup berbeza dengan medan dakwah sebelum ni - taman islam.
taman islam orangnya cukup dengan ilmu agama, cuma perlu di beri sedikit kesedaran, tahu tentang dakwah, luas tsaqafahnya, nampak bagaimana permasalahan umat yang cukup teruk.
berbeza disini mereka insan sangat naif. mengejar dunia. kurang nilai agama. cukup sempit tsaqafah nya. jauh sekali untuk memahami apakah itu dakwah dan tarbiyah..
sedang belajar cara yang terbaik mendakwahi mereka.. apakah perlu drastik..atau apakah perlu berdikit. cuma sekarang ni sedang cuba mendekati mereka, mengikat hati.. cuma bila jumpa mereka rasa sayu menerjah. apa cara terbaik untuk memberi kefahaman. mereka tidak tahu.. ingin mereka stick dengan Islam.ya Rabbi ya Karim..memohon hanya padaMu. tunjukkan jalan yang terbaik supaya mereka faham Islam dengan baik malah mampu menjadi pengemban amanah dakwah ini..

ini tanggungjawab saya sekarang..saya doa dan saya cuba buat yang terbaik untuk teruskan dakwah sekolah. buat masa ni masih belum dapat buka halaqah disana. sedang cuba diusahakan dengan beberapa method pencarian. mencari jiwa-jiwa gersang yang inginkan pengislahan. aku memohon bantuanMu ya Rabbi.. menghidupkan biah dan menyebarkan Islam di medan baruku dan menimba pengalaman fiqh dakwah medan sekolah harian biasa.. medan yang mungkin akan berada lama disitu.

apa yang saya tahu..dakwah ini cukup panjang. bukan sekadar ingin menjadikan seseorang tu kader dakwah dan faham tentang gerak kerja dalam masa yang singkat, tapi sangat penting untuk memahami mereka dengan Islam secara keseluruhannya. pintu syurga itu banyak. manusia itu berbeza kefahaman dan perilakunya. apa yang penting adalah usaha dengan perancangan yang rapi dan keazaman serta tekad yang padu untuk saya terus berdakwah dimuka bumi ini.  nilaian itu bukan sekadar NKRA tapi nilaian Dia jauh lebih utama. ya!hamasah!

*****
bagaimana dakwah di taman islam?
mungkin perlu melepaskan..tapi tidak tahu bila. alhamdulillah..cukup bersedia..tapi ana akan terus melihat dari jauh. kerana sekolah itu amat bermakna buat diri.. ada perancangan dakwah yang lebih utama perlu diikuti berbanding mengedepankan perasaan sendiri. namun sebelum melepaskan perlu membuat perancangan yang cukup rapi agar dakwah di taman islam terus dan terus melaju.

takpe..banyak lagikan medan dakwh sekolah lain..ya..sekarang ada KRIM..hohoho...
wallahua'lam..

p/s : menghampiri berbuka banyakkan berdoa..sayunya rasa hati sudah 9 Ramadhan hari ni..kenapa cepatnya Ramadhan melangkah..menghampiri 10 malam kedua..

di mana aku?

Dimana Aku?

Sayup-sayup suara cengkerik berirama
Sayup-sayup suara unggas bergema
Aku disini
Berdiri sendiri
Bertemankan suara tasbih tahmid memuji Tuhan
Menatap jauh ke dalam diri
Mencari..
Dimana Tuhanku di hatiku
Dimana Rasulku di jiwaku

Titis-titis jernih menitis perlahan
Sayu dan sendu
Aku terus melihat jauh ke dalam diri
Untuk apa langkah ini,
Kerana apa?
Kerana siapa?
Bagaimana pengakhirannya?

Semakin deras titis jernih mengalir
Apakah kepastiannya?
Adakah kerana Dia semata?
Atau ada ambisi hina disebaliknya?

Tersungkur, terduduk, bersujud padaNya
Tidak tertampung deras air mata
Ku katakan
Semuanya hanya kerna Dia
Namun..
Seakan riak menemani hati
Seakan ujub bertamu dalam diri

Ku katakan
Tenaga itu bukan kerna nama
Susah payah itu bukan kerna manusia
Air mata dan kasih sayang itu bukan kerna dunia yang hina
Namun semuanya sembahan buat Sang Pemilik semesta

Hati kecil tertanya
Dimana kedudukan diri nan kerdil ini disisiNya
Terlalu memohon panduan dari Dia
Terlalu berat ujian menimpa
Walau tidak tergambar
Walau tidak terlihat
Namun
Jiwa yang merasa
Lemas terseksa

Seolahnya seorang yang mulia
Seolahnya seorang pencinta Dia
Namun urusan qalbu
Terkadang terlalu sukar dimengerti
Terkadang terlalu payah diurusi
Memerlukan mujahadah penuh erti

Ya Rabbi
Diri kerdil ini
Bergerak memohon panduanMu
Melangkah memohon lindunganMu
Terkadang..
Terlalu gemar sangsi itu melintasi hati
Mencemari niat suci hanya kerna Ilahi

Namun Tuhanku
Keyakinanku semakin penuh
Keteguhan hatiku semakin kukuh
Hanya Engkau penentu segala
Terbaik buat diri yang hina
Setelah usaha mengiringi doa
Dan titis air mata menemani semua.

Buat Mu Rabbi..hanya kepada Mu aku serahkan segala..
Limpahkan diri ini dengan cinta dan rahmat dariMu
Amin.. T_T

sahabathijau21
1410
18 ogos 2010
8 ramadhan 1431
surau smk jugra
banting, selangor

si anak kecil itu

Anak kecil itu

Di satu sudut dunia
Berdirinya seorang anak kecil
Usianya menghampiri dewasa
Dia gembira
Menghirup kesenangan dunia
Tenang menikmati keseronokan maya
Tiada apa yang memberatkan fikirannya
Melainkan kejayaan buat kesenangan sementara

Satu hari yang menyapa
Sebuah kejutan dari Rabbnya
Memilihnya menjadi penyeru agama
Bukan sementara
Tapi selamanya

Anak kecil itu bingung
Apakah ini?
Apakah yang terjadi?
Seakan mahu menapak lari
Sukar dimengerti
Tangan ditadah memohon petunjuk Ilahi
akhirnya
Memilih jalan sukar buat diri
Mengharap bahagia yang kekal abadi

Anak kecil itu semakin dewasa
Membaluti diri dengan rasa malu
Menyelimuti diri dengan taujih Rabbnya

Acapkali
Badai fatamorgana menerpa
Perisainya kurang ampuh
Seringkali ia tumpas
Kembali anak kecil itu kepada sang Pencipta
Terduduk..berteleku
Menadah tangan memohon padaNya
Masihkah ada ampunan?
Masihkah didengar bicara?
Akhirnya ketenangan bertamu
Kerna keyakinan bersama Rabbnya

Anak kecil itu kembali berdiri
Mencuba untuk teguh
Mencuba untuk kukuh
Tanpa goyah
Tanpa berundur walau selangkah
Tanpa disedari
Dihadapannya
Berdiri sebuah ujian yang gagah perkasa
Kiriman istimewa dari Sang Pemilik buana
Sebuah kisah silam nan kelam yang menyapa
Seakan ujian itu tidak kelihatan
Namun anak kecil itu terasa terlalu sukar
Anak kecil terasa terlalu payah
Ujian itu terlalu gagah
Tiada belas
Melanggar si anak kecil

Anak kecil itu terus cuba untuk kukuh
Terus cuba untuk teguh
Keimanan
Doa tulus
dan kempunan dariNya
bekalan utama si anak kecil

sehingga detik ini
anak kecil itu semakin dewasa
namun ujian yang sama masih menerpa
sukarnya terasa
bagaimana?
Apa perlu anak kecil itu lakukan?
Anak kecil itu tidak mahu..
Seringkali seakan tidak mampu
Menanggung ujian yang tidak kelihatan dari luaran itu
Yang seolahnya
semakin hari semakin besar
semakin hari semakin membarah ujian itu

Bagi diri anak kecil itu,
Terus-terusan menadah tangan
Terusan doa dipanjatkan
Diberi yang terbaik buat diri
Redha dengan ketentuan Ilahi
Dengan sabar dan solat
Mengharap pertolongan Ilahi

Kerna anak kecil itu takut
Anak kecil itu tidak mahu
Dilempar dari jalan sukar ini
Kerana tidak mampu melepasi ujian itu

Anak kecil itu perlu menyedari
Jalan ini sukar mendaki
Memerlukan hati yang tulus suci
Menuntut pengorbanan tanpa hati
Mengisi masa penuh erti
Menjauhi diri dari dosa dan noda
Ujian itu fitrah buat sang da’i
Perlu teguh
Perlu kukuh
Kerna semua cinta adalah buat Ilahi
Yakin doa kan didengari
Hanya menanti detik menjadi realiti
Itu kan menjadi yang terbaik buat diri
Amin

sahabathijau21
2230
8 Ramadhan 1431
living room
banting selangor

Saturday, August 7, 2010

cerita tentang kita

bismillah..
sehala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad b Abdullah insan mulia..
hari ni genap 3 minggu tidak meninggalkan sebarang khabar di blog ni..ceh..baru 3 minggu kan?..huhu
tapi selama 3 minggu tu terlalu amat banyak kisah yang berlaku, terlalu banyak perkara yang terjadi.. biarlah semuanya tersimpan kejap di dalam hati..

alhamdulillah..
selama 3 minggu juga telah selamat menjadi guru posting
ana - smk jugra, banting
marini - sabak bernam
kak jiha - batu gajah
saad - ipoh
k mar - menglembu
eh lupa seorang lagi..
hirzi- smk bintulu, bintulu sarawak

saat sangat manis bertemu di konwanis walau tidak semua bertemu..alhamdulillah mengubat rindu..

banyak sangat benda..cuma nak berkongsi sedikit tentang akhir - akhir ni...
sangat menanti kedatangan Ramadhan Kareem..makin hari hati makin sayu..
tak sabar menanti kehadirannya..
cuma semenjak 2 3 hari ni terlalu kerap mendengar tentang sesuatu..
tentang sebuah pernikahan @nikah..
tak berniat pun nak mendengar..tapi tak langsung semua tu hinggap di telinga dan menyapa di anak mata..
memberikan ruang berfikir dan introspeksi tentang semua itu..
nikah :
bukan sebuah permainan tapi adalah satu keseriusan yang amat hebat
bukan untuk sehari, sebulan setahun..tapi untuk hingga mati
bukan sekadar sebuah kebahagiaan dan keseronokan tapi sebuah tanggungjawab yang amat berat
bukan sekadar hari esok tapi meliputi hari semalam dan hari kemudian persediaannya
bukan mudah tapi amat susah..
haha..semua gaya negatif je dib..
tak la..cuma jangan pk kan nikah sebagai terlalu ideal..kena pk banyak side..
nak share yang ana dapat tentang nikah 2 3 hari ni..
paling kelakar tadi..
kat skol ada bacaan yasin..habis baca zikir semua ustaz tu pun baca doa n kat satu doa tu
'ya Allah permudahkan jodoh guru-guru yang belum berkahwin, pertemukan mereka dengan pasangan yang beriman dan yang beramal soleh' ~ serius nak tergelak nak tersedak..haha.tak penah dengar orang doa habis baca yasin macam tu..tak baik dib..didoakan tu..huhu..tapi pape pun ustaz..amin~~amin ya Rabbal alamin.. moga dengan diaminkan oleh hampir seribu orang doa tu makbul..haha..patutlah kat skolah tu tak ramai cikgu bujang..boleh dibilang dengan jari saja..hoho..
then..ustaz tu sambung bagi tazkirah..
ayat yang paling tak tahan..
'ha..kahwinla..kalau tak dapat jodoh lagi dia..bangun malam, doa doa..bulan Ramadhan ni..doa..'
hihi..
then peristiwa lain..
bercerita dengan sorang akhwat..dapat berita ada sorang ikhwah ni nak nikah tapi sik tahu siapa akhwatnya..ni sedang menanti berita la ni..then anak halaqahnya di propose orang..huhu cuma cakap kat dia mcmna dengan dia..dia jawab
'tak hantar resume lagi..masih tak bersedia..perlu kekuatan untuk bersedia..doakan sama-sama..' huhu
then cakap dengan sorang akhwat ni..katanya dapat pengarahan untuk lobi nikah ( serius rasa nak pecah perut dengar pasal tu) then bila ditanya dia macamana..jawapannya..
'nikah - besar tanggungjawab tu. bila dah ramai sangat yang desak, jujurnya ana rasa tak selesa. biarlah ana buat keputusan tu dengan tenang , dengan niat yang betul tanpa dipengaruhi oleh apa-apa n siapa-siapa. yang penting teruskan istikharah dan berdoa. semoga bila keputusan dah dibuat, hati ana betul-betul mantap.'
subahanallah..ayat yang dush..menikam sampai ke backbone..sungguh matang..alhamdulillah.. keputusan tidak dipengaruhi perasaan dan hawa nafsu tapi memohon hanya padaNya..
n lainnya..baca satu blog tu than dia tulis
- malas nak tulis- bacala sendiri dalam blog wake-up tu..
hurm..dah fasa malas nak tulis sebab sambil buat kerja lain..
akhirnya..
moga dipermudahkan segala urusan..
bukan mudah menuju ke satu alam yang cukup lama dan cukup panjang..
prepare dengan baik insya Allah..
akhirnya
ana tinggalkan post ni dengan sebuah lagu yang hari ni berjuta kali bermain di bibir..
'Tuhan..
padaMu ada kedamaian
diribaanMu kebahagiaan
tiada lagi rasa kesangsian di hati
cinta Mu cinta tulus suci murni
kasihMu nan abadi...'

cinta suci hanya layak buat Allah..
wallahua'lam