Sunday, July 5, 2015

Hampir 2 tahun

bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Selawat ke atas junjungan nabi saw

Lama sgt tak mencoret di sini.
Skrg tengah dalam prog mukhayyam  dakhili
Nak cakap ape ye
Tahun ni berazam dan yakin nak puasa penuh
Tapi ttiba semalam sahabat baik dah datang
Rasa nak nangis pun ada
Tapi belajar utk terima dan redha

Almost 2 years
Mendirikan rumahtangga.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah memberikan ku suami yg sangat baik, ceria, penyayang dan banyak mengajarku dalam erti kesabaran secara praktikal. Hihi
Masa baru nikah dulu, tengah sakit n on medicine yg doktor kata kalau boleh jangan mengandung sepanjang makan ubat. So ok fine
Lepas dah habis ubat, penuh pengharapan dalam menanti cahayamata
Tapi mungkin di sini Allah uji. Hampir 2 tahun, Allah masih belum mengurniakan rezeki cahaya mata
Lepas sendiri yg menghadapi, baru terasa mcmna
Perasaan yg sama masa tengah menunggu nak nikah dengan sapa dulu. Calon pun xnampak bayang. Xnampak langsung rasa2 nak nikah dgn sapa
Sama la dengan sekarang.
Rasanya semua usaha dah cuba dilakukan
Tapi belum berhasil
Entah. Mungkin ada lagi kesabaran yg perlu ditanam
Pernah nampak banyak kes, mereka dah nikah dan mmg nak sangat baby, dalam masa 2,3 bulan mmg Allah bagi
Tapi diba ni Allah tak bagi lagi. yakin lah banyak hikmahnya.
Terasa menanti buah yg xtahu bila nak gugur
Allah sebaik2 pemberi dan perancang

Cuma skrg ni bila Allah xbagi rezeki anak lagi, bersyukurlah dibah banyak lagi rezeki lain yg Allah bagi. Rumah yg sangat lengkap. Suami yang sangat baik. Kerjaya yg stabil. Kereta yg memudahkan pergerakan. Dibah selalu p holiday dengan zauj. Familys yg sangat menyayangi

Cuma kadang2 bila tengok org lain baru dapat baby, tgh mabuk mengandung, mmg ada rasa tersiat2 di hati. Feel like want to hug somebody utk nangis. Sebab jeles.
Tapi dibah kena banyak sabar
Banyakkan sedekah n banyakkan menyayangi anak2 org lain

Dibah doakan kawan2 sekolah mcm k mas, nurul, akhwat mcm atilelia, k niza , k husni. Kami sama2 dikurniakan baby penyejuk mata penawar hati

Tapi bak kata diba kat zauj, takde anak ujian, ada anak pun ujian bila tengok anak2 org lain yg banyak ragamnya

YaAllah, berikan dibah dan zauj kesabaran yg banyak. Kurniakan kami zuriat kami sendiri. Ameeen
Moga dibah boleh sentiasa positif dan optimis.
Mcmna dibah boleh bersabar semasa menunggu jodoh dulu dan akhirnya Allh memang beri jodoh tu macam apa yg dibah harapkan ~ org kl😁

Sunday, May 24, 2015

Buang sawang

alhamdulillah..
Baru dapat masuk semula selepas sekian lama lupa password
Terima kasih Allah..
Meneruskan perjuangan
Mencari semangat seperti yang dulu
Mudahkanlah ya Allah
Ameen

Sunday, January 19, 2014

menjadi orang KL =)

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillahirabbil 'alamin
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

terlalu lama dah tak update blog kesayangan.
tugas2 yang sedia ada terlalu menghimpit

alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Allah mengabulkan terlalu banyak doa.

harini telah menjadi orang KL.
hik hik.
saya duduk di damansara damai,
setiap hari akan melihat banyak bangunan tinggi di Kuala Lumpur -impian saya suatu masa dulu.
secara officially telah berpindah ke cawangan ISMA Kuala Lumpur.
sebenarnya berpindah ke ISMA KL adalah perkara yang menjadi anganan tapi tidak pernah menyangka akan menjadi satu realiti.
tapi ..
apa ada pada nama. Kuala Lumpur
apa ada pada pemandangan cantik - bangunan berceracak dan lampu neon yang sangat cantik
yang penting adalah amalam menuju akhirat

sekarang ini saya bersekolah di sijangkang jaya, banting dan tinggal di damansara damai
perjalanan yang agak jauh sebenarnya.hampir 50km perjalanan sehala
dan melalui jalan bertol rm5.40 sehala.
dengan masa perjalanan minimum 45 minit jika kelajuan 120-140km/j sepanjang jalan
wah. ini nampak macam lebih dasat berbanding semasa berulang ke bangi yang seminggu sekali.
sebenarnya saya yang willing untuk hidup sebegini.
duduk di rumah sewa kami. walaupun kecil namun membahagiakan
duduk di dalam medan amal (pejabat 30 minit dari rumah -tahu jelah jalan KL macamana)
dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan seoptima dan sedaya upaya. memasak, mengemas rumah dan sebagainya

saya tak tahu.
tapi bilamana rasa bahagia dengan apa yg kita buat tu ada
perjalanan hidup dirasakan lebih mudah
walaupun jika pandangan luaran merasakan, lebih letih, banyak wang yang terbuang di jalan untuk tol dan minyak
tapi alhamdulilllah, saya tak merasa terlalu letih walaupun satu pagi kalut masak sarapan, terus masak tengahari n kemas rumah dahtu pukul 11.30 rushing pergi sekolah.driving 1 jam. terus bekerja sampai jam 6.30petang
6.30 petang perjalanan pulang dan sampai di rumah jam 8.00malam paling awal.
maksudnya :jam 11.30 pagi hingga 8.00 malam adalah waktu bekerja saya.
tapi alhamdulillah dapat kuat.
dan saya dapat rasakan badan saya sihat dan segar walaupun baru balik kerja, berbanding semasa saya sakit dahulu. mungkin kesan pengambilan ubat, dan paksaan makan oleh inche suami menyebabkan saya lebih sihat.alhamdulilllah

walaupun tugasan baru dengan krim pusat masih agak ting tong. banyak yang kena tegur. kerja banyak dan lambat buat. takdapat idea nak fikir macamana. saya sorang akhwat. dan masih dalam fasa adaptasi menjadi isteri yang mengurus rumahtangga dan suami. saya minta maaf. tapidalam hati je la. sebab semua ikhwah. takkan saya nak cakap apa masalah saya kat deme. saya dalam fasa adaptasi menyelesaikan tugasan rumah dengan baik dan membuat kerja-kerja dakwah dengan baik dan menyelesaikan tugasan sekolah/kerja dengan baik.

alhamdulillah di fasa macam kelam kabut ini, Allah kurniakan adik2 usrah yang dah komitmen dan konsisten. yang dah faham dengan 'kami'. yang 'basic' dan setle. cuma kena touchup sikit untuk menjadi daieyah yg tangguh.

baru 2 minggu perjalanan hidup yg baru ini

saya baru dapat jadual yg tetap
isnin : free
selasa :usrah dengan adik comel
rabu : meeting krim
khamis : usrah dengan mama naqibah
jumaat :free
sabtu ahad : program /balik kg/kenduri

kena cuba selesaikan banyak urusan.
saya dah ada banyak keluarga
- balik rumah mak abah di banting
- balik rumah ibu ayah di ampang
- balik rumah nenek zauj di melaka
- kenduri saudara mara
- ziarah saudara mara
- diziarahi saudara mara

moga Allah berikan saya kekuatan terus menerus
terima kasih Allah
aku akan cuba sedaya upaya menjaga mutabaah dengan baik
setlekan satu juz Quran
qiam setiap hari
istighfar
mathurat
puasa
dan perbanyakkan lagi amalan sunnah
walaupun baru aku faham dan realize, walaupun sebelum ini aku dah dengar banyak kali.
bila dah kahwin, agak susah nak maintain. terutama bila dan ada anak2
baru faham. memang sangat susah
dan kena struggle
patutlah orang yang dah kahwin ni even pahala solat pun lebih banyak
dan sangat mudah mendapat pahala.
sebab cabaran yang lebih besar

akhirkalam.
terima kasih Allah atas segala nikmat ini
terlalu banyak nikmatMu
moga aku tergolong dalam hambaMu yang bersyukur
T_T


Saturday, November 2, 2013

kenangan : persiapan majlis walimah

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw
dahlama sangat tak tulis, nak mencoret sedikit.

harini 2 november. dah lebih kurang sebulan setengah menikah.
alhamdulillah.

kenangan persiapan pernikahan tiba2 datang
banyak perkara perlu difikirkan
ana seorang akhwat
dan ana juga seorang ahli keluarga
jugaperlu difikirkan penerimaan ahli keluarga bakal zauj
bukan mudah
ana akhwat ni majlis ana, so just let me decide apa yg boleh tak boleh.
maka nya akan ramai yang menjauhkan diri dan mengatakan ana selfish
jadi semua pihak difikirkan.

persiapan yang banyak menyita masa, wang, tenaga, fikiran
sangat!
ditambah dengan sift perfect melancholy
sangat memeningkan kepala
nak pikir banyak sangat benda
nak bagi goodies apa yang tak mahal tapi tak dibuang/berguna
nak bagi barang hantaran apa nak deco mcmna - pk sekali kenapa perlu barang hantaran ni?
mcmna baju walimah - nak tempah/sewa?
nak pk tudung yang sesuai la pulak, deco baju pulak
pelamin nak buat sendiri? sewa?
photographer sapa nak tolong atau nak tempah.mahal kot?
nak kena makeup ke?saya taknak. tapi family?
--> dan saya tak sangka, saya akan fikirkan benda2 begini. walham dulu saya hanya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana. tapi.....banyak sangat faktor kena diambil kira.mak pun cakap banyak kali. jaga hati org yang tolong majlis saya ni
entah
entah
saya cuma berusaha yg terbaik dan cuba memastikan tak over dan wajiblah mengikut syariat

persiapan bermula sejak bertunang pada bulan 3 untuk majlis pernikahan pada bulan 6
terasa semuanya serba tak kena
tak tahu berapa banyak kali pergi ke KL,beli barang. asyik beli barang je.
masatu dah tak fikir apa.
moga Allah member rezekinya yang lain dengan pelaburan ini
dan ada sekali hampir kena langgar dengan motor sangat lajumasa melintas jalan kat jalan tar.
semua tu kenangan

saya rasa banyak benda yang saya tak selesaikan dengan sempurna
mcm baju
- malam esok nak walimah baru pulun siapkan. alhamdulillah kak zila n radiah banyak tolong. saya tido tapi kome siapkan. antunna sangat berjasa! jazakillah khair

tapi saya doa sangat moga Allah mudahkan semua urusan majlis ini

dan akhirnya!
majlis berlangsung.
ada benda yang saya tak sangka.
- pelamin saya  tempah.(cuma untuk bergambar) looks very2 nice. sangat!
- baju nikah guna baju nikah adik. veil beli rm30. bunga tangan n hiasan kepala pinjam dengan kedai tempah pelamin. kasut putih guna untuk semua termasuk bertandang.- dan akhirnya looks sangat suci dan perfect. serba putih. simple. nice.
ikhwah pulak pakai baju putih dan main rembat je sampin kat rumah - warna merah! tapi finally. perfect match. masuk dengan bunga tangan. alhamdulillah thumma alhamdulillah
dan takda makeup. suci. =D

- baju walimah - hijau. entah dress apa ntah. tak jadi sewa sebab takda saiz. dan takda warna dan punyalah ketat baju kat kedai penganti. so decide buat sendiri. tempah baju. bubuh manik sendiri(ni pun pening sangat). veil pun buat sendiri. tiba2 tudung yang dicari kena kutuk dengan kakak. terlalu sama warna dan punyalah pening nak pakai tudung apa. - baju mmg sangat memeningkan kepala. dan banyak duit yang dibuang begitu saja. sebab nak hias baju tu mcmna pun tak reti sangat. Allah.
tapi akhirnya, masa majlis walimah. it looks so perfect!
baju, tudung, veil, crown pinjam dengan kedai pengantin. looks nice alhamdulillah.wpun ada manik yang tercabut. habistu nak buat mcmna. pasrah je la.
alhamdulillah menjadi sempurna.
suka suka.
ditambah dengan makeup. saya harap saya tak melampau sangat. tapi saya rasa boleh menjaga nama baik suami dan mak ayah saya. insya Allah

- goodies. sangat pening nak sediakan berapa. akhirnya saya sediakan 250. dan semua habis. alhamdulillah.

-bilik. malam sebelum nikah pening nak hias mcmna. akhirnya letak letak letak n. perfect! alhamdulillah nice.

-photographer. alhamdulillah dapat yang agak murah.rm600.n nice sangat.

oh ya. satu lagi bunga telur. projek yang tak jadi. akhirnya saya beli.

mempersiapkan majlis perkahwinan satu kenangan manis. terasa nak kenangan tu berulang. tapi perkara tu cumasekali je seumur hidup.
walaupun masa mempersiapkannya adalah satu tekanan perasaan

Alhamdulillah.
apa pun saya cuma berdoa Allah meredhai majlis saya
walau macamanapun rupa majlis, saya dah berusaha menjaga dan moga Allah merdhai segalanya

finally. everything going perfect n nice

Alhamdulillah thumma alhamdulillah
semuanya kerana bantuan Dia

Thursday, September 26, 2013

hadiah dari Dia - seorang Imam


Bismillahirrrahmanirrahim

Alhamdulillah, Allah telah mengirimkan seorang imam buat hamba yang amat lemah ini.
Terlalu bersyukur dengan nikmat kurniaNya.
Satu kisah yang tidak pernah terfikir dan tidak dijangka, pelbagai ujian buat diri dan hati, akhirnya akad nikah,lafaz sakinah Berjaya di lepasi.

Menyingkap sedikit pertemuan ini,
Asal pertemuan bukan diatur oleh team BM, tetapi dibantu oleh seorang sahabat baik merangkap mantan ketua dalam team.
Setelah setahun 2 bulan melalui prose’s ‘penantian’, Allah memberi izinNya untuk saya menjadi seorang isteri kepada seorang suami.

Dan lebih terharu dengan nikmat pemberian Allah ini, Dia kabulkan segala doa saya selama ini, dalam prose’s pencarian seorang suami (erk ayat apa tuh)
Allah memberi saya seorang dia, hadiah yang sangat berharga, pakej lengkap Allah beri pada saya selari dengan impian saya
-       Seorang yang ditarbiyah @ ikhwah
-       ikhwah islah (ini hadiah yang sangat besar buat saya)
-       orang KL, (pengsan kejap.)
-       medan amalnya ISMA Kuala Lumpur dan kami akan menetap di kejiranan Kuala Lumpur
-       kembar (berimpian nak dapat anak kembar)
-       lebih muda ( haha. Saya pernah doa nak dapat zauj lebih muda masa kat upsi dulu sebab macam ngeri je dapat org lebih tua)
-       pakai spek mata. (really admire org pakai spek)
Allah Allah Allah . Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan

Dan bilamana pernikahan berlangsung, rupanya itu semua hanya luaran.nilaian luaran seorang akhwat, seorang perempuan.

dari sisi yang lain, sifat dan keazamannya terlalu hebat dan tidak disangka.
Sifat al hilm, sifat pemurah, keazaman yang tinggi, ceria, kerendahan hati, keyakinan dengan Allah.
PR yang baik, skill membuat kerja2 rumah termasuk membaiki peralatan rosak
Memberi support yang penuh dalam saya keluar berdakwah. Walaupun sedikit sebanyak saya rasa hatinya mengharap ada isteri yang menantinya di rumah.

Siapa sahaja mampu jatuh hati dengan sifat begini. (senanglah sket nak suruh kawen dengan akhwat nanti.haha. okeh dibah cari pasal)
Saya tak pelik kalau dia menjadi menantu kesayangan mak dan abah.
Allah… Sisi yang hanya saya Nampak selepas pernikahan berlangsung
Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.

Setelah penantian selama lebih 5 tahun, dan menjaga diri selama hampir 27 tahun,  Allah memberi nikmat yang besar. Yang amat besar. Saya banyak belajar darinya.
Terima kasih Allah menggerakkan hatinya menerima saya walaupun saya ni kakak. Dia tu adik. Ngee. 

Moga kami terus tsabat.
Dan moga pernikahan ini akan menggencarkan dakwah kami.
Ya Allah,kuatkan dia di Jalan Mu. Teguhkan hatinya hingga dia bertemu syurga
Berikan dia rezeki harta yang banyak, dan kejayaan di dunia tanpa dia mengabaikan tugasnya mengislah ummat,
Jadikan dia seperti Uwais Al-Qarni, walaupun dia tidak dikenali manusia di Bumi tetapi dia menjadi sebutan makhluk di langit.
Ya Allah, jadikan aku penyejuk mata dan hatinya. Agar dia sentiasa tenang, disisi isteri yang penuh kelemahan ini.

Saya doakan semua akhwat menemui imam mereka. Agar masing2 tenang. Teruskan berdoa akhowat dan teruskan menjaga, hingga satu saat Allah akan memberikan hadiahNya buat kalian juga. 


Monday, August 19, 2013

Pengumuman Walimatul 'Urus

bismillah walhamdulillah
Allahuakbar.

alhamdulillah. akhirnya, pengumuman walimatul'urus telah dibuat.
menandakan tidak lama lagi akan berlangsungnya pernikahan antara saya dan pasangan
bersyukur kerana berjaya merahsiakan perkara ini dalam tempoh yang lama.
hanya ada beberapa orang yang tahu dan mereka merahsiakan dengan baik.

cuma harapan diri sendiri, agar proses pernikahan ini terjaga dengan baik
usia pertunangan yang menjangkau x bulan menjadikan banyak perkara yang mentarbiyah diri ini bagaimana perlu memahami seorang 'alien' dalam hidup
belajar memupuk kesabaran dan bersangka positif.
terima kasih Allah. masa adalah tarbiyah
ketentuanMu adalah yang terbaik
dan masih ada sebulan tempoh yang kritikal dan perlu dijaga rapi. hati, iman dan perbuatan.

dan saya sangat berdoa agar majlis walimah mengikut syariat yang sebenar dan sepertinya majlis akhwat ditarbiyah. Allah.. bantu hambaMu ini
sedikit kerisauan atas pembawaan sifat perfect melancholy ini .moga semuanya bersederhana dan no need to be too perfect.just be yourself. make it simple n nice.

memohon bantuan Allah agar rumahtangga yang bakal dibina dirahmati, diberkati dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah dan penuh dengan toleransi dan persefahaman.
dan terlalu memohon agar dengan terbinanya baitul muslim ini akan melajukan dakwah kami.
saya mampu membantu dia, dan dia mampu membantu dan menyokong saya untuk terus teguh di jalan sukar ini.
Allah , rahmati kami.
..........

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum :21) 

Bismillahirrahmanirrahim 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dengan rendah hati dan penuh kesyukuran kami ingin menjemput semua yang mengenali kami bersama-sama meraikan majlis tambatan janji, akad berwali, ijab bersaksi; penyatuan 2 hati antara

NOR ADIBAH BINTI ROHIMAN (UPSI, ISMA DHL)
&
MUHAMMAD FIRDAUS BIN SULAIMAN (ISMA SARAWAK, ISMA KL)

Majlis Pihak Perempuan
Tarikh : 15 September 2013
Tempat : Lot 2028, Lorong 3, Kampung Sungai Lang Baru, 42700, Banting, Selangor
Aturcara majlis :
Sabtu (14 September 2013) : Akad Nikah (3.00 petang)
Ahad (15 September 2013) : Jamuan Makan (Pagi –Petang)

Majlis Pihak Lelaki
Tarikh : 28 September 2013
Tempat : KM 28, Lorong Kadir bin Md Jim, Jalan Lama Melaka-Muar, Kg Sebatu, 77400, Sungai Rambai, Melaka
Aturcara majlis : Jamuan Makan (11.00 am – 4.30 pm)

Kami menjemput semua yang mengenali kami, saudara jauh dan dekat, guru-guru, sahabat handai, ikhwah akhowat menghadiri majlis nikah dan walimatul ‘urus kami.
Semoga dengan kehadiran antum akan menambah kebarokahan majlis ini dan kami memohon doa-doa antum agar Baitul Muslim yang dibina akan mampu menjadi Baitul Muslim qudwah dan terus memacu dakwah kami agar terus melaju dalam menuju redha Ilahi. 


Saturday, August 3, 2013

Update

Sebenarnya ada semangat nak mengupdate sebab tengok Saffana mengupdate blog dia.
Ngehehe. Lama tak dengar khabar dia. Tapi saya ingat je kat dia wpun mungkin dia dah tak ingat kat saya sebab dia mmg banyak kakaks , akhwatees, habibatees. Hehe.

Cuma masa ternpak perkara kan geng2 pas n dema utk demo morsi. Mmg teringat kat dia. N saya tahu dia semakin dewasa dan membesar dengan baik
Alhamdulilah

Akhwat marah saya jangan cakap pasal nikah lagi. Ngeeeee. Baik.
Saya cakap pasal baby pulak. Ok gedik la diba

Saya ada sebab.

Tapi bila benda mcm lagho akhwat pun tegur la. Baik.

Saya rindu adik2 Raudah .