Saturday, November 2, 2013

kenangan : persiapan majlis walimah

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw
dahlama sangat tak tulis, nak mencoret sedikit.

harini 2 november. dah lebih kurang sebulan setengah menikah.
alhamdulillah.

kenangan persiapan pernikahan tiba2 datang
banyak perkara perlu difikirkan
ana seorang akhwat
dan ana juga seorang ahli keluarga
jugaperlu difikirkan penerimaan ahli keluarga bakal zauj
bukan mudah
ana akhwat ni majlis ana, so just let me decide apa yg boleh tak boleh.
maka nya akan ramai yang menjauhkan diri dan mengatakan ana selfish
jadi semua pihak difikirkan.

persiapan yang banyak menyita masa, wang, tenaga, fikiran
sangat!
ditambah dengan sift perfect melancholy
sangat memeningkan kepala
nak pikir banyak sangat benda
nak bagi goodies apa yang tak mahal tapi tak dibuang/berguna
nak bagi barang hantaran apa nak deco mcmna - pk sekali kenapa perlu barang hantaran ni?
mcmna baju walimah - nak tempah/sewa?
nak pk tudung yang sesuai la pulak, deco baju pulak
pelamin nak buat sendiri? sewa?
photographer sapa nak tolong atau nak tempah.mahal kot?
nak kena makeup ke?saya taknak. tapi family?
--> dan saya tak sangka, saya akan fikirkan benda2 begini. walham dulu saya hanya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana. tapi.....banyak sangat faktor kena diambil kira.mak pun cakap banyak kali. jaga hati org yang tolong majlis saya ni
entah
entah
saya cuma berusaha yg terbaik dan cuba memastikan tak over dan wajiblah mengikut syariat

persiapan bermula sejak bertunang pada bulan 3 untuk majlis pernikahan pada bulan 6
terasa semuanya serba tak kena
tak tahu berapa banyak kali pergi ke KL,beli barang. asyik beli barang je.
masatu dah tak fikir apa.
moga Allah member rezekinya yang lain dengan pelaburan ini
dan ada sekali hampir kena langgar dengan motor sangat lajumasa melintas jalan kat jalan tar.
semua tu kenangan

saya rasa banyak benda yang saya tak selesaikan dengan sempurna
mcm baju
- malam esok nak walimah baru pulun siapkan. alhamdulillah kak zila n radiah banyak tolong. saya tido tapi kome siapkan. antunna sangat berjasa! jazakillah khair

tapi saya doa sangat moga Allah mudahkan semua urusan majlis ini

dan akhirnya!
majlis berlangsung.
ada benda yang saya tak sangka.
- pelamin saya  tempah.(cuma untuk bergambar) looks very2 nice. sangat!
- baju nikah guna baju nikah adik. veil beli rm30. bunga tangan n hiasan kepala pinjam dengan kedai tempah pelamin. kasut putih guna untuk semua termasuk bertandang.- dan akhirnya looks sangat suci dan perfect. serba putih. simple. nice.
ikhwah pulak pakai baju putih dan main rembat je sampin kat rumah - warna merah! tapi finally. perfect match. masuk dengan bunga tangan. alhamdulillah thumma alhamdulillah
dan takda makeup. suci. =D

- baju walimah - hijau. entah dress apa ntah. tak jadi sewa sebab takda saiz. dan takda warna dan punyalah ketat baju kat kedai penganti. so decide buat sendiri. tempah baju. bubuh manik sendiri(ni pun pening sangat). veil pun buat sendiri. tiba2 tudung yang dicari kena kutuk dengan kakak. terlalu sama warna dan punyalah pening nak pakai tudung apa. - baju mmg sangat memeningkan kepala. dan banyak duit yang dibuang begitu saja. sebab nak hias baju tu mcmna pun tak reti sangat. Allah.
tapi akhirnya, masa majlis walimah. it looks so perfect!
baju, tudung, veil, crown pinjam dengan kedai pengantin. looks nice alhamdulillah.wpun ada manik yang tercabut. habistu nak buat mcmna. pasrah je la.
alhamdulillah menjadi sempurna.
suka suka.
ditambah dengan makeup. saya harap saya tak melampau sangat. tapi saya rasa boleh menjaga nama baik suami dan mak ayah saya. insya Allah

- goodies. sangat pening nak sediakan berapa. akhirnya saya sediakan 250. dan semua habis. alhamdulillah.

-bilik. malam sebelum nikah pening nak hias mcmna. akhirnya letak letak letak n. perfect! alhamdulillah nice.

-photographer. alhamdulillah dapat yang agak murah.rm600.n nice sangat.

oh ya. satu lagi bunga telur. projek yang tak jadi. akhirnya saya beli.

mempersiapkan majlis perkahwinan satu kenangan manis. terasa nak kenangan tu berulang. tapi perkara tu cumasekali je seumur hidup.
walaupun masa mempersiapkannya adalah satu tekanan perasaan

Alhamdulillah.
apa pun saya cuma berdoa Allah meredhai majlis saya
walau macamanapun rupa majlis, saya dah berusaha menjaga dan moga Allah merdhai segalanya

finally. everything going perfect n nice

Alhamdulillah thumma alhamdulillah
semuanya kerana bantuan Dia

No comments:

Post a Comment