Sunday, January 19, 2014

menjadi orang KL =)

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillahirabbil 'alamin
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

terlalu lama dah tak update blog kesayangan.
tugas2 yang sedia ada terlalu menghimpit

alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Allah mengabulkan terlalu banyak doa.

harini telah menjadi orang KL.
hik hik.
saya duduk di damansara damai,
setiap hari akan melihat banyak bangunan tinggi di Kuala Lumpur -impian saya suatu masa dulu.
secara officially telah berpindah ke cawangan ISMA Kuala Lumpur.
sebenarnya berpindah ke ISMA KL adalah perkara yang menjadi anganan tapi tidak pernah menyangka akan menjadi satu realiti.
tapi ..
apa ada pada nama. Kuala Lumpur
apa ada pada pemandangan cantik - bangunan berceracak dan lampu neon yang sangat cantik
yang penting adalah amalam menuju akhirat

sekarang ini saya bersekolah di sijangkang jaya, banting dan tinggal di damansara damai
perjalanan yang agak jauh sebenarnya.hampir 50km perjalanan sehala
dan melalui jalan bertol rm5.40 sehala.
dengan masa perjalanan minimum 45 minit jika kelajuan 120-140km/j sepanjang jalan
wah. ini nampak macam lebih dasat berbanding semasa berulang ke bangi yang seminggu sekali.
sebenarnya saya yang willing untuk hidup sebegini.
duduk di rumah sewa kami. walaupun kecil namun membahagiakan
duduk di dalam medan amal (pejabat 30 minit dari rumah -tahu jelah jalan KL macamana)
dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan seoptima dan sedaya upaya. memasak, mengemas rumah dan sebagainya

saya tak tahu.
tapi bilamana rasa bahagia dengan apa yg kita buat tu ada
perjalanan hidup dirasakan lebih mudah
walaupun jika pandangan luaran merasakan, lebih letih, banyak wang yang terbuang di jalan untuk tol dan minyak
tapi alhamdulilllah, saya tak merasa terlalu letih walaupun satu pagi kalut masak sarapan, terus masak tengahari n kemas rumah dahtu pukul 11.30 rushing pergi sekolah.driving 1 jam. terus bekerja sampai jam 6.30petang
6.30 petang perjalanan pulang dan sampai di rumah jam 8.00malam paling awal.
maksudnya :jam 11.30 pagi hingga 8.00 malam adalah waktu bekerja saya.
tapi alhamdulillah dapat kuat.
dan saya dapat rasakan badan saya sihat dan segar walaupun baru balik kerja, berbanding semasa saya sakit dahulu. mungkin kesan pengambilan ubat, dan paksaan makan oleh inche suami menyebabkan saya lebih sihat.alhamdulilllah

walaupun tugasan baru dengan krim pusat masih agak ting tong. banyak yang kena tegur. kerja banyak dan lambat buat. takdapat idea nak fikir macamana. saya sorang akhwat. dan masih dalam fasa adaptasi menjadi isteri yang mengurus rumahtangga dan suami. saya minta maaf. tapidalam hati je la. sebab semua ikhwah. takkan saya nak cakap apa masalah saya kat deme. saya dalam fasa adaptasi menyelesaikan tugasan rumah dengan baik dan membuat kerja-kerja dakwah dengan baik dan menyelesaikan tugasan sekolah/kerja dengan baik.

alhamdulillah di fasa macam kelam kabut ini, Allah kurniakan adik2 usrah yang dah komitmen dan konsisten. yang dah faham dengan 'kami'. yang 'basic' dan setle. cuma kena touchup sikit untuk menjadi daieyah yg tangguh.

baru 2 minggu perjalanan hidup yg baru ini

saya baru dapat jadual yg tetap
isnin : free
selasa :usrah dengan adik comel
rabu : meeting krim
khamis : usrah dengan mama naqibah
jumaat :free
sabtu ahad : program /balik kg/kenduri

kena cuba selesaikan banyak urusan.
saya dah ada banyak keluarga
- balik rumah mak abah di banting
- balik rumah ibu ayah di ampang
- balik rumah nenek zauj di melaka
- kenduri saudara mara
- ziarah saudara mara
- diziarahi saudara mara

moga Allah berikan saya kekuatan terus menerus
terima kasih Allah
aku akan cuba sedaya upaya menjaga mutabaah dengan baik
setlekan satu juz Quran
qiam setiap hari
istighfar
mathurat
puasa
dan perbanyakkan lagi amalan sunnah
walaupun baru aku faham dan realize, walaupun sebelum ini aku dah dengar banyak kali.
bila dah kahwin, agak susah nak maintain. terutama bila dan ada anak2
baru faham. memang sangat susah
dan kena struggle
patutlah orang yang dah kahwin ni even pahala solat pun lebih banyak
dan sangat mudah mendapat pahala.
sebab cabaran yang lebih besar

akhirkalam.
terima kasih Allah atas segala nikmat ini
terlalu banyak nikmatMu
moga aku tergolong dalam hambaMu yang bersyukur
T_T


No comments:

Post a Comment